Pages

Isnin, 31 Mac 2014

Sejarah APRIL FOOL

Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga. 

Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. 

Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah. 

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN. 

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.

UJUB ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri.


UJUB

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Ujub adalah penyakit hati yang sangat merbahaya berbanding RIAK dan TAKABBUR. Ia sangat merbahaya kerana perasaan ujub akan datang walau dalam keadaan kita bersendirian.

RIAK tidak akan datang semasa kita bersendirian. Ia akan datang apabila ada orang kedua atau ketiga, kerana kita akan merasa diri kita lebih hebat dari mereka.

TAKABBUR sama seperti riak malahan lebih buruk lagi, kerana disamping kita merasa diri kita lebih hebat, malah kita akan menghina dan merendahkan orang lain.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya, 
Orang yg petah berbicara, kagum dgn kepetahannya
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
(Surah An-Nisaa’, sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” 
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya”. (Syarh Arba’in)

Wallahu a'llam.”

6 Rahsia kelemahan Jin yang wajib anda berikan perhatian

Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:
1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.
Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).
Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:
“Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).
Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).
3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.
Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:
“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35).
Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:
“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini.
Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah “(HR. Muslim)
4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah
Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).
5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit
Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).
6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah
Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).

Pengakuan Syaitan Yang Terakhir


Syaithan adalah dalam pengakuannya selama di dunia kita masih hidup ialah diamengaku akan meninggalkan kita setelah kita berbuat dosa dan mengatakan aku berlepas diri dari kamu sesungguhnya aku takut kepada Allah. Sememangnya setan atau Syaitan itu amat aniaya meninggalkan manusia setelah ia berbuat dosa kerana tak perlu dihasut lagi.
                       Ingatlah wahai diri syaitan itu jika sekadar menghasut tidak mengapa namun yang paling menyesatkan dan paling ditakuti adalah bila ia menggunakan cara MENASIHAT.
* – ” Sesungguhnya tipuan terbesar syaitan itu terhadap manusia ialah AKU TIADA…..” Ana Ghoib 
Firman ALLAH Ta`ala:
وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksudnya:
“Dan berkatalah Syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan:  “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.  Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri.  Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan ALLAH) sejak dahulu”.  Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih.”

(Surah Ibrahim, 14:22)

Ahli Ibadah Terpesona Dengan Kecantikan Pelacur

Banyak sebenarnya kisah kemuliaan yg lahir dari mereka yg disangka hina dan yg paling menonjol adalah dari kisah Nabi Isa as menyelamatkan seorang pelacur dari penghakiman ulama yahudi yg tidak adil. Hujah Nabi Isa mudah iaitu hanya seseorang yg tidak berdosa sahaja boleh menghukum sipelacur itu tadi. Bayangkan mana akan dicari manusia yg tidak berdosa dan pelacur itu pun terlepas malah mengikut dakwah Nabi Isa as.

Malah dalam riwayat Nabi Musa as juga diceritakan bahawa Allah menyuruh baginda memandi dan memuliakan jasad seorang pemuda yahudi yg mati dalam keadaan aib ditempat sampah kerana dosa maksiat yg dilakukannya lantas dibuang oleh kaum sendiri. Apa kata Malaikat bila Nabi Musa bertanya apa perlunya dimuliakan lelaki ini ialah kerana beliau melakukan kesemua dosa tersebut bukanlah kerana kemahuannya tetapi atas kalahnya kepada hawa nafsu dan hasutan iblis namun Allah juga penilai terbaik kekuatan iman dan hati ikhlas manusia. 

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya.

Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya:

“Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata:

“Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”
“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya.

Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Pengajaran Dari Perang Uhud Dari Rasulullah

