Pages

Sabtu, 30 November 2013

JENAZAH DISHOLAWATI 70 RIBU MALAIKAT

JENAZAH DISHOLAWATI 70 RIBU MALAIKAT

Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. : Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya....

Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?"

"Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup karena terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya." jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?"

"Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat." jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?"

Kemudian Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu."

"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya Rasulullah SAW.

"Dialah Muawiyah...!!!" jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"

Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas."

Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : "Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut."

SubhanAllah..
Walhamdulillah..
Wala ilaha illallah..
Wallahu akbar.

Rasulullah SAW bersabda : ''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami bisa membaca sepertigai Al-Qur'an?" Lalu Nabi SAW bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur'an.'' (H.R. Muslim no. 1922)
 

AL-QURAN MEWAJIBKAN MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA

AL-QURAN MEWAJIBKAN MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA

"Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah. Mereka itu dalam keadaan sesat yang nyata"(Al-Zumar:22)

- Sila baca didalam bahasa arab dan fahamkan maksudnya.(Dimaksudkan disini ialah hatinya)

Bolehkah sekejap kita zikir..sekejap lagi kita dicelakai oleh Allah, kemudian berzikir lagi. Kemudian dicelaka lagi? Itu tanda wajib ingat Allah setiap masa. Kalau lupa kita istighfar. Kerana bukan disengajakan. Tetapi kalau menghukum sunat, atau sengaja tidak mahu buat itu yang bahaya.

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan” ( Muzammil : 8)

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (di Dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang”(Al-Insan:25)

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan petang (Al-Ahzab:41-42)

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad :28)

“Wahai Orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka teguhlah hati mu dan zikrullah (sebutlah dan ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (Al-Anfaal : 45)

“Iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata : “Wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Al-Imran:191)

“kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)”.(al-Jumaah:10)

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu berzikrullah (menyebut dan mengingati) Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” (An-Nisa:103)Bermakna ingat pada Allah sentiasa. Berdiri, duduk dan berbaring.
Berdiri – jual beli, solat, berjalan, bekerja, bersalaman, sedekah, dan berbagai lagi.
Duduk – Solat, bekerja, membaca, menaiki kenderaan, menggunakan computer, mesyuarat, didalam tandas, menunggu dan sebagainya.
Baring – Ketika hendak tidur, tidur, rehat, sakit dan sebagainya.

Ayat –ayat diatas sudah cukup untuk memberitahu betapa pentingnya mengingati Allah pada setiap masa dihati, dan ditambah dengan bertasbih pula dengan namanya diwaktu pagi dan petang. MengingatiNya, Allah janji akan dilindungai dari bisikan syaitan, akan pelihara dari musuh, kita akan ikhlas kan hati ibadah semata-mata kerana Allah. Dan dengan mengingati Allah, kalbu akan memerintah seluruh anggota supaya tunduk dengan syariat Allah kerana itulah perlu dilakukan setiap masa.

Ingatlah..arak itu haram kerana membuatkan si peminum itu lalai dari mengingati Allah. Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah? Bagaimana pula lalai ketika mengerjakan solat? Sama sahaja, hukumnya haram sebab itu ingat pada Allah setiap saat itu wajib bukan sunat.

"janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah "(Al-munafiqun :9)

SOLAT KAUM MUNAFIK

SOLAT KAUM MUNAFIK
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri solat, mereka berdiri Dengan malas. Mereka bertujuan riak (memperlihatkan solat) kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah (didalam solat) melainkan sedikit sekali.”(An-Nisaa:142)

Kalau solat mengingati makna atau maksud ayat, munafiklah. Solat itu hati ingat Allah bukan makna. kerana makna ayat al-quran itu mcm-mcm ada cerita pasal firaun..ada cerita pasal kaum nabi luth..kalau ingat makna ingat firaun le..

Perbanyakkan menyebut nama Allah dihati ketika solat supaya tidak lalai. Ingatlah kusyuk itu bukan didalam solat sahaja..tetapi sebelum solat sudah kusyuk..

“Sesungguhnya berjayalah orang Yang berusaha membersihkan dirinya, dan menyebut-nyebut nama Tuhannya ketika solat (kusyuk).” (al_A’ala 14-15)

Jadi orang mukmin selamat. selamat dunia dan akhirat. Orang yang ingat pada Allah itu selamat dari syaitan.

“Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman dengan ikhlas*) tiadalah engkau (iblis) mempunyai kuasa terhadap mereka. Cukuplah tuhanmu menjadi pelindung (al-Isra:65)

*Beriman dengan ikhlas –Bermaksud pekerjaan yang dilakukan dengan mengingati Allah setiap masa itulah ikhlas kerana Allah. Sesaat lupa pada Allah berkemungkinan ibadah itu kerana selainnya samada datangnya sifat riak, bangga, merasakan diri berdaya melakukan ibadah dan lainnya kerana iblislah yang membisikkan arahannya.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang dan wanita islam dan beriman dan taat dan benar dan sabar dan merendah diri dan bersedekah dan berpuasa dan memelihara kehormatannya dan menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.”(Al-ahzab:35)

Tidak cukup sekadar seorang yang taat, benar, sabar, merendah diri, dan sebagainya tetapi wajiblah dia seorang yang tergolong dalam golongan orang-orang yang banyak menyebut nama Allah.

