Pages

Khamis, 30 Jun 2016

Apa sebenar maksud Lailatulqadar?

🌸🌹🌸🌹🌸🌹

*Apa sebenar maksud lailatulqadar??*

Kita perlu faham dahulu makna Laila.

Laila erti nya malam,
malam maksudnya gelap,
Gelap maksudnya JAHIL,

JAHIL maksudnya ORG YG tidak mngenal Allah...

Qadar- ertinya hari yg di peringati.
Hari yg teramat gilang gemilang,
Hari yg terang benderang, malam yg di peringati malam yg tidak boleh di lupai.
Hari org yg bertemu Allah swt.

_Malam lailatulqadar bermaksud_....

*org yg tidak mengenal Allah kepada mngenal Allah.*

Jahil kpd Alim, tidak tahu kpd tahu.
Gelap kepada siang.

Jadi.... inilah yg di katakan mlm lailatulqadar.

Jahil kpd Alim,
Malam kpd siang,
Gelap kpd Terang,
tidak mngenal Allah kpd mengenal Allah.

Inilah yg di katakan.....barang siapa yang berjumpa dengan lailatulqadar seumpama beribadah seribu bulan.

*Apa yg di maksudkan dgn seribu bulan?* 

Seribu bulan itu membawa maksud betapa terang, cerah, jelasnya kefahaman tentang kenyataan Allah.

Apakah tidak cerah jika di terangi dgn seribu biji bulan?
Di kala bulan purnama....

Pasti terang alam dunia ini ketika di sinari dgn cahaya bulan tersebut... itu baru 1 biji bulan,    

Jika seribu?

Sudah tentu terang benderang,
ini sekadar kiasan bahasa.

Jadi benar lah jika ketemu hari yg di peringati....

*dari tidak mengenal Allah kpd mengenal itu maka di saat itu sehingga bila2 tidak sesekali boleh lupa.*

*Jelasnya terangnya kefahaman tentang Allah.*

Inilah kekasih awal dan akhir.
Inilah yg membuatkan kita tidak boleh lupakan di kala tidur,
di kala jaga,
di kala jatuh,
di kala bangun......... sentiasa mengingati Allah.

Setelah mengenal Allah,  mengertilah akan kita bahawasanya
*Tiada Ruang yg Tiada Allah.*

Segalanya Allahlah yg meliputi.

Itulah L A I L A T U L. Q A D A R.

Selasa, 28 Jun 2016

Air iLmu drpd Ayahda HAji SHAARI

Air iLmu drpd Ayahda HAji SHAARI,

Di Type oleh Tuan azam Muar...

Assallamualaikum warohmatullah hi wabarokatuh...
Salam sejahtera kepada anakanda semua, ahli-ahli group, muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekelian. Mudah-mudahan Allah merahmati kita-kita semua.

Adapun saya berkalam pada hari ini adalah kerana untuk memperkhabarkan, memperjelaskan, memperbetulkan suara-suara sumbang daripada ahli-ahli jamaah mengenai percakapan yang mengatakan semua Allah. Itu Allah, ini Allah, buruk Allah, baik Allah, tak sembahyang pun Allah, minum arak pun Allah. Jadi perkataan-perkataan begini, boleh kita bercakap. Benar.... Tetapi benarnya itu hanya sekadar 2 persen sahaja. Markah 2 persen yang di bagi itu hanya diatas percakapannya saja.

Itu makanya barang siapa sahabat-sahabat yang ingin bercakap perkataan ilmu semua Allah... Boleh! Boleh bercakap sebegitu, tetapi markahnya hanya 2 persen sahaja. 2 persen markah itu hanya diatas percakapannya sahaja. Diatas suara yang keluar daripada mulutnya sahaja. Persoalanya di sini, yang bercakap semua Allah, semua allah itu mana yang selebihnya 98 persen lagi... Mana... Nilaian 98 persen itu marilah kita lihat, marilah kita ukur dalam kehidupan seharian orang yang bercakap itu.

Barang siapa yang bercakap semua Allah, Aku Allah, itu Allah, ini Allah mari kita sama-sama lihat keperibadiannya. Apakah mulutnya sama dengan hatinya, apakah mulutnya sama dengan perbuatan sehariannya, afaalnya... baik... Boleh kita bercakap itu Allah, ini Allah, mencuri Allah, merompak Allah, merogol Allah... boleh... Tetapi dengan syarat. Mari kita lihat tiga perkara.

Pertama apakah dia itu bersifat, berperangai sebagaimana sifat dan perangainya budak yang belum akil baligh, apakah sebagaimana orang gila yang hilang akal dan apakah sebagaimana orang yang sudah mati. Mari kita lihat contoh apakah dia berperangai sebagaimana kanak-kanak yang belum akil baligh? Cuba lihat, apakah orang yang bercakap semua Allah itu masih sayang akan duit wang ringgitnya. Kalau dia masih sayang, masih berkira-kira dengan wang ringgit... bermakna percakapannya itu belum betul itu...

Cuba kita lihat kanak-kanak.... Biarpun tidak ada duit, biarpun kanan-kanak tidak ada duit dia tidak mengeluh dan jikalau pun dia ada duit, dia bahagi-bahagi kepada kawan-kawannya, duit syilling itu ditabur-tabur kepada kawan-kawannya. Ini sikap orang yang mati, orang yang hilang akal, inilah sikap kanak-kanak. Sikap orang yang bercakap semua Allah itu mesti bersikap begini, tidak sayangkan wang ringgit baru kita boleh bercakap semua Allah.

