Pages

Sabtu, 9 Julai 2016

Menetapkan iktiqad dan tauhid sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

Jika kita mempelajari dan mengetahui ilmu tauhid, ilmu hakikat dan ilmu makrifat tetapi tidak melakukan salah satu jalan daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

Bermakna kita telah memperkatakan tentang kebenaran berdasar kepada ilmu yang telah diketahui tersebut tetapi kita tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid, ini bermakna kita memperkatan sesuatu tetapi tidak melakukan sepertimana yang telah diperkatakan itu sepertimana yang telah dikehendaki oleh Allah..

Allah telah memberikan peringatan keras kepada sesiapa sahaja yang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan...

61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Ilmu tauhid dengan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid adalah berbeza.

Ilmu tauhid ialah pengetahuan yang diketahui tentang tauhid..

Jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid ialah apa yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menetapkan iktiqad atau pegangan tauhid.

Ini apa yang telah ditentukan oleh Allah seperti didalam firman Allah

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.