“Allah menjadikan iman itu kecintaan mu serta di perhiaskannya Dalam hati kamu”(Al-Hujarat:7)

Ketahuilah orang yang beriman itu ada tanda perhiasan yang cantik iaitu tanda kalimah didalam hatinya yang nampak dipandangan mata hati dan orang beriman itu sentiasa mendengar hatinya berzikrullah setiap saat tidak seperti orang kufur;

“(Iaitu) orang-orang Yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda Yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.”(Al-Kahfi:101)

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku ingat padamu; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.”(Al-Baqarah:152)

Maka kalau ingin tahu kedudukan kita disisi Allah, rasullullah pesan lihatlah dihati mu. Kalau hati itu banyak mengingati Allah, itu tanda Allah sayang pada kamu. Marilah kita banyak-banyak mengingati Allah agar kita terdiri dari orang yang beriman. Dapat hidup bahagia dunia akhirat. Seperti janji allah kepada orang beriman apabila tiba hari kiamat;

"muka (orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri,tertawa, lagi bersuka ria (Abasa : 38-39)

Beza antara orang beriman dan orang mukmin itu nafsunya. Agar kita mencapai nafsu mutmainnah iaitu yang sentiasa cintakan kebaikan setiap masa.

"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (Mutmainnah). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)

JALAN MENUJU MUKMIN

JALAN MENUJU MUKMIN
Jalan menuju mukmin itu 4 perkara. Iaitu Al-Quran, zikrullah(ingat Allah setiap masa), Hidayah (Al-Furqan) dan kitab-kitab.

Jadi yang pertama perbanyakkan membaca Al-Quran(belajarlah kefahaman bukan hanya belajar tajwid dan lagu) Dalilnya :

“…Sungguh telah datang padamu dari Allah, nuur (cahaya) dan kitab yang jelas dan menjelaskan” – (Al-Maidah :15)

Dia lah Yang memasukkan ketenangan ke Dalam hati orang-orang Yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin”(Al-Fath:4)

Yang kedua ialah Zikrullah. Iaitu mengingati Allah (setiap masa). Bila hati sentiasa berzikrullah, Barulah Allah berikan hidayah;
“dan sesiapa Yang beriman(sentiasa mengingati) kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (Memberi hidayah); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui. (At-Taghaabun:11)Dan Yang ketiga sampailah hidayah Allah atau Al-Furqan dan Dialah yang mengajar manusia menerusi hambanya yang dilantik untuk menyampaikan (iaitu Rasullullah) Dalilnya :

“dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang Yang lain dari mereka, Yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Jumaah:3)
“Dan tiada lah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman)” (Surah Al-Anbiyaa : 107)Dan yang keempat adalah kitab-kitab pengajian tulisan ulama-ulama dan lain-lainnya.
Sampai-sampaikan dan Luruskan kembali jalan kita selama ini..insyaallah. Perbetulkan kembali saudara-saudara islam kita supaya sama-sama menjadi orang beriman. Kerana sekiranya tiada iman tidak bergunalah solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah yang lainnya. Ibadah-ibadah itu Allah wajibkan ketas orang-orang beriman, bukan orang islam kerana kalau ktia pandukan ayat Al-Quran suruhan beribadah kebanyakannya dimulakan dengan “Wahai orang-orang beriman” bukan “Wahai orang-orang islam”.

Sebab itulah Rasullullah mengajak sahabat-sahabat beriman dahulu selama 13 tahun, setelah itu barulah turun ayat-ayat menyuruh melakukan ibadah iaitu setelah sahabat-sahabat telah beriman. Tetapi kita hari ini tidak mahu melatih diri kita untuk beriman tetapi terus melakukan ibadah

Ilmu Mengenal Allah sepatutnya diberi keutamaan

Dari ....BAB SATU


Ilmu Mengenal Allah sepatutnya diberi keutamaan dari lain lain keutamaan dan hendaklah didahului dari lain lain keperluan......


Tidak sempurna hukumnya mengerjakan amalan amalan syariat yang lainnya sabelum makrifat kepada Allah..


Dari.... BAB DUA


Setiap makhluk mempunyai zatnya sendiri................wahdahkan segalanya supaya menjadi satu wajah Allah yang esa.


Dari............BAB TIGA


Agama yang diterima Allah ialah Islam manakala orang yang diterima Allah adalah orang Islam mukmin yang mengenal Allah. Orang Islam yang tidak mengenal Allah itu tidak diterima Allah akan agama dan Islamnya.


Dari....BAB EMPAT


Islam pada tahap Makrifat, bukan sahaja belajar ilmu rukun, ilmu pokok iaitu ilmu pohon
Tetapi merangkumi ilmu yang membicarakan perkara rahsia roh yang tersembunyi disebalik rukun, disebalik pokok dan disebalik biji benih.


Dari.....BAB LIMA


Perkara Iman itu melibatkan perkara yang gahib, cara mendalaminya juga hendaklah melalui ruhani dan melalui rasa yang ghaib juga.


Dari ....BAB ENAM


Bagimanakah boleh dikatakan Allah itu tidak dapat dipandang, sedangkan sifat yang dipandang itu sendiri adalah juga merupakan sifat yang memandang.................


Dari....BAB TUJUH


Hakkul Yakin itu tidak sekali-kali dapat dicapai melalui banyaknya ibadah ..............ianya hanya dapat dicapai setelah melalui ilmu mengenal Diri...............