Tengok kanak-kanak, ada makan pun tak apa, tak ada makan pun tak apa. Tak selimut masa kesejukkan pun tak apa, dicucuh dengan api rokok pun tak pandai melawan, dipukul didera pun tidak pandai melawan. Apakah orang yang bercakap semua Allah sedemikian... Ukurlah ye...

Cakap semua orang boleh bercakap itu Allah, ini Allah, aku Allah, mencuri Allah tetapi kenyataannya... Apakah kita sudah bersikap sebagaimana budak yang belum akil baligh.

Orang yang hanya tau bercakap itu hanyalah ye rrang yang hanya tau bercakap itu kalaulah boleh diberi markah hanya 2 persen sahaja. Mana yang 98 persen lagi. Yang 98 persen lagi tengok, lihat, tilik dan perhatikan sikap peribadinya. Apakah dia pemurah, apakah dia selalu bersedekah...

Yang bercakap semua Allah itu Allah tetapi didapati kedekut, bakhil... Kerjanya mengumpat orang, kerjanya tau membohong, menipu sana-sini. Kerjanya minum arak... Apakah itu orang yang semua Allah. Orang yang semua Allah ini seharusnya ada lima sikapnya. Orang yang semua Allah ini sepatutnya pertama jujur, kedua redha, ketiga sabar, keempat ikhlas dan kelima tawakal.

Jujur, redha, sabar, ikhlas dan tawakal ini hendaklah sebagaimana jujur, redha, sabar, ikhlas dan tawakal kanak-kanak yang belum akil baligh, sebagaimana orang yang hilang akal dan sebagaimana orang mati. Tengok kanak-kanak, tengok orang gila dan tengok orang mati. Kalau kita pijak, kalau kita tendang, kita cucuh api rokok apa mereka ada melawan, ada mereka marah kembali kepada kita. Tapi cuba lihat kita... Bagaimana kalau orang tampar kita, bagaimana kalau orang caci hamun kita,

Ukurlah... jangan bercakap sembarangan jika belum sampai, belum putus ilmunya melainkan kebanyakkan kita ini hanya tau bercakap saja. Mari kita ukur lagi orang yang bercakap semua Allah itu lihat semasa dia makan di restoran, ada orang thailand yang menjual keropok menjaja meja ke meja. Orang yang tau bercakap semua Allah itu kalau pun tidak beli keropok itu, apakah dia pernah hulur dua ringgit, apakah pernah diajak orang yang jual keropok itu minum secawan kopi...

Kata semua Allah... Tengok orang yang bercakap semua Allah itu, makan direstoran dengan lauk-pauknya, tetapi kucing yang mengiau-ngiau dibawah meja, ada dia pandang... ada dia hulur secebis lauk... Tengok orang yang bercakap semua Allah itu, ada ke tidak dia belanja sahabat-sahabatnya makan-minum. Hari ini kawan dia belanja, esok kawan dia belanja lusa baru ganti kawan dia pulak belanja... Bila yang dia nak belanja. Bercakap semua Allah tetapi masih sayang kepada duit, masih berkira-kira kepada duit. Apakah ini orang yang bercakap semua Allah.

Apakah masa kita makan di restoran dengan lauk pauk dengan anak isteri, kita ingat kepada ibu bapa dikampung... Cuba... Cakap semua orang boleh bercakap, bukan kena bayar pun nak bercakap ini, tetapi percakapan itu hanya 2 persen sahaja, mana yang 98 persen lagi...

Contoh kedua. Apakah yang orang bercakap semua Allah itu... Macamana perangainya, sikapnya terhadap gurunya. Apakah dia pernah memanggil gurunya untuk belanja minum kopi secawan. Apakah dia pernah hadiahkan satu ketayap, satu kopiah kepada gurunya, apakah dia pernah menghadiahkan satu biji tasbih kepada gurunya... Bercakap semua Allah...

Yang ketiga cuba tengok sahabat-sahabat yang bercakap semua Allah itu, apakah pernah dia melawat sahabatnya yang sakit terlantar dihospital, saudara-saudaranya terlantar dihospital. Sahabat-sahabatnya meninggal dunia pun saya melihat tidak ramai yang datang. Bercakap semua Allah. Tetapi semasa saya menghadiri pengkebumian sahabat-sahabat... Mana mereka-mereka yang bercakap semua Allah itu.

Itu makanya bercakap, semua orang boleh bercakap... Kenyataannya... Yang bercakap semua Alllah itu berjalan pasar malam dengan isterinya, dia tinggal isterinya 6 kilometer. Orang yang semua Allah ini seharusnya berkasih sayang. Pegang tangan isterinya... Tetapi kalau pergi pasar malam itu, berjalannya ditinggalkan isterinya sejauh 6 kilometer... Apakah itu orang yang semua Allah.

Usah nak kata bagi makan kucing, ditendang ada... Baca surat khabar di restoran daripada mukasurat satu di tinggalnya mukasurat 17. Masuk dalam toilet, dia tidak bersihkan toilet, dia keluar begitu saja. Tengok orang yang bercakap semua Allah itu buang puntung rokok merata-rata. Cuba perhatikan, bercakap semua Allah tetapi hisap rokok puntungnya dibuang merata-rata.
Inikah sikap orang yang bercakap semua Allah.

Jadi saya ingin menyeru kepada muslimin-muslimat yang dirahmati Allah, jangan sebarangan bercakap jika belum putus... Jikalau masih mengeluh datangnya kerugian, masih mengeluh datangnya kemiskinan, masih mengeluh datangnya kesakitan maka itu orang yang percakapannya hanya sekadar bercakap.