perang islam

Komen: Apa yg menarik didalam Al Quran ialah dimana pujukan Allah kepada tentera Islam dibawah panji Nabi Muhammad saw yg bermaksud: ‘Jika kamu luka maka mereka juga luka dalam peperangan itu…’ Ini boleh dibaca di dalam tafsir dan amat menyentuh hati meresapi maknanya – Ana Ghoib MRM
Seorang Nabi diharamkan meninggalkan medan perang: Rasulullah SAW menjawab, “Seorang Nabi, jika sudah memakai baju besi, maka tidak patut dia menanggalkannya semula sehingga ALLAH SWT memberikan keputusan antara Dia dan musuh-Nya.”
Perang Dalam Islam Di Zaman Rasulullah – Oleh MOHD AZLI MOHD ALI via Sinar Harian
Punca utama peperangan tercetus kerana perasaan marah dan dendam masyarakat Quraisy. – Gambar hiasan
PERMUSUHAN antara orang Quraisy Makkah dan orang Islam tidak berakhir selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Perang Uhud adalah peperangan kedua yang berlaku dalam sejarah Islam pada tahun ke-3 Hijrah di pinggir Bukit Uhud.
Peperangan ini melibatkan tentera Islam  diketuai oleh Nabi SAW dan tentera Quraisy diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb.
Punca utama yang mencetuskan peperangan ini ialah perasaan marah dan dendam kaummusyrikin Quraisy yang dikalahkan oleh tentera Islam sewaktu di dalam Perang Badar terdahulu.
Mereka berasa sangat terhina kerana tentera Islam berjaya mengalahkan mereka, di mana 70 orang pemimpin terkemuka mereka terbunuh dan 70 orang lainnya ditangkap, sementara hanya 14 orang Muslim sahaja yang mati syahid.
Kaum musyrikin Quraisy kemudiannya menghimpunkan bala tentera seramai 3,000 orang termasuk 3,000 ekor unta, 700 tentera berbaju besi, 200 ekor kuda, pasukan pemuzik dan pasukan kaum wanita yang berjumlah 15 orang telah menuju ke Madinah untuk menyerang umat Islam.
Mendengar persiapan orang Quraisy itu, Nabi Muhammad SAW telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk melindungi kota Madinah.
Baginda SAW meminta para sahabat memberikan pendapat masing-masing dengan melakukan musyawarah sama ada mahu bertahan di Madinah atau bertempur di luarMadinah.
Rasulullah SAW telah mengusulkan kepada para sahabatnya agar tidak pergi ke medan Uhud dan berkubu sahaja di Madinah.
Abdullah bin Ubai, si munafik bersependapat dengan cadangan Rasulullah, tetapi para sahabat yang terdiri dari anak muda tidak bersetuju, dan bersungguh-sungguh mahu berjihad di luar Madinah.
Melihat pendapat kalangan sahabat yang rata-ratanya mahu berperang di luar Madinah, Rasulullah SAW mengabaikan pendapatnya sendiri dan memutuskan untuk bertempur di medan terbuka.
Baginda SAW memakai kelengkapan perang sambil di pinggangnya disarungkan pedang, sementara itu para sahabat tiba-tiba muncul perasaan menyesal dan serba salah kerana keputusan mereka telah menyebabkan Rasulullah SAW keluar ke medan Uhud. Sedangkan Rasulullah SAW yang meminta mereka agar bertahan sahaja di Madinah.
Menyedari keterlanjuran tersebut, kaum Muslimin yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah SAW, kami tidak akan menyalahkanmu. Lakukanlah apa yang Tuan kehendaki. Jika Tuan ingin menetap di Madinah, lakukanlah.”
Dengan tegas Rasulullah SAW menjawab, “Seorang Nabi, jika sudah memakai baju besi, maka tidak patut dia menanggalkannya semula sehingga ALLAH SWT memberikan keputusan antara Dia dan musuh-Nya.”
Keputusan kalangan sahabat untuk bertempur di luar Madinah bukanlah lahir daripada sikap melawan terhadap keputusan Baginda SAW, tetapi lahir daripada semangat jihad yang membara.
Oleh itu, keputusan Rasulullah SAW telah bulat dan sepakat menerima keputusan musyawarah yang berpihak kepada para sahabat. Mereka keluar bertempur, medannya di Bukit Uhud. Inilah keputusan bersama, apa pun hasilnya juga menjadi tanggungjawab bersama.
Angkatan perang kaum Muslim pada awalnya terdiri daripada 1,000 bala tentera. Ketika pasukan Muslim mendekati Gunung Uhud, Abdullah bin Ubai telah berjaya memainkan peranannya dengan menghasut sebilangan tentera Islam untuk keluar dari menyertai peperangan dan kembali ke madinah. Akhirnya seramai 300 tentera telah mengikuti Abdullah bin Ubai pulang ke Madinah.
nama allah ajaib
Tiup semangat kebangkitan
Pertempuran antara tentera Islam dan tentera musyrikin Quraisy akhirnya telah meletus di pinggir Bukit Uhud. Takdir ALLAH, umat Islam telah menerima kekalahan walaupun pada pusingan pertama pertempuran di Uhud, bibit-bibit kemenangan memihak kepada tentera Islam.
Namun, disebabkan kealpaan pasukan tentera memanah menuruti arahan Rasulullah SAW, telah mengundang seribu satu sebab mengapa tentera Islam tewas di medan Uhud.
Baginda SAW turut terjatuh ke dalam lubang yang digali Abu Amar Ar Rahab sehingga menyebabkan kedua-dua belah lutut terbelah luka, pipi Baginda SAW cedera dan giginya patah.
Tidak kurang juga tentera Muslim ada yang terkorban dan rata-ratanya mengalami kecederaan yang teruk  akibat serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Walaupun tentera Islam mengalami kekalahan, namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah SAW.
Abu Sufian tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai kerana kekuatan Islam masih kuat dan beliau cuba menyerang Madinah tetapi tindakan itu terpaksa ditarik balik apabila mendapat tahu tentera Islam kini sedang bersiap sedia untuk menyerang semula.
Kehebatan dan kepantasan Rasulullah SAW dalam mengatur strategi dan taktik dalam peperangan memberi gambaran jelas kepada kita semua bagaimana tugas nabi bukan hanya tertakluk kepada menyampaikan dakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pemerintahan malah peperangan dalam memastikan kalimah ALLAH terus berada d tempat yang tertinggi.
Inilah dia peranan sebenar ulama yang dikatakan pewaris nabi maka kerja mereka bukan sahaja pada tempat ibadat tetapi turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan juga tunjuk ajar dalam urusan dunia sehingga wujudnya masyarakat yang bukan sahaja taat kepada ALLAH ketika beribadat khusus tetapi turut patuh dan tunduk pada hukum ALLAH dalam menjalankan kehidupan seharian.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi ALLAH telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 Surah An-Nisa’: yang bermaksud: “Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit [luka] mereka juga merasa sakit [luka] seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada ALLAH apa yang mereka tidak harapkan.”