Dari .....BAB LAPAN


Ilmu Makrifat / Ilmu mengenal Diri wajib dipalajari sebelum mengucap dua kalimah syahadah, sebelum sembahyang, sebelum puasa.................


Dari......BAB SEMBILAN


Ilmu Feqah & Syariat adalah ilmu permulaan , dalam perjalanan menuju makrifat....


Dari ....BAB SEPULUH


Usuluddin ialah pendekatan ilmu Mengenal Allah melalui Sifat Allah yang wajib...............

Letak Terompet Malaikat Israfil Berhasil Ditemukan Oleh Ilmuwan

Letak Terompet Malaikat Israfil Berhasil Ditemukan Oleh Ilmuwan
“Sebelum kiamat datang, apa yang sekarang di lakukan oleh malaikat Israfil?” Mungkin yang ada di benak kita malaikat Israfil itu seperti sesosok seniman yang asyik mengelap terompet kecilnya sebelum tampil diatas panggung.

Sebenarnya seperti apa sih terompetnya atau yang biasa juga dikenal dengan sangkakala malaikat Israfil itu ?

Sekitar enam tahun silam sekelompok ilmuwan yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universitas Ulm, Jerman melakukan observasi terhadap alam semesta untuk menemukan bentuk sebenarnya dari alam semesta raya ini sebab prediksi yang umum selama ini mengatakan bahwa alam semesta berbentuk bulat bundar atau prediksi lain menyebutkan bentuknya datar saja.

 Menggunakan sebuah peralatan canggih milik NASA yang bernama “Wilkinson Microwave AnisotropyProb”(WMAP), mereka mendapatkan sebuah kesimpula nyang sangat mencengangkan karena menurut hasil penelitian tersebut alam semesta ini ternyata berbentuk seperti terompet.Di mana pada bagian ujung belakang terompet (alam semesta) merupakan alam semesta yang tidak bisa diamati (unobservable),sedang bagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem tata surya berada merupakan alam semesta yang masih mungkin untuk diamati (observable)

Bentuk Alam Semesta

Di dalam kitab Tanbihul Ghofilin Jilid 1 hal. 60 ada sebuah hadits panjang yang menceritakan tentang kejadian kiamat yang pada bagian awalnya sangat menarik untuk dicermati.

Abu Hurairah ra berkata :
Rasulullah saw bersabda :
“Ketika Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan sangkakala (terompet) dan diserahkan kepada malaikat Isrofil, kemudian ia letakkan dimulutnya sambil melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintah".
Saya bertanya :
“Ya Rasulullah apakah sangkakala itu?”
Jawab Rasulullah :
“Bagaikan tanduk dari cahaya”.
Saya tanya :
“Bagaimana besarnya?”
Jawab Rasulullah :
“Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali.
Pertama : Nafkhatul faza’ (untuk menakutkan).
Kedua : Nafkhatus sa’aq (untuk mematikan).
Ketiga: Nafkhatul ba’ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan).” (HR. Bukhari Muslim)

Dalam hadits di atas disebutkan bahwa sangkakala atau terompet malaikat Isrofil itu bentuknya seperti tanduk dan terbuat dari cahaya. Ukuran bulatannya seluas langit dan bumi. Bentuk laksana tanduk mengingatkan kita pada terompet orang – orang jaman dahulu yang terbuat dari tanduk.

Kalimat seluas langit dan bumi dapat dipahami sebagai ukuran yang meliputi/ mencakup seluruh wilayah langit (sebagai lambang alam tak nyata/ghoib) dan bumi (sebagai lambang alam nyata/ syahadah). Atau dengan kata lain, bulatan terompet malaikat Isrofil itu melingkar membentang dari alam nyata hingga alam ghoib.

Subhanallah..

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah. Aamiin


WAJIB MENUNTUT ILMU


WAJIB MENUNTUT ILMU



MENUNTUT ILMU WAJIB

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki Islam dan pompuan Islam". secara kasarnya ilmu dapat dibahgikan kepada dua (2) kategori:

1. lmu Fardu Ain.

2. Ilmu fardu Kifayah.

Ilmu fardu Ain adalah ilmu yg wajib dituntut oleh setiap inividu yang mengaku islam sebagai agamanya maka tidak belajar hukumnya berdosa. Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang dituntut agar dipelajari..Jika sesuatu tempat atau sesebuah kampung tidak ada orang yang mahir dalam cabang ilmu fardu kifayah ini maka satu kampung itu akan menerima bahana dosa...tersebut.

Ilmu fardu ain yang wajib dituntut oleh kita (mukallaf) tebahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu;

1. Ilmu Tauhid/ ilmu qalam/ ilmu ushulluddin. ilmu tauhid pengajian sifat 20 merangkumi tuntutan enam rukun iman. Ilmu tauhid minimum haruslah kita tahu sifat wajib,mustahil dah harus bagi Zat Allah s.w.t, ndan Rasul-Nya untuk mengesahkan keimanan kita

2. Ilmu feqah - ilmu feqah pula merangkumi tuntutan lima rukun islam. ilmu feqah wajib dipelajari minimum mengetahui segala syarat, rukun, dan perkara yang boleh membatalkan ibadat... penting untuk mengesahkan amalan kita...perlu di ketahui ilmu feqah melibatkan hal-hal ibadat zahir yg membabitkan anggota tubuh

3. Ilmu tasauf meliputi kajian hakikat ihsan. Ilmu tasauf ,wajib dipelajari sekadar mengetahui perkara yang boleh membatalkan amal pahala ibadat kita...hal-hal tersebut berupa syirik khofi atau syirik khofiyal khoffi seperti riak...menunjuk...ujub dll yang lebih halus lagi ilmu tarekat tasauf membicarakan hakikat ihsan...bagi mencapai makrifatullah,musyahadah,mahbbah dan mukasyafah...

