Pages

Isnin, 7 September 2015

Antara tanda orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah

Disebutkan di dalam kitab Hikam Al Imam Ibnu Athoillah As Sakandari RahimahuLlah:
Antara tanda orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah ada tiga...
Orang yang ada tiga tanda ini, maka inilah orang yang mendapat "TAUFIK" daripada Allah:
1. Tanda pertama adalah orang ini "DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH" untuk dia buat ibadah walaupun dia tiada niat untuk membuat benda baik.
Dia jadi mudah nak buat kebaikan,jadi mudah untuk sembahyang malam,jadi mudah untuk membaca Quran,jadi mudah untuk ke masjid, jadi mudah untuk taat pada ibu bapa.Walaupun dia tak ada niat.
Ini tanda pertama orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah..
Disebutkan oleh Imam Ghazali RahimahuLlah:
"Sesungguhnya orang yang BANYAK DOSA kepada Allah itu menyebabkan dia menjadi PAYAH/SUKAR untuk beribadah kepada Allah ."
Kita ini bila dosa banyak payah bangun sembahyang malam, kita ini bila banyak dosa payah nak baca Quran,kita ini bila banyak dosa payah nak buat kebaikan,kita ini bila banyak dosa payah nak datang ke masjid,kita ini bila banyak dosa payah nak taat pada ibu bapa.
2. Tanda kedua adalah Allah "MENJAUHKAN" dia dari melakukan "MAKSIAT". Walaupun dia berusaha ada niat nak buat jahat dan maksiat tapi Allah jauhkan diri dia dari melakukan maksiat itu. Dia usaha nak buat jahat, dia usaha tak nak datang masjid dan majlis ilmu tapi Allah ringankan dia duduk di dalam masjid dan mendengar majlis ilmu walaupun asalnya dia ada berniat tak nak datang pun.
Itu tanda kedua orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah..
Disebutkan di dalam hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Antara tanda orang yang Allah sayang kepada seseorang hamba itu adalah Allah menjemput dia datang ke Rumah Allah walaupun rumahnya jauh dari Masjid."
Rumah dia jauh dari masjid tapi dia datang ke masjid.Itu tanda orang yang mendapat "TAUFIK" dan "HIDAYAH" oleh Allah.
Orang ini adalah orang yang "ALLAH SAYANG".
Sebaliknya,orang yang "ALLAH BENCI" adalah walaupun rumahnya di tepi masjid saja.Itu belum tentu lagi dia akan datang di Rumah Allah untuk solat secara berjemaah kerana Allah tidak memilihnya walaupun rumahnya dekat dengan Masjid.
3. Akhir sekali tanda orang yang mendapat "TAUFIK" adalah orang yang Allah berikan kepada dirinya untuk "MELIHAT/NAMPAK KEAIBAN DIRINYA".
Dia nampak "KELEMAHAN DIRINYA" lalu dia "BERDOA" kepada Allah.
Dia nampak diri dia "LEMAH", dia nampak diri dia "BANYAK DOSA", dia nampak diri dia ada "SALAH" maka dia tak nampak "KEAIBAN ORANG LAIN" melainkan hanya nampak aib dirinya sendiri bukannya aib orang lain.
Dia lebih "SIBUK MENGHUKUM HATINYA" daripada sibuk menghukum hati org lain(sangka buruk).
العاصي حاقر فى الدنيا والاخرة.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.