Sabtu, 29 Mac 2014

Iman ada pasang surutnya


Iman ada pasang surutnya

Sa’id bin Abdul Aziz mengkhabarkan kepada kami dari Bilal bin Sa’ad, bahawa Abu Ad-Darda berkata, “Ibnu Rawahah memegang tanganku sambil berkata, ‘Kemarilah, kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati itu lebih cepat berbolak-balik daripada periuk yang sedang mendidih.” [Hadist ini bersanad Shahih, dalam Buku Zuhud Ibnu Al Mubarak, Juz 3, hal. 236]


Rasulullah s.a.w bersabda: "perbaharui iman kamu!!", baginda ditanya: "wahai Rasulullah bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami?", baginda bersabda: "perbanyakkan ucapan lah ilaha illa Allah". (Hadis riwayat Ahmad).

Jumaat, 28 Mac 2014

Apa Itu Zikir Nafas (Zikir Yang Tidak Berhuruf dan Tak Bersuara)

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh para sahabat mengenai zikir nafas. Zikir yang tidak berhuruf atau tidak bersuara itu, bukannya bermaksud ingat kepada nafas yang turun naik. Adapun nafas yang turun naik itu, adalah merupakan angin, sedangkan zikir iru bukannya bertujuan untuk ingat kepada angin!.
Zikir bukan bertujuan untuk ingat kepada angin (yang keluar melalui hidung), bukan bertujuan untuk ingat kepada dada yang bergerak, jantung yang berdegup dan nadi yang berdenyut!. Itu bukan zikir yang tidak berhguruf dan bersuara.
Harap sahabat-sahabat dan pengemar blog saya diluar sana, faham apakah itu hakikat zikir dan faham apakah itu hakikat tidak berhuruf dan bersuara. Nafas masih boleh dirasa, sedangkan yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim dan berjisim itu, adalah sehingga sampai kepada penghujung rasa (sehingga sampai kepada tidak ada rasa). Setelah sampai kepada tahap tidak ada rasa, itu baru dikatakan zikir yang tidak berjirim dan berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara).
Selagi ada rasa angin yang keluar masuk, itu bukannya zikir (ingat)!. Maksud ingat (zikir) kepada Allah itu, bukanya bermaksud ingat kepada angin. Adapaun angin itu, bukan Allah!. Setelah ingat kepada Allah (tuan yang empunya nama), barulah dikatakan sebenar-benar zikir nafas.
Sesetengah dari kita, ada yang mengatakan bahawa dengan ingat kepada perkataan hu atau hak semasa keluar atau masuknya nafas itu, dikatakan zikir nafas. Hu atau hak itu, adalah perkataan atau lafazan dari suara yang keluar dari halkum, itu bukan zikir nafas (Hu atau haq itu, bukan zikir nafas!).
Apakah itu yang dikatakan zikir nafas. Apakah itu nafas?…………… barang siapa tahu maksud, makna atau erti nafas, maka tahulah apa itu zikir nafas!…………………………. drp hj shaari