Maka harus di ketahui...hukum beramal (beribadah), tanpa mengetahui ketiga-tiga ilmu fardu ain itu adalah sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Tidak sesekali amal ibadahnya (manusia itu) diterima , walaupun dia mengerjakan haji ke makkah". hadith diatas menujukkan berapa penting menuntut ilmu fardu ain yang tiga itu...mesti belajar...jangan diabaikan..

Sementara lmu fardu kifayah adalah seperti ilmu faraid,muamalat,munakahat,ilmu perubatan,matematik,sains dll. malah haram hukumnya mempelajari ilmu fardu kifayah sebelum mempelajari ilmu fardu ain tersebut.Meninggalkan yang fardu hukumnya adalah "Fasik"...jadi perkara ini haruslah dipandang serius... kerana orang yang fasik tidak sah menjadi saksi dan wali didalam sesuatu majlis pernikahan

MAKRIFATULLAH BERMAKSUD MENGENAL ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR PENGENALAN

MAKRIFATULLAH BERMAKSUD MENGENAL ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR PENGENALAN...
Sabda Rasullullah s.w.a mafhumnya:
"barang sipa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya, dan barangsiapa yang mengenal Tuhannya maka binasalah (fina') akan dirinya itu".


sebagaimana hadith Rasullullah yang diatas, dapatlah kita memahami asal makrifatullah adalah dengan mengenal diri kita sendiri... "Mengenal Allah s.w.t bertakluk kepada mengenal diri"



Di dalam tarekat tasauf, terdapat pecahan diri yang dikaji,sama ada 7 diri, 5 diri, 4 diri atau 3 diri, maka dipendekkan crita ilmu hitam atau ilmu putih akan mengkaji dalam ilmu pecahan diri ini... namun disini kita akan mengupaskan 4 diri iaitu:

  1. diri terdiri.
  2. diri terperi.
  3. diri sebenarnya diri.
  4. diri seakmalnya diri.

diri terdiri merujuk kepada jasad manusia yang terbentuk dari 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin (udara)


diri terperi merujuk kepada nafsu@semangat yang dikenali sebagai ruh thomaiz


diri sebenarnya diri merujuk kepada ruh/nyawa kita yang digelar Nur Muhammad
manakala diri seakmalnya diri itu merujuk kepada sifat Allah s.w.t yang bernama Wujud Am..

perkaitannya diantara mengenal diri dengan mengenal Allah s.w.t itu terletak pada rahsia Ruh didalam diri manusia.Jadi dapatlah kita faham bahawa kita harus mengenali diri sebenarnya diri kite didalam usaha memakrifatullah...

diri sebenarnya diri kite ni, diciptakan oleh Allah di alam lahut, maka kita kena pulang balik kesana... hal ini tidak dapat dicapai jika diri kita masih lagi dibelenggu nafsu hubbun dunia (mcintai dunia), nafsu syaithon dan nafsu kebinatangan...hasil dari jasad yang gelap golita kata orang orang yang arif....

ruh kita (diri sebenarnya diri) diciptakan dari nur muhammad...maka untuk membersihkan nafsu diperlukan nur muhammad itu juga... hal ini dapat diperolehi dengan mengambil talqin dari guru tarekat yang myrsyid yang telah berkomunikasi dengan alam lahut... maka hasil pengolahannya akan terbukalah mata basyirah didalam hati kita, tu lah mata ruh asli yang bersih suci...

akhirnya manusia tersebut akan dianugerahkan dengan ilmu ladunni..dimana Allah s.a.w.t pada ketika itu akan menjadi Guru kepada dirinya.. Maka dengan itu terhasillah sebenarnya makrifah...diantara paduan ilmu zahir dan ilmu batin (ilmu ladunni)

Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam



Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam

 
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).


2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.


3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.


4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

 
5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

 
6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.


7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

 
8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

 
9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.


10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.


11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

40 nasihat Saiyidina Ali R.A


40 WASIAT SAIDINA ALI R.A





"Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali .a sebagaimana yang terdapatdi dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen .a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2.Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu

6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9.Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangkan ilmu menjaga kamu

10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :

i) mereka yang mengenal Allah
ii) mereka yang mencari kebenaran
iii) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran,nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29.Orang yang dengki, marah kepada orang tidak berdosa

30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2

38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud



Sesungguhnya mencari kesalahan, mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa), dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang dilarang di dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara." (Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

KELEBIHAN SEDEKAH

KELEBIHAN SEDEKAH





Rasulullah SAW telah bersabda "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang itu akan dibalas dengan 4 jenis pembalasan iaitu ;

1 sedekah yang dibalas dengan 10x ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin

1 sedekah yang dibalas dengan 70x ganda adalh sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara

1 sedekah yang dibalas dengan 700x ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat & teman-teman

1 sedekah yang dibalas dengan 1000x ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

RAHSIA KAABAH

RAHSIA KAABAH




15 Rahsia Kaabah di Mekah Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

WASIAT AKHIR IMAM SYAFIE

WASIAT AKHIR IMAM SYAFIE





Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

PETUA IMAM SYAFIE

PETUA IMAM SYAFIE




 
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat




Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Kefahaman Syahadah Itu, Bukan Mengikut Sebagaimana Kefahaman Akal!