Marilah pada hari ini saya menyeru kepada sekelian muslimin-muslimat yang dirahmati Allah, bercakaplah sebagaimana hati. Memang zahir tidak boleh menggambarkan batin, sesungguhnya batin boleh menggambarkan zahir.

Wassalamualaikum warohmatullah hi wabarokatuh

Aminn daripada Ayahda HAji SHAARI

TERSINGKAPNYA TABIR HAKIKAT

TERSINGKAPNYA TABIR HAKIKAT

Suatu ketika seorang sufi Abu Bashir sedang berdiri dekat Ka’bah seraya menjuruskan pandangannya kepada orang ramai yang sedang bertawaf, dia tertegun karena begitu banyaknya orang yang mengerjakan tawaf sehingga kedengaran suara gemuruh takbir, tahmid, tasbih serta do’a, lalu terlintas dalam benaknya tentulah mereka itu mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t.

Sejurus kemudian datanglah Imam Ja’far Shaddiq seorang imam besar keturunan Rasulullah s.a.w dan dia mengetahui apa yang terlintas di dalam benak anak muridnya itu lantas berkata kepada Abu Bashir;

"Pejamkanlah matamu wahai Abu Bashir...!"

Dengan rasa kebingungan yang mendalam akhirnya Abu Bashir menuruti dan patuh keatas apa yang diperintahkan oleh gurunya itu.

Kemudian Imam Ja’far Shaddiq mengusap wajah Abu Bashir dan berkata;

Sekarang bukalah matamu wahai Abu Bashir dan lihat kembali kepada orang ramai yang sedang bertawaf itu...

Setelah Abu Bashir membuka matanya, alangkah terperanjat dia tiada terkira karena sekarang apa yang dilihatnya hanyalah sekumpulan orang-orang yang berkepala binatang sedang melakukan tawaf, diantara mereka ada yang menyalak, mengaum, mengembik dan mengerang.

Sambil diliputi rasa heran, kebingungan dan gerun ketakutan dia kemudian bertanya kepada gurunya;

Apa yang sebenarnya yang terjadi ini wahai guru...?

Maka Imam Ja’far Shaddiq menjelaskan;
Pada kali pertama yang engkau lihat itu adalah sifat wujud jasadniyah luaran mereka sahaja yang sedang bertawaf, dan pada kali kedua yang engkau lihat adalah sifat batin dalaman wujud rohaniyah mereka.

Lalu Abu Bashir bertanya lagi;
Kenapa boleh terjadi hal yang demikian wahai guru? Pada hal mereka sedang berhaji, dan kelihatan mereka itu sedang bertakbir, bertahmid dan bertasbih mengagungkan Allah s.w.t

Dan dijawab oleh Imam Ja’far Shaddiq;
Apa yang mereka ucapkan tidak sungguh-sungguh keluar dari lisan mereka karena tidak bersesuaian dengan apa yang terlintas di dalam hati mereka. Apa yang mereka usahakan tidak pernah ditujukan kepada Allah s.w.t tapi keduniaan yang mereka tuju. Mereka masih lagi mengingati yang lain selain Allah sw.t karena kenyataannya mereka masih lagi mengagungkan jawatan kedudukannya, ilmu keilmuannya dan harta kekayaannya padahal Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terlintas didalam diri kita baik zahir maupun batin.

Oleh sebab itu luruskan ikhlas niatmu karena Allah dan Rasul-Nya dan pasrah berserah dirimu untuk diaturkan oleh Allah sw.t dengan segala ketentuan-Nya, karena itu adalah awal serta akhir dari segala perjalanan ibadah seseorang hamba.

Dan sesuatu yang dilihat itu belum tentu benarnya jika dilihat hanya pada luaran kezahirannya sahaja.....

Wassalam

PAK HABIB SYED PADZIL BARAKBAH

Bagaimana Caranya Agar Tidak Sakit Ketika SakaraTuLMaUt?

Bagaimana Caranya Agar Tidak Sakit Ketika SakaraTuLMaUt?

_Jawapan nya tidak lain dan Tidak Bukan....._

*🌹🌺🌻KALAMSIFAKIRBERBICARA 🌻🌺🌹*

*Jangan Sesekali kita mngaku dan merasakan kita HIDUP.......*

*Hayat ertinya hidup, Hidup sifat siapa?  HIDUP sifatNYA Allah... Jadi sekiranya Allah yg hidup... kita itu SIFATNYA mati...... Dan Sememangnya tidak pernah HUDUP, JADI Ape kah boleh org YG mati Rasa Nak mati? Cuba JAWAB............

*Jawab nya sudah tentu tidak..........*

_Jadi mati lah sebelum mati, biar nyata Allah itulah yg Maha hidup, jgn sesekali kali kita mngaku kita hidup, kiranya kita mengaku kita hidup......  *yg ini lah akan di sentap di tarik nyawa nya dgn kejam*, _sebab kita mngaku kita Yang hidup, Sebab kita mngambil hak orang, suruh di hantar pulang tidak hantar.....suruh di serah tidak di serah, lalu di tarik di ambil balik lah dgn kejam............_

Wahai sahabat2 ku semua Setelah nyata bahawasa nya yg hidup itu Hanyalah Allah,  Jangan sesekali kita mngaku kita hidup..... Jadi kita semua sudah sedia maklum tiada ape2 pon hak milik kita, jadi biarlah Tuan empunya milik memperlakukan sebagai mana dia mahu.......

