Pages

Rabu, 24 April 2013

Mengenal Diri Melalui garam dan Mengenal Allah Melalui Masin!


http://id.inter-pix.com/animals/water/underwater_world/634029-upsee.html

Ikan tidak masin selama masa berada didalan lautan, sebabnya adalah  kerana “ikan belum mati”. Kerana ikan belum mati dan kerana ikan masih hiduplah sebabnya ikan itu tidak masin semasa berada didalam lautan masin!. Setelah mati atau setelah berpisahnya  nyawa dari jasad ikan, barulah ikan beroleh masin dan barulahh ikan akan menjadi masin bilamana berada didalam lautan.

http://kampungku.niagamall.com/products.php?product=Ikan-Kedera-Masin

Persoalannya disini, apakah hubungan nyawa dengan masin?.
Yang menerima masin itu, adalah jasad, bukannya nyawa, nyawa tidak ada kena mengena dengan  masin!.  Tetapi kenapa bilamana ikan masih bernyawa, jasadnya tidak boleh menerima masin. Bilamana ikan sudah mati dan setelah nyawa bercerainya dari jasad, barulah tubuh ikan itu boleh menerima masin! kenapa?. Yang berendam didalam lautan masin itu, adalah jasad ikan bukannya nyawa ikan! Kenapa ikan tidak boleh menerima masin bilamana adanya nyawa?. Tubuh ikan hanya boleh menerima masin, setelah ketiadaan nyawa!.

http://indonetwork.co.id/alloffers/garam-krosok-(kasar).html

Cuba lihat bagaimana ikan yang sudah mati,  pastinya akan menemui masin. Iktibar atau pengajaran “mati” yang dapat kita kutip dari kiasan ikan dengan  garam itu, sebenarnya adalah salah satu  cara mengajar kita mengenal Allah.  Kenapa ikan tidak boleh menerima  masin?. Persoalan ikan tidak boleh menerima masin adalah sama dengan persoalan kenapa kita tidak boleh mengenal Allah?. Barang siapa tahu kenapa ikan tidak boleh menerima masih, mereka akan tahu kenapa kita tidak boleh mengenal Allah!.

Ikan tidak boleh menerima masin, adalah kerana ikan belum sampai kepada tahap“mati”. Begitu juga dengan kita,  diri kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah, adalah kerana diri kita belum sampai kepada tahap mati (matikan diri sebelum mati).  

Bilamana kita berjaya sampai kepada tahap mematikan diri sebelum kita mati, disitulah nantinya kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah Taala!.Sebab kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah itu,  adalah kerana kita belum berjaya sampai kepada tahap matikan diri!.  Sesudah sampainya kita kepada tahap “mematikan diri sebelum mati”  dengan sebenar-benar  sampai, barulah boleh kita mengenal Allah Taala dengan sebenar-benar kenal!.

Setelah ikan sudah sampai kepada tahap mati, maka akan sampailah sifat  masin kepada jasad ikan.  Begitu juga kiasannya dengan diri kita. Bilamana sampainya kita kepada tahap “Al mutu kablaan tamautu”, (matikan diri sebelum mati), barulah kita akan sampai kepada tahap mengenal AllahTaala!.  Setelah diri sudah sampai kepada tahap “mati sebelum mati”, maka akan sampailah kita kepada tahap mengenal Allah!. Untuk itu, barang siapa yang berhajat atau bercita-cita untuk sampai kepada tahap mengenal Allah Taala, seharus dan semestinya terlebih dahulu melalui proses mematikan diri sebelum mati!.

Sebab tidak sampainya kita kepada tahap mengenal Allah itu, adalah kerana tidak berjayanya kita untuk sampai kepada tahap mematikan diri!.  Setelah sampainya kita kepada tahap ilmu mati sebelum mati, barulah kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah, dengan  sebenar-benar mengenal!.  Sesudah matinya ikan baru boleh menerima masin, sebegitulah juga dengan diri kita. Sesudah diri kita mati sebelum mati, barulah Allah itu akan dapat menghampiri, mendampingi, menyelubungi serta meliputi diri kita!. dari situlah kita akan dapat mengenal Allah dengan nyata. Kita akan berjaya sampai kepada tahap mengenal Allah dengan nyata , setelah kita mengenal erti mati dengan rata!. Untuk itu marilah kita belajar mengenal erti mati, “Al-mutu Kabllaan tamautu” (mati sebelum mati).