Kefahaman Syahadah Itu, Bukan Mengikut Sebagaimana Kefahaman Akal!
Maksud atau makna mengenal itu pula, adalah merujuk kepada kefahaman Allah s.w.t, bukan datangnya dari kefahaman atau pengertian khayalan akal atau angan-angan!. Setelah mengenal Allah s.w.t, barulah terbitnya perkataan sebutan bibir yang disertai dengan perkara “rasa“. Perkataan rasa itulah maksud mengetahui. Lafaz dengan mengetahui itulah, baru sah melafazkan kalimah syahadah.
Mari kita sama-sama melafazkan dua kalimah syahadah dengan mengetahui Allah s.w.t, bukannya dengan pengetahuan kita!. Untuk melafaz sambil mengetahui Allah s.w.t, terlebih dahulu harus kita faham apa itu pengertian perkataan “aku”!.
Bilamana menyebut perkataan “aku”, rujuklah kepada Allah s.w.t. Perkataan “aku” di situ, bukannya merujuk kepada diri kita!. Diri kita bersifat tidak mengetahui. Hanya Allah s.w.t sahaja yang bersifat tahu dan mengatahui!. Bilamana menyebut perkataan “Aku mengetahui”, rujuklah bahawasanya yang mengetahui itu, adalah sifat Allah s.w.t. Allah itu, tiada lain selain Allah!. Aku itu, adalah Aku. Allah itu, adalah Allah!.
Selagi kita mengaku bahawa kita yang mengetahui dan kita yang tahu, berertinya kita belum lagi bersyahadah. Perkataan “Aku mengetahui” itu, adalah merujuk kepada Allah s.w.t. Yang mengetahui itu hanya Allah s.w.t!. Bilamana kita melafaz, tasdiklah di dalam hati dan ingatlah dengan perasaan akal yang lemah itu, bahawasanya yang boleh mengetahui akan syahadah kita itu hanya Allah s.w.t. Yang mengerti dan yang faham akan syahadah kita itu, hanya Allah s.w.t. Setelah kita faham maksud mengetahui Allah s.w.t, barulah boleh kita tambah dengan perkataan aku bersaksi atau aku naik saksi. Sesudah kita faham akan duduknya makna yang tersirat itu, sebutlah apa sahaja perkataan yang terlafaz oleh bibir, ia tidak lagi memberi bekas. Kerana yang memberi bekas itu, adalah hanya Allah s.w.t.
Cakaplah apa pun yang kita sanggup cakap, ianya tidak sedikit pun memberi bekas kepada Allah s.w.t, kerana yang terlafaz, terucap dan terluah dari bibir itu, adalah dengan mengetahui Allah(dalam ilmu Allah)!.
Orang yang dalam berkeadaan tidak mengetahui itu, adalah sama dengan orang yang dalam berkeadaan mabuk, lalai, hilang akal atau hilang ingatan. Tidak tahu dari apa yang dilafaz atau tidak tahu dari apa yang diperkatakan. Sekadar sedap mulut untuk berkata!. Sekiranya sekadar sedap mulut, budak kecil atau kaset pun boleh mengucap sebagaimana lafaz bibir mulut tuan-tuan!.
Apakah itu yang dimaksud atau yang ditakrifkan oleh syarak?. Mengucap sekadar lepas dari bibir, apakah itu yang disarankan oleh agama kita?. Cuba jawab pertanyaan saya. Jika tidak betul dari apa yang saya sangkakan, cuba anda ceritakan bagaimana lafaz syahadah yang sebenar?. Cuba anda jelaskan, apa yang hendak dinafi dan apa yang hendak diisbatkan.

Apa Makna Dan Apa Gunanya Kita Naik Saksi, Jikalau Tidak Mengenal Siapa Saksi Dan Siapa Yang Meyaksi?

Sekiranya tuan-tuan masih tidak faham apa itu maksud saksi dan apa itu maksud yang menyaksi, mari ikut saya. Saya bawa anda masuk sekejap ke dalam mahkamah!. Saya mahu tuan-tuan menjadi seorang saksi dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan kematian. Secara kebetulan, tuan-tuan melihat dan menyaksikan rompakan tersebut dengan mata kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta tuan-tuan mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan.
Hakim mengumpulkan beberapa orang suspek untuk tuan-tuan kenal pasti, yang mana satukah perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut. Cuba tuan-tuan jawab soalan saya, bagaimana sekiranya tuan-tuan tidak dapat cam atau tidak dapat untuk mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan tersebut. Bolehkan tuan-tuan disebut atau dipanggil sebagai seorang saksi?. Sebagai seorang saksi itu, hendaklah mengenal orang yang disaksikannya!.
Begitu juga halnya dalam soal kita berkalimah syahadah. Kita mengaku untuk naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah!. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, bila masanya tuan-tuan mengenali Allah s.w.t?. Bila masanya tuan-tuan pernah melihat Allah s.w.t?. Sekiranya tuan-tuan belum pernah melihat Allah dan belum pun pernah mengenal Allah, bagaimana tuan-tuan hendak menjadikan diri tuan-tuan itu sebagai seorang saksi, sekiranya tuan-tuan sendiri belum pernah menyaksikannya.
Seorang saksi yang belum pernah dipersaksikan (belum pernah diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi saksi bagi menyaksikan suatu kesaksian?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab dengan hati yang jujur?. Boleh atau tidak?. Jika jawapannya memihak kepada tidak, bagaimana kesaksian tuan-tuan terhadap kalimah syahadah yang tuan-tuan sendiri sebut dan yang anda sendiri lafazkan?. Tidakkah itu satu pembohongan atau satu penipuan?. Tuan-tuan adalah seorang makhluk pendusta!.
Dusta pada Allah s.w.t, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta juga kepada diri sendiri!. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan sebagai hamba Allah s.w.t yang berpaksi kepada kalimah syahadah?. Cuba jawab kepada diri sendiri!.

