Pages

Isnin, 21 Julai 2014

Usaha memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak


Usaha memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh sesetengah pihak namun saya mengambil iktibar kisah di bwh :-


Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"

Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, kelak di hadapan Allah aku tidak akan dipertanggung-jawapkan kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!"

** Jika tidak mampu memberi utk tabung palestine berusahalah utk berhenti menyumbang dana zionis

Jumaat, 18 Julai 2014

Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah

Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan; 'Siapa yang kenal dirinya, maka dia Mengenal Allah". Firman Allah Taala; "Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzahir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)

Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri. Jika kita tidak kenal diri sendiri, bagaimana kita hendak tahu perkara-perkara yang lain? Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir kita, badan, muka, kaki, tangan dan lain-lain anggota kita itu. Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita mengenal Allah. Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri kita iaitu bila kita lapar kita makan, bila dahaga kita minum, bila marah kita memukul dan sebagainya. Jika kita bermaksud demikian, maka binatang itu sama juga dengan kita. Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;

· Apakah ada dalam diri aku itu? · Dari mana aku datang? · Ke mana aku akan pergi? · Apakah tujuan aku berada dalam dunia fana ini? · Apakah sebenarnya bahagia dan apakah sebenarnya derita?

Sebahagian daripada sifat-sifat kita adalah bercorak kebinatangan.Sebahagian pula bersifat Iblis dan sebahagian pula bersifat Malaikat. Kita hendaklah sedari sifat yang mana perlu ada; dan yang tidak perlu. Jika kita tidak tahu, maka tidaklah kita tahu di mana letaknya kebahagiaan kita itu.

Kerja binatang ialah makan minum, bekerja, tidur,bersyahwat dan berkelahi. Jika kita hendak jadi binatang, buatlah itu sahaja. Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia, pandai menipu dan berpura-pura. Kalau kita hendak menurut mereka itu, buatlah sebagaimana kerja-kerja mereka itu. Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan Ilahi. Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan. Jika kita ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan, maka berusahalah menuju asal kita itu agar dapat kita mengenali dan memikirkan Allah Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu. Kita hendaklah tahu kenapa kita dilengkapi dengan sifat-sifat kebinatangan itu. Adakah sifat-sifat kebinatangan itu akan menaklukkan anda atau adakah anda menakluki mereka?. Dan dalam perjalanan kita ke atas martabat yang tinggi itu, kita akan gunakan mereka sebagai tunggangan dan sebagai senjata.

Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal dalam diri itu terdiri dari bentuk yang zahir, iaitu badan; dan perkara yang batin iaitu hati atau Ruh. Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu bukanlah seketul daging yang terletak dalam sebelah kiri badan. Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu ialah satu perkara yang menggunakan semua keupayaan; yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kakitangannya. Pada hakikat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib. Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya. Mengenal perkara seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi "Anak Kunci" untuk mengenal Allah.

Sedikit idea tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan mata dan melupakan segala perkara yang lain kecuali diri sendiri. Dengan cara ini, dia akan dapat melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak terbatas itu". Meninjau lebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum. Dalam Al-Quran ada diterang; Mereka bertanya kepadamu tentang Ruh. Katakanlah Ruh itu adalah dari Amar(perintah atau urusan) TuhanKu". (Bani Israil:85)

Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah jauhar yang tidak boleh dibahagi-bahagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam "Alam Amar". Ianya bukanlah tidak ada permulaan. Ia ada permulaan dan diciptakan oleh Allah. Pengetahuan falsafah yang tepat berkenaan dengan Ruh ini bukanlah permulaan yang mesti ada dalam perjalanan Agama, tetapi adalah hasil dari disiplin diri dan berpegang teguh dalam jalan itu; seperti tersebut di dalam Al-Quran; "Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami, nescaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)

Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini, bagi mencapai pengenalan kepada diri dan Tuhan, maka · badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan, · Ruh itu ibarat Raja. · Pelbagai deria(senses) dan keupayaan(fakulti) itu ibarat satu ketumbukan tentera, · Aqal itu bolehlah diibaratkan sebagai Perdana Menteri. · Perasaan itu ibarat Pemungut Hasil. · Marah itu ibarat Pegawai Polis. Dengan pakaian Pemungut Hasil, perasaan itu berterusan ingin hendak merampas, merabuk dan marah sentiasa cenderung kepada kekasaran.Kedua-dua mereka ini perlu ditundukkan ke bawah perintah Raja. Bukan dibunuh atau dimusnahkan kerana mereka ada tugas yang perlu mereka jalankan, tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal, maka tentulah Ruh akan hancur.

Ruh yang membiarkan keupayaan-keupayaan yang bawahnya menguasai keupayaan-keupayaan yang atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan malaikat kepada kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan orang Kafir yang zalim. Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau binatang atau Malaikat akan menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan dan dengannya iaitu iblis atau binatang atau Malaikat itu. Dan semua sifat-sifat atau ciri-ciri ini akan dizahirkan dengan bentuk-bentuk yang kelihatan di Hari Pengadilan.· Orang yang menurut hawa nafsu terzahir seperti babi, · orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala, · dan orang yang suci seperti Malaikat.

Tujuan disiplin akhlak (moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa nafsu dan marah, sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan membalikkan Cahaya Allah Subhanahuwa Taala. Mungkin ada orang bertanya; "Jika seorang itu telah dijadikan dengan mempunyai sifat-sifat kebinatangan, Iblis dan juga Malaikat, bagaimanakah kita hendak tahu yang sifat-sifat Malaikat itu adalah jauharnya yang hakiki dan yang lain-lain itu hanya sementara dan bukan sengaja?" Jawabannya ialah jauhar atau zat sesuatu makhluk itu ialah dalam sifat-sifat yang paling tinggi yang ada padanya dan khusus baginya. Misalnya keldai dan kuda adalah dua jenis binatang pembawa barang-barang, tetapi kuda itu dianggap lebih tinggi darjatnya dari keldai kerana kuda itu digunakan untuk peperangan. Jika ia tidak boleh digunakan dalam peperangan, maka turunlah ke bawah darjatnya kepada darjat binatang pembawa barang-barang sahaja.