Untuk mengenal Allah itu, mari kita umpamakan diri kita seumpama garam dan mengenal Allah itu seumpama masin. Anggaplah diri kita ini garam. Kiranya kita hendak binasakan sifat garam kedalam masin, campakkan garam kedalam laut. Setelah garam kembali kedalam laut, maka akan hilanglah sifat garam, setelah hilangnya sifat garam,  maka kekallah ia dalam sifat masinnya!. Begitu juga dengan diri kita.

Barangn siapa yang berhajat untuk mengenal diri, hendaklah ia mematikan diri sebelum mati (membinasakan diri).  Seumpama kiasan kita campak garam kedalam laut. Setelah garam dipulangkan semula kedalam lautan, barulah tidak lagi kelihatan garam.Yang nyata hanyalah masin. Begitu juga dengan diri kita, barang siapa yang berhajat untuk mengenal diri, campakkan diri kedalam lautan wajah Allah. Sifat garam atau sifat diri kita 
sebenarnya tidak ada, tidak wujud dan tidak maujud. Yang ada, yang wujud, yang ujud dan yang maujud itu, hanyalah masin.

Cuba tuan-tuan ambil seketul garam kasar. Saya mahu tuan-tuan genggam garam itu dan  masukkannya kedalam segelas air.  Kerana ” berketul” itulah makanya kita panggil ia dengan panggilan garam. Cuba larutkan garam kedalam air, biar sifat ketulannya hilang, maka garam tidak lagi dipanggil garam, melainkan dipanggil  ia dengan panggilan masin!.

Demikian juga dengan diri kita, kerana kita “bersifat” itulah makanya kita panggil diri. Cuba kita hilangkan sifat diri, cuba kita bayangkan yang diri kita itu mati!. Setelah mati dan setelah ditanam kedalam tanah, dimanakah yang dikatakan diri?. Sebenarnya diri kita tidak ada. Diri kita sebenar-benarnya tidak ada!. Sebenar-benarnya diri kita itu, tidak ada!. 

Adanya sifat diri kita itu, hanyalah sekadar bersifat sebagaimanna sifatnya garam. Kiranya kita hanyalah sekadar bersifat sebagaimana sifatnya garam,  kenapa kita masih mengaku yang kita itu  ada?. Sekiranya sifat garam tidak ada, maka sifat kita juga tidak ada. Kembalikan garam kedalam laut dan kembalikan diri kita kedalam Allah! (wajah Allah).   Allahh, Allah, Allah   

Isnin, 15 April 2013

Kuliah jt99 di batu gajah




Datok Master 7 Wilayah Asia ke 3 bersama JT99 Penang




Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati




Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

... 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.
"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".

Nota:
Jika rasa susah sangat hendak ingat semua itu, maka buat permulaan buat yang no 7 sahaja dulu pun tidak mengapa ya.

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama.

Doa duduk antara dua Sujud




TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara dua Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah ...maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

KETIKA JODOH TAK KUNJUNG DATANG,DAN DO'A SERTA RIZKI JADI TERHALANG


✽ KETIKA JODOH TAK KUNJUNG DATANG,DAN DO'A SERTA RIZKI JADI TERHALANG ✽ 

❥ Dan Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan setiap manusia untuk berpasang-pasangan, dan setiap do'a untuk dikabulkan serta rizki yang telah diatur..

❥ Lalu apa yang salah ketika jodoh tak kunjung datang, do'a tak jua dikabulkan serta rizki yang jauh dari kemudahan..

❥ Maka disinilah perlunya introspeksi diri,bahwa semua itu bukan hanya sebatas ujian bagi orang yang beriman..

❥ Tapi juga itu semua jika terjadi padamu bisa juga sebagai bentuk adzab atau teguran dari ALLAH karena betapa banyaknya dosa yang kau perbuat dihadapan-NYA tapi engkau enggan bertaubat sehingga hatimu semakin keras dan membatu..

❥ Maka disinilah ALLAH berkehendak agar kau lebih bisa berintrospeksi diri dan lebih memperbaiki diri agar menjadi manusia yang lebih baik dihadapan-NYA..

❥ Adapun ALLAH menerima do'a-do'amu itu semua akan ALLAH alihkan untuk menghapus atau mengurangi dosa-dosamu..