Menempatkan Segalanya Atas Diri, Barulah Tertilik Allah

Kita selalu memberi tafsiran yang bahawa kuasa itu, dari Allah, penglihatan itu dari Allah, pendengaran (kudrat dan iradat) itu, adalah datangnya dari Allah. Sebenarnya mengikut tafsiran ilmu makrifat, ianya bukan datangnya dari Allah, tetapi sememangnya itulah Allah.
Gagah itu Allah, cantik itu Allah, kaya itu Allah, tinggi itu Allah, besar itu Allah, melihat itu Allah, mendengar itu Allah dan hidup itu Allah. Kita mengaji ilmu makrifat itu, bukan seperti mengaji ilmu syariat. Ilmu syariat itu, adalah ilmu yang duduknya pada istilah, istilah dan istilah, adapun ilmu makrifat itu, adalah ilmu duduk, ilmu berpijak dibumi nyata, ilmu jelas, ilmu sampai dan ilmu putus. Ilmu syariat itu, adalah ilmu istilah. Ilmu istilah itu, adalah seumpama saya minta tuan-tuan menyebut perkataan “kaya” atau  perkataan“api”, apakah dengan menyebut perkataan kaya itu, telah bererti tuan-tuan benar-benar ada wang (sebut kaya, mana wangnya?) atau dengan menyebut perkataan “api”, dengan menyebut perkataan api, manakah panasnya. Begitu juga dengan ilmu syariat, ilmu syariat itu, hanya tahu sebut perkataan, tetapi perkataan yang disebut itu, mana duduk atau mana putusnya? Dan mana kenyataannya.
Sebut perkataan api, mana panasnya, sebut perkatan kaya, mana wangnya dan sebut perkataan Allah,
mana tuanya?. Apakah cukupkah dengan hanya beristilah sahaja sampai mati?. Dari usia umur muda (kanak-kanak) sehingga membawa kepada usia 60 atau 70 tahun, apakah cukup dengan hanya beristilah sahaja?, cuba jawab……………………………………….
Cukup-cukuplah beristilah!. Tetapi bila saya lebih bercakap dalam hal ilmu makrifat, ada sahaja suara-suara sumbang yang menuduh saya sesat?. Jika saya sesat, manakah Allah yang betul dan mana Allah yang sebenar-benar Allah, mana yang dikatakan Allah yang tidak berhuruf dan Allah yang tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim?”, mana?, mana? dan mana?………………………………..
Untuk itu, mari kita jangan lagi duduk pada tahap istilah, mari sama-sama kita belajar ilmu putus. Ilmu putus itu, adalah ilmu yang mengaku dengan pengakukan serta beriktikad yang putus. Iktikad yang putus itu, adalah iktikad yang bahawasanya, gagah itulah Allah, hidup itulah Allah, kuat itu Allah, terang itu Allah, kaya itu Allah, melihat, memandang, menengok, menilik, mengdengar, menghidu dan yang hidup itu, itulah Allah. Jangan lagi beristilah dengan perkataan istilah bahawa Allah memberi lihat, memberi dengar atau memberi hidup!. Iktikad yang putus itu, sesungguhnya melihat itu Allah, mendengar itu Allah, mencium itu Allah, menghidu itu Allah, berkata itu Allah, hidup itu Allah, lihat itu Allah, dengar itu Allah, nampak itu Allah, Allah, Allah ……………………………………………………
Yang berdiri itu Allah, yang duduk itu Allah, yang besar itu Allah, yang kecil itu Allah, yang jauh itu Allah, yang dekat itu Allah, yang awal itu Allah, yang zahir itu Allah, yang batin itu Allah dan yang akhir itu Allah,Allah, Allah…………………………………………………
Kenapa tak reti-reti juga, wahai sahabat-sahabat yang dikasihi diluar sana, nak suruh saya kata apa lagi dan nak suruh saya sebut apa lagi. Cukup-cukuplah makan hampas, mari kita makan santan. Carilah ilmu nyata dan carilah ilmu putus. Mengaji ilmu itu, jangan hanya setakat tahu beristilah, hendaklah kita cari ilmu nyata.
Ilmu nyata atau ilmu putus (ilmu pemutus) itu, bilamana kita tempatkan segala ilmu itu pada diri sendiri. Jangan baya ilmu itu keatas langit, jangan bawa ilmu itu kealam zaman dahulu, jangan bawa ilmu itu ke Tanah Mekkah, jangan bawa ilmu itu ke alam bawah tanah, bawalah segala ilmu itu, supaya boleh letak atau supaya boleh ditempatkannya pada diri sendiri!. Itulah pengajian ilmu yang putus lagi nyata!.
Sebut sahaja perkataan atau sebut saja perkara melihat, sesungguhnya melihat itu Allah, kemudian letakkan atau tempatkan pula sifat melihat itu pada diri kita. Setelah sifat melihat itu ditempatkan atas diri kita, lalu mulalah kita butakan mata kita (malahan jika nak sedap lagi, hendaklah kita mengakku yang bahawasanya diri kita yang sebenar  “ tidak ada”).
Begitu juga bila menyenbut perkara atau menyebut perkataan mendengar, memandang, mencium, memikir, menilik, memandang, yang menilik, memandang, mendengar, memikir, mencium,  itulah Allah. Setelah segalanya Allah, saya mahu tuan letakkan segala itu pada diri kita yang tidak ada. Bila meletakkan sesuatu pada diri kita yang tidak ada, saya mahu tanya tuan-tuan dan saya mahu tuan-tuan jawab. Bolehkan perkara (sifat Allah) itu diletak atas diri kita yang sudah tidak ada?. cuba tanya kepada diri tuan sendiri dan cuba jawab sendiri,  bolehkan kita menempatkan sesuatu perkara diatas diri yang sudah tidak ada?.
Apakah boleh menempatkan sifat Allah pada diri yang sudah tidak ada?, sudah tentu jawapannya tidak boleh, jika ianya tidak boleh untuk menempatkan sifat Allah pada diri kita, itu menunjukkan yang diri kitaitu “ tidak ada”. Bilammana diri kita tidak ada, cuba jawab, siapakah yang bersifat ada?. Itulah makanya bilamana kita menyebut perkataan  melihat, mendengar, hidup, gagah, kuat, itulah Allah-Allah, Allah………………………………………………
Inilah pengajian ilmu putus, tetapi ingat, ingat dan ingat!, jangan pula sampai mengaku Allah atau mengaku jadi Allah………………………………………
Cukuplah santapan petang dari air tangan hj Shaari

Apakah erti, makna atau maksud Taqrud


Soal: Apakah erti, makna atau maksud Taqrud
Jawab: Erti,makna atau maksud Taqrud itu, adalah menentukan anggota yang mana sunat dan anggota mana yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat.



