Pages

Selasa, 4 November 2014

RAHSIA DIAM KEMBARA SALIK

RAHSIA DIAM KEMBARA SALIK

Seorang Salik Akan Memasuki Satu Keadaan Seperti Keadaan Orang Yang Sedang Tidur Ataupun Istilah Yang Biasa Didengar ‘Mati Sebelum Mati’, Ataupun Dengan Istilah Yang Mudah ‘Diam’, Iaitu Fikiran Tidak Bergerak, Batin Dan Jasad Juga Tidak Bergerak

Surah Az-Zumar 39:42: Allah Mematikan Manusia (Memegang Rohnya) Ketika Mati, Dan Bagi Yang Belum Mati Di Dalam Tidurnya, Lalu Allah Menahan Roh Orang Yang Telah Ditetapkan Kematiannya Dan Melepaskan Roh Orang Yang Lain (Tidur) Sampai Waktu Yang Ditentukan. (Bagi Salik Yang Mencapai Tahap Ini Ia Berpeluang Untuk Memasuki Alam Roh Dengan Izin Allah).

Keadaan Diam Ini Dilakukan Supaya Pencinta Mencapai Keadaan ‘Mati Sebelum Mati’ Atau ‘Keadaan Semacam Orang Tidur’. Untuk Mencapai Keadaan Ini, Diam Ini Perlulah Berhujung Kepada Hilangnya Semua Perasaan Dan Fikiran, Sehingga Tercapai Keadaan Ketiadaan Rasa Apa-Apa Pun, Tetapi Masih Dalam Kesedaran.

...Diam Itu Tidak Bergerak
...Tidak Bergerak Itu Mati
...Mati Itu Hakikat Tiada
...Tiada Itu Adalah Kekosongan (Hanya Ada Allah)

Sebelum Salik Mencapai Makam Diam Ini, Salik Perlu Melepasi Beberapa Tahapan Sebelumnya Iaitu: Fana Rasul Kepada Fana Allah Kepada Baqa Allah Kepada Liqa Allah (Aspek Wujud Allah). Bagi Pencinta Allah Ingatlah Bahawa:

...Diam Itu Adalah Singgahsana NYA
...Diam Itu Adalah Hakikat Muhamad (Wahdah)
...Diam Itu Adalah Sumber Kun Faya Kun
...Diam Itu Mengangkat Salik Ke Makam Insan Kamil Mukamil

Tanpa Proses ‘Diam’ ‘Kepongpong Tidak Akan Menjadi Kupu-Kupu’. Jelaslah Sangat Penting Proses Diam Ini,, Umpama Menunaikan Haji Di Mekah, Tanpa Wukuf Di Arafah. Maka Tiadalah Haji. (Ia Tidak Boleh Diganti Dengan Dam), Perlu Dilakukan Sendiri. Masyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.