Begitu juga dengan manusia; keupayaan yang paling tinggi padanya ialah ia boleh berfikir iaitu ia ada Aqal. Dengan fikiran itu dia boleh memikirkan perkara-perkara Ketuhanan. Jika keupayaan berfikir ini yang meliputi dirinya, maka bila ia mati (bercerai nyawa dari badan), ia akan meninggalkan di belakang semua kecenderungan pada hawa nafsu dan marah, dan layak duduk bersama dengan Malaikat. Jika berkenaan dengan sifat-sifat Kebinatangan, maka manusia itu lebih rendah tarafnya dari binatang, tetapi Aqal menjadikan manusia itu lebih tinggi tarafnya, kerana Al-Quran ada menerangkan bahawa; "Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia" (Luqman:20)

Jika sifat-sifat yang rendah itu menguasai manusia, maka setelah mati, ia akan memandang terhadap keduniaan dan rindukan kepada keseronokan di dunia sahaja. · Ruh manusia yang berakal itu penuh dengan kekuasaan dan pengetahuan yang sangat menakjubkan. · Dengan Ruh Yang Berakal itu manusia dapat menguasai segala cabang ilmu dan Sains; · Dapat mengembara dari bumi ke langit dan balik semula ke bumi dalam sekelip mata, · Dapat memeta langit dan mengukur jarak antara bintang-bintang. · Dengan Ruh itu juga manusia dapat menangkap ikan-ikan dari laut dan burung-burung dari udara, dan · Menundukkan binatang-binatang untuk berkhidmat kepadanya seperti gajah, unta dan kuda.

Lima deria (pancaindera) manusia itu adalah ibarat lima buah pintu terbuka menghadap ke Alam Nyata (Alam Syahadah) ini. Lebih ajaib dari itu lagi ialah ia ada Hati. Hatinya itu ada sebuah pintu yang terbuka menghadap ke Alam Arwah (Ruh-ruh) yang ghaib. Dalam keadaan tidur, apabila pintu-pintu deria tertutup, pintu Hati ini terbuka dan manusia menerima khabaran atau kesan-kesan dari Alam Ghaib dan kadang-kadang membayangkan perkara-perkara yang akan datang. Maka hatinya adalah ibarat cermin yang membalikkan (bayangan) apa yang tergambar di Luh Mahfuz. Tetapi meskipun dalam tidur, fikiran tentang perkara keduniaan akan menggelapkan cermin ini. Dan dengan itu gambaran yang diterimanya tidaklah terang. Selepas bercerai nyawa dengan badan (mati), fikiran-fikiran tersebut hilang sirna dan segala sesuatu terlihatlah dalam keadaan yang sebenar. Benarlah firman Allah dalam Al-Quran; "Kami telah buangkan hijab dari kamu dan pandangan kamu hari ini sangatlah terang dan nyata". (Surah Qaf:22).

Rabu, 16 Julai 2014

Tauhid bukanlah sekadar ucapan ‘laa ilaha illallah’

Tauhid (bahasa Arab: ﺗﻮﺣﻴﺪ) merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asas Aqidah. Dalam bahasa Arab, "Tauhid" bermaksud "penyatuan", sedangkan dalam Islam, "Tauhid" bermaksud "menegaskan penyatuan dengan Allah". Lawan untuk Tauhid ialah "mengelak daripada membuat", dan dalam bahasa Arab bermaksud "pembahagian" dan merujuk kepada "penyembahan berhala".

Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin.

Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai berikut:

"Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang i’tiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qat’i (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, Al-Quran dan Hadis."

Persoalan ‘Apa itu tauhid?’ seringkali dijawab dengan ayat-ayat yang bermaksud bahawa puncak kenyataan tauhid adalah ucapan kalimah syahadah, dan sering juga berlaku apabila jawapan itu diungkap tanpa sedikit pun mengetahui makna ucapan itu. Jika yang ditanya mempunyai lebih pengetahuan, maka padanya, Tuhan itu ialah yang menciptakan sendiri kerajaan-Nya, dan jawapan yang diberi akan berkait rapat dengan tauhid rububiyah sahaja.

Kalimah ‘laa ilaha illallah’ bermaksud tidak ada Tuhan selain Allah. Kalimah ini menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar, berlindung dan berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah. Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha beramal, sedang hakikatnya syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia Allah. Konsep ini melahirkan konsep tawakkal, dimana selepas kita berusaha, tetap kita perlu kepada Allah.

Tauhid bukanlah sekadar ucapan ‘laa ilaha illallah’, walaupun ucapan tersebut merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi tauhid itu adalah nama untuk pengertian yang agung dan ucapan yang mempunyai erti yang besar, lebih besar dari semua pengertian. Tauhid ialah pembebasan terhadap penyembahan kepada semua yang bukan kepada Allah dan penerimaan dengan hati serta pengibadahan kepada Allah semata.

Allah berfirman “Sedangkan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” (QS 2:163) Dan Allah berfirman lagi “Hai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru aku kepada neraka? Kenapa kamu menyeruku supaya kafir kepada Allah dan menyekutukan-Nya dengan apa yang tidak aku ketahui, padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun?” (QS 40:41-42)

Ayat-ayat begini banyak dalam Al-Quran dan menerangkan bahawa erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah, dan mengkhususkan Allah sahaja untuk penyembahan itu. Inilah petunjuk dalam beragama dan untuk perkara inilah Allah mengutus para rasul-Nya dan untuk perkara inilah juga Allah menurunkan semua kitab-Nya.

Orang-orang musyrik sebenarnya percaya dengan kewujudan Allah, dan mereka mencari perantara untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah lalu diharapkan kepada rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya. Ibn Abbas berpendapat bahawa yang mereka seru dengan doa ialah Isa, Maryam dan Uzair. Athaa’ dan ad-Dhahhaq pula berpendapat mereka menyeru pada para malaikat.

