Pages

Rabu, 16 April 2014

Bagaimana mampu meng-esa-kan Dia

bagaimana mampu meng-esa-kan Dia
se-andainya Dia tiada pada segala
bagaimana mampu meng-esa-kan Dia
se-andainya Dia tiada dirasa
bagaimana mampu meng-esa-kan Dia
se-andainya Dia jauh dihujung sana
bagaimana mampu meng-esa-kan Dia
se-andainya Dia tiada bersama-sama
bagaimana mampu meng-esa-kan Dia
se-andainya Dia berpisah dengan kita
bagaimana mampu meng-esa-kan Dia
se-andainya kita merasa ada
lenyap rasa diri ada
hadir rasa Dia ada
lenyap rasa diri hidup
hadir rasa Dia hidup
lenyap rasa diri melihat
hadir rasa Dia melihat
lenyap rasa diri mendengar
hadir rasa Dia mendengar
lenyap rasa diri berkata
hadir rasa Dia berkata
lenyap rasa diri berkuasa
hadir rasa Dia berkuasa
lenyap rasa diri berkehendak
hadir rasa Dia berkehendak
lenyap rasa diri berilmu
hadir rasa Dia berilmu
lenyap segala selain Dia
baru nyata ujudNya Dia
kemudian sebutlah kalimah itu
ALLAH HU AKHBAR !
ALLAH HU AKHBAR !
ALLAH HU AKHBAR !
maka
pandanglah yang memandang
rasalah yang merasa ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.