Pages

Ahad, 6 September 2015

MEMBELA NASIB MUSLIM YANG DITIMPA MALANG

MEMBELA NASIB MUSLIM YANG DITIMPA MALANG

وعن ابن عمر رضي الله عنهما أنَّ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((المُسْلِمُ أَخُو المُسْلِمِ، لاَ يَظْلِمُهُ، وَلا يُسْلِمُهُ. مَنْ كَانَ فِي حَاجَة أخِيه، كَانَ اللهُ في حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً، فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَومَ القِيَامَةِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari Ibnu 'Umar رضي اللّه عنهما bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Seorang Muslim adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Maka dia tidak boleh menindas dan menghinanya. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan kesusahan seorang Muslim maka Allah melepaskannya daripada kesusahan di Akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim maka Allah menutup keaibannya pada hari Kiamat." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Seorang Muslim dilarang keras daripada menzalimi dan menjatuhkan maruah saudaranya yang lain.

2. Sebaliknya dia mestilah membela nasib saudaranya yang ditimpa malang kerana besar kelebihan memenuhi hajat, melepaskan kesusahan dan menutup keaiban sesama Muslim.

3. Allah "melayan" hambaNya sama seperti layanan hamba tersebut kepada orang lain seperti yg disebutkan dalam satu hadith yang masyhur: "Orang2 yang pengasih akan mendapat kasih sayang Allah yang Maha Pengasih. Maka kasihilah mereka yang berada di bumi ini nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada di langit (Allah dan para malaikatNya)."

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.