Yang dibenarkan dalam Islam bukanlah berdoa kepada malaikat atau nabi atau perantara lainnya. Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap kepada Allah kerana itu hak Allah kepada hambanya. Suatu kisah terjadi dizaman Rasulullah s.a.w, dimana seorang pencuri telah dipotong tangannya, lalu dia berkata kepada Nabi, “Allahumma Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad.” Nabi s.a.w langsung bersabda, “Dia mengetahui yang hak bagi yang berhak.” Perkara ini menunjukkan bahawa yang patut ditakuti, digeruni, diharapkan dan dipanjatkan doa ialah Allah, dan Allah semata.

Demikianlah para ahli tafsir, dengan bukti-bukti seperti di atas, menyatakan:

"Maka teranglah bahawa erti tauhid dan syahadat laa ilaha illallah ialah meninggalkan perbuatan orang-orang musyrik, iaitu berdoa kepada orang-orang saleh, atau malaikat atau jin dalam meminta pertolongan Allah untuk menghilangkan bahaya atau mendapatkan rahmat."

Orang Islam mempercayai bahawa Allah tidak boleh disamakan dengan makhluk atau konsep yang lain. Monoteisme Islam adalah mutlak, bukannya relatif atau majmuk dalam semua erti kata perkataan ini. Oleh itu, orang Islam menolak konsep Triniti yang dipegang oleh kebanyakan orang Kristian yang memerihalkan Tuhan sebagai tiga makhluk.

Amalan kerohanian

Amalan kerohanian

Pembersihan untuk mencapai hakikat Ketuhanan melalui jalan zikir, yakni latihan yang berterusan serta penumpuan.

Semoga Allah SWT memberi kamu kefahaman akan jalan yang dibawa dan menjadi orang yang benar-benar beramal dengannya. Semoga Allah sentiasa merahmati kita dan mengampuni dosa kita jika di sana adanya hawa nafsu yang tersembunyi. Tekunlah beramal dengan amalan yang dibai’ahkan. Tumpukan bersungguh-sungguh ke arah qalbu (jantung)mu dengan kalimah Allah. Hidupkan ia sentiasa, walau bagaimana sekalipun keadaan kamu dan di mana kamu berada. Jika terasa lalai, beristighfarlah dengan segera, jadikan kecintaan menyebut nama-Nya sebagai keutamaan sehingga hati kamu menjadi istiqamah dengan asma’-Nya.

Setiap asma’ yang akan terlimpah pada hatimu penuh dengan keasyikan, kamu akan rasai dzauk yang berbeza. Setiap asma’ juga mengandungi muraqabah yang tersendiri. Jadikan diri kamu benar-benar memperolehi maqam dalam kerohanian. Setiap maqam rohanimu mengandungi hal yang berbeza. Bersungguh-sungguhlah kamu mencapainya dengan sentiasa bertaubat, menjaga syariat dengan baik, menjaga makan minum dengan teliti, jaga tutur-katamu, jaga penglihatanmu, kuatkan amalan sunat, biasakan berlapar, banyakkan tadabur Al-Quran dan qiam di malam hari. Di mana saja kamu berada, rendahkan hatimu, cintailah majlis ilmu, muliakanlah ulama-ulama, para hafiz, para syeikh dan khalifah sufi yang benar, para mujahid, para pendakwah yang ikhlas, pemimpin yang baik dan orang-orang yang soleh.

Tekunlah berzikir

Tekunlah berzikir, sebaik-baiknya kamu memperuntukkan masa yang lama untuk berzikir sama ada zikir secara jihar atau sirr. Tambahkan tempoh masa zikirmu dari semasa ke semasa, gunakan masa luangmu untuk menumpukan rohanimu pada Tuhan, biarkan ia mengembara ke Alam KeTuhanan. Kamu mesti memperuntukkan waktu untuk berkhalwat dalam sebulan sebaik-baiknya tiga hari dan sekurang-kurangnya sehari.

Pada hari-hari biasa, waktu khalwat yang baik ialah pada waktu antara Maghrib dan Isyak atau pada jam 4 pagi hingga subuh, atau selepas subuh sehingga matahari naik atau lepas solat asar. Ia mengandungi rahsia rohani jika diamalkan. Pilihlah waktu mengikuti kesesuaian dirimu. Lebih lama masa yang diperuntukkan adalah lebih baik. Bagi ahli sufi, kurang lima jam berzikir masih lagi dianggap bermain-main. Ia tidak akan memberi kesan yang hebat pada dirimu. Oleh itu, peruntukkan masamu dengan baik seperti mencintai khalwat kerana ia membolehkan kamu memberi tumpuan yang baik tanpa ada gangguan.

Segalanya bergantung pada diri kamu. Dalam amalan kerohanian, tiada istilah ‘orang lama’ atau ‘orang baru’. Walaupun seseorang itu baru, jika dia bersungguh-sungguh beramal dan bermujahadah, dia mampu memperolehi natijah yang hebat berbanding orang lama yang malas bermujahadah. Begitu juga, murid boleh mengatasi guru dalam kerohanian, semuanya dalam kudrat Illahi untuk melimpahkan kurniaan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Pengamalan yang bersungguh-sungguh akan melahirkan natijah pada kamu dari segi kerohanian. Jika berlaku hal-hal yang berkaitan dengan kerohanian sama ada dalam bentuk mimpi, ilham, kasyaf, pertukaran zikir atau perasaaan dzauk atau datang pengajaran dari alam ghaib, ia perlu dirujuk kepada guru. Jangan terus diamalkan arahan yang berbentuk zikir atau wirid atau pengajaran yang menerangkan rahsia KeTuhanan kerana dibimbangi ia datang dari alam tipu daya iaitu syaitan dan jin.

Setiap perubahan zikir adalah di bawah pendidikan dan pengawasan Guru. Murid jangan sesekali memindahkan maqam zikirnya sendiri kerana ia tiada memberi natijah kerana setiap perpindahan mengandungi hal ehwal tertentu dari segi dzauk dan muraqabah. Semoga Allah memberi kekuatan untuk beramal dan bermujahadah.