Sebelum kita menunaikan fardhu sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita tentukan dengan faham dan tentukan dengan mengerti bahawa di dalam bersolat itu, mana satu anggota yang wajib dan mana satu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa Allah di dalam bersolat. Sebelum mengerjakan ibadah solat, hendaklah terlebih dahulu kita tentukan anggota yang mana satu yang sunnat dan anggota mana satu yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah.



Cuba tuan-tuan tanya dan soal diri tuan-tuan sendiri, selama hidup dan selama mengerjakan fardhu sembahyang (solat), apakah sudah kita hitung, sudahkah kita jumlah atau sudahkah kita kira, manakah anggota yang wajib dan manakah anggota yang sunat?. Sebab apa kita perlu tahu yang mana anggota sunat dan yang mana anggota wajib?. 


Sebab perlunya untuk kita megentahui yang mana satu anggota wajib dan yang mana satu anggota sunat itu, supaya kita boleh tentukan agar yang wajib itu, tidak sekali-kali ketinggalan atau tidak sekali-kali kita meninggalkan anggota yang wajib untuk berjumpa Allah Taala. Tujuannya juga adalah supaya kita sedar, supaya kita tahu dan supaya kita tidak keliru untuk tidak meningglkan yang wajib. Jika sekiranya kita tidak tahu perkara sunat, sudah barang tentu kita tidak sekali-kali akan tahu perkara wajib, Jika sekiranya kita tidak tahu perkara wajib, maka sudah barang tentu tentu, kita tidak akan tahu perkara sunat.

Apakah erti, maksud atau makna Qosad?


Soal: Apakah erti, maksud atau makna Qosad?
Jawab: Kosad itu, adalah bererti, bermaksud dan bermakna “Menyatakan Niat”.
Soal: Apakah itu yang dikatakan niat?



Jawab: Niat itu, adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Sebenar-benar qosad dan sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak terlafas melalui mulut dan tidak ternyata melalui tasdek hati (membenarkan dengan hati). Sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara (bukan dari bibir mulut dan bukan dari hati).



Adapun niat yang dinyatakan melalui ucapan kedua bibir mulut itu, menurut pandangan melalui sudut ilmu makrifat, ianya tidak dikatakan niat. Suara yang terbit (yang keluar) dari kedua bibir mulut, yang dikatakan niat itu, adalah dikatakan lafaz niat dan bukannya niat. Yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah lafaz niat dan bukannya niat.



Ilmu feqah menyatakan bahawa suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengan hati itu, adalah niat. Adapun menurut pandangan dari sudut ilmu makrifat, suara atau tasdek (membenar) dengan hati itu, masih belum dikatakan niat. Suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan dibenarkan dengan hati itu, masih belum dikatakan niat.



Sekadar melafaskan niat untuk memberi tahu Allah yang kita hendak sembahyang, seumpama “ sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala”, menurut sudut pandang ilmu makrifat, itu belum dikatakan niat, itu adalah dikatakan “lafaz niat”. Jika kita melafazkan niat dengan berkata “sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala” itu, lafaz yang keluar dari kedua bibir mulut itu, sekadar untuk memberi tahu kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, jika niat itu adalah bertujuan untuk memberi tahu Allah atau bertujuan untuk memperkhabarkan kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, adapun sebelum kita berdiri solat itu, sesungguhnya Allah sudah tahu yang kita itu hendak sembahyang maghrib.



Tanpa diberi tahu atau tanpa diperkhabarkan kepada Allahpun, Allah sudah tahu yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat. Malahan sebelum kita buka pintu rumah atau sebelum kita turun dari tangga rumahpun, Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum yang kita itu hendak sembahyang maghrib. Bilamana kita melafazkan niat dengan bibir mulut itu, seoalah-olah kita hendak memberi tahu Allah. Persoalannya di sini, apakah Allah itu tidak tahu yang kita hendak sembahyang maghrib, sehingga kena lapor, kena bagi tahu dan kena diperingati?. Jika kita tdak bagi tahu, apakah Allah tidak tahu?. Malahan sebelum kita lahir keduania ini, sesungguhnya Allah itu sudah tahu dan sudah sedia maklum yang kita itu hendak bersembahyang maghrin pada sekian hari, sekian masa dan sekian rakaat (sebelum kita lahir kedunia lagi).