Di kerana kan kita masih ada diri itu makanya kita masih terfikir2 akan bagaimana Rasanya mati, jika masih ada rasa ini itu tandanya kita belum mati..........
Org yg telah sampai kepada Tahap mati sebelum ini, dia tidak kisah kan ape yg bakal berlaku.......... Nak mati putus nyawa macam mn pon itu haq Mutlak milik Allah.... Nak kena langgar Lori, nak lemas dalam lubang Najis, nak mati tersepit, nak mati dpn tercekik kuih Raya, nak mati tertelan buluh lemang pon ape nak di kisah??????

Yg menjadi kisahnya itu adalah kerana masih ada ujud diri, itu bimbang rasanya akan hal mati........... Ingat ingat dan ingat setelah nyata segalanya hak milik Allah Tiada 1 pon milik kita jgn di kisah kan lagi akan lagi bagaimana Rasa nak mati.......... Yakin dengan seyakinya Perkara ini Telah siap Tertulis............ Dan Sudah sedia ada Yang Mengaturkanya.

*Jadi hayati dgn penuh penghayatan jgn di fikir akan rasanya nak mati...... *Kerana Sememangnya kita ini barang yg mati, yg hidup itu Allah*. Katakan dan pegang Benarrr dengan Penuh Yakin *Yang HIDUP ITU ADALAH YANG MAHA HIDUP IA ITU ALLAH*

_Ikutlah Apa kata Allah, bagaimana Allah nak Letak kan dan bagaimana...... Allah nak Tentukan....._ Kenal Diri Rata2 Maka Kenal Allah Dengan Nyata, Kenal Allah Dengan Nyata maka Segalanya Binasa...........

_Amin alhmdlah sekian drp_
MEGAT KALAM SiFaKiR BERBICARA........

Ulama adalah seumpama bintang-bintang di langit

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Sayyidina Anas bin Malik RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya para ulama adalah seumpama bintang-bintang di langit yang dijadikan petunjuk dalam kegelapan di darat dan di lautan.Apabila bintang-bintang kehilangan cahayanya maka ada kemungkinan akan sesatlah Orang-orang yang berjalan di jalan-jalan."
(Musnad Ahmad)

Keterangan:Maksudnya ialah apabila ulama tidak ada maka orang ramai akan sesat.

Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas RA berkata Rasulullah SAW bersabda, "Seorang yang alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid."
(Tirmizi)

Keterangan:Maksud hadis itu ialah untuk memperdayakan seribu orang abid adalah mudah bagi syaitan sementara memperdayakan seorang yang mempunyai kefahaman dan ilmu agama adalah susah.

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين

Ahad, 26 Jun 2016

RAHASIA DZIKIR UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

RAHASIA DZIKIR UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

Ibn ‘Abbas r.a. menuturkan, “Ketika Allah Swt. menciptakan ‘Arasy, maka Allah memerintahkan para malaikat pemikul ‘Arasy agar memikul ‘Arasy tersebut. Lalu mereka merasa berat memikulnya, maka Allah Swt. berfirman, ‘Bacalah, ‘subhân allâh.’ Para malaikat itu pun membaca, ‘subhân allâh,’ hingga mereka merasa ringan memiku l ‘Arasy.

Malaikat-malaikat itu terus membaca subhân allâh sepanjang masa, sampai Allah SWT menciptakan Nabi Adam. Ketika Nabi Adam bersin, maka Allah SWT. mengilhamkan kepadanya agar membaca al-hamdu li-allâh. Maka, Allah Swt. berfirman, ‘Yarhamuka Rabbuka (semoga Tuhanmu merahmatimu). Karena itulah, Aku mciptakanmu, wahai Adam.’ Para malaikat berkata, ‘Ini adalah kalimat ke dua yang agung, kami tidak boleh melupakan kalimat ini.

Mereka menyambungkan kalimat tersebut dengan kalimat pertama. Sehingga sepanjang masa malaikat mengucapkan, ‘Subhân allâh wal hamdu li-allâh.’ Malaikat-malaikat terus membaca kalimat tersebut sampai Allah mengutus Nabi Nuh a.s. Dalam sejarah disebutkan bahwa kaum Nabi Nuh adalah orang pertama yang menjadikan berhala sebagai sesembahan. Lalu Allah Swt. mewahyukan kepada Nabi Nuh agar ia menyuruh kaumnya untuk mengatakan, ‘lâ ilaha illa allâh,’ hingga Allah meridai mereka.

Malaikat berkata, ‘Ini adalah kalimat ketiga yang akan kami gabungkan dengan dua kalimat sebelumnya.’
Mereka pun mulai mengatakan Subhân allâh wal hamdu li-allâh wala ilaha illa allâh. Kalimat ini terus diucapkan oleh para malaikat sepanjang masa, sampai Allah SWT mengutus Nabi Ibrahim a.s. Allah Swt. memerintahkan agar Nabi Ibrahim mengurbankan anak kesayangannya, Isma‘il. Kemudian Allah menggantinya dengan seekor domba. Ketika Ibrahim melihat domba itu, maka ia berkata, ‘Allâhu Akbar,’ sebagai luapan kegembiraannya.

