Pages

Rabu, 26 Ogos 2015

Harta, engkaulah yang menjaganya manakala ilmu ia pula yang menjaga kamu.

Kata al-Muhaddith Syaikh Abdullah al-Harari al-Habasyi :

" Harta, engkaulah yang menjaganya manakala ilmu ia pula yang menjaga kamu. Walaupun kamu memiliki makanan yang mewah lagi banyak, kamu tidak boleh memakannya melainlan apa yang terdaya sahaja. Walaupun kamu mempunyai pakaian yang megah lagi banyak kamu tidak dapat untuk memakai kesemuanya dalam satu masa. Justeru, sediakanlah bekalan di dunia yang binasa ini untuk hari akhirat yang kekal abadi. Kematian amatlah dekat dengan kita manakala Tuhan sentiasa mengawasi kita. Ingatlah  umur yang ada pada manusia tidak mampu memuatkan segala sesuatu maka mulakan dengan perkara yang paling penting untuk perkara yang manfaat kepadanya di hari akhirat dan ia menjadi keuntungan pahala kepadanya. Beramallah untuk akhirat kamu seolah oleh kamu akan berpisah dengan dunia ini keesokannya dan beramallah untuk duniamu bagaikan kamu tingal di dalamnya selama lamanya. Dunia ini hanyalah sesaat, penuhikanlah ia dengan ketaatan. Hawa nafsu sentiasa tamak haloba, ajarilah ia dengan qanaah( bercukup-cukupan dengan rezeki yang sedikit)"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.