Allah telah berfirman: “Allah buat kamu dan apa-apa kamu perbuat”.

Sebelum kita lahir kedunia lagi, Allah sudah tahu apa yang akan kita buat setiap saat, setip detik, setiap jam dan setiap hari. Tidak perlu kita memperingatkan Allah pada setiap kali kita hendak bersolat. Sebelum kita berniat untuk berkahwin, sebelumnya Allah sudah tahu sebelumnya. Kita masih kanak-kanak seusia 10 tahun, yang belum ada cita-cita untuk berkahwin, sesungguhnya Allah sudah tahu, kita hendak kawin dengan siapa dan bila tarikh kita kahwin, hari kahwin, saat kahwin dan berkahwin dengan siapa, Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum, biarpun kita semasa itu masih belum melafaz niat. Begitu juga dengnan perkara bersolat, Allah sudah tahu yang kita itu, akan bersolat apa, di mana dan berapa rakaat, itu semua dalam ilmu Allah yang tidak payah diperingati, seolah-olah Allah tidak tahu sembayang apa yang hendak kita kerjakan.Oleh itu, apakah dan dimanakah yang dikatakan sebenar-benar niat?.


Ingat, ingat dan ingat pesanku bahawa “niat dengan lafaz niat” itu, adalah suatu perkara yang berbeda. Lafaz niat itu, adalah yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengnan hati. Adapun yang dikatakan sebenar-benar niat itu, adalah sesutu perkara yang tidak berhuruf dan sesuatu yang tidak bersuara (tidak ada bunyi dan tidak ada terlafaz dengan suara, mahupun dengan hati).

Hukum qalbi itu, terbahagi berapa peringkat?

Soal: Hukum qalbi itu, terbahagi berapa peringkat?

Jawab: Hukum qolbi itu, terbahagi kepada tujuh peringkat, tujuh bahagian atau tujuh tangga.
Bahagian, peringkat atau tangga itu, adalah terdiri daripada perkara:

1) Qosad (menyatakan niat)
Mana yang dikatakan niat?, Niat itu adalah sesuatu yng tidak berhuruf dan tidak bersuara, sedangkan niat yang kita ucapkan (lafazkan) selama ini, adalah berupa huruf dan berupa suara yang keluar dari kedua bibir mulut. Suara yang keluar dari kedua bibir mulut itu, bukan niat, itu adalah meruju kepada lafas niat dan bukannya niat.

Sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak da huruf dan tidak ada suara (biarpun lintasan hati), itu bukn niat. Lintasan hatipun bukan dikatakan niat.

“Innamal akmal bil niat” (bermulanya amal ibadah itu, adalah dengan niat). Persoalannya di sini, dimanakah yang dikatakan niat?.

“la tatahrroku zarratun illa biiznillah” (tidak bergerak sebesar zarah, melainkan dengan izin Allah)

Ayat di atas mengatakan bahawa tidak bergerak biar sebesar zarah, jika tidak izin Allah Bermaknanya di sini setiap amal itu, hendaklah dimulai dengan niat, Persoalannya di sini, mana lebih dahulu antara niat dengan gerak Allah?. Sedangkan segala gerak kita itu, adalah digerakkan oleh Allah Taala, persoalannya di sini mana lebih dahulu antara gerak Allah dengan niat?.
Hadis bersabda, setiap amal itu, bermula dengan niat, manakala firman pula berkata bermula gerak itu bermula dengan gerak Allah. Persoalannya di sini, mana satukah yang terlebih dahulu dan manakah yang dikatakan sebenar-benar niat?…………………….
AKAN DI JAWAB DI DALAM KITAB YANG KE 6 YANG AKAN TERBIT TAK BERAPA LAMA LAGI

2) Taqrud (menyatakan yang mana wajib dan yang mana sunat)
3) Takyin (menyatakan waktu)
Manakah yng dikatakan sebenar-benar masa solat?. Apakah masa solat itu ada pada jam atau pada bayang matahari?, seandainya tidak ada jam dan seandainya tidak ada bayang matahari, bagaimana untuk mengukur waktu solat?. Tambahan pula orang zaman dahulu suka bertapa di dalam gua yang tidak ada jam tambahan pul dalam gua tidak ada bayang matahari?. Persoalannya di sini, bagaimanakah untuk mengukur waktu dan bagaimanakah sebenar-benar waktu solat?…………………………

4) Ihram (bungkus atau tutup) –
Untuk memenuhi hukum qolbi, solat kita itu hendaklah solat dengan hukum qolbi yang ditinggkatan Ihram. Ihram ertinya tutup, bungkus, persoalannya disini, pakah yang hendak ditutup dan pkah yang hendak dibungkus?. Persoalannya di sini, tutup apa dan bungkus apa?.

