Pages

Isnin, 31 Ogos 2015

RELUNG KEHIDUPAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

RELUNG KEHIDUPAN

Waktu sedang "di puncak", kita merasa ramai teman di sekeliling kita,

Waktu sedang "Berkuasa", kita percaya diri boleh melakukan apa saja,

Waktu sedang "Tak Berdaya", barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada,

Waktu sedang "Jatuh", kita baru sedar selama ini siapakah teman yg memperalat dan memanfaatkan kita,

Waktu sedang "Sakit", kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta yang kita ada,

Waktu kita"Miskin", baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walaupun seringgit  dan saling membantu sesama manusia,

Masuk "Usia Tua", baru k  ita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah SWT yang belum ditunai, banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke rumah Allah SWT,

Saat "di Ambang Ajal", kita baru sedar ternyata begitu banyak waktu yg kita buang sia-sia,

Hidup tidaklah kekal selamanya,
sudah saatnya kita harus berusaha bersama-sama membuat hidup lebih berharga,
saling menghargai, saling menghormati, saling membantu dan saling memaafkan.

Jadilah insan setia tanpa syarat,
tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai hati nurani yg tulus, jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah sesama manusia,
jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yg ditabur itulah yang akan dituai,
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar,
namun ketahuilah bahwa Allah SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata, rahmat dan berkat di setiap usaha,
dan jawaban di setiap doa.

Jangan pernah menyerah ,
teruslah istiqamah beribadah,
kerana..
hidup ini terlalu indah.. .

Hidup di dunia bukanlah kekal selamanya,
melainkan sebuah persinggahan sementara,
Indahnya hidup bukan karena ramainya orang mengenal kita, namun berapa ramai orang yang bahagia mengenal kita.

Semoga coretan ini bermanfaat,
perkara yang lepas terlalu jauh untuk digapai,
kerana hari ini, esok dan hari- hari seterusnya
belum pasti untuk kita yang selalunya alpa,
namun yang pasti Malaikat Izrael tak pernah lupa menjemput kita bila tiba waktu dan ketikanya.. .

Aliff Lam Mim

PakHabib Syed Padzil Barakbah

PakHabib bersama anak murid terbaru di Setiawan Perak

Sabtu, 29 Ogos 2015

ISLAM KEMBALI MENJADI DAGANG SEMULA

ISLAM KEMBALI MENJADI DAGANG SEMULA

Rasulullah SAW bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,
“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

CARA TAFAKUR DR BAGINDO MUCHTAR

CARA TAFAKUR DR BAGINDO MUCHTAR
 
Apa yang ditulis dibawah ialah Pemahaman Fakir sendiri mengenai cara cara Tafakur yang disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar. 

Barangkali ada perbezaan pemahaman ini i.e …tidak sama dengan pemahaman mereka mereka yang pernah berguru dengan Bapak itu. Yang demikian Fakir meminta pembetulan daripada murid murid Bapak Muchtar.
 
Cara dan pemahaman merekalah yang lebih tepat.Methodologi Asas :

MEMATIKAN BADAN SEBELUM MATI.

Suasana : Tempat yang hening i.e bebas dari gangguan.

Posisi : Elok duduk diatas kerusi , duduk relaks – kaki dilunjurkan dan kedua tapak tangan diletakkan diatas kepala lutut. Eloklah dalam keadaan terbuka bukan tertangkup.

Lain Lain
 
Eloklah berwudhu dahulu dan bertafakur menghadap Kiblat Berdoalah agar Allah makbulkan niat dihati. Oleh kerana ilmu ini ilmu Dr Bagindo Muchtar, eloklah sedekahkan Fatihah kepada ruhnya.

YANG DILAKUKAN.
Mengucap Dua Kalimah. Syahadah sebanyak 3 x dengan cara yang betul dan berisi.

Bersalawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad 3x. 

Beristighafar dan Berhauqalah sebanyak mungkin. Hentikan segala gerak geri anggota badan yang diluar. Kosongkan fikiran. Mulakan Tafakur iaitu MEMANDANG KEDALAM .
 
Tundukkan kepala, pejamkan mata dan fokuskan pandangan hati kedalam badan kita sendiri.

Bawakan zikir ALLAH …ALLAH dengan mengikut masuk dan keluarnya Nafas. Cara yang biasa Fakir lakukan ialah bawa zikir Allah masuk bersekali dengan menarik nafas masuk. …tahan nafas itu dan bawa zikir Allah itu mengembara keseluruh badan dari hujung kaki kehujung rambut ..dan hembuskan nafas keluar perlahan –lahan dengan zikir HU

Huraian - Apabila kita matikan kedua gerakan fizikal dan mental…yang masih ada hanyalah gerakan keluar masuknya nafas kita yang telah kita isi dengan zikir Allah Hu itu. Gerakan turun naik nafas merupakan gerakan yang tidak dapat dikawal oleh otak.

Apabila kita lakukan perkara diatas  maka akan berlaku satu gerakan dalaman umpama kejutan letrik ( stroom ) atau badan umpama mengelujut. 

Inilah reaksi dalaman pertama yang akan kita rasakan.Jika kita teruskan berzikir rasa tadi akan mengembang menjadikan tangan kita bergerak sendiri, dan terus menerus berkembang hingga kedua tangan kita menggerakkan satu siri pergerakan umpama kita sedang menggayakan bunga bunga silat…dan gerakan bunga silat itu amat indah dan menarik.

Ikutilah gerak kedua-dua tangan kita itu dan tumpukan kepada kekuatannya.i. Lakukan dan bawalah latihan ini berulang – ulang kali sampai kita dapat 

MENURUTKAN jalannya gerak pernafasan kita itu dari dalam. Jika mampu dan ada kemahuan, lakukanlah latihan ini setiap hari. 

Berlatihlah hingga sampai ada pancaran keluar dari hujung jari jari tangan kita…yang bermakna dinding telah tembus dan rahsia telah terbuka.

HURAIAN
Setelah kita dapat menemui Jalannya Pernafasan kita yang turun naik itu yang berasal dari dalam , maka dengan mematikan segala tenaga kita yang ada, kita cuba menurutkan turun naiknya nafas kita itu DENGAN PENGERTIAN kita sudah mula memakai atau menggunakan TENAGA DARI DALAM iaitu tenaga yang membuatkan kita bernafas itu.

Latihan diatas merupakan JALAN PEMISAHAN yang memisahkan antara BADAN dan DIRI ( Nyawa ) atau memisahkan antara AKU dan DIA.

Untuk dapat membawakan sampai mengerti kita hendaklah MENYERAHKAN segala sesuatu yang ada pada kita kepada DIRI YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu ( Nyawa ). 

Jadikan kita ini sebagai manusia milikNYA dan bukan sebaliknya. DIAlah yang menjadi KITA.

Bagaimana Agama Hindu Menyembah Berhala Bermula?

Bagaimana Agama Hindu Menyembah Berhala Bermula?
 