❥ Dan tiadalah ALLAH lakukan itu semua kecuali karena ALLAH Maha Penyayang dan Pengampun bagimu,dan hendak menolongmu,serta memberikan yang terbaik untukmu selama kau mau bertaubat pada-NYA..

❥ Dan ALLAH berfirman:

❥ Dan kembalilah kamu kepada TUHAN mu,dan berserah dirilah kepada-NYA sebelum datang adzab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari TUHAN mu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba,sedang kamu tidak menyadarinya..

❥ (Qs. Az-Zumar: 54-55)

❥ Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-NYA..niscaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu,sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan DIA akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) atas keutamaannya..

❥ (Qs. Hud: 3) 

❥ Maha Benar ALLAH dengan segala firman-NYA..

❥ Semoga BERMANFAAT.. (◡‿◡✿)

❥ Silahkan Berbagi dengan Sahabat yang lain dengan cara Klik " BAGIKAN "dari setiap catatan kami yang sekiranya Bermanfaat,Semoga menjadi TAMBAHAN AMAL SHALIH untuk kita bersama..

PADERI MELAYU


PADERI MELAYU..PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS..

PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

Gambar yang tidak menutup aurat ke Facebook?


Adakah berdosa isteri saya upload gambar dia yang menutup aurat ke Facebook tetapi termasuk gambar rakan-rakannya yang tidak menutup aurat?

Ustaz Azhar Idrus:

Ini memang banyak sangat berlaku. Dengar sini baik-baik...

Hukum perbuatan ini BERDOSA kerana mempamerkan aurat orang lain untuk tontonan umum.

Ini sama juga seperti orang yang pasang video filem di pawagam yang ada gambar adegan telanjang untuk tontonan penonton. Ianya perbuatan haram tak kira dia itu seorang yang berjubah, berserban sebesar bakul, berkayu sugi, dan siap ada buku doa ma'thurat dalam poket!

sila share untuk kepentingan kita bersama

✽ SEKILAS TENTANG IKHLAS ✽


✽ SEKILAS TENTANG IKHLAS ✽ 

❥ Ikhlas Itu : Ketika apa yang dilakukan tiada yang diharapkan kecuali Ridha ALLAH dan apa-apa yang paling baik dari sisi-NYA..

❥ Ketika hati tidak menduakan ALLAH..

❥ Ketika kebaikan yang telah diperbuat tidak diperhitungkan,tidak diingat-ingat lagi,tidak disebut-sebut apalagi disesali..

❥ Ketika walau dipuji atau dicela tidak membuatnya terpengaruh maka tetap berbuat kebaikan..

❥ Ketika beribadah,bergantung dan berharapnya hati hanya kepada ALLAH..

❥ Ketika tidak menyamakan ALLAH atau mengganti kedudukan ALLAH yang paling utama dihati dengan sesuatu apapun atau siapapun yang ada didunia ini..

❥ Ketika hati lebih mengutamakan ALLAH diatas segalanya..

❥ Dan ALLAH telah berfirman :

❥ Katakanlah: DIA lah ALLAH, yang Maha Esa, Hanya ALLAH lah tempat bergantung, DIA tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada satupun yang menyamai-NYA..

❥ (QS. Al-Ikhlas: 1-4)

❥ Maha Benar ALLAH dengan segala firman-NYA..

❥ Dan kebalikan dari ikhlas (mengesakan ALLAH) yaitu bisa dikategorikan sebagai perbuatan musyrik atau syrik..

❥ (Menyekutukan atau menduakan ALLAH)..

❥ Semoga BERMANFAAT.. (◡‿◡✿)

❥ Silahkan Berbagi dengan Sahabat yang lain dengan cara Klik " BAGIKAN "dari setiap catatan kami yang sekiranya Bermanfaat,Semoga menjadi TAMBAHAN AMAL SHALIH untuk kita bersama..