5) Mikraj (sampai) –
Sembahyanng dengnan hukum qolbi itu, hendaklah sampai 9mikraj), persoalannya di sini, hendak sampai kemana?
“La faelon fis solati Illallah” (Tidaklah bersolat itu, adalah Allah)


6) Munajat (melihat) –
Dalam sembahyang dengan hukum qolbi, pakah yang dimaksudkan dengnan hukum melihat (munajat), nak lihat apa?

“Faainama tuwallu fasamma wajuhullah” (mana dihadapkan muka mu, di situlah Allah)
“La maujud Illallah” (Tidak ada yang wujud itu, selain Allah)

7) Tabdi (tetap wahdah yang tidak berganjak lagi,)
Dalam sembahyanng qolbi, hendak ditetapkan apa, apakah yang hendak ditetapkan ?……………….
“la yazuk wala ya arif” (hanya yang menikmati sahaja yang tahu rasanya)
“Ana sirrri waana sirruhu”(Aku rahsiamu dan kamu rahsia Aku).

SIAPA SEBENARNYA YANG BERSEMBAHYANG?

SIAPA SEBENARNYA YANG BERSEMBAHYANG?
Tuan-tuan yang dirahmati Allah s.w.t sekalian. Semua orang boleh dan semua orang tahu menunai atau mengerjakan rukun sembahyang (rukun 13) dengan taat. Sayangnya, tidak ramai dikalangan kita yang tahu mengerjakan sembahyang.  ss
Perkara mengerjakan sembahyang dengan perkara mengerjakan rukun 13 sembahyang itu, adalah suatu perkara yang berbeza dan sesuatu perkara yang berlainan (sembahyang dengan rukun sembahyang itu beza). Perkara sembahyang dan perkara rukun sembahyang, akan kita bicarakan pada tajuk dibawah nanti. Dalam bab ini, mari kita tumpukan perhatian kepada perkara Siapakah yang sebenar-benar bersolat?.
Perlu diingatkan di sini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita , siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang?. Untuk menentukan siapakah yang bersolat, hendaklah kita mempelajari terlebih dahulu perkara seperti berikut:-