Setelah Nabi Musa as membawa kaum Yahudi keluar dari bumi Mesir setelah dikejar Firaun maka di Sinai Nabi Musa as pergi berjumpa Tuhan di Gunung Sinai. Semasa ketiadaan nabi Musa as itu maka ada seorang Yahudi yg bernama Samiri (Shamir) telah membuat patung Lembu Betina dari emas dan menyesatkan kaum Yahudi supaya menyembah Lembu Betina. Sila lihat Surah Al-Baqarah yang bermaksud Lembu/Sapi Betina. Apabila Nabi Musa a.s balik beliau telah menghalau Samiri ini keluar dari Sinai dan tempat pelarian pertama Samiri dan pengikutnya ialah di India.
 
 
 
Tuhan lembu bagi penganut Hindu
 
Di sinilah Yahudi Samiri memulakan ajaran menyembah berhala lembu betina kepada kaum Hindu dan lembu betina dianggap sebagai tuhan oleh kaum Hindu sehingga sekarang. Kaum Yahudilah yang memperkenalkan ajaran menyembah patung dan sihir kepada kaum Hindu di India dan terus sesat hingga sekarang. Ini kerana kaum Yahudi khuatir orang-orang India akan menganut agama Islam dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Maka disediakan agama bagi mereka terlebih dahulu agar jangan menganut agama Islam. Surah Al-Baqarah menceritakan bagaimana kejahatan Yahudi yang mencipta agama Hindu yang menyembah lembu sehingga lembu tidak dapat dimakan oleh penganut-penganutnya.
 
(Rujukan: http://warisanlukmanulhakim.blogspot.com/)

Perbezaan antara tauhid uluhiyah dan tauhid rububiyah dari segi pengenalan dan ta'rif?

 
 
Soalan; ustaz yang dirahmati allah, apakah sebenarnya perbezaan antara tauhid uluhiyah dan tauhid rububiyah dari segi pengenalan dan ta'rif? Terima kasih. Wassallam.

Jawapan;

Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)

“Ingatlah, bagiNya (yakni Allah) jualah urusan penciptaan dan segala urusan. Maha tinggi Allah, Rabb bagi semesta alam”. Al-A’raf: 54)

“..maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (al-Jathiyah: 36-37)

Termasuk juga dalam pengertian tauhid Rububiyyah ialah beriman dengan Qadarullah (yakni ketentuan dan ketetapan Allah) iaitu meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah terbit dari ilmu Allah, iradah (kehendak)Nya dan juga qudrah (kekuasaan)Nya.

Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

“Katakanlah: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (al-An’am: 162)

Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)

(Menurut ulama’ tafsir; yang dimaksudkan dengan Taghut dalam ayat di atas ialah segala yang disembah selain dari Allah sama ada berhala-berhala, Iblis, Syaitan dan sebagainya. (Lihat tafsir al-Qurthubi)).

Demikianlah keterangan ringkas tentang Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah yang dapat saya berikan dalam ruangan yang ringkas ini. Harapan saya agar saudara dapat meneroka dengan lebih mendalam ilmu tentang kedua-dua jenis tauhid ini. Keimanan kita kepada Allah tidak akan sempurna melainkan dengan kita memahami dan menghayati dengan sempurna kedua-dua Tauhid tersebut di samping satu lagi Tauhid iaitu Tauhid al-Asma’ Wa as-Sifat iaitu mengesakan Allah dengan meyakini sekelian nama-nama dan sifat-sifatNya yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarh al-‘Aqidah at-Thahawiyyah, Imam Abil-Izzi al-Hanafi.
2. Taisir al-‘Azizil Hamid, Syeikh Sulaiman bin Abdillah.
3. Haqiqatu at-Tauhid, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
4. Al-Iman, Dr. Naeem Yasin.

Tauhid adalah pegangan pokok dan sangat menentukan bagi kehidupan manusia

Tauhid adalah pegangan pokok dan sangat
 

menentukan bagi kehidupan manusia, karena tauhid

menjadi landasan bagi setiap amal yang dilakukan.

Hanya amal yang dilandasi dengan tauhidullah,

menurut tuntunan Islam, yang akan menghantarkan

manusia kepada kehidupan yang baik dan

kebahagiaan yang hakiki di alam akhirat nanti.
 

Allah Ta’ala berfirman:


“Barangsiapa yang mengerjakan amal shaleh, baik

laki-laki maupun perempuan, sedang ia dalam
 

keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami

berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan

sesungguhnya akan kami beri balasan kepada

mereka dengan pahala yang lebih baik lagi dari apa
yang telah mereka kerjakan.” (QS. An Nahl: 97).
 
 
Berdasarkan pada pentingnya peranan tauhid
dalam kehidupan manusia, maka wajib bagi setiap
muslim memperlajarinya.
 
Tauhid bukan sekedar mengenal dan mengerti
bahwa pencipta alam semesta ini adalah Allah; bukan
sekedar mengetahui bukti-bukti rasional tentang
kebenaran wujud (keberadaan) Nya, dan wahdaniyah
(keesaan) Nya, dan bukan pula sekedar mengenal
Asma’ dan Sifat-Nya.
 
Iblis mempercayai bahwa Tuhannya adalah Allah;
bahkan mengakui keesaan dan kemaha-kuasaan
Allah dengan meminta kepada Allah melalui Asma’
dan Sifat-Nya. Kaum jahiliyah kuno yang dihadapi
Rasulullah r juga meyakini bahwa Tuhan Pencipta,
 
Pengatur, Pemelihara dan Penguasa alam semesta ini
adalah Allah.   (Lihat Al Qur’an: 38: 82, 31: 25, 23:
 
84-89). Namun, kepercayaan dan keyakinan mereka
itu belumlah menjadikan mereka sebagai makhluk
yang berpredikat muslim, yang beriman kepada Allah.
 
 
Dari sini timbullah pertanyaan: “Apakah hakikat
tauhid itu?
Tauhid adalah pemurnian ibadah kepada Allah.
Maksudnya yaitu:menghambakan diri hanya kepada
 
Allah secara murni dan konsekwen dengan mentaati
segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-
Nya, dengan penuh rasa rendah diri, cinta, harap dan
takut kepada-Nya.
Untuk inilah sebenarnya manusia diciptakan
Allah, dan sesungguhnya misi para Rasul adalah
untuk menegakkan tauhid dalam pengertian tersebut
di atas, mulai dari Rasul pertama sampai Rasul
terakhir, yaitu Nabi Muhammad r. (Lihat Al Qur’an:
 
16: 36, 21: 25, 7: 59, 65, 73, 85, dan lain-lain).
Maka buku di hadapan pembaca ini mempunyai
arti penting dan berharga sekali untuk mengetahui
hakikat tauhid dan kemudian menjadikannya sebagai
pegangan hidup.
 

Yang haram masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaj...i sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya
 
Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.
 
Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.
 
Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?
 
Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.
 
Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:
جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره
Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.
 
Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.
 
Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
 
Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
 
Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.
 
Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.
 
Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !
 
Kredit kpd Dr Mahyuddin Ismail

Zikrullah Dalam Kehidupan

Zikrullah Dalam Kehidupan
 
ZIKRULLAH ertinya sentiasa mengingati dan menyebut Allah. Ia bermula dengan ingatan di hati lalu tercerna menerusi lafaz sebutan seterusnya pada tindakan.
 