Kuatkan lagi zikirmu, meditasi (tafakur), ibadah dan mujahadah

Kuatkan lagi zikirmu, meditasi (tafakur), ibadah dan mujahadah sehingga berlakunya perubahan pada hati. Ketika itu kamu akan merasa dan melihat berlakunya perpindahan kelazatan zikirmu ke tempat yang berlainan. Ia akan hidup dalam seluruh dadamu sama ada di kanan, kiri, tengah, atas dan bawah. Ada ketikanya ia terus naik ke ubun-ubun dengan kalimah zikir yang berlainan. Hal ini berlaku disebabkan pertukaran alam rohani. Ia bukan sengaja ditukar atau dilatih begitu. Kamu akan melalui 12 maqam zikir dan muraqabah yang tersusun sehingga kamu akan mencapai pelbagai hal ehwal kerohanian yang begitu hebat dan asyik. Penyusunan perjalanan zikir itu adalah sama dengan ibarat kamu mengerjakan haji di mana kamu melalui 12 tempat. Kaabah isyarat bagi hati dan di situlah bermulanya safar (musafir) rohanimu .

Sifat Allah

--- --- Sent by WhatsApp

JANJI ALLAH TERHADAP YAHUDI DAN NASRANI

JANJI ALLAH TERHADAP YAHUDI DAN NASRANI

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 111)
لَن يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًىۖ وَإِن يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنصَرُونَ

Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 112)
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu,
disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).

SEBARKAN DEMI SAUDARAMU DI MESIR!

SEBARKAN DEMI SAUDARAMU DI MESIR!

PERKEMBANGAN TERKINI MESIR - khutbah oleh Sy. Amir Hossein, ahli parlimen parti Islam Ikhwanul Muslimin (IM) pimpinan Dr Morsi (yg telah digulingkan oleh tentera alSisi) selepas solat Jumaat Masjid at Taqwa, pekan Batu Enam, Kuala Terengganu pada 11 Julai 2014.

Intipati mesej beliau:

Sebenarnya bukan IM yang diserang di Mesir, tetapi Islam itu sendiri! Buktinya, baru ini beribu-ribu sticker yg ditampal di masjid2 dan kereta2 yang tertulis mesej "Sudahkah Anda Berselawat Kepada Nabi s.a.w. Hari Ini?" telah dibuang/dikoyakkan oleh alSisi kerana dianggap "menggugat keharmonian masyarakat", malah kerajaan alSisi mendenda dan menangkap sesiapa yang cuba menampal sticker ini.
Di Mesir ada 140,000 masjid. Seramai
40ribu orang para imam masjid dan ustaz-ustaz telah dipenjarakan akibat berdemonstrasi secara aman bantah penggulingan Dr Morsi di masjid masing2. Malah masjid2 ini diserang dan dimusnahkan alSisi. Ratusan masjid ditutup. Termasuk Masjid Qaid Ibrahim, iaitu masjid yang mempunyai jumlah para jemaah tarawih yang ke2 teramai di dunia selepas Masjidil Haram, ia turut diserang dan ditutup. Di Masjid Rabiah Adawiyah, selepas demonstrasi aman, mereka diserang tentera alSisi malah berpuluh-puluh mayat dibuang dengan bulldozer dan mayat dibakar agar ahli keluarga tidak dapat mengesannya.
Majid Fatah di Ramsis yang sangat lama dengan menara yg penuh bersejarah, turut diserang dan dimusnahkan dengan jet pejuang sehingga 100 orang mati dan 1000 ditangkap.
Apa perlunya masjid2 ini dimusnahkan? Ini buktinya alSisi menyerang Islam itu sendiri, bukannya IM semata2.

Bukti IM bukan gagal memerintah, tapi DIGAGALKAN:
Menteri Luar Israel mengeluarkan kenyataan "Kami sokong alSisi kerana kami takut IM akan bjaya". Soalan: Apakah kejayaan IM dalam 2 tahun memerintah? Pemerintahan Dr Morsi mengistiharkan 3 perkara:
1.makanan yg cukup utk rakyat
2.ubat yg cukup utk rakyat
3.senjata yg cukup.
Bila 3 perkara ini cukup maka mesir ada ketuanan dan tidak bergantung kpd negara luar. Sebelum ini hanya 25% gandum dan roti dihasilkan dalam negara, selebihnya diimport. Dalam pemerintahan singkat Dr Morsi bekalan gandum dan roti buatan dalam negara meningkat ke 68%. Dijangka Mesir boleh berdikari sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun sahaja lagi. Ubat-ubatan alternatif buatan tempatan yang murah utk rakyat Mesir meningkat banyak. Dan kerajaan Dr Morsi berjaya cipta jet pejuang 100% ciptaan tempatan Mesir dalam masa yg singkat ini!!
Inilah kejayaan yang sangat ditakuti Israel. Semasa pemerintahan Dr Morsi, Israel pernah menyerang Gaza tetapi Morsi mengugut Israel agar segera henti serangi Gaza, jika tidak Mesir akan menghantar jutaan pemuda Mesir ke Gaza yang dahagakan syahid! Akibat ketakutan, akhirnya Israel hentikan serangan malah Amerika terpaksa campurtangan minta Mesir jadi orang tengah perdamaian Palestin-Israel. Tetapi lihatlah Gaza sekarang yang sedang dibantai Israel, alSisi hanya berdiam diri malah dengan bangganya Israel berkata serangan Gaza sekarang adalah kerjasama mereka dgn alSisi !
Konspirasi yahudi-kafir ini kerana mereka sangat takut Islam naik di Mesir kerana mengikut sejarah lepas-lepas, setiap kali pemerintahan islam naik di Mesir, seluruh pemerintahan Islam timur dan barat akan ikut naik dan akhirnya Baitulmaqdis-Palestin akan ditawan Islam semula..inilah ketakutan Israel.