Malaikat berkata, ‘Ini adalah kalimat keempat yang agung. Kami akan menggabungkannya dengan tiga kalimat sebelumnya.’ Akhirnya, para malaikat itu mulai mengucapkan, ‘Subhân allâh wal hamdu li-allâh wala ilaha illa allâh wa Allâhu Akbar.’ Waktu malaikat Jibril menceritakan hal ini kepada Rasulullah saw., maka karena kekagumannya, beliau berkata, ‘Lâ hawla wala quwwata illa billah al-‘alî al-‘azhîm.’ Maka, Jibril berkata, ‘Ini adalah kalimat penutup dari empat kalimat sebelumnya.’”

Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Siapa bertasbih kepada Allah 33 kali setiap kali selesai salat; bertahmid kepada Allah sebanyak 33 kali; dan bertakbir kepada Allah 33 kali; maka, totalnya 99 kali. Kemudian ia menggenapkannya menjadi 100 dengan bacaaan ‘Lâ ilaha illâ Allâh wahdahu lâ syarîka lah lahu al-mulku wa lahu al-hamdu wa huwa ‘ala kulli syay’in qadîr. Maka, Allah akan mengampuni semua kesalahan-kesalahannya, meskipun sebanyak buih lautan.” (HR Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan pula bahwa Nabi Musa a.s. mengatakan, “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membedakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’ Allah SWT menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’

Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’
Allah SWT menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku. Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’

Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’
Allah SWT menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”

---Syekh 'Abd al-Hamid Anquri dalam Munyah al-Wâ‘ìzhîn wa Ghunyah al-Muta‘azhzhîn

Khamis, 23 Jun 2016

Nama-Nama Para Pejuang Perang Badar

Nama-Nama Para Pejuang Perang Badar adalah Sebagai berikut :

1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar as-Shiddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Utsman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tholib r.a.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja’ bin Wahab r.a.
32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.
40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi’ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz’un r.a.
71. Qudamah bin Maz’un r.a.
72. Abdullah bin Maz’un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.
88. Sa’ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.
108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.
123. Tha’labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
130. Jubr bin ‘Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.
142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.
228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.
313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)

Ya Allah, himpunkanlah kami bersama mereka di akhirat kelak. Aameen.

Coway Nanotrap RM95.00 sahaja sebulan

Produk terbaru Coway
RM95. 00 sahaja sebulan
Hubungi : LEEZA COWAY
MOBILE : 0132170711

DATUK ZULKIFLI MOHAMAD PERNAH MATI EKSIDEN DAN HIDUP SEMULA

DATUK ZULKIFLI MOHAMAD PERNAH MATI EKSIDEN DAN HIDUP SEMULA

Kisah ini dah berlaku berpuluh-puluh tahun lalu di mana seorang sahabat saya bernama Zulkifli Mohamad masih hidup lagi dan sekarang dah bergelar Datuk pun. Beliau pernah mati eksiden di tangkak Muar.  Jenazahnya telah dibawa ke Kuala Lumpur untuk menjalani bedah siasat.

Dari fb Zakaria Bidin

Saya berkawan dengan dia tanpa mengetahui dia pernah mati lebih dari empat hari. Suatu hari, seorang kawan India Muslim, tauke restoran nasi kandar bernama Kalam dari Pulau Pinang memberitahu penyanyi Hail Amir ada buka kedai makan di Wangsa Maju.

Malam tu kami pun pergilah dan pastinya Uji Rashid ada sama yang mana kami memang berkawan rapat semasa muda remaja dulu. Saya kenal Hail Amir ketika saya di Pulau Pinang semasa melarikan diri 13 Mei 1969 dulu.

Selepas beberapa malam berlonggok di situ, saya berkenalanlah dengan beberapa artis lain seperti Datuk Zulkifli Zain, isteri dia Datin Normala Omar dan penyanyi lain seingat saya ialah Datuk A Rahman Hassan.

Suatu hari, Zulkifli Mohamad yang pernah mati itu datang cari saya. Ketika itu saya tak tahu langsung kisah pelik tapi benar itu.

Bila dia muncul sahaja, ada seseorang bisik kat saya yang dia pernah mati dan hidup semula setelah menjalani postmotem.

Normala Omar terutamanya bersedia nak tengok kesan postmotem itu. Yang lain pun turut sama nak tengok.

Kebetulan ketika itu dia takde kerana saya suruh dia beli rokok di kedai sebelah. Sebaik sahaja dia sampai, saya pun terus tanya dia apakah benar dia dah pernah mati.

Takut pula ketika itu bila dia gelak aje sambil berkata: "Saya ingat Abang Zek tahu......."

Saya terus minta tunjukkan parut di perutnya kesan postmotem itu. Dia tak berlengah lagi terus buka bajunya dan orang yang menjerit dan nak rebah ketika itu ialah Normala Omar.

Semua terkejut melihat bekas jahitan yang sebesar jahitan tali guni beras. Cukup kasar. Maklumlah jahit perut orang dah mati.

Tapi tidak siapa sangka dia akan hidup balik setelah pihak hospital gagal mengesan warisnya dan dia dijadualkan dikebumikan hari itu.

Kisahnya sepertimana Zul sendiri ceritakan kepada saya kemudiannya, hari itu dia berjaya tolak laci bilik mayat dan turun ke bawah, keluar sambil memegang perutnya berjurai dengan darah.

Seorang pun tak berani menghampiri dia. Semua orang ingat dia hantu. Akhirnya dia berjaya di bawa ke bilik bedah dan doktor jahit semula perut dia dan dia hidup sampai sekarang.

Hari itulah juga ibunya datang untuk menuntut mayat Zul. Berpelukanlah mereka. Sebelum melepaskan Zul pulang, dia perlu tandatangan satu perjanjian supaya Zul tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa. Dia dibayar RM65,000 oleh pihak hospital supaya tutup mulut.