Zikrullah dengan lidah dilakukan dengan membanyakkan lafaz seperti Lailahaillallah (tahlil), Subhannallah (tasbih), Alhamdulillah (tahmid) dan Allahu Akbar (takbir), Astaghfirullah (istighfar).
 
Allah berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

“Wahai orang-orang beriman. Berzikirlah (ingat dan sebutlah) kepada Allah dengan zikir (ingatan dan sebutan) yang banyak dan bertasbihlah mensucikan-Nya awal pagi dan petang” (Surah al-Ahzab ayat 41-42)
 
Ayat ini datang selepas cerita tentang fitnah jahat yang ditimbulkan oleh golongan Munafikin terhadap Nabi saw apabila mengahwini Zainab bekas isteri kepada anak angkat baginda saw iaitu Zaid bin Harithah radiyallahu anhu. Allah menegaskan dalam ayat sebelumnya bahawa anak angkat tidak seperti anak sendiri. Bekas isteri kepada anak angkat boleh dikahwini berbeza dengan bekas isteri kepada anak sendiri yang haram dikahwini setelah disetubuhi.
 
Maka arahan supaya membasahkan lidah zikir seolah satu isyarat bahawa antara cara menangani fitnah golongan Munafikin ialah dengan lebih banyak berzikir daripada melayani kata-kata fitnah mereka supaya fitnah tersebut segera padam. Ayat al-Quran sudah turun bagi memadamkan api fitnah tersebut. Maka ayat-ayat Allah itulah yang mesti disebarkan dalam menghadapi fitnah mereka.
 
Seorang Ahli Zikir yang sempurna bukan hanya seorang yang basah lidahnya dengan zikir tetapi juga terjelma menerusi amalan seharian iaitu:
1. melakukan yang wajib.
2. membanyakkan yang sunat.
3. meninggalkan yang haram
4. Berusaha meninggalkan sebanyak mungkin yang makruh.
 
Sekian.
Disediakan oleh:
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Pembinaan Kuil Di Tanah Arab; Kiamat Semakin Hampir?

Pembinaan Kuil Di Tanah Arab; Kiamat Semakin Hampir?
 
Semasa berada di Oman, ketika bersama seorang rakyat Malaysia baru-baru ini, beliau yang telah bekerja di negara kesultanan itu ada menyebut dan memberitahu tentang kebimbangannya, terdapat sebuah kuil ditengah-tengah bandar Muscat.
 
Katanya, pada awalnya, ketika tanah itu mula dibangunkan sebagai kuil, ia berada di pinggir bandaraya itu, namun apabila pembangunan baru dilaksanakan, kini kuil itu terletak ditangah-tengah Muscat.
 
Seorang rakan misi mencelah, ia adalah bertepatan dengan hadis nabi SAW yang memberikan gambaran, bahawa tidak akan datang har kiamat selagi orang tidak menyembah berhala seperti lat dan uzza, di semananjung Arab.
 
IMG-20150825-WA0066
 
Rupanya bukan sahaja di Oman, bahkan di Emiret Arab Bersatu (United Arab Emirate) yang berjiran dengan Arab Saudi, telah didirikan kuil-kuil untuk manusia menyembah berhala. Beberapa laman atas talian telah mencatatkan bahawa, telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah r. ‘anha bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Siang dan malam tidak akan tamat selagi Lat dan Uzza tidak disembah.”
 
Saiyidatina ‘Aisyah r. ‘anha berkata : “Aku memikirkan bahawa Allah Ta’ala telah berfirman di dalam Al Quran bahawa Dia telah mengutus Rasulnya dengan petunjuk dan agama yang benar, maka petunjuk dan agama yang benar ini akan terus hidup menguasai (dunia) sehingga ke Hari Kiamat.”
 
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Benar agama ini akan terus menguasai jika dikehendaki Allah. Tetapi ketika menjelangnya Kiamat, satu jenis bayu akan bertiup lebih lembut daripada sutera. Apabila ia melalui mana-mana orang Islam, orang itu akan mati. Kemudian hanyalah hidup orang-orang kafir. Maka mereka akan menyembah Lat dan Uzza.” (Muslim, Jilid ii, m.s. 394)
 
Adalah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kiamat tidak akan muncul selagi wanita-wanita daripada suku Daus tidak mengelilingi berhala bernama Zil-Khalsah. Berhala itu adalah milik suku Daus.” (Ibid) Lat, Manat dan Uzza adalah berhala-berhala yang masyhur di Tanah Arab.
 
Selepas penaklukan (pembebasan – alfath) Mekah, Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan supaya jangan ada sebuah patungpun di dalam rumah. Kemudian baginda mengutus Khalid Bin Walid r. ‘anhu bersama sekumpulan Sahabat terdiri daripada 80 orang yang berkuda untuk memusnahkan berhala Uzza.
Apabila Khalid r. ‘anhu kembali selepas memecahkan berhala tersebut, maka Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya samada beliau melihat sesuatu.
Apabila Khalid r. ‘anhu menjawab tidak, baginda menghantarnya semula sambil berkata jika kamu tidak melihat sesuatu bermakna berhala itu tidaklah sebenarnya pecah.
 
IMG-20150825-WA0067
 
Apabila Khalid r. ‘anhu kembali, beliau lihat seorang wanita hitam bertelanjang dengan rambut yang kusut masai, lalu dipancung oleh Khalid r. ‘anhu dengan pedangnya. Sami-sami tokong menjerit. Khalid r. ‘anhu pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w. yang bersabda : “Wanita tersebut adalah Uzza. Sekarang dia tidak akan disembah dan dipuja lagi di negeri kamu.” Uzza adalah berhala golongan Quraisy dan Banu Kananah sedangkan Banu Syaiban adalah sami-saminya. (Assah-al Siyar m.s. 285)
 
Begitulah juga Zil-Khalsah adalah berhala bagi suku Daus. Rasulullah s.a.w. bermaksud bahawa penyembah-penyembah berhala telah tamat hasil daripada keberkatan Iman, Islam, Wahyu dan juga usaha gigih daripada orang-orang Arab yang buta huruf, maka tidak ada lagi bekas-bekas berhala tersebut.
 
Tetapi apabila perjalanan sistem dunia akan hancur maka ketiadaan majlis-majlis dan kegiatan ilmu, penyampaian dan khutbah serta terpupusnya sistem Khanqah (pondok, pesanteren dsb), ceramah-ceramah agama dan orang-orang Islam sendiri telah tidak wujud lagi, berhala-berhala tersebut akan mula disembah semula.
 
Terbuktilah daripada Hadis tersebut bahawa “keajaiban” yang terdapat di rumah-rumah berhala dan tokong-tokong adalah hasil daripada silap mata dan penyulapan ataupun tipudaya syaitan. Begitulah “keajaiban” yang berlaku di kuburan adalah satu tipu helah syaitan untuk menyesatkan orang-orang Islam biasa dan orang-orang lain juga. Tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bahawa Kiamat tidak akan berlaku selagi berhala-berhala tersebut tidak disembah lagi.”