MENGHORMATI IBU LEBIH UTAMA DARI BERJIHAD


MENGHORMATI IBU LEBIH UTAMA DARI BERJIHAD

Seorang datang kepada Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam. Dia mengemukakan hasratnya untuk ikut berjihad. Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam bertanya kepadanya, "Apakah kamu masih mempunyai kedua orangg tua?" Orang itu menjawab, "Masih." Lalu Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam bersabda, "Untuk kepentingan mereka lah kamu berjihad." (Mutafaq'alaih)

Penjelasan:
Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam melarangnya ikut berperang karena dia lebih diperlukan kedua orang tuanya untuk mengurusi mereka.
[ JANGAN DURHAKA PADA ORANG TUA ]
Muhammad Rosulullah saw.Bersabda, " Hukuman Semua dosa ditangguhkan Oleh Allah Swt.Sampai Hari Kiamat Kelak,Kecuali Hukuman bagi Orang Yang durhaka Kepada Orang tuanya.
Sungguh Allah Akan Mempercepat Hukuman Kepadanya,
Allah Akan Menambah Umur Seorang Hamba,Jika ia berbuat Baik kepada Ibu- Bapaknya.Bahkan Allah Menambah Kebaikan siapa Saja Yang Berbakti dan Menafkahi ibu-bapaknya."(HR.Ibnu Majah)

" Wahai Para Muhajirin dan Warga Anshor,Barangsiapa Yang Memuliakan Para Istrinya diatas Kemuliaan Ibunya,Maka Allah beserta Malaikat dan Manusia Melaknatnya.
Allah Juga Tidak Menerima Kebajikannya,Sampai ia Bertaubat kepada Allah Swt.Serta Berbuat Baik dan Memohon Kerelaan Kepada Ibunya"(HR.Tirmidzi)

SUNGGUH ALLAH MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG

Allah 'Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi):

"Hai anak Adam, Aku menyuruhmu tetapi kamu berpaling,
dan Aku melarangmu tetapi kamu tidak mengindahkan,
dan Aku menutup-nutupi (kesalahan-kesalahan)mu tetapi kamu tambah berani,
dan Aku membiarkanmu dan kamu tidak mempedulikan Aku.

Wahai orang yang esok hari bila diseru oleh manusia akan menyambutnya,
dan bila diseru oleh Yang Maha Besar (Allah) dia berpaling
dan mengesampingkan,

ketahuilah, apabila kamu minta Aku memberimu,
jika kamu berdoa kepada-Ku Aku kabulkan,
dan apabila kamu sakit Aku sembuhkan,
dan jika kamu berserah diri Aku memberimu rezeki,
dan jika kamu mendatangiKu Aku menerimamu,
dan bila kamu bertaubat Aku ampuni (dosa-dosa)mu,
dan Aku Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih."

(HR. Tirmidzi dan Al Hakim)

RENUNGKANLAH...

Rahsia kebijaksanaan perkataan Alhamdulillah




Rahsia kebijaksanaan perkataan Alhamdulillah selepas bersin...

Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda

Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti. 


Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik, Alhamdulillah♥

jangan baca sahaja,boleh kongsi kepada semua,supaya ramai yang sedar tentang nikmat ini ♥

Nasehat Lukman Al-Hakim pada anaknya




Nasehat Lukman Al-Hakim pada anaknya

Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasehati anaknya tentang hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan badah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Hidup itu untuk apa?




Hidup itu untuk apa?

Hidup itu untuk apa?
Apa yang kita cari dalam hidup ini?
Apakah aku sanggup menanggung beban hidup ini?

Begitulah pertanyaan yang selalu muncul ketika kita merasa ditimpa kemalangan atau beban hdiup yang terasa berat. Bagi orang yang beriman kepada Allah SWT, tentunya beriman pada hari akhir yang dijanjikan oleh Allah swt bahawa ada kehidupan abadi yang lebih baik daripada kehidupan didunia ini.

'Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang kejadian diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan diantara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. (QS. ar-Ruum :8).

'Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahwa kamu tidak dikembalikan kepada Kami?' (QS. al-Mu'minuun : 115).

Orang yang beriman mengerti sesungguhnya hidup kita didunia ini hanyalah singgah sementara. Kita semua akan melanjutkan perjalanan ke kampung akhirat yang luar terbentang. Disana tempat dimana semua perbuatan kita didunia akan dipertanggungjawabkan.

'Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar dibalas tiap-tiap diri terhadap apa yang dikerjakannya dan mereka tidak akan dirugikan.' (QS. al-Jaatsiyah : 22).

Maka bagi seorang Mukmin hidup didunia adalah kesempatan untuk mengumpulkan bekal sebaik-baiknya dengan mengisi hidupnya dengan ibadah dan amal kebaikan. Maka segala kesedihan, beban dan ujian hidup adalah salah satu cara Allah Subhanahu Wa Ta'ala menguji iman kita didunia ini. Apakah kita bisa lulus disetiap ujian dan cobaaan? Ataukah kita akan gagal? Semuanya ditentukan oleh pilihan hidup kita masing-masing. Itulah sebabnya sebuah penderitaan bagi orang yang beriman adalah krikil manis atau pahitnya coklat yang manis di dalamnya. Bukan batu besar yang menimpa tubuh kita.