DIRI YANG TERHIJAB, ALLAH S.W.T TIDAK DIHIJAB

DIRI YANG TERHIJAB, ALLAH S.W.T TIDAK DIHIJAB
AL-HAQ (ALLAH S.W.T) TIDAK TERHIJAB OLEH SESUATU APA PUN, SEBALIKNYA KAMULAH YANG TERHIJAB DARI MELIHAT KEPADA-NYA. JIKA ALLAH S.W.T DIHIJAB OLEH SESUATU TENTU SESUATU ITU DAPAT MENUTUP ALLAH S.W.T. JIKA ADA SESUATU YANG MENUTUP ALLAH S.W.T BERMAKNA WUJUDNYA DAPAT DIKURUNG OLEH SESUATU. SESUATU YANG MENGURUNG ADALAH LEBIH BERKUASA DARI YANG DIKURUNG, SEDANGKAN ALLAH S.W.T BERKUASA ATAS SEMUA HAMBA-NYA.
 

 Dunia dan akhirat dan semua yang ada di antara kedua-duanya adalah makhluk yang memenuhi alam. Apa sahaja yang selain Allah s.w.t adalah makhluk dan mengambil tempat masing-masing di dalam alam. Makhluk ciptaan Allah s.w.t bukan setakat manusia, jin, malaikat, Kursi dan Arasy sahaja bahkan kehendak, cita-cita, angan-angan, khayalan, bahasa, ibarat dan ilmu pengetahuan juga termasuk dalam istilah makhluk yang Allah s.w.t ciptakan.
 
 
Oleh sebab Allah s.w.t tidak serupa dengan sesuatu maka Dia tidak boleh dibahasakan, diibaratkan, disifatkan, dikhayalkan dan lain-lain. Apa sahaja yang selain Allah s.w.t adalah hijab yang menutup pandangan mata hati dari melihat Allah s.w.t, walaupun Allah s.w.t tidak memakai tutupan. Nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan adalah juga hijab.
 

 Sekiranya ada orang yang mampu berkenderaan menjelajah ke seluruh alam maya untuk mencari Allah s.w.t nescaya Allah s.w.t tidak akan ditemuinya kerana Dia bukan anasir alam. Sekiranya mereka mencari dengan menggunakan bahasa maka Allah s.w.t juga tidak akan ditemui kerana Dia tidak ditakluki oleh hukum bahasa dan ibarat. Ilmu pengetahuan juga tidak sanggup mencapai Yang Esa kerana ilmu masih terikat kepada menyaksikan dan disaksikan iaitu suasana serba dua.
 
 
Ilmu tidak mampu sampai kepada Yang Esa, yang sama menyaksikan dan disaksikan. Nama-nama juga hijab kerana tidak mampu menzahirkan Yang Empunya nama. Sifat-sifat juga tidak mampu menzahirkan zat. Sifat hanyalah sekadar memperihalkan bagi menggerakkan pemahaman sahaja, sedangkan Dia Maha Suci lagi Maha Tinggi dari apa yang disifatkan. Setelah gagal mencari dalam semua itu seseorang akan sampai ke puncak pencariannya iaitu kejahilan tentang zat Ilahiat dan inilah yang dinamakan makrifat. Orang yang sampai di sinilah yang dipanggil orang yang mengenal Allah s.w.t.
 

 Sekiranya ilmu mampu melepaskan kita dari medan ilmu, kita akan sampai kepada medan makrifat. Jika kita bersatu dengan ilmu, kita akan terhijab. Ilmu mesti dijadikan kenderaan menuju kepada makrifat. Diri kita tidak boleh disatukan dengan ilmu. Apabila kita tiba kepada makrifat kita akan tercengang-cengang menghadapi hijab kejahilan.
 
 
Kita terpaksa mengakui bahawa zat Ilahiat tidak dapat diperkatakan dan tidak dapat disifatkan. Orang yang sampai kepada perhentian ini tidak ada jalan lagi baginya untuk sampai kepada Allah s.w.t melainkan menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan menanggalkan apa sahaja yang dianggapnya boleh menyampaikannya kepada Allah s.w.t. Maka keluarlah dia dari apa sahaja yang selain Allah s.w.t.
 
 
Dibuangnya segala hijab-hijab yang menutupi mata hatinya. Dia keluar dari ilmunya, amalnya, makrifatnya, sifatnya, namanya, bahasa dan ibarat. Pelepasan yang menyeluruh ini adalah pintu masuk ke Hadrat-Nya dan dia masuk dengan kekuatan Nurullah, iaitu tarikan yang langsung dari Allah s.w.t.