Khamis, 27 Ogos 2015

KENALI ASAL USUL KEJADIAN NABI ADAM

KENALI ASAL USUL KEJADIAN NABI ADAM

Berkata Imam Ats-Tsa’labi Bahawa Ketika Allah Ta’ala Hendak Menciptakan Adam Dari Tanah, Terlebih Dahulu Allah Mengkhabarkan Kepada Bumi: “Hai Bumi, Aku Akan Ciptakan Manusia Dari SaripatiMu. Sebahagian Mereka Ada Yang Taat Kepada-Ku Dan Sebahagian LainNya Durhaka Kepada-Ku. Siapa Yang Taat Kepada-Ku Maka Akan Aku Masukkan Dia Ke Dalam Syurga-Ku, Dan Siapa Yang Durhaka Kepada-Ku Akan Aku Masukkan Dia Ke Dalam Neraka-Ku”. 

Kemudian Allah Ta’ala Mengutus Kepada Malaikat Jibril Untuk Turun Ke Bumi Mengambil Segenggam Tanah. Ketika Malaikat Jibril Hendak Mengambil Sebahagian Tanah Itu, Bumi Menolak Dan Bersumpah: ”Demi Allah, Aku Berlindung Kepada-Mu Dari Utusan-Mu, Agar Engkau Tidak Mengambil Sebahagian Dari Kami Jika Nantinya Akan Menjadi Penghuni Neraka”. Kerana Sumpah Itu, Akhirnya Malaikat Jibril Membatalkan Niat Untuk Mengambil Tanah Itu Dan Melaporkan Kejadian Tersebut Kepada Allah Ta’ala. Kemudian Allah Ta’ala Menyuruh Malaikat Mikail Untuk Mengambilnya. Bumi Bersumpah Lagi Dan Malaikat Mikail Pun Tijadi Mengambil Tanah Itu.

Kemudian Allah Ta’ala Menyuruh Malikat Izrail Pula Mengambil Tanah Itu. Ketika Malaikat Izrail Turun Ke Bumi, Ia Langsung Memukul Bumi Dengan PedangNya Dan Bumi Pun Bergetar Ketakutan. Lantas Malaikat Izrail Pun Mencabut Tanah Segenggam. Tanah Yang Diambil Oleh Malaikat Izrail Berasal Dari Tanah Yang Beragam Dan Di Ambil Satu Genggam : Tinggi Rendahnya (Mula Dari Tanah Dataran Tinggi Dan Dataran Rendah); Sifatnya (Dari Tanah Liat Dan Tanah Gembur); Warnanya (Ada Yang Hitam Dan Putih); Dan Penjurunya (Ada Yang Dari Bumi Paling Barat, Timur, Utara Dan Selatan). 

Sepertimana Sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah Ta’ala Menciptakan Adam AS Dari Segenggam Tanah Dari Seluruh Penjuru Bumi, Maka Kemudian Manusia Pun Seperti Itu, Yakni Ada Yang Baik Dan Ada Yang Buruk, Lemah Lembut Kasar, Senang, Sedih Dan Lainnya” (HR Tirmidzi - Hadis Marfu’)

Kemudian Tanah Itu DiBawa Menghadap Allah Ta’ala. Lalu Allah Ta’ala Berfirman Kepada Malaikat Izrail: “Mengapa Engkau Tidak Mengikuti SumpahNya (Bumi) ? Jawab Malaikat Izrail: ”Perintah-Mu Lebih Aku Ikuti Dan Aku Takuti Daripada SumpahNya”. Kemudian Allah Ta’ala Berfirman: “Engkaulah Malaikat Pencabut Nyawa (Malakul Maut)” 

Ketika Malaikat Izrail Mengambil Paksa (Mencabut) Sebahagian Dari Bumi, Bumipun Menangis Merasa Kehilangan. Kemudian Allah Ta’ala Berfirman Kepada Bumi : “Sesungguhnya Kelak Akan Aku Kembalikan Kepadamu Apa Yang Aku Ambil DariMu Itu.” Dalam Surah Thaha : 55 - Allah Ta’ala Berfirman: “Dari Bumi (Tanah) Kami Jadikan Kamu Dan KepadaNya Kami Akan Kembalikan Kamu Dan DaripadaNya Kami Akan Keluarkan Kamu Pada Kali Yang Lain’.

Kemudian Allah Ta’ala Menyuruh Malaikat Izrail Membawa Tanah Itu Ke Syurga Agar DiSerahkan Kepada Malaikat Ridhwan (Penjaga Syurga), Kecuali Tanah Warna Putih. Untuk Tanah Putih Ini Allah Ta’ala Menyuruh Malaikat Jibril Yang Menyerahkannya Kepada Malaikat Ridhwan. Dari Tanah Putih Ini Allah Ta’ala Ciptakan Para Nabi. Lantas Allah Ta’ala Menyuruh Malaikat Ridhwan Untuk Mencampur Tanah Itu Dengan Air Tasnim Sampai Jadilah Sebuah Cairan Tanah Yang Sangat Besar.
==============
PROSES PEMBENTUKAN JASMANI

Setelah Tanah Tadi Menjadi Cairan, Kemudian Malaikat Jibril DiPerintah Oleh Allah Ta’ala Agar Cairan Itu Didiamkan Melalui Tiga Tahap. TAHAP 1 - DiDiamkan Selama 40 Tahun Sampai Akhirnya Menjadi Tanah Liat (Thin Laazib). Inilah Yang Allah Ta’ala Sebutkan Dalam Surah As-Shaffat : 11 - “Sesungguhnya Kami Telah Menciptakan Mereka Dari Tanah Liat”. TAHAP 2 - DiDiamkan Lagi Selama 40 Tahun Sampai Menjadi Tanah Kering Yang Berbentuk Manusia (Shalshal). Ini Yang Allah Ta’ala Sebutkan Dalam Surah Al-Hijr : 28 - “Dan (Ingatlah), Ketika Tuhanmu Berfirman Kepada Para Malaikat: "Sesungguhnya Aku Akan Menciptakan Seorang Manusia Dari Tanah Liat Kering (Yang Berasal) Dari Lumpur Hitam Yang Diberi Bentuk”. TAHAP 3 - DiDiamkan Kembali Selama 40 Tahun Dalam Posisi Telentang Di Jalanan Tempat Lalu-Lalangnya Para Malaikat Naik Dan Turun Dari Langit Ke Bumi. 

Menurut Ibnu Abbas RA: Pada Suatu Ketika, Iblis Melewati Tanah Berbentuk Nabi Adam Itu. Tiba-Tiba Iblis Menampar Perut Nabi Adam Hingga Berbekas. Sampai Akhirnya Jadilah Wujud Nabi Adam AS Dengan Sempurna, Tinggi 60 Dzira’ Dan Lengkap Dengan Anggota Tubuhnya Namun Belum DiBeri Ruh. 

Menurut Imam Ats-Tsa’labi : Selama Dalam Tahapan Ketiga, Allah Ta’ala Menghujaninya Dengan Dua Macam Hujan: Selama 40 Tahun Berupa Hujan Kesedihan Dan Satu Tahun Berupa Hujan Kesenangan. Menurut Abu Musa Al-Asy’ari: Ketika Allah Ta’ala Menciptakan Qubul Nabi Adam, Allah Ta’ala Telah Berfirman: “Sesungguhnya Ini Adalah Amanat-Ku Pada Dirimu. Jangan Sekali-Kali Engkau Tempatkan Ini Kecuali Pada Haqnya”. 