Orang yang beriman menganggap setiap penderitaan sebagai ujian sekaligus pahala dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala sehingga bila kita ditimpa penderitaan didunia kita akan menyerahkannya kembali kepada Allah penuh rasa syukur. Kita justeru senang kerana kita percaya dengan ujian, cobaan, beban hidup dan penderitaan ada sebuah pahala dan bekal hidup kita diakhirat kelak

KELEBIHAN TAUBAT DAN ISTIGHFAR

Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.



Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia rajin bersedekah

3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianat.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri

AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!! (Kisah Benar)


AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!! 
(Kisah Benar) 

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. 

Suri rumahtangga sepenuhnya. 

Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. 

Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. 

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.

Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. 

Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. 

Beliau agak kebingungan ketika itu.

Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. 

Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. 

Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. 

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. 

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. 

Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. 

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. 

Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. 

Apa yang akan terjadi padanya kini?

Dia pun kurang pasti. 

Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

Hanya tinggal 10 minit lagi. 

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. 

Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

Jawab Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

Kemudian....secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata, 

"Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian"

Sahabat saya bertanya, "siapakah orang-orang itu?"

Malaikat menunjukkan mereka itu. 

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. 

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. 

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. 

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. 

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. 

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. 

Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah.

Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. 

Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. 

Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. 

Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. 

Ambillah iktibar dari kisah ini.

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. 

Luangkan masa bersama keluarga.

Imarahkan masjid selalu. 

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. 

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.

Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. 

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. 

Selalulah memberi.

Ahad, 14 April 2013

Tidak Menshalatkan Orang Munafik yang Meninggal

Tidak Menshalatkan Orang Munafik yang Meninggal

Diriwayatkan dari Ibn Umar ra. : ketika Abdullah bin Ubai (pemimpin orang-orang munafik) meninggal, anak lelakinya menemui Nabi Muhammad Saw dan berkata, “ ya Rasulullah ! berikan pakaian anda untuk mengkafaninya, shalatlah untuknya, dan mohon ampunan Allah untuknya”. Maka Rasulullah Saw memberikan pakaiannya kepada dia dan berkata,”beritahu aku (apabila pemakaman telah siap) sehingga aku mungkin menshalatkan jenazah nya”. Maka ia pun memberitahu Nabi Muhammad Saw dan ketika Nabi Muhammad Saw bersiap hendak menshalatkan (jenazahnya), ‘Umar memegang tangan Nabi Muhammad Saw dan berkata, “bukankah Allah telah melarang anda menshalatkan orang-orang munafik?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “ aku telah diberikan pilihan karena Allah berfirman: Apakah kau memohon ampun bagi mereka atau tiada memohon ampun bagi mereka, dan sekalipun kau memohon tujuh puluh kali untuk ampunan mereka, Allah tidak akan mengampuni mereka. (QS. At-Taubah [9]: 80)”.
Maka Nabi Muhammad Saw mengerjakan shalat jenazah dan pada waktu itu turunlah wahyu Allah : dan janganlah kau sekali-kali menshalatkan seorang pun di antara mereka (orang-orang munafik) yang mati (QS. At-Taubah [9]: 84).

Kenapa terlalu banyak nasihat untuk wanita



Kenapa terlalu banyak nasihat untuk wanita.
Asyik-asyik nasihat untuk wanita?

Jawapan: Kerana hadis sahih menyatakan wanita adalah golongan minoriti di Syurga dan majoriti di Neraka.

Oleh kerana sayangkan mereka, sebab itulah nasihat kepada wanita melebihi golongan lelaki. Dengan harapan, moga-moga nama mereka tersenarai sama dalam golongan minoriti Syurga tu.

--
Kalau tak tolong mereka tak boleh ke?

Jawapan: Adil ke;

- bila nak makan, wanita yang masakkan untuk anda
- bila cedera, jururawat yang balutkan luka anda
- bila lelaki pun dijaga oleh seorang wanita yg bernama ibu sedari kecil
- bila nak bercinta, anda bercinta dengan wanita. bukan sesama lelaki.
- bila nak bernikah dan bermanja, anda cari wanita yang bernama isteri

Adil kah anda bila anda rasa biar lelaki sahaja masuk Syurga. Lantaklah wanita nak masuk neraka. Dah memang mereka majoriti dalam neraka kan?