Perkembangan Dr Morsi:
sihat tetapi masih dipenjara

Perkembangan menarik terkini:
Setiap hari semakin ramai rakyat yg menyokong Dr Morsi termasuk ramai ahli2 politik kanan alSisi yg dulunya anti IM tetapi sekarang mereka anti alSisi setelah melihat kekejaman alSisi.

Pesanan Sy. Amir Hossein:
"Sebarkan mesej ini kepada seramai umat Islam yg boleh. Derma. Berdoa. Selalu ikuti perkembangan saudara2 kamu di Mesir"

*Mesej ini disediakan oleh: Mohd Yazam Jaamat, 11 Julai 2014, Kuala Terengganu.

ZIKIR PARA ARIF BILLAH MENGGETARKAN ARSY

ZIKIR PARA ARIF BILLAH MENGGETARKAN ARSY

Hai manusia! Ketika dikatakan kepadamu untuk berzikir kepada Allah, maka bersegeralah engkau untuk berzikir kepada Nya. Karena Zikirmu kepada Nya akan membawamu lebih dekatlagi kepada Nya, dan zikirmu itu akan menggetarkan Arsy Tuhan mu sehingga para Malaikat Arsy bertanya-tanya ; ada apa ini ? begitu diketahui bahwa ada seseorang yang berzikir kepada Allah maka bersegeralah para Malaikat Bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertkbir seraya meohonkan Do’a ke HadiratAllah untukkebaikan dan ke’afiatan orang yang tenggelam di lautan zikir.

HaiManusia! Ketahuilah olehmu bahwa tidakada amalan yang paling disukai Allah dan yang lebih utama selain Zikrullah. Sebagaimana yang di Firmankan Allah :

“Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.(QS,Al‘Ankabuut:45)

Tanamkan dihatimu bahwa apabila engkau berzikir kepada Allah (Ingat kepada Allah), maka sesungguhnya Allah hadir sertamu dan mengetahui apa yang kamu kerjakan. Karena itu apabila engkau berzikir kepada Allah maka sucikanlah jiwamu terlebih dahulu. Bukankah Allah Maha Suci? Dan pantaskah engkau menghadap kepada Nya dengan Jiwa yang belum tersucikan?

Sungguh! Kesucian jiwa itulah yang akan menjadi saksi bagi mu tatkala engkau berzikir.Tanpa jiwa yang tersucikan maka zikirmu kepada Allah bukan mengantarkanmu dekat kepada Nya akan tetapi akan membuatmu semakin jauh dengan Allah.

Zikir (ingat)mu kepada Allah tatkala didasarioleh jiwa yang kotor menyebabkan engkau berzikir bukan karena Allah tapi karena sesuatu selain Allah, lisan berzikir kepada Allah tetapi yang ada di hatimu bukan Allah melainkan sesuatu selain Allah. Bukankah pahala, surga, kedudukan, kemuliaan (karomah) dllitu adalah sesuatu selain Allah? Bukankah itu semua sesuatu yang datang dari pada Allah dan Bukan Allah! Lalu pantaskah engkau berzikirkepada Allah tetapihadap hatimu kepada sesuatu selain Allah?

Jika engkau berzikir kepada Allah tetapihatimu mengharapkan sesuatu selain Allah maka engkau berzikir bukan karena Allah tetapi karena menurutkan Hawa Nafsu (keinginan) di dirimu. Dan itulah suatu tanda bahwa jiwamu masih kotordan belum tersucikan.

Sadarlah wahai Manusia! Hidup matimu hanya untuk Allah, sholat dan ibadahmu hanya bagi Allah seru sekalian Alam, bukan kepada yang lain selain Allah.

Firman Allah : “Katakanlah: sesungguhnya sholatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”.(QS,AlAn’aam :162)

Hai manusia! Kesucian jiwa itu tidakakan engkau dapatkan sebelum engkau mengenal kepada Allah. Jika engkau kenal kepada Allah maka Allahlah yang akan mensucikan jiwamu.Kenalilah Allah hai manusia sebelum engkau menemui kematian, sebelum Sakaratul Maut menjemputmu. Jika engkau belum mengenal akan Allah sedangkan kematian itu telah datang kepadamu maka kerugianlah yang akan engkau dapatkan.

Firman Allah :

“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”.(QS,AlIsraa’:72)

Buta berarti tidak melihat, tidak melihatberarti tidak akan kenal, jika tidak kenal bagaimana mungkin engkau bisa mengatakan cinta kepada yang engkau sendiritidakmengenalnya dan tidak melihatnya. Jika sudah demikian tidaklah rasa cintamu kepada yang engkau sendiri tidak mengenalnya maka itulah yang dinamakan “CINTA BUTA”.

Rosulullah Saw bersabda : “Seseorang itu beserta dengan siapa yang ia cintai”.

Jika cintanya kepada Allah dan RosulNya karena mengenal kepada Allah dan Rosul Nya maka ia akan beserta yang ia cintai.

Tetapi jika ia mencintai sedangkan ia sendiri tidak kenal kepada yang dicintai, lalu kemanakah ia kembali? Dan beserta siapakah ia?

Jumaat, 4 Julai 2014

TEMPAT PERTEMUAN DUA LAUTAN

TEMPAT PERTEMUAN DUA LAUTAN

Matikan sangkaan ada diri sendiri disamping ada Allah
Hidup atau hadzirkan rasa ada Allah sahaja (esa).
Ada yang mana satu yang hendak dihadzirkan sebagai ada Allah..
Ada yang sedang dirasai sekarang ini, yang selama ini telah disangka sebagai ada diri sendiri disamping ada Allah.

Ada yang sedang dirasa yang selama ini yang telah disangka ada diri sendiri itu hendaklah disangka sebagai ada Allah yang sedikit yang diperkenalkan.

Yang sedang menyangka ada yang sedang dirasai sekarang ini sebagai ada Allah yang sedikit yang sedang diperkenalkan juga adalah Allah sendiri..

Istiharkan perang dengan sangkaan ada diri sendiri disamping ada Allah sehingga sangkaan ada Allah mencapai kemenangan.