PROSES PENIUPAN RUH

Setelah Jasad Nabi Adam AS Sempurna, Maka Allah Ta’ala Meniupkan Ruh KepadaNya. Sepertimana Tersebut Dalam Surah Al-Hijr : 28 - “Maka Apabila Aku Telah Menyempurnakan Kejadiannya Dan Telah Meniupkan Kedalamnya Ruh (Ciptaan)-Ku, Maka Tunduklah Kamu Kepadanya Dengan Bersujud.” 

Berkata Imam Azizi : Roh Pertama Kali DiTiupkan Ke Tubuh Nabi Adam AS Pada Hari Jumaat Siang. Roh DiTiupkan Ke Tubuh Nabi Adam AS Melalui Kepala, Yakni Ubun-Ubun. Dalam Suatu Riwayat : Allah Ta’ala Mewahyukan Kepada Roh Agar Masuk Ke Tubuh Nabi Adam AS Melalui Kepala Namun Roh Menolaknya. Akhirnya Allah Ta’ala Memaksanya Dan Akhirnya Roh Pun Masuk Dengan Terpaksa. Kemudian Allah Ta’ala Berfirman Kepada Roh : “Seandainya Engkau Masuk Dengan Mudah Niscaya Engkau Akan Keluar Dengan Mudah (Tanpa DiCabut), Maka Masuklah Dengan Terpaksa Dan Keluarlah Dengan Terpaksa ” 
.
Di Ubun-Ubun, Roh Berputar-Putar Selama 100 Tahun Didalamnya. Kemudian Roh Tersebut Pun Turun Ke Kedua Belah Mata, Nabi Adam AS Pun Langsung Mampu Melihat. Lalu Roh Turun Pula Ke Rongga Hidung Dan Nabi Adam Langsung Dapat Mencium Udara Dan Terus Bersin. Lantas Roh Itu Pula Turun Ke Mulut Dan Lidah. Saat Itu Pula Allah Ta’ala Mewahyukan Kepada Nabi Adam AS Doa Pujian Dan Nabi Adam Langsung Mengucapkan : “Alhamdu Lillaahi Robbil ‘Aalamiin” (Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam). Kemudian Allah Menjawabnya : “Yarhamuka Robbuka Ya Adam, Haadzaa Laka Wadzurriyyatika” (Semoga TuhanMu MerahmatiMu Wahai Adam, Ini Buatmu Dan Anak Cucumu).

Kemudian Roh Turun Pula Ke Dada. Dalam Satu Riwayat : Ketika Roh Masuk Ke Bahagian Tubuh, Lantas Nabi Adam AS Menyaksikan Langsung Perubahan Tubuhnya Sendiri Yang Mulanya Berupa Tanah Tiba-Tiba Berubah Dengan Sendirinya Menjadi Daging Lengkap Dengan Kulit, Tulang, Otot, Urat Dan Darah. Kemudian Roh Turun Lagi Ke Lutut Dan Seketika Itu Nabi Adam AS Bernafsu Dan TerBuru-Buru Hendak Berdiri Dan Berjalan Tetapi Dia Tidak Kuasa. Ketika Roh Sudah Sampai Ke Seluruh Jasad, Maka Jadilah Manusia Sempurna Dan Langsung Berdiri Serta Bergerak Meliuk-Liukkan Badannya.Berkata Al-Hafidz Ismail As-Suda : Dalam Sehari-Semalam (24 Jam) Adalah Nabi Adam AS Bernafas Sebanyak 30,000 Kali Atau 1,292 Kali Setiap Satu Jam.

Rabu, 26 Ogos 2015

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon Zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS an-Nuur [24]:35).*

5 FAKTOR PENTINGNYA MENJAGA WAKTU DALAM HIDUP.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Isnin 24 Ogos 2015).

5 FAKTOR PENTINGNYA MENJAGA WAKTU DALAM  HIDUP.

Banyak manusia di akhir zaman seperti sekarang ini, yang hidupnya menyia-nyiakan waktu dan umurnya dengan perkara-perkara yang tidak  berfaedah.

Kebanyakan manusia sekarang  ini hanya mengisi waktunya dengan melakukan dosa dan maksiat, lalai dari ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT, gemar melakukan hal yang sia-sia serta  perkara  yang melalaikan dari mengingat Allah SWT.

Padahal kita mengetahui bahawa kehidupan di dunia ini adalah kehidupan yang sangat singkat, tetapi kebanyakan kita lalai memanfaatkan waktu yang telah di berikan  Allah SWT secara percuma.

Pada TAZKIRAH hari  ini, USM ingin  membincangkan sedikit   mengenai pentingnya menjaga waktu. Semoga dengan merenungkan hal yang demikian,  kita dapat menjadi insan yang  lebih baik dan tidak menjadi orang yang menyia-nyiakan waktu.

Adapun perkara  yang perlu kita ketahui mengenai waktu  tersebut dalam kehidupan  seorang  muslim adalah:

1. Bahawa Hidup Manusia Itu Seperti Hari-hari Yang di Gunakannya.

Imam Hasan Al-Bashri mengatakan:

يابن آدم إنما أنت أيام كلما ذهب يوم ذهب بعضك.

Ertinya:
“Wahai manusia, sesungguhnya kalian hanyalah kumpulan dari hari-hari. Tatkala satu hari itu hilang, maka akan hilang pula sebahagian dirimu (umur dan nyawamu).” (Hilyatul Awliya’, 2/148).

2. Waktu Pasti Akan Berlalu, Maka Beramallah Untuk  Bekalan Hidup di Akhirat Kelak.

Ja’far bin Sulaiman berkata bahawa dia mendengar Rabi’ah menasehati Sufyan Ats Tsauri:

إنما أنت أيام معدودة، فإذا ذهب يوم ذهب بعضك، ويوشك إذا ذهب البعض أن يذهب الكل وأنت تعلم، فاعمل.

Ertinya:
“Sesungguhnya engkau adalah kumpulan hari. Jika satu hari berlalu, maka sebagian dirimu juga akan hilang. Bahkan hampir-hampir sebagian harimu berlalu, lalu hilanglah seluruh dirimu (baca: mati) sedangkan engkau mengetahuinya. Oleh karena itu, beramallah (untuk bekal akhirat nanti).” (Kitab Shifatush Shofwah, 1/405).

3. Waktu Itu Bagaikan Pedang.

Imam Asy Syafi’i rahimahullah pernah mengatakan:

صحبت الصوفية فلم أستفد منهم سوى حرفين أحدهما قولهم الوقت سيف فإن لم تقطعه قطعك

Ertinya:
“Aku pernah bersama dengan orang-orang sufi. Aku tidaklah mendapatkan pelajaran darinya selain dua perkara. Pertama, dia mengatakan bahwa waktu bagaikan pedang. Jika kamu tidak memotongnya (memanfaatkannya), maka dia akan memotongmu.”Jika Tidak Tersibukkan dengan Kebaikan, Pasti akan Terjatuh pada Perkara yang Sia-sia.