Pastinya tak adil.

KENAPA IMAM SYAFI'E BERTONGKAT PD USIA 40 TAHUN

KENAPA IMAM SYAFI'E BERTONGKAT PD USIA 40 TAHUN.....

Ketika mencapai usia 40 tahun Imam Syafi'e mula menggunakkan tongkat. Ketika dtanya apa sebabnya, pdhal tubuhnya masih gagah, beliau berkata; "Supaya aku selalu igt bahawa aku adalah musafir menuju akhirat. Demi ALLAH aku melihat diriku umpama seekor burung yg dpenjarakan dlm sangkar yg terbuka pintunya. Sesungguhnya aku tdk ingin lg utk terus bermukim ddunia, tdk kuizinkan teman2ku memberi hadiah atau mengingatkan aku akan nikmat dunia ini...kecuali sekadar keperluan wajib bagiku"

Orang Yang Muflis Di Akhirat

Orang Yang Muflis Di Akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”

Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR Muslim no 6522)

RAHASIA SURAH AL-KAUTSAR


RAHASIA SURAH AL-
KAUTSAR
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR 
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalan ini anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia)
, dia akan tetap memperoleh pahala.

TULANG SULBI (TULANG EKOR) MANUSIA dan KEBENARAN HADIST NABI SAW



TULANG SULBI (TULANG EKOR) MANUSIA dan KEBENARAN HADIST NABI SAW

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim … Teman-teman tahu tulang sulbi manusia? Ya, itu tulang yang berada pada setiap manusia. Mau tahu seperti apa? Coba dilihat di bawah ini:

Tulang sulbi atau dengan bahasa Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bagian terbawah dari tulang belakang.

Tulang sulbi ini adalah tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhir. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah.

Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Sesungguhnya bagian tubuh manusia akan rusak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:

Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)

Yakin sama hadits yang di atas tadi? Masih ragu? Hmm, Masih belum percaya. Akan ditunjukkan bahwa Allah itu maha benar. Dan Nabi itu tidak keliru dengan apa yang ia ucapkan. Dan membuktikan fakta, bahwa hadits ini benar.

Seorang dokter yang berama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.

Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 menit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi mereha kemudian menghitam).

Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.

Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke labolatorium analisa terkenal di Sanaa, Yaman. Nama labolatorium itu adalah (Al Olaki Labolatory) –> Oke, tak perlu dihapal, tidak ada dalam UN kok. Hehe

Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahwa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.

Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.

Percobaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. Luar biasa bukan? Itulah, hebatnya Allah.

Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui.

1400 tahun yang silam Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! So, kenapa harus ragu sama Allah? :)

Keep istiqomah wal hamasah. Semoga ilmunya bermanfaat

Sabtu, 6 April 2013

Menganggap Makhluk Wujud Melalui Proses Evolusi.


Menganggap Makhluk Wujud Melalui Proses Evolusi.

Para pengkaji bukan Islam menganggap makhluk yang wujud masa kini, termasuklah manusia, semuanya terhasil melalui proses evolusi. Semua makhluk asalnya wujud dalam bentuk satu sel, kemudian dalam masa ratusan tahun, ia berevolusi menjadi makhluk-makhluk yang lain sehinggalah kepada apa yang wujud masa kini.

Sayang sekali teori ini juga telah menyelinap masuk dalam pemikiran orang Islam. Banyak sumber yang menerang dan membenarkan teori evolusi sehingga sebahagian umat Islam menganggap ia sebagai penemuan yang muktamad.[1]

Sebenarnya teori evolusi tidak lain adalah teori semata-mata bagi menjustifikasi kebingungan kaum Athies yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan yang Maha Pencipta.[2] Mereka mencari-cari asal usul kewujudan makhluk melalui pemikiran dan fakta sains. Apabila tidak ditemui jawapan yang muktamad, mereka mencipta teori evolusi bagi menyatakan asal usul kewujudan makhluk.

Tanpa disedari, teori evolusi juga tidak memberikan jawapan yang muktamad kepada mereka. Paling kurang terdapat tiga persoalan yang masih membingungkan mereka:

1. Jika benar semua makhluk asalnya berevolusi daripada satu sel, bagaimana pula sel yang pertama tersebut boleh wujud pada asalnya?