Saya gelar dia Zul MHS (mati hidup semula). Semasa Perhimpunan Agung UMNO dua tahun lalu, Zul MHS muncul memerhati saya dari jauh. Bila saya terpandang, dia terus lambai saya.

Sudah sekian lama saya tak jumpa, tentulah agak kecoh kami berdua. Untuk menghubungi dia, dia beri saya call card dia yang sudah bergelar Datuk.

Saya terus panggil dia Datuk Zul. Dia masih tinggal di Setapak Jaya. Tidak jauh dari rumah Hail Amir.

Rupa-rupanya sebelum ini Datuk Zul tidak pernah mahu tunjuk kepada sesiapa kerana dia takut dengan perjanjian dia dengan hospital.

Saya pernah tulis rencana bersiri dalam akhbar Tempo. Baru masuk siri ke dua, saya diarah hentikan siri itu dari Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik, tuanpunya Akhbar Tempo.

Rupa-rupanya pihak pentadbiran Hospital Kuala Lumpur telah mencari tuanpunya akhbar dan beritahu ada perjanjian sulit dengan Datuk Zul.

Kalau sekarang, Datuk Zul boleh tuntut berpuluh juta dari kerajaan. Bukan RM65,000.00.

Rabu, 22 Jun 2016

Jalan kekufuran


*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*بسم الله الرحمن الرحيم*

Surah Aal-e-Imran, ayat 176:_
*وَلَا يَحْزُنكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ إِنَّهُمْ لَن يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا يُرِيدُ اللَّهُ أَلَّا يَجْعَلَ لَهُمْ حَظًّا فِي الْآخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ*

*Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar*

_Surah Aal-e-Imran, ayat 177:_
*إِنَّ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْكُفْرَ بِالْإِيمَانِ لَن يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ*

*Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.*

_Surah Aal-e-Imran, ayat 178:_
*وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِّأَنفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ*

*Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).*

_Surah Aal-e-Imran, t 179:_
*مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ*

*Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.*

_Surah Aal-e-Imran, ayat 180:_
*وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَّهُم بَلْ هُوَ شَرٌّ لَّهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ*

*Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.

Allah Ta’ala menciptakan tujuh malaikat.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahirrahmaanirrahim

Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW berkata kepada Mu’adz, “Hai Mu’adz, sesungguhnya aku akan menyampaikan hadis kepada engkau. Jika engkau hafal, niscaya bermanfaat bagimu di sisi Allah. Sedangkan jika engkau sia-siakan dan tidak engkau hafal, niscaya terputuslah hujahmu (alasanmu) di sisi Allah pada hari, kiamat.”

Setelah itu Rasulullah SAW menceritakan kepada Mu’adz tentang perjalanan amal dari langit ke langit, yang ringkasannya adalah sebagai berikut:

Sesungguhnya, sebelum Dia menciptakan langit dan bumi Allah Tabaraka wa Ta’ala menciptakan tujuh malaikat. Kemudian pada tiap-tiap langit diutus satu malaikat sebagai penjaga pintunya. Lalu naiklah para malaikat penjaga amal manusia, membawa amal seorang hamba. Amal itu berjalan diiringi cahaya seperti cahaya matahari. Namun malaikat penjaga pintu langit berkata kepada malaikat penjaga amal, “Pukulkan amal ini kepada muka pemiliknya. Akulah malaikat pengurus umpatan. Aku ditugaskan oleh Tuhanku, agar tidak membiarkan amal seseorang yang di dalamnya terdapat umpatan, melewatiku.”

Kemudian naik lagi malaikat penjaga amal, dengan membawa amal saleh seorang hamba Allah. Amal tersebut dibawa sambil dipuji, dan telah lulus melewati langit dunia atau langit pertama. Namun malaikat penjaga langit kedua menahannya, seraya berkata, “Berhenti..! Pukulkan amal ini kepada pemiliknya. Sesungguhnya pemilik amal ini berkeinginan (bermaksud) untuk mendapatkan kehidupan dunia. Aku ditugaskan oleh Tuhanku, agar tidak membiarkan amal orang yang menyombongkan diri melewatiku. Pemilik amal ini menyombongkan diri kepada manusia dengan amalnya.”

Para malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba. Amal tersebut gilang-gemilang dengan nur dari sedekah, solat, dan puasa, sehingga membuat takjub malaikat penjaga amal, serta selamat saat melewati langit pertama dan kedua. Tetapi malaikat penjaga langit ketiga menahannya dan berkata, “Berhenti! Pukulkan amal itu kepada muka pemiliknya. Aku adalah malaikat yang mengurus takabbur. Aku ditugaskan oleh Tuhanku supaya tidak membiarkan amal seperti ini melewatiku. Pemilik amal ini suka bersikap takabbur (sombong) kepada manusia di majlis­-majlis mereka.”

Para malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba yang bercahaya seperti bintang dan menyuarakan tasbih. Ini adalah amal ibadah shalat, haji, dan umrah. Langit pertama, kedua dan ketiga pun berhasil dilaluinya, kemudian tibalah di langit keempat. Malaikat yang bertugas di langit ini berkata kepada mereka, “Berhenti! Tamparkan amal ini ke wajah, punggung, dan perut pemiliknya! Aku adalah malaikat yang bertugas mengurus ujub (riak). Allah menugaskan supaya aku tidak membiarkan amalnya melewatiku. Sesungguhnya manusia ini berbuat atau melakukan suatu amal ibadah, tetapi dimaksudkan untuk ujub’.