Imam Asy Syafi’i berkata, “Kemudian orang sufi tersebut menyebutkan perkataan lain:

ونفسك إن أشغلتها بالحق وإلا اشتغلتك بالباطل.

Ertinya:
Jika dirimu tidak di sibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan di sibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).”
(Kitab Al Jawabul Kafi, 109, Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)

5. Waktu Berlalu Begitu Cepatnya.

Ibnul Qoyyim rahimahullah mengatakan:
“Waktu manusia adalah umurnya yang sebenarnya. Waktu tersebut adalah waktu yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi, penuh kenikmatan dan terbebas dari kesempitan dan adzab yang pedih.

Ketahuilah bahwa berlalunya waktu lebih cepat dari berjalannya awan (mendung). Barangsiapa yang waktunya hanya untuk ketaatan dan beribadah pada Allah SWT, maka itulah waktu dan umurnya yang sebenarnya.

Selain dari pada itu tidak dinilai sebagai kehidupannya, namun ianya hanya di anggap seperti kehidupan binatang ternak.”

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an  Surah Al-Araf, ayat 179:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ.

Ertinya:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat AllahSWT). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". (QS. Al-Araf : 179).

Ibnul Qoyyim mengatakan perkataan selanjutnya yang sangat menyentuh qolbu:
“Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal yang membuat lalai, untuk sekedar memperturutkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan dengan perkara yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan (baca: perkara yang sia-sia), maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya" (Kitab Jawabul Kafi, 109).

Wahai saudaraku sekalian,
Janganlah Sia-siakan umurmu dan Waktu mudamu Selain untuk Mengingat Allah SWT serta melakukan perkara-perkara yang  positif sebagai  bekalan untuk  kehidupan akhiratmu.

Janganlah Sia-siakan Waktumu untuk bersosial, face book, membaca whatsApp, telegram, instagram serta perkara-perkara lain yang bersifat melalaikan hidupmu.

Ya Allah, mudahkanlah kami sebagai hamba-Mu untuk memanfaatkan waktu ini dalam ketaatan, dan dijauhkan kami dari perbuatan yang melalaian serta  melakukan perkara dosa dan kemungkaran. Mudah-Mudahan taufik dan hidayah-Mu sentiasa mengiringi setiap langkah dan helaan nafas kami. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Isnin 9 Dzulkaedah  1436 H).

Tausiyah oleh Habib Abu Bakar Al-Adni

Sedikit nota Ringkas Tausiyah oleh Habib Abu Bakar Al-Adni sempena Majlis Haul Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Hadad 2015 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. (Diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin).

Habib Abu Bakar memuji kepada Allah, Rasulullah saw, para Sahabat, dan Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Hadad. Katanya, kita berada dalam malam yg indah, agung, yang mengenalkan kita pada semua manusia dan alam, nilai kedamaian, simbol keamanan, budi pekerti yg ditunjukkan oleh golongan yg berjalan dengan petunjuk Rasulullah s.a.w. ....

Tidak dinafikan di dunia ini ramai ulama', tidak akan sunyi setiap zaman kecuali ada ulama' yang hidup pada zaman itu. Setiap zaman terdapat ramai ulama' untuk kita dapatkan ilmu, jadi kenapa Kita raikan Ulama' yg meninggalkan berkurun2 lamanya? (Tujuan mengadakan Majlis Haul)

Ia adalah untuk mengenangkan kita kepada seseorang yang meninggalkan lama seperti Imam Abdullah Ibn Alawi al-Hadad. Kita ingin mengambil keberkesanan dan contoh- mendidik anak-anak, wanita dan ummah dgn kedamaian dan akhlak yg indah.

2 objektif penting dalam menghadiri Haul.

1) Mengambil keberkatan dari orang-orang yang dekat dgn Allah SWT. Mengambil pengajaran daripada para auliya' & orang soleh. Dalam mengingati org soleh, Allah akan menurunkan rahmat.

2) Mengenalkan generasi dahulu kepada generasi sekarang supaya anak muda generasi sekarang mempunyai keterikatan yg kuat dgn manhaj dari Hadhramaut, adat, tasawwuf, manhaj Asyairah. Kita menghadapi cabaran dahsyat pada zaman banyak perubahan sehingga mengancam kehormatan orang yg bersyahadah.

Mengingatkan contoh yang menjadi teladan kepada kita. Mengingati kepada satu sifat, golongan yang bersungguh-sungguh menepati janji Allah.
Kita perlu kaji sirah mereka seperti bagaimana mereka atur waktu mereka, wirid mereka dan sebagainya.

Supaya diperbaharui pemahaman kita dengan orang orang mulia seperti Imam Al-Haddad. Imam Al-Hadad ialah seorang yang mempunyai rahsia ilmu Allah bersambung nasabnya kepada Rasulullah. Kita perlu warisan ilmu tersebut.

Imam Al-Haddad yg perbaharui dakwah Nabi dgn sanad yg bersambung, mewarisi ilmu dari Nabi Muhammad. Nendanya, Imam Ahmad Isa Al-Muhajir berhijrah dari Iraq ke Hadhramaut, membawa risalah perdamaian.

Nendanya di atas lagi, Ali Al-Uraidhi menghidupkan ajaran perdamaian di Kota Madinah, belajar dari Imam Zainal Abidin yang diwarisi dari Hasan dan Hussin seterusnya diwarisi daripada sahabat.

Sanad yg disebut sebentar tadi dalam bait-bait syair asal-usul ajaran beliau tentang guru-gurunya iaitu Imam Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir dll.
Sanadnya yang bersambung, kata Imam al-Hadad, "Guru-guru yang aku ambil ilmu daripadanya mendapat hidayah dan sentiasa beriringan dengan Quran (akhlaknya). Imam al-Hadad mewarisi ilmunya,

5 Perkara penting ajran Imam al-Hadad :
1) Ilmu
2) Amal
3) Ikhlas
4) Rasa takut kepada Allah
5) Wara'

Pentingnya kita menjaga lisan daripada memaki orang lain. Elakkan diri kita daripada tergelincir dalam fitnah yang menumpahkan darah.

Acara Haul diraikan untuk mengkaji apa yang diletakkan oleh Imam Al-Hadad yang kuat dengan pegangan syariat. Beliau mengatur gaya hidup melalui kitab-kitabnya, karya2, syair2 - membawa konsep perdamaian. Maka tidaklah menakjubkan kita mengatakan Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Haddad ialah Mujaddid abad ke-13.

Di manakah mereka yang mengajak kepada kedamaian, keselamatan yg dilaungkan di Timur dan Barat? Zaman sekarang banyak orang mencaci maki orang lain. Bacalah Kitab Imam Abdullah bin Alawi al-Hadad , isinya supaya menjaga lisan dan tangan. Juga terkandung dalam Wirdul Latifnya, doanya. Ajarannya menyesuaikan dengan hak Allah dan manusia seimbang.

