Pages

Sabtu, 24 September 2016

Koleksi Simple sunnah

Assalamualaikum sahabat sekelian..

Koleksi Simple sunnah 1-16

👳Simple Sunnah 1

🚽Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
🚽Tutup Kepala bila masuk tandas.

👳Simple sunnah 2

🌛Kibaskan Tempat tidur
🌛Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
🌛Kepala menghadap kiblat.
🌛Baca doa tidur (^_^)

👳Simple sunnah 3

🍶Minum dengan tangan kanan.
🍶Minum duduk
🍶Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

👳Simple sunnah 4

✏Datang awal ke masjid
✏Berjalan kaki ke masjid.
✏Berwuduk dari Rumah.
✏Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)

👳Simple sunnah 5

🚽Masuk tandas pakai alas kaki.
🚽Buang air duduk
🚽Masuk tandas xboleh lama2.
🚽Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)

👳Simple sunnah 6

🌄Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
🌄Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

👳Simple sunnah 7

🇸🇦Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
🇸🇦Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
🇸🇦Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)

👳Simple Sunnah 8

👔Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
👔Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
👔Melabuhkan pakaian.
👔Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
👔Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

👳Simple Sunnah 9

⛺Sebelum tidur ambil wuduk.
⛺Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
⛺Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
⛺Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

👳Simple Sunnah 10

💗Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
💗Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
💗Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
💗Bila marah ambil wuduk.

👳Simple sunnah 11

💓Tutup aurat ketika memasak.
💓Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
💓Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
💓Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)

👳Simple sunnah 12

🍒Basuh tangan sebelum makan.
🍒Makan buah dahulu baru makan nasi.
🍒Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
🍒Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

👳Simple sunnah 13

💕Memotong kuku pada hari jumaat.
💕Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
💕Mandi sunat Jumaat.
💕Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
💕Memakai wangi wangian.

👳Simple sunnah 14

🍇Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
🍇Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
🍇Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
🍇Selepas makan terus basuh pinggan.
🍇Puasa isnin dan Khamis.

👳Simple sunnah 15

💞Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
💞Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
💞Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
💞jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

👳Simple sunnah 16

💖Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
💖Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
💖Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
💖Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Semoga bermanfaat 😊😊😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.