Para malaikat penjaga amal itu naik lagi dengan membawa amal hamba. Dan mereka pun berhasil melewati langit pertama, kedua, ketiga dan keempat. Amal itu seakan-akan pengantin puteri yang dihantar untuk diserahkan kepada suaminya. Namun malaikat penjaga langit kelima menahannya dan berkata, “Berhenti! Tamparkan amal ini di pundaknya. Aku malaikat yang bertugas mengurus dengki. Sesungguhnya pemilik amal ini dengki kepada manusia. Dan ia dengki kepada setiap orang, yang mengambil keutamaan dari ibadah. la mencaci maki mereka. Aku disuruh oleh Allah untuk tidak membiarkan amalnya melewatiku.”

Malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba, yang bersinar laksana rembulan. Sinar ini bersumber dari ibadah shalat, zakat, haji, umrah, jihad dan puasa. Amal ini berhasil melewati langit pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima. Tetapi malaikat penjaga langit keenam menahannya serta berkata,”Berhenti! Tamparkan amal ini ke muka pemiliknya, sebab meskipun ia telah melakukan seluruh amalan itu, namun tak pernah mengasihi manusia atau hamba Allah yang tetimpa bala atau penyakit. Bahkan ia membuat mereka lebih parah. Akulah malaikat rahmat yang ditugaskan oleh Allah untuk tidak membiarkan amalnya melewatiku".

Para malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba berupa puasa, shalat, nafkah (belanja keluarga), zakat, kesungguhan beramal dan wara` Amal itu bersuara layaknya bunyi petir dan memiliki cahaya bagaikan matahari, serta dikawal tiga ribu malaikat. Langit pertama, kedua, ketiga, kempat, kelima dan keenam, berhasil dilaluinya. Maka sampailah di langit ketujuh. Namun malaikat penjaga di langit ini menahan dan berkata, “Berhenti! Tamparkan amal ini ke muka dan seluruh anggota badan pemiliknya.Tutuplah hatinya dengan amal itu. Sesungguhnya aku akan meletakkan dinding (hijab) dari Tuhanku, untuk setiap amal yang tidak dimaksudkan untuk Allah. Pemilik amal ini memiliki tujuan di luar Allah. Dengan amalnya, ia berkeinginan memperoleh sebutan ulama, dan keagungan namanya tersiar di berbagai kota. Allah menugaskan kepadaku agar tidak membiarkan amalnya lolos melewatiku. Setiap amal yang. dilakukan dengan tidak bertujuan mencari ridha Allah (tidak ikhlas), maka termasuk riya. Allah tidak akan menerima amal orang yang riya (ingin dipuji).”

Para malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba yang terdiri dari shalat, zakat, puasa, haji, umrah, kebaikan akhlak, diam dan dzikir kepada Allah. Malaikat tujuh langit semuanya ikut menghantarkan, hingga menembus hijab (dinding) demi hijab dan akhimya sampai di hadapan Allah Ta’ala. Lalu mereka (para malaikat) berdiri dihadapan-Nya dan menjadi saksi bahawa amal saleh tersebut dilakukan dengan ikhlas, demi mencari ridha Allah semata.

Kemudian Allah SWT berfirman:
“Kamu adalah malaikat penjaga amal hamba-Ku: Sedang Aku adalah Arraqiib (pengintip) terhadap apa yang ada didalam hatinya. Sesungguhnya hamba-Ku tidak menghendaki Aku dengan amal ini. la menghendaki yang lain. Maka kepadanya adalah kutukan-Ku.”

Lalu para malaikat itu menjawab, "Kepadanya kutukan-Mu, dan juga kutukan kami”.
Lalu ketujuh langit dan malaikat yang berada di sana juga melaknat hamba Pemilik amal tersebut…. Begitulah.yang disabdakan Nabi SAW.

Mendengar semua itu menangislah Mu’adz. “Wahai Rasulullah, engkau Rasul Allah, sedang aku hanyalah Mu’adz. Bagaimana aku mampu selamat dari itu semua?”,tanyanya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ikutilah aku, walau amal yang kamu bawa kurang: wahai Mu’adz, peliharalah lidahmu dari mencaci saudara-saudaramu dan penghafal AI-Qur’an. Bawalah dosamu atas dirimu sendiri, dan jangan kamu bawa kepada mereka. Janganlah membersihkan dirimu dengan jalan mencela mereka. Jangan pula engkau mengangkat dirimu atas mereka. Janganlah engkau memasukkan amal dunia dalam amal akhirat. Engkau jangan hanya beramal. Jangan pula takabur dalam majlis yang ada. Janganlah berbisik dengan orang sedang di sisimu ada orang lain. Janganlah membesarkan diri di atas manusia, sehingga kebajikan dunia akan terputus darimu. Dan janganlah engkau koyakkan daging manusia, sebab akibatnya nanti, anjing akhirat akan mengoyak-ngoyakmu di dalam neraka."

Allah ta’ala berfirman, `Dan yang menarik dengan perlahan.” (QS: An­Nazi’at:2).

Rasulullah S.A.W bersabda: Tahukah engkau siapakah yang menarik itu, hai Mu’adz.?”
Mu’adz balik bertanya, “Siapakah dia,
wahai Rasulullah?.
Nabi Muhammad SAW menjawab,”Dia adalah anjing neraka, yang menarik daging dan tulang.” Mu’adz bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, siapa yang sanggup menahan perkara ini? Dan siapa pula yang boleh terlepas dari padanya?’