2. Jika benar sel tersebut berevolusi menjadi makhluk-makhluk tertentu, apakah yang menyebabkan sel tersebut mampu berevolusi?

3. Jika benar sel tersebut berevolusi, apakah kuasa yang mengatur proses tersebut sebegitu lancar sehingga mampu membentuk makhluk yang sempurna? Seandainya proses evolusi berlaku dengan sendirinya, sudah tentu hasil evolusi adalah tidak teratur, menjauhi sifat kesempurnaan.

Bagi kita orang Islam, semua makhluk termasuk manusia tidak terhasil melalui proses evolusi. Akan tetapi ia adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah menerangkan tentang awal penciptaan manusia:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh-Ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”
[al-Hijr 15:28-29]

Demikian juga dengan penciptaan makhluk yang lain seperti binatang, Allah berfirman:

Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu;
dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang.
Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi
berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.
[Luqman 31:10]

Jika golongan athies bertanya, siapa atau apa yang mencipta Allah? Kami menjawab, “mencipta” adalah sifat Allah manakala “dicipta” bukan sifat Allah. Memang setiap sesuatu makhluk memiliki asal usulnya, akan tetapi Allah bukanlah seumpama makhluk sehingga dengan itu dapat dibicarakan asal usulnya. AllahSubhanahu wa Ta'ala berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan;
Dan tidak ada apa jua yang serupa dengan-Nya.”
[al-Ikhlas 112:1-4]

Jika golongan yang percaya dengan teori evolusi bertanya, bagaimana dengan penemuan-penemuan fosil yang menunjukkan kesamaan yang amat hampir antara sebahagian spesis kera tertentu dan manusia zaman terdahulu?

Kami menjawab, bahawa ia terdiri daripada dua kemungkinan:

1.      Kesamaan yang amat hampir itu hanyalah satu kebetulan. Namun kesamaan fosil tidaklah bererti kesamaan jenis makhluk. Ini kerana penemuan fosil tidak dapat menentukan samada “pemilik” fosil tersebut adalah makhluk berakal atau tidak. Digariskan bahawa perbezaan antara manusia dan haiwan ialah manusia dianugerahkan Allah dengan akal yang dengan itu dia dapat memilih pelbagai tindak-tanduk. Manakala haiwan tidak diberi akal, mereka hanya bertindak berdasarkan kebiasaan tabiat dan fitrah yang dianugerahkan oleh Allah.

2.      Kesamaan yang amat hampir itu mungkin benar, akan tetapi ia tidak membuktikan bahawa spesis kera tersebut telah berevolusi menjadi manusia. Akan tetapi manusialah yang berevolusi menjadi spesis kera tersebut. Ini kerana al-Qur’an telah sedia mencatit sebahagian manusia yang oleh kerana tindakan mereka melanggar hukum Allah, mereka dihukum dengan perubahan menjadi kera. Ayat berikut menjadi rujukan:

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat)
orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu,
lalu Kami berfirman kepada mereka:
Jadilah kamu kera yang hina”.

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah
bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datangkemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[al-Baqarah 2:65-66]

Perhatikan juga bahawa tujuan Allah menghukum mereka menjadi kera tidak sekadar sebagai peringatan kepada orang-orang yang hidup pada saat itu, tetapi juga kepada orang-orang yang hidup selepas itu. Maka penemuan fosil masa kini yang menunjukkan kesamaan antara sebahagian spesis kera dengan manusia menjadi bukti akan kebenaran ayat-ayat al-Qur’an di atas. Lebih penting, ia menjadi peringatan kepada manusia secara umum dan orang bertaqwa secara khusus bahawa akibat daripada melanggar perintah larangan Allah adalah amat berat.[3] Kembali kepada perbincangan asal, kewujudan makhluk-makhluk adalah hasil daripada ciptaan Allah dan bukannya daripada proses evolusi. Lebih dari itu, kehadiran makhluk-makhluk ini sepatutnya menjadi isyarat kepada manusia akan kekuasaan Allah yang mencipta semuanya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda
(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian)
segala binatang yang dibiakkan-Nya, terdapat juga tanda-tanda
(yang membuktikan kekuasaan Allah)
bagi orang-orang yang meyakininya.

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti,
dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit,
lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah)
bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
[al-Jathiyah 45:3-5]