Dalam menghadiri Majlis Haul, saya menyeru kpd semua yg hadir untuk kita serius membaca kitab-kitab Imam Al-Haddad, pada hakikatnya isi kandungannya adalah satu manhaj dalam hidup dan kesan tulisannya adalah manfaat untuk seluruh manusia dalam dunia ini. Pegangan Imam al Haddad yang diwarisi ialah perdamaian pada setiap keadaan. Kita perlu memperbaharui pemahaman kita, baik anak muda, mahupun ibu bapa.

Harta, engkaulah yang menjaganya manakala ilmu ia pula yang menjaga kamu.

Kata al-Muhaddith Syaikh Abdullah al-Harari al-Habasyi :

" Harta, engkaulah yang menjaganya manakala ilmu ia pula yang menjaga kamu. Walaupun kamu memiliki makanan yang mewah lagi banyak, kamu tidak boleh memakannya melainlan apa yang terdaya sahaja. Walaupun kamu mempunyai pakaian yang megah lagi banyak kamu tidak dapat untuk memakai kesemuanya dalam satu masa. Justeru, sediakanlah bekalan di dunia yang binasa ini untuk hari akhirat yang kekal abadi. Kematian amatlah dekat dengan kita manakala Tuhan sentiasa mengawasi kita. Ingatlah  umur yang ada pada manusia tidak mampu memuatkan segala sesuatu maka mulakan dengan perkara yang paling penting untuk perkara yang manfaat kepadanya di hari akhirat dan ia menjadi keuntungan pahala kepadanya. Beramallah untuk akhirat kamu seolah oleh kamu akan berpisah dengan dunia ini keesokannya dan beramallah untuk duniamu bagaikan kamu tingal di dalamnya selama lamanya. Dunia ini hanyalah sesaat, penuhikanlah ia dengan ketaatan. Hawa nafsu sentiasa tamak haloba, ajarilah ia dengan qanaah( bercukup-cukupan dengan rezeki yang sedikit)"..

Isnin, 24 Ogos 2015

Kitab Hindu Kuno Menyebutkan Ciri-Ciri Nabi Muhammad

Kitab suci umat Hindu terbagi menjadi tiga kategori, yaitu Veda, Upanishad, and Purana. Terdapat perbedaan pendapat mengenai umur kitab-kitab tersebut, beberapa pihak meyakini bahwa kitab tersebut berasal dari sekitar 4.000 tahun yang lalu.
 
Salah satu nubuat yang mengagumkan pada kitab-kitab suci tersebut adalah sebagaimana disebutkan oleh Maharshi Vyasa, seorang suci umat Hindu, yang mengatakan bahwa jazirah Arab akan dirusak oleh para pelaku keburukan/maksiat-kemungkinan merujuk pada kaum pagan sebelum “kedatangan” Islam-, dan Mahamad -sedikit perubahan ejaan dari nama Muhammad- akan datang dan menuntun orang-orang yang sesat.
 
Dia akan disunat, berjenggot, fasih, dia akan membuat revolusi besar, dia akan mengumumkan panggilan untuk shalat (adzan), dia akan makan daging hewan halal tapi mengecualikan babi, dan dia akan melawan bangsa yang tidak beragama. Semua penjelasan ini mengarah pada ciri-ciri Rasulullah Muhammad SAW.
 
Bhavishya Purana yang merupakan salah satu Purana terpenting, memberikan nubuat lainnya yang menyebutkan bahwa di negeri asing akan datang seorang guru spiritual yang bernama Muhammad. Dimana dia akan menjadi penghuni Arabia, dia akan mengumpulkan kekuatan besar untuk melawan atau membunuh iblis dan Allah akan melindunginya dari lawan-lawannya.

Nabi Muhammad dalam Upanishad

Kitab Upanishad, dianggap oleh banyak pemuka Hindu berkedudukan lebih tinggi daripada Veda karena dalam kitab tersebut terdapat pengetahuan yang bersifat ketuhanan yang mengajarkan bagaimana mendekatkan diri kepada sang Khaliq.
 
Nubuwat paling penting yang disebutkan dalam kitab ini adalah disebutkannya nama Nabi Muhammad dan kedatangannya di masa depan dan peryataan syahadah seorang muslim yaitu “tidak ada tuhan kecuali Allah”, dan hal ini disebutkan lebih dari sekali.
 
Sebagai akibat dari kejelasan dan eksplisitnya nubuat ini, banyak orang Hindu yang kembali ke pangkuan Islam, sehingga menyebabkan beberapa pemuka Hindu mengklaim bahwa kemungkinan nubuat ini ditulis oleh pendeta Hindu yang kembali ke Islam. Namun hal ini terbantahkan karena nubuat ini merujuk ke dalam beberapa buku Hindu kuno yang mendahului kedatangan Islam atau Muslim ke India.
 
Dalam Allo Upanishad disebutkan pula deskripsi untuk Allah, yaitu nama Tuhan adalah Allah, Dia adalah satu (ahad), Raja seluruh dunia, Dia adalah yang Terbesar dari semua, Terbaik, Maha Sempurna, Maha suci dari semua, Pemelihara dari seluruh dunia, yang merupakan pengejawantahan bumi dan ruang, dan Tuhan dari semua makhluk.
 
Dia menciptakan matahari, bulan, bintang-bintang, dan surga. Dia Memelihara semua burung, binatang, hewan yang hidup di laut dan mereka yang tidak terlihat oleh mata. Dia adalah Penghapus segala kejahatan dan bencana, dan Muhammad adalah Rasul Allah.

Nabi Muhammad dalam kitab Veda

Kitab Hindu dalam kategori ketiga adalah Veda. Dalam Atharva Veda disebutkan “yang patut dipuji” diantara manusia harus dipuji, dan diketahui bahwa ternyata nama Muhammad dalam bahasa Arab bermakna “yang patut dipuji”.
 
Disebutkan pula bahwa nabi yang dijanjikan kedatangannya itu adalah sosok penunggang unta. Menariknya, para nabi India dilarang untuk menunggang unta. Dan nabi Isa menurut Perjanjian Lama disebutkan mengendarai keledai bukan unta. Namun telah luas diketahui bahwa nabi Muhammad adalah pengendara unta.
 
Pada mantra ketujuh menyebutkan ada orang yang akan menuntun semua manusia, dan nabi Muhammad selalu menegaskan bahwa ia tidak dikirim untuk bangsa tertentu, bukan hanya bangsa Israel ataupun bangsa Arab saja, melainkan seluruh umat.
 
Kemudian mantra keenam menjelaskan tentang kaum pemberani yang menang tanpa pertempuran dan jumlah lawan mereka adalah 10 ribu orang. Hal ini bisa dikaitkan dengan perang al Ahzab atau perang Khandaq yang berlangsung pada masa Nabi Muhammad. Jumlah orang-orang yang melakukan pengepungan terhadap Madinah (dalam perang al Ahzab) memang berjumlah 10 ribu, dan mereka dikalahkan tanpa pertempuran karena Allah mengirimkan badai yang akhirnya, setelah pengepungan panjang, memaksa mereka untuk mundur.
 