1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat atau fardhu sebelum fardhu)
2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat atau fardhu di dalam fardhu)
3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat atau fardhu sesudah fardhu)
Sesudah kita benar-benar tahu ketiga-tiga perkara di atas, barulah boleh dikatakan yang kita ini benar-benar sembahyang. Barang siapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran ilmu ini bersama saya.
Pelayaran melalui bahtera makrifat itu, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam. Gelora fitnah di lautan ilmu makrifat ini, selalunya tidak pernah sepi. Namun, barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh mari kita sama-sama mengembara.
Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, ingin terlebih dahulu saya mengajukan beberapa persoalan kepada tuan-tuan. Siapakah yang bersolat sebelum kita solat? Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang?. Bolehkan solat kita itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?.
Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan”?. Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan, sebelum tuan-tuan berdiri?. Siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang?. Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang?. Cuba jawab dengan ikhlas. Bolehkah kaki kita ini berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah s.w.t?. Bolehkan kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah s.w.t?. Bolehkan kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah s.w.t?. Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah s.w.t?.
Adakah kuasa sembahyang itu, kita?. Adakah yang memulai sembahyang itu, kita?. Adakah yang rukuk itu, kita?. Adakah yang sujud itu, kita?. Cuba jawab. Mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita?. Jika tidak digerakan, dimulai dan jika tidak bermula dengan kudrat dan iradat Allah. Jika tidak dengan kehendak, kemahuan dan cita rasa kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?.
Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah s.w.t telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Luh Mahfuz. Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, sebenarnya kita telah pun didirikan oleh Allah s.w.t untuk bersembahyang!. Berdirinya kita untuk bersembahyang, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah s.w.t dirikan. Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk mendirikan sembahyang, semasa di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Allah s.w.t telah terlebih dahulu mendirikan kita untuk bersolat, semasa di alam sebelum kita dilahirkan. Allah s.w.t sudah mendirikan kita sembahyang, semasa di dalam perut ibu lagi.
Jika tidak ditetapkan oleh Allah s.w.t di dalam Luh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang. Pekerjaan sembahyang yang kita laksanakan itu, adalah pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh Allah s.w.t, sedari di alam Luh Hul Mahfuz. Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita. Kita hanya mengikut garis yang telah Allah s.w.t tetapkan sedari dahulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah ditetapkan olehNya.
Kita hanya ikut apa yang sudah Allah s.w.t tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau bukan perbuatan baru, ianya telah sedia ada di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkannya semula skrip yang telah disiapkan oleh Allah s.w.t.
Kita seolah-olah melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain!. Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya?. Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu, kita?. Cuba jawab.
Kuasa kaki untuk berdiri sembahyang milik orang . Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang. Yang menggerakan solat, milik orang. Setelah semua seisi solat itu, milik orang, mana yang dikatakan bersolat itu kita. Cuba jawab?.
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua. Adakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada?. Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah s.w.t?. Bilamana Allah s.w.t bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud?. Menduakan sifat Allah s.w.t itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah s.w.t, dosanya tidak akan diampun olehNya?.
Sekiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapakah yang mengerjakan sembahyang?. Hendak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah s.w.t. Hendak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa?. Hendak kata ada, salah dan hendak kata tidak ada pun salah. Hendak kata ada, seperti tidak ada dan hendak kata tidak ada, seperti ada. Bagaimanakah kesudahannya pegangan kita?. Adakah kita perlu beriktikad sepertimana biskut chipmore (sekejap ada dan sekejap tidak ada)?. Cuba jawab.
Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada?. Apakah yang ada itu, kita atau yang ada itu Allah s.w.t ataupun kedua-duanya dan adakah sekejap ada kita atau sekejap ada Allah s.w.t?. Siapakah yang hendak mengerjakan sembahyang, sekiranya diri kita sudah tidak ada?. Sekiranya tidak ada, ke mana perginya diri kita?. Sekiranya kita mengaku bahawa diri kita ada dan Allah s.w.t juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah s.w.t. Di mana tempat duduknya iktikad kita?. Beriktikad itu, biarlah putus. Jangan main sekejap ada sekejap tidak ada.
Bagi mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan mengunakan anggota kaki. Sekiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri?. Siapakah pemilik anggota kaki kita (siapakah pemilik sebenar anggota kaki kita?). Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita?. Cuba jawab……………………………………….
Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri?. Cuba jawab. Tentu tuan-tuan takut hendak menjawab bahawasanya kaki itu, kaki Allah s.w.t. Mana mungkin Allah s.w.t ada kaki?. Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah s.w.t, kaki siapakah yang kita pakai?. Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, bagaimana pula dengan anggota-anggota kita yang lain. Apakah masih ada lagikah kepunyaan kita?. Jika anggota itu bukan kepunyaan dan bukan milik kita, siapakah yang berdiri untuk bersolat?, kaki siapa, tangan siapa dan tubuh siapa yang bersolat?. Sebelum, semasa dan sesudah itu, tidak sedikitpun tubuh kita ini milik kita, melainkan segalanya milik Allah. Setelah segalanya milik Allah, jadi siapakah yang bersolat?……………………………………..
Inilah yang hendak kita perhatikan, hendak kita tilik dan hendak kita amati betul-betul sebelum mengerjakan solat, supaya solat kita itu dikerjakan dengan kaedah yang betul (benar), tidak salah atau dikerjakan dengan cara sebenar-benar mengikut yang dikehendaki oleh solat, bukan hanya sekadar mengerjakan perbuatan sembahyang (mengerjakan perbuatan rukun 13).
Mari saya sebut lagi sekali, sekiranya segala anggota tubuh badan (diri) kita ini adalah hak kepunyaan Allah dan hak milik Allah, apakah lagi yang berbaki untuk kita, yang tersisa dan yang tertinggal untuk kita?. Di sini bererti bahawa segala jasad tubuh badan kita ini, adalah milik Allah, sekiranya segalanya milik Allah, bererti sebesar zarah sekalipun, tidak ada hak kita, tidak ada milik kita dan tidak ada kepunyaan kita. Dengan itu, saya berseru kepada semua muslimin dan muslimat yang diluar sana, agar insaflah, sedarlah dan percayalah dengan sebenar-benar yakin bahawa sebenar-benar diri, sebenar-benar milik kita, kepunyaan kita itu, sebenarnya tidak ada. Yang ada, yang wujud dan yang maujud itu, adalah hanya Allah, hanya Allah dan hanya Allah……………………………………………..
Bahawa sesungguhnya wal awallu, wal akhiru, wal zahiru dan walbatinu itu, adalah Allah. Setelah segalanya telah kembali kepada Allah, manakah lagi adanya diri kita?. Itulah sebabnya yang dikatakan berdiri kiam semasa berdiri solat itu, adalah dikatakan berdiri kiam (berdiri mati). Kiam itu, adalah bererti mati). Bila saja kita berdiri solat, itu adalah bererti kita berdiri mati atau bermaksud kita mati.

Semasa berdiri untuk bersolat itu, bererti diri kita sudah mati. Iaitu hendaklah dimatikan diri kita atau diserah kembali diri kita kepada Allah. Setelah segalanya telah kita serah kepada Allah, itulah yang di maksudkan dengan perkataan kiam ( mati ). Kiamkan dirimu di kala bersolat itu, adalah bererti hendaklah kita matikan diri dikala bersolat. Setelah kita berdiri kiam atau berdiri mati, mana mungkin ada lagi gerak kita. Seandainya kita masih mengaku kita yang bergerak (mengerjakan solat), bererti kita masih hidup, sedangkan makna, maksud atau erti perkara berdiri kiam itu, adalah merujuk kepada maksud “berdiri mati”. Bilamana berdiri mati, bererti kita mati, setelah kita mati, jadilah segala perbuatan solat itu, bukan lagi dikatakan kita, melainkan segalanya adalah kudrat dan iradat Allah.