Tanda sangkaan ada Allah telah mencapai kemenangan ialah tidak lagi timbul sangkaan ada diri sendiri....

Tidak lagi merasa ada diri sendiri kerana sedang merasa ada Allah semata-mata.... Esa adanya.

Bila sudah mencapai dan sedang merasa Allah sedang merasa ada Allah ( AKU KENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU)..

Maka ternyatalah Allah yang awal, Allah yang akhir, Allah yang zahir, Allah yang batin..
Zahir Allah namanya Adam (Huwaz zohiru)
Batin Allah namaNya Muhammad (huwal batinu)
Sabda Nabi Muhammad saw "ANA ABU AR RUH WA ADAM ABU BASYAR
Rahsia Allah Huu zat semata-mata ( huwal auwalu, huwal akhiru)..

Allah nama bagi zat Allah setelah dinyatakan kenyataannya pada keseluruhan Alam ini. - kenyataannya ialah ketika keluarnya nafas.

Huu zat semata-mata Nama bagi zat Allah sebelum ternyatanya kenyataan Allah ( Akulah perbendaharaan yang tersembunyi) kenyataannya ketika masuknya nafas.

Haq Nama kebenaran Allah, kenyataannya ditempat pertemuan, atau perhentian nafas (tidak masuk dan tidak keluar - pertemuan diantara hamba dengan tuhan, tiada tuhan dan tiada hamba lagi hanya Esa zat semata-mata - HAQ.

Disinilah pertemuan diantara dua lautan (lautan lahir dan lautan batin - pertemuan huwaz zohiru (dikiaskan kepada nabi Musa a.s dengan huwal batinu (dikiaskan dengan Nabi khidzir)

Hum adalah nama Allah yang penghabisan kali disebut ketika terputusnya nafas yang penghabisan, dimana anak tekak akan membentuk huruf mim...

Alif kenyataannya pada batang hidung,
Lam kenyataannya pada lidah (tertungkat kelangit-langit yang telah membenarkan nafas yang penghabisan melaluinya untuk keluar melalui ubun-ubun sepertimana ianya mula-mula masuk kedalam tubuh setelah roh ditiupkan... (Mengikut jalan yang lurus)..Jika lidah tidak tertungkat kelangit-langit ditakuti nafas yang penghabisan tersalah jalan ( bukan jalan yang lurus tetapi jalan yang tersesat).

Mim kenyataannya pada anak tekak akan membentuk huruf mim setelah nafas yang penghabisan terputus (kullunafsin za i khotul maut)...

Apabila berlakunya nafas yang penghabisan maka terputuslah hubungan diantara Roh (Huwal batinu) dengan jasad (huwaz zohiru).. nyatalah Huwal akhiru...

Alif lam mim - Allah latifun muhitul lil 'alamin... Allah maha lemah lembut serta meliputi keseluruhan alam zahir dan batin ( huwaz zohiru huwal batinu)...

Jasad sentiasa mati seperti matinya manyat. Sebagaimana manyat begitulah jasad kita sekarang ini.

Manyat nampak hidup kerana telah ditiupkan Rohullah kedalamnya. Sebenarnya Rohullah inilah yang hidup, hidup Rohullah terpancar dan terlihat keatas jasad atau badan melalui nafas.. Selagi ada nafas selagi itulah jasad akan nampak hidup, segala sifat-sifat ketuhanan yang terlihat, yang terasa pada badan atau jasad adalah sifat Rohullah yang dinyatakan keatas badan melalui nafas..

Jadi nafas sebenarnya adalah pekerjaan Rohullah yang menyampaikan segala apa yang ada pada Rohullah kepada jasad...

Rohullah adalah sifat ketuhanan Allah, Rohullah bersifat dengan cara ghaib iaitu tidak nampak oleh mata, tidak dapat dipegang oleh tangan, tidak dapat difikirkan oleh akal. Sifat Rohullah ini ternyata kepada badan melalui nafas.....

Nafas adalah jalan yang sentiasa menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah. Setelah terhenti nafas maka terputuslah jambatan atau jalan penghubung yang menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah...

Nafas adalah jalan yang menghubungkan diantara Rohullah dengan jasad. Nafas juga adalah jalan atau tempat dimana Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad akan menyerahkan apa yang ada padanya kepada Rohullah...

Setelah Ruhullah ditiupkan kedalam jasad maka nafaslah yang menjadi jalan penghubung diantara Rohullah dengan jasad....

Setelah keluar sahaja dari rahim ibu (surga) maka Rohullah sentiasa terhubung dengan jasad melalui nafas..

Nafas ini adalah jalan yang lurus yang telah dipertaruhkan keatas setiap badan diri, hendaklah dijaga jalan yang lurus ini supaya tidak tersesat jalan...

Jagalah jalan yang lurus ini supaya tidak tersesat jalan, bernafaslah sepertimana bayi yang didalam buaian bernafas, janganlah lari atau terkeluar dari cara bernafasnya bayi ( sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud tuntutlah ilmu dari bayi didalam buaian sehinggalah kepada jasad didalam liang lahad)..

Jalannya pernafasan bayi didalam buaian belum lagi tersesat, sebab itu bayi sehingga kepada kanak-kanak sebelum berakal tidak berdosa, jalannya belum lagi tersesat,

Nafasnya sentiasa berada diatas jalan yang lurus dan sentiasa terhubung kepada Rohullah dan seterusnya terhubung kepada Allah.

Sebab itu bayi didalam buaian sehingga kepada kanak-kanak yang belum berakal tidak terkena dosa.

Oleh yang demikian wahai para sahabat sekalian kembalilah kepada jalan yang lurus sepertimana jalannya bayi.. Kembalilah bernafas sepertimana bayi didalam buaian bernafas kerana nafaslah merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah.

Apabila terputus nafas pada nafas yang penghabisan maka seseorang itu telah dikatakan mati..

Nafas merupakan jalan atau tempat Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad menyerahkan apa yang ada padanya kepada rohullah...