Nur berlapis nur, Allah memimpin sesiapa yang di kehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada nur hidayah-Nya itu. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )
 

 Makhluk tidak akan zahir jika tidak ada Nur-Nya. Makrifat tidak mungkin dicapai tanpa suluhan Nur-Nya. Ilmu tidak mungkin diperolehi tanpa penerangan Nur-Nya. Mata hati tidak mungkin boleh melihat tanpa pancaran cahaya Nur-Nya. Allah s.w.t memimpin kepada Nur-Nya siapa yang Dia kehendaki.
 
 
Orang yang dipimpin kepada Nur-Nya adalah orang yang mampu keluar dari hijab nafsu dan akal. Nafsu ditundukkan kepada yang hak sehingga tidak ada keinginan dan cita-cita melainkan mahu bertemu dengan Allah s.w.t. Akal ditundukkan kepada yang hak sehingga tidak ada yang difikir dan direnungi melainkan Wajah Allah s.w.t jua yang menyata pada semua arah. Walau ke arah mana pun dihalakan pandangan akal dan pandangan hati, Wajah Allah s.w.t jua yang kelihatan.

 Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. ( Ayat 115 : Surah al-Baqarah )

Sabda Rasulullah SAW tentang anak

Ibu dan bakal ibu sila baca ni :)

Teka-teki Imam Ghazali

Teka-teki Imam Ghazali 
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :...

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Subhanallah...
 

KISAH NYATA 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

KISAH NYATA 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"...

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitandan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUKtelah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannyadari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYADAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
 

JAGALAH AURATMU WAHAI WANITA

JAGALAH AURATMU WAHAI WANITA
Satu helai rambut dilihat oleh seorang bukan mahram = Menjadi seekor ular yang mematuk kepala kita

2 helai + 3 orang = 2x3 = 6 patukan...
10 helai + 7 orang = 10x7 = 70 patukan
1000 helai + 70 orang = 1000x70 = 70000 patukan..
semua helaian rambut + semua lelaki bukan mahram = ??? patukan...

Nauzubillah.

Jagalah auratmu kaum Hawa, sebelum terlambat. Berdoalah supaya Allah S.W.T menjauhi kita daripada azab-Nya yg cukup dahsyat. Aamiin
 

LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bunda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )...

Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bunda nya.

Rasulullah SAW Bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapaknya.

Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapaknya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Sabda Rasulullah SAW ;"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada." (HR. Muslim)

Jumaat, 29 November 2013

Siapakah hamba ALLAH yang mulia?

Suatu hari Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bertanya: "Siapakah hamba ALLAH yang mulia?"
Para sahabat menjawab:"Para Malaikat yaa Rasulullah,dan tentulah para Nabi,merekalah yang mulia".
...
Rasulullah tersenyum lalu berkata:"ya,mereka mulia tapi ada yang lebih mulia".
Para sahabat terdiam lalu berkata:"adakahkami yg mulia itu, yaa Rasulullah?"

Rasulullah berkata:"tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yg Aku maksudkan.

Rasulullah lalu menundukkan wajahnya, Sang Baginda meneteskn air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata...

"Wahai sahabatku,mereka adalah manusia-manusiayang lahir jauh setelah wafatnya aku,mereka terlalu mencintai ALLAH & tahukah kalian..mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian, tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai sahabatku bahwa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA... MEREKALAH UMMATKU! "

SubhanAllah..

Apakah anda Rindu Kepada Rasulullah SAW ?

Ya Allah ..
Pertemukanlah kami dengan Rasalullah SAW Di Akhirat Nanti.
Aamiin
 

Isnin, 25 November 2013

Ingat! Sakaratul Maut Hanya Sekali

Ingat! Sakaratul Maut Hanya Sekali Terjadi Dalam Hidup Ini Maka Harus Menang.........
Ingat wahai saudaraku…!!!
Setinggi dan sejauh kita melangkah suatu saat pasti akan putus!
Sejauh kita berkiprah pasti akan terhenti!
Sejauh kita bekerja baik manfaat atau tidak pasti ada hujungnya!
Sejauh kita melangkah pasti ada batasnya!

"Kullu nafsin dzaa-iqotul maut -
tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati” (QS. Ali Imran [3]: 185)
Maka ketahuilah wahai saudaraku..!!! Hujung hidup bagi manusia itu ialah kematian, dan detik-detik kematian pasti di tandai dengan kedahsyatan yang penuh kengerian dan kepedihan sakit bagi mereka yang ingkar kepada Tuhan dan kelezatan bagi mereka yang beriman kepada Tuhan, itulah yang disebut peristiwa "SAKARATUL MAUT"!

Batas yang terakhir inilah yang harus benar-benar kita perhatikan, karena hujung batas itu yang menentukan manusia selamat atau tidak, bahagia selama-lamanya atau sengsara selama-lamanya.

Dan yang paling hujung ialah lepasnya antara jasad yang selalu setia bersama roh sakaratul maut yang hanya sekali dipenghujung langkah kita.

Ingat Saudaraku...!!!

Hidup didunia ini hanya sekali yang penghujungnya adalah sakaratul maut, sakaratul maut tidak datang dua kali, maka wajib bagi manusia untuk memenangkan ketiga musuh itu bila ingin mati membawa iman (khusnul khotimah)!