Dalam Rig Veda, dinyatakan tentang seseorang yang digambarkan sebagai jujur ​​dan dapat dipercaya, kuat dan murah hati yang akan menjadi terkenal dengan 10 ribu. Semua ini adalah karakteristik dari Nabi Muhammad, dan jumlah 10 ribu mungkin dimaksudkan untuk jumlah para sahabat Nabi Muhammad yang masuk dalam Fathul Makkah. (sbb/dakwatuna)
Pustaka:
 
Vidyarthi, Abdul Haq. Muhammad in World Scriptures. New Delhi: Adam Publishers, 1990.
Artikel Jamal Badawi, diterjemahkan dari onislam.net

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat

https://i2.wp.com/www.inshad.com/forum/upload/userimages/13157/87456273.jpg
 
1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).
 
2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
 
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
 
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
 
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

Allah: Kalimah Tauhid



Allah: Kalimah Tauhid
Oleh: Lokman Ab. Rahman
Dalam Islam, kalimah Allah itu adalah terlalu suci. Kalimah Allah bukanlah lambang atau simbol seperti agama-agama lain yang boleh dicipta mengikut imaginasi dan kreativiti manusia sesuka hati. Nama Allah itu sendiri merujuk kepada zat dan sifat kepada yang maha pencipta alam semesta. Dalam ketuhanan Islam, Allah sendiri telah memperkenalkan sifat-sifat kesempurnaanNya. Orang Islam dengan mudah memahami sifa-sifat tuhanNya sungguhpun baru sehari memeluk Islam. Dalam surah yang sangat pendek Allah telah mengisytiharkan sifatNya adalah tunggal, tempat pergantungan, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sekutu bagiNya (al-Ikhlas). Selain kalimah yang kudus itu, terdapat nama-nama Allah yang terkandung di dalam Asma al-Husna yang menerangkan sifat keagunganNya. Di alam nusantara untuk mengenali keagungan sifat dan keesaan Allah melalui pengajian sifat dua puluh ini, walaupun sebenarnya sifat keagunganNya tidak terbatas. Malahan kesemua penganut agama tauhid akan menyebut dan menulis perkataan Allah secara selaras tanpa mengira puak, bangsa dan budaya. Untuk mengekal sebutan dan tulisan dengan tepat lazimnya perkataan Allah akan dikekalkan di dalam perkataan Arab. Sekiranya perkataan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa lain, kalimah akan ditulis beriringan dalam bahasa Arab. Malah Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa al-Quran akan terpelihara dari sebarang pencemaran dan pengubahsuaian yang kekal di dalam bahasa Arab. Oleh sebab itulah kalimah Allah kekal disebut dan ditulis dalam bahasa Arab oleh kesemua bangsa manusia sehingga ke hari ini. Ini menunjukkan bahawa dari segi lafaz dan sebutan serta sifat Allah adalah jelas di kalangan umat Islam kerana ia merupakan pokok akidah tauhid. Ia sangat mudah difahami dan terlalu rapat kepada penganutnya. Kukuh dan jelasnya kepercayaan dalam Islam mampu berdiri sendiri tanpa perlu melihat dan meniru. Jauh sekali untuk meminjam apa-apa perkataan dan konsep dari agama-agama lain.

SELAMA 17 TAHUN TINGGAL DIKUBURAN

 
 
 
SELAMA 17 TAHUN TINGGAL DIKUBURAN
...
Pernahkah Anda mendengar kisah ini? Kisah seorang pemuda yang hidup selama 17 tahun dalam kuburan?
Anda mungkin mengira bahwa ia tinggal di daerah dekat kuburan. Tidak! Dia tidak tinggal di daerah dekat kuburan, tapi ia tinggal di dalam kuburan itu sendiri.
Bagaimana kisahnya? Anda mungkin tidak akan mempercayai kisah ini, karena pemuda ini lahir dari keluarga berada. Ayah dan Ibunya orang yang terpandang dan memiliki kekayaan yang berlimpah.
Dalam pandangan masyarakat sekitar, kedua orang tua ini adalah orang tua yang sempurna, namun orang hanya bisa menilai apa yang tampak. Orang-orang tidak tahu bahwa kedua orang tua terpandang inilah yang memasukkan anaknya ke dalam kuburan dan menjalani hidup selama 17 tahun di dalam kuburan!
Setiap hari, sang anak makan, minum dan tidur di dalam kuburan, yang penuh kegelapan. Sang Anak juga hanya bisa menjalani apa yang diberikan kedua orang tuanya, tanpa perlawanan.
Menjelang ulang tahun pemuda itu yang ke-17, orang tuanya berjanji akan mengabulkan apa pun permintaan si pemuda sebagai hadiah ulang tahunnya.
Sang pemuda berpikir, inilah saatnya dia akan mengajukan permintaannya, ia tidak ingin lagi tinggal di kuburan, tapi apakah orang tuanya benar-benar akan mengabulkan permintaannya?
Hari itu pun tiba. Sang pemuda berulang tahun yang ke-17. Kedua orang tuanya datang menghampiri dan menanyakan hadiah apa yang ia inginkan. Sang pemuda menjawab, “Ayah, Ibu… saya tidak meminta banyak, saya hanya minta satu hal..” sang ibu menjawab: “Apa, Nak? katakanlah, Ayah dan Ibu pasti akan mengabulkan permintaanmu.”
Anak: “Ayah dan Ibu berjanji?”
“Tentu, Nak. Ayah dan Ibu berjanji akan memenuhi permintaanmu, selama kami mampu.”
Anak: “Ayah… Ibu… saya tidak ingin tinggal lagi di kuburan.” “Apa? Apa maksud permintaanmu itu, Nak?”
Anak: “Ayah sudah berjanji akan mengabulkan permintaanku,
dan hanya itu permohonanku, Yah.”

“Iya, Nak. Ayah sudah berjanji… tapi… tapi… Ayah tidak mengerti, Nak.”
Anak: “Ayah, sudah 17 tahun saya tinggal di sini, tapi tidak seharipun saya mendengar Ayah atau Ibu membaca Al-Qur’an. Sedangkan Rasulullah pernah mengatakan bahwa rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Qur’an di dalamnya adalah seperti kuburan. Saya tidak ingin tinggal lagi di kuburan, Yah..”
Ayah dan Ibu sang pemuda terdiam.
Anak: “Ayah dan Ibu bahkan tidak pernah mengajariku bagaimana membaca Al-Qur’an. Memang rumah ini mewah, besar dan orang-orang melihatnya sebagai istana. Tapi mereka tidak tahu, bahwa di mata Rasulullah, rumah ini seperti kuburan. Jika Ayah dan Ibu mau menepati janji mengabulkan permintaanku, tolong Yah… Aku tidak ingin lagi tinggal di kuburan. Ajarilah aku membaca Al-Qur’an, agar rumah ini bercahaya dengan cahaya Al-Qur’an..”
Renungan di manakah kalian selama ini makan, minum, tidur dan menetap? di rumahkah? di kos kah? di kontrakan kah? atau kah di kuburan?
karena Rasulullah mengibaratkan rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Qur’an di dalamnya, seperti kuburan… Jadi, di manakah sebenarnya kalian tinggal saat ini?
Jika menurut kalian artikel ini bermanfaat, silahkan di share kepada teman dan keluarga anda.