Jagalah jalannya nafas supaya tidak tersesat kerana lurusnya jalan pernafasan itu maka luruslah perjalanan kembali kepada Allah..

Kembalilah bernafas sepertimana bayi bernafas iaitulah jalan yang lurus yang terletak dan dipunyai oleh setiap badan diri sendiri...

Tersesatnya jalan pernafasan maka akan tersesatlah jalan untuk kembali kepada asal iaitu kepada Allah ( daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali)...

18.Surah Al-Kahf (Verse 61)
فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا


Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.

18.Surah Al-Kahf (Verse 62)
فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِن سَفَرِنَا هَٰذَا نَصَبًا


Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".

18.Surah Al-Kahf (Verse 63)
قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُۚ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا


Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".

18.Surah Al-Kahf (Verse 64)
قَالَ ذَٰلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِۚ فَارْتَدَّا عَلَىٰ آثَارِهِمَا قَصَصًا


Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

18.Surah Al-Kahf (Verse 65)
فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا


Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

18.Surah Al-Kahf (Verse 66)
قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا


Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

18.Surah Al-Kahf (Verse 67)
قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا


Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

18.Surah Al-Kahf (Verse 68)
وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا


Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

18.Surah Al-Kahf (Verse 69)
قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا


Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

18.Surah Al-Kahf (Verse 70)
قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَن شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا


Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

Cuba perhatikan didalam firman Allah seperti diatas, tempat pertemuan dua laut itu diatas batu besar, Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan batu besar itu?....

PANTANG NABI MUSA NAK BELAJAR DARI NABI KHIDIR IALAH "JANGAN BERTANYA SESUATUPUN"

Apabila kedua-duanya bersetuju dengan syarat itu maka perjalanan diteruskan....
Lagi firman Allah

18.Surah Al-Kahf (Verse 71)
فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَاۖ قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا


Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".


18.Surah Al-Kahf (Verse 72)
قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا


Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

18.Surah Al-Kahf (Verse 73)
قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا


Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".

18.Surah Al-Kahf (Verse 74)
فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُّكْرًا


Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"


18.Surah Al-Kahf (Verse 75)
قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا


Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

18.Surah Al-Kahf (Verse 76)
قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِيۖ قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْرًا


Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian 
disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".


18.Surah Al-Kahf (Verse 77)
فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَن يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَن يَنقَضَّ فَأَقَامَهُۖ قَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا


Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"


18.Surah Al-Kahf (Verse 78)
قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا


Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

18.Surah Al-Kahf (Verse 79)
أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا


Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

18.Surah Al-Kahf (Verse 80)
وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا


Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang 
zalim dan kufur.


18.Surah Al-Kahf (Verse 81)
فَأَرَدْنَا أَن يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِّنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا


Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

18.Surah Al-Kahf (Verse 82)
وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِيۚ ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا


Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat 
bersabar mengenainya".

CUBA KITA PERHATIKAN FIRMAN ALLAH INI KAITANNYA BERHUBUNG DENGAN PERNAFASAN KITA...

Khamis, 3 Julai 2014

SAAT KEWAFATAN RASULULLAH SAW

SAAT KEWAFATAN RASULULLAH SAW
Pada hari Isnin, 12 Rabi'ul Awwal 11 H, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut.
Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw, Malaikat Maut itupun berkata:
"Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"
Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."
Lalu Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."
Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggalkan dia di langit dunia."
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw. Maka bersabdalah Rasulullah saw:"Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."
Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?" Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."
Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"
Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

MAKNA SYAHADATAIN

MAKNA SYAHADATAIN, JANGAN SEBUT ALLAH DENGAN KATA "TUHAN", 
SEBUTLAH DENGAN "ILAAH", "ROBB" & "ASMAUL HUSNA"
Sebutlah ALLAH dengan ILAAH, ROBB dan ASMAUL HUSNA-Nya. Jangan menyebut Allah dengan panggilan "TUHAN". Kata "TUHAN" berasal dari bahasa Sanskerta, "TU" artinya kepala, "HAN" artinya dewa-dewa atau berhala-berhala atau makhluk ghaib bangsa lelembut, jadi "TUHAN" artinya kepala dewa-dewa atau kepala berhala-berhala atau kepala makhluk ghaib bangsa lelembut. 
Jika kita bertanya kepada umat Islam dan mukmin, apakah Allah itu kepala dewa-dewa atau kepala berhala-berhala? jawabannya adalah "TIDAK". SUBHANALLAAHI 'AMMA YUSYRIKUUN (Mahasuci ALLAH dari apa yang telah mereka persekutukan). Allah adalah Robbuna, pengatur alam semesta, Allahu Ilaahuna yang disembah....
Jadi berhentilah menyebut Allah dengan sebutan "TUHAN", karena kata ini tidak layak untuk menyebut nama ALLAH. Maka jika kita menerjemahkan " LAA ILAAHA ILLALLAH" artinya "TIDAK ADA ILAAH KECUALI ALLAH", Jangan diterjemahkan "Tiada tuhan kecuali Allah". 
(Syekh As-Sayyid B.A. Al-Muhajir Ilalalah,1923-1926, Dalam Tafsir Syahadatain; H.O.S. Tjokroaminoto, Dalam Tafsir Makna Syahadatain, 1927)

Rabu, 2 Julai 2014

10 Tugas Kepala Negara Dalam Kitab Ahkamus Sulthaniyyah


Di dalam istilah politik Islam (siyasah syar’iyah) kepala negara disebut sebagai imam, khalifah atau amirul mukminin. Ketiga istilah itu maknanya sama. Imam dinamakan khalifah, karena ia menggantikan Rasululullah Saw dalam memimpin umatnya. Oleh karena itu, imam dibenarkan dipanggil dengan sebutan, “Wahai Khalifah Rasulullah!” namun secara umun dipanggil Khalifah. Mengenai tugas-tugas seorang kepala negara, Imam Al Mawardi dalam kitabnya “Al-Ahkam As-Sulthaniyah” menjelaskan setidaknya ada sepuluh tugas yang harus dilakukan oleh seorang kepala negara. Imam Al Mawardi, ulama mazhab Syafi’i dan seorang hakim yang lahir pada 370 H, hidup pada masa kekuasaan Daulah Abbasiyah.     

