Pages

Sabtu, 5 Januari 2013

RAHSIA DIDALAM DIRI

RAHSIA DIDALAM DIRI

Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT

BAHAGI yaitu :-

NAFAS
 ANPAS
 TANAPAS
 NUPUS

Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.

Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka
keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti
rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa
ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.

Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith

Qudsi :-

QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA

KHAIRI LIL LAH
 Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada

daripadaku melainkan Allah Taala
Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya.
Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya
Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan TUHANnya yang
qadim adanya.

Ketahuilah olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan

yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan
yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. Yang
dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.
 WUJUD

WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU
 Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK

ANA WUJU DA HU
 Ada kita dengan DIA

WA NAF SUHU
 Ada DIA dengan sendirinya.

Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu

wujud maknanya ZAT. Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu
ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain daripada Wujud itu
kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan
AIN ZAT namanya.

Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.

Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada

maananya ZAT dan apa yang dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud
ada ZAT. Inilah maananya.

Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan

Wujud itu berdiri dengan Zat ? Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang
ADA itu ialah ZAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.