Pages

Jumaat, 11 September 2015

Apa itu bai`ah ?

Apa itu bai`ah ?
 
Pengenalan Rukun Bai'ah

• Pengenalan Konsep Bai`ah 

Arkanul Bai`ah Muqaddimah Bai`ah adalah satu istilah yang diambil daripada perkataan jual beli,yang berhajat kepada syarat-syarat dan rukun-rukunya. Pengertian bai`ah adalah satu perjanjian dengan memberi sepenuh keta`atan dan kesetiaan kepada seseorang meskipun ianya menghabiskan harta-benda, dan membebankan atau mengorbankan jiwa dan tenaganya selama mana perjanjian itu berada di dalam keredhaan Allah s.w.t. Dan pada masa yang sama di beri ganjaran yang istimewa oleh Rabbul Jalil. Firman Allah s.w.t :


{يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم} 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman,taatilah Allah dan taatilah rasulnya dan ulil amri di kalangan kamu. An-nisa :59.

Dan Firman Allah s.w.t lagi : 

{إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقاتلون في سبيل الله فيقتلون ويقتلون، وعدا عليه حقا في التوراة والإنجيل والقرآن،ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذي بايعتم به،وذلك هو الفوز العظيم.} 

Maksudnya: Sesengguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,jiwa raga,harta benda mereka dengan gentian syurga untuk mereka. Mereka berpegang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah, maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang palig besar. At-taubat 111.


Sejarah Pensyariatan Bai`ah Firman Allah s.w.t :


لقد رضي الله عن عن المؤمنبن إذ يبايعون  السكينة عليهم وأثابهم فتحا قريبا، ومغانم كثيرة يأخذونها، وكان الله عزيزا حكيما


Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memeri balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir. Al-fath :18 


• Hakikat Bai`ah .


Bai`ah pada hakikatnya adalah dengan Allah s.w.t tanpa mempersia-siakan dan membatalkan salah satu daripada rukun-rukun bai`ah. Firman Allah s.w.t :

}إن الذين يبايعون الله يد الله فوق أيديهم، فمن نكث فإنما ينكث على نفسه، ومن أوفى بما عاهد عليه الله فسيؤتيه أجرا عظيما { 


Maksudnya : Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.Tangan allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran pahala yang besar. Al-fath : 10 
.

Tujuan Dan Kepentingan Bai`ah Petikan daripada ayat-ayat di atas, Allah s.w.t telah menerangkan kepada hamba-hambanya yang beriman bahawasanya dialah Allah yang membeli dan orang-orang beriman itu sebagai penjualnya dan bayarannya adalah syurga di akhirat kelak. Dan apabila selesainya bai`ah diantara seseorang mukmin dan tuhannya maka tiadalah harta dan jiwa raganya itu menjadi halangan untuk berjihad dijalan Allah s.w.t , bagi menegakkan kalimatullah لإعلاء كلمة الله هي العليا dan وليكون الدين كله لله .
Daripada konsep bai`ah inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan semula kemulian dan kedaulatan Islam yang telah lama dihapuskan oleh golongan kuffar yang ingin melihat Islam itu hanya berkisar pada ibadat semata-mata.
• Bai`ah Dalam Jema`ah

Bai`ah dalam jemaah iaitu di atas jihad pada jalan Allah s.w.t untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t dengan diperolehi ganjaran syurga daripada Allah s.w.t pada hari pertemuan nanti berserta kelebihan-kelebihan dan rahmat-rahmatnya.

. Rujukan:
1- Fahmu Usulul Islam (Dr. Ali Abd Halim Mahmud) 

2- Fiqh Da`wah (Mustaffa Masyhur) 

3- Buku huraian Arkanul Bai`ah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.