أحدها حفظ الدين على أصوله المستقرة وما أجمع عليه سلف الأمة

Pertama, melindungi keutuhan agama sesuai dengan prinsip-prinsip yang mapan, dan ijma’ generasi salaf. Jika muncul pembuat bid’ah, atau orang sesat yang membuat syubhat tentang agama, ia menjelaskan hujjah kepadanya, dan menindaknya sesuai dengan hak-hak dan hukum yang berlaku, agar agama tetap terlindung dari segala penyimpangan dan umat terlindung dari usaha penyesatan.

الثاني : تنفيذ الأحكام بين المتشاجرين وقطع الخصام بين المتنازعين حتى تعم النصفة فلا يتعدى ظالم ولا يضعف مظلوم 

Kedua, menerapkan hukum kepada dua pihak yang perkara, dan menghentikan perseteruan di antara kedua pihak yang berselisih, agar keadilan menyebar secara merata, kemudian kaum tiranik tidak sewenang-wenang, dan orang teraniaya tidak merasa lemah.

الثالث : حماية البيضة والذب عن الحريم ليتصرف الناس في المعايش وينتشروا في الأسفار آمنين من تغرير بنفس أو مال

Ketiga, melindungi wilayah negara dan tempat-tempat suci, agar manusia dapat leluasa bekerja, dan bepergian ketempat manapun dengan aman dari gangguan terhadap jiwa dan harta.

الرابع : إقامة الحدود لتصان محارم الله تعالى عن الانتهاك وتحفظ حقوق عباده من إتلاف واستهلاك

Keempat, menegakkan supremasi hukum (hudud) untuk melindungi larangan-larangan Allah Ta’ala dari upaya pelanggaran terhadapnya, dan melindungi hak-hak hamba-hamba-Nya dari upaya pelanggaran dan perusakan terhadapnya.

الخامس : تحصين الثغور بالعدة المانعة والقوة الدافعة حتى لا تظفر الأعداء بغرة ينتهكون فيها محرما أو يسفكون فيها لمسلم أو معاهد دما

Kelima, melindungi daerah-daerah dengan banteng yang kokoh, dan kekuatan yang tangguh, hingga musuh tidak mendapatkan celah untuk menerobos masuk guna merusak kehormatan, atau menumpahkan darah orang muslim, atau orang yang berdamai dengan orang muslim (mu’ahid).

السادس : جهاد من عاند الإسلام بعد الدعوة حتى يسلم أو يدخل في الذمة ليقام بحق الله تعالى في إظهاره على الدين كله

Keenam, memerangi orang yang menentang Islam setelah sebelumnya didakwahi hingga dia masuk Islam, atau masuk dalam perlindungan kaum muslimin (ahlu dzimmah), agar hak Allah Ta’ala terealisir yaitu kemenanga-Nya atas seluruh agama.

السابع : جباية الفيء والصدقات على ما أوجبه الشرع نصا واجتهادا من غير خوف ولا عسف

Ketujuh, mengambil fai (harta yang didapat kaum muslimin tanpa pertempuran) dan sedekah sesuai dengan yang diwajibkan syariat secara tekstual dan ijtihad tanpa rasa takut dan paksa.

الثامن : تقدير العطايا وما يستحق في بيت المال من غير سرف ولا تقتير ودفعه في وقت لا تقديم فيه ولا تأخير

Kedelapan, menentukan gaji, dan apa saja yang diperlukan dalam baitul mall (kas negara) tanpa berlebih-lebihan, kemudian mengeluarkan tepat pada waktunya, tidak mempercepat atau menunda pengeluaranya.

التاسع : استكفاء الأمناء وتقليد النصحاء فيما يفوض إليهم من الأعمال ويكله إليهم من الأموال ، لتكون الأعمال بالكفاءة مضبوطة والأموال بالأمناء محفوظة

Kesembilan, mengangkat orang-orang terlatih untuk menjalankan tugas-tugas, dan orang-orang yang jujur mengusrusi masalah keuangan, agar tugas-tugas ini dikerjakan oleh orang-orang yang ahli, dan keuangan dipegang oleh orang-orang yang jujur.


العاشر : أن يباشر بنفسه مشارفة الأمور وتصفح الأحوال ؛ لينهض بسياسة الأمة وحراسة الملة ، ولا يعول على التفويض تشاغلا بلذة أو عبادة ، فقد يخون الأمين ويغش الناصح

Kesepuluh, terjun langsung menangani segala persoalan, dan menginspeksi keadaaan, agar ia sendiri yang memimpin umat dan melindungi agama. Tugas-tugas tersebut, tidak boleh ia delegasikan kepada orang dengan alasan  sibuk istirahat atau ibadah. Jika tugas-tugas tersebut ia limpahkan kepada orang lain, sungguh ia berkhianat kepada umat, dan menipu penasihat. Allah Ta’ala berfirman, “Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu sebagai khalifah (pemimpin) dimuka bumi, maka berilah keputusan perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkanmu dari jalan Allah.” (QS. Shaad: 26)

Pada ayat diatas Allah Swt tidak hanya memerintahkan pelimpahan tugas, namun lebih dari itu dia memerintahkan penanganan langsung. Ia tidak mempunyai alasan untuk mengikuti hawa nafsu. Jika hal itu dia lakukan, maka ia masuk kategori orang yang tersesat. Inilah kendati pelimpahan tugas dibenarkan berdasarkan hukum agama dan tugas pemimpin, ia termasuk hak politik seorang pemimpin. Rasulullah Saw bersabda, “Setiap dari kalian adalah pemimpin dan setiap dari kalian akan dimintai pertanggung jawaban tentang kepemimpinannya.” (Diriwayatkan Al-Bukhari,  Muslim, At-Tirmidzi, dan Ahmad).