Pages

Sabtu, 24 September 2016

DILARANG BERCITA-CITA MATI DENGAN SEBAB KESUSAHAN

DILARANG BERCITA-CITA MATI DENGAN SEBAB KESUSAHAN

Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah saw bersabda:

"Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita untuk mati dengan sebab kesusahan hidup yang menimpa keatas dirinya.

Sekiranya tidak dapat tidak ia terpaksa juga berbuat demikian maka hendaklah ia berdoa dengan katanya:

اللهم احيني ماكانت الحياة خيرالي،
وتوفني اذاكنت الوفاة خيرالي

Ya ALLAH teruskan hidupku selama mana ia membawa kebaikan bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu menjadi kebaikan bagiku.

RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM

PENGAJARAN

1. Islam melarang umatnya berputus asa dalam hidup disebabkan berbagai-bagai penderitaan yang dialaminya, sebaliknya hendaklah bertawakal kepada ALLAH disamping berusaha untuk mengatasinya.

2. Umat Islam digesa memohon daripada ALLAH bagi diri dan keluarganya untuk perkara-perkara yang baik dan dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
والله اعلم.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.