Dimana yang kita hadapi adalah Iblis dan tentera-tenteranya, dunia yang kita cintai dan nafsu kita yang akan menggelincirkan kita bahkan dirinya pun menjadi musuh terberat pada saat itu, maka sakaratul maut yang hanya sekali harus menang dan harus menang!

Disaat sakaratul maut iblis dengan segenap kemampuannya akan menggelincirkan ­ manusia dari segala penjuru, menginjeksi hati manusia agar disaat roh keluar dari jasad benar-benar dalam keadaan kotor, karena terselubung perasaan merasa "aku", aku yang alim, aku yang kaya, aku yang paling mulia, dan sebagainya. Dan pada saat sakaratul maut datang memori yang ada didalam otak manusia sudah terputus, sehingga pada saat itu jangankan menyebut asma agungNYA, ingat pada dirinya saja ia tidak mampu, hanya hukum roh yang berlaku pada saat itu.

Saat itulah datang Iblis dan tentara-tentaranya menggoda manusia, Iblis merubah dirinya menjadi orang yang dicintai dan membawakan semangkok air yang beracun apabila diminum saat itu boleh melupakan ingat kita kepada Allah, karena pada saat sakaratul maut datang saat itulah manusia mengalami rasa haus yang sangat dahsyat, seakan-akan minum air sebanyak luasnya samudera tidak cukup untuk menghilangkan haus pada saat itu.

Yang kedua dunia yang dia cintai sehingga lupa bahwa semua itu hakekatnya miliknya Tuhan, disaat sakaratul maut, dunianya akan mengikuti, mempersulit roh keluar dari jasad sehingga duniapun yang ia miliki menjadi penghalang pada saat proses sakaratul maut, kekayaannya, anak-anak serta keluarganya yang dicintai bahkan dirinya sendiri menjadi penguji pada saat itu. Begitu berat dan hebatnya proses sakaratul maut yang hanya sekali dalam hidup ini dan harus menang!

Dan yang ketiga dirinya sendiri yang lebih dia cintai daripada Tuhan, sehingga timbul perasaan syirik, menganggap dirinya paling baik, membanggakan diri, merasa hidup, merasa mampu berbuat ini dan itu, sehingga tega membunuh dan menghasut sesamanya demi harga diri dan kepentingan pribadi, itupun kelak akan menjadi musuh untuk menggelincirkan ­ roh disaat mau keluar dari jasad, agar benar-benar lupa kepada Tuhan yang maha suci, yang maha hidup, dan yang maha mampu berbuat apa-apa, sehingga mati tidak membawa iman, (su'ul khotimah).

Ingat....!!! Kesempatan Sakaratul Maut Hanya Sekali dan Harus Menang!

Ingat...!!! sakaratul maut hanya sekali maka harus menang!

Lalu bagaimana kita menang? Jangankan menang, ingat kepada diri sendiripun tidak mampu! apalagi mengalahkan Iblis dan tentara-tentaranya!

Rasulullah pernah bersabda :

“Barang siapa yang mengucap “Laa Ilaa Haa Ilallaah” diakhir hanyatnya ia pasti masuk surga”

Akan tetapi “Laa Ilaa Haa Ilallaah” yang mana? dan alangkah ruginya kalau Lillah Billah kita palsu, sekedar lamunan dan pengertian diakal dan bukan dirasakan!

Jangankan mengucap kalimat tauhid kalimat “Laa Ilaa Haa Ilallaah”, ingat pada dirinya sendiripun tidak mampu, karena pada saat itu memori yang ada didalam otak sudak terputus dan manusia sudah tidak sadar dengan dirinya sendiri!

Lalu kalimat “Laa Ilaa Haa Ilallaah” yang mana sehingga manusia lepas dan selamat dari sakaratul maut yang begitu dahsyat itu?

Tidak lain hanya hidayah dan pertolongan Allah yang mampu menyelamatkan kita untuk selamat dari cengkraman Iblis dan tentara-tentaranya.

ILLA MAN ATALLOOHA BIQOLBIN SALIIM... (KECUALI ORANG YANG SOWAN KEPADA ALLAH DENGAN HATI YANG SELAMAT)

Mujahadahlah... mujahadahlah…. Karena mujahadah adalah pintunya hidayah!

AL MUJAHADAH MIFTAHUL HIDAYAH!

Maka dari itu mulai dari sekarang dan mulai detik ini:

Latih… latih… jiwa ini untuk merendah dan penuh merasa dosa!

Latih… latih… jiwa ini senantiasa tidak memiliki perasaan mampu!

Latih… latih… jiwa ini senantiasa untuk melepaskan dari perasaan aku! (dalam bahasa kami mengKOSONGkan diri)

Karena hati yang selamat ialah hati yang tidak pernah menyekutukan DIA dari segala sesuatu apapun tanpa terkecuali dengan perasaan mampu kita!

Semoga Allah memberi karunia diakhir penghujung nyawa kita, mati membawa iman bi khusnul khotimah…. Amin….

Ingat…!!! Satu kali pengakuan merasa suci saat itu hilang kesempatan untuk ingat kepada Allah!

Wassalam wahai UMMAH YG BERJEMAAH.

Huraisy berasal dari anak kala jengking

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
 
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? "
 
Huraisy pun menjawab. "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak. "
 
Wallahualam