Rasulullah SAW menjawab,”Wahai Mu’adz, sesungguhnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah dari hal itu. Cukuplah yang demikian itu untuk senantiasa engkau mencintai umat manusia, dengan yang menurut engkau baik. Jauhilah mereka dengan apa yang menurut engkau jelek. Maka ketika itu (kamu lakukan) selamatlah engkau wahai Mu’adz."

Menurut sebuah riwayat, setelah mendengar langsung hadits ini Mu’adz menjadi hamba Allah yang amat gemar membaca Al Qur’an. Dia begitu takut dengan kandungan sabda Rasulullah SAW tersebut..
Wallahu alam ..

Insya Allah semoga manafaat ....

Syed Padzil Barakbah

KAITAN ANDA DGN ALLAH.

KAITAN ANDA DGN ALLAH.

Jadi yang ditumpukan didalam Pengajan Hakikat ialah kaitan antara Rahsia Allah dan Diri itu. Juga digali dari Ayat Ayat Al-Quran berkaitan penjelasan Allah berkait perkara perkara yang dinyatakan diatas yaitu hubungan antara Diri dan Rahsia Allah dan juga apakah yang dikatakan Amanah Allah didalam diri manusia itu.

Yang demikian TUMPUAN ILMU HAKIKAT dalam usaha MENGENAL ALLAH ialah dengan MENGENAL DIRI HAKIKI manusia itu. Jika pengajian ilmu berkaitan hal ini dilakukan maka TAHUlah manusia itu tentang apa yang dikatakan DIRInya itu. Akan tetapi tahu atau pengetahuan tentangnya belum pasti telah dapat membuatkan sesaorang itu Mengenal akan Dirinya lantas pula Mengenal akan Allah Tuhannya. Ini adalah kerana sifat ilmu itu, hanyalah memberi pengetahuan. Jadi manusia yang berilmu HANYA TAHU belum lagi MENGENAL dalam ertikata mengenal yang sebenar-benarnya.

Inilah yang membingung dan merungsingkan pelajar pelajar Ilmu Hakikat termasuk penulis yaitu pengertian sebenar KENAL dan kehendak yang mendesak-desak untuk BERTEMU DIRI seterusnya SENTIASA BERSAMA DIRI. Bagaimanakah cara atau jalannya sesaorang itu setelah Mengenal diri dari segi pengetahuan dapat pula BERTEMU dengan Diri itu dalam ertikata betul betul BERTEMU yaitu BERJUMPA ?

Tidaklah ramai antara pelajar pelajar Ilmu Hakikat yang berjaya SAMPAI KETAHAP ini. Ini adalah kerana perkara ini terlalu SENI dan RAHSIA, seperti kata Imam Al-Ghazali " Tumpukan Debu" . ianya harus dicari dalam tumpukan debu. Apakah yang dikatakan Tumpukan Debu itu ?

Teruslah mencari dan mencari. Carilah jawapannya pada Diri anda, pada Al-Quran anda dan pada Al-Furqan anda. Jika tidak dapat juga maka berhentilah mencari . Terimalah Ketetapan Allah. Anda bukan orang yang dipilihnya untuk mendapat Rezeki Yang Tidak Terhitung-Hitung banyaknya itu !!!!.

Yang pasti ialah anda tidak akan dapat bertemu DIRI anda dalam Ilmu, malah ilmu itu menjadi HIJABNYA. Jadi pada tahap tahap tertentu maka wajiblah anda BERHENTI MENCARI ILMU dan bertumpu pula MENCARI DIRI didalam Jasad anda dengan pandangan BATIN atau dengan AMALAN BATIN. Amalan diluar tidak berupaya sampai kematlamat ini. Percayalah.

PAK HABIB SYED PADZIL BARAKBAH

Selasa, 21 Jun 2016

Urusan Seri Paduka Baginda

Ada orang terima sepucuk surat yang tertulis "Urusan Seri Paduka Baginda" di sampulnya...

Disebabkan sibuk, dia letak dalam almari sampai terlupa nak buka, dah pegang tapi tak buka, apatah lagi nak baca apa isi kandungannya tu, sebab sangat sibuk dengan urusan lain...

Dia juga tak perasan yang surat tu ada expired date...

Tiba-tiba satu hari, dia teringat, lalu membuka surat tu & baca, dia terkejut!

Sebab surat tu daripada istana yang mahu menganugerahkan beliau wang berjumlah RM500K...

Dia terus gerak menuju ke istana & cakap: "Ampun Tuanku, patik betul2 tak teringat nak buka surat tu, patik buka pun dah expired, ada peluang lagi tak untuk patik dapat RM500K tu?"

Istana jawab: "Takda! Peluang tu hanya sekali..."

Si dia menyesal tak sudah-sudah kerana tak buka surat tersebut...

Kat dunia ni, Allah hantar 'Surat Agung' yang dinamakan Al Quran, jika kita tak pernah buka, baca & faham tawaran serta peringatan Allah di dalamnya, kita bimbang bila sampai waktu Allah jemput kita, kita akan menyesal & menangis tak sudah2 kelak...

Kerana peluang tu hanya datang sekali...

Wallahu a'lam...

Kisah Saidina Umar dengan seorang hamba

Assalamualaikum...

Sabda Nabi SAW :
'Untuk apakah dunia bagiku, aku di dunia ini bagaikan seorang musafir berhenti sebentar bernaung di bawah pohon, kemudian pergi meninggalkannya.

(HR At-Tirmidzi 389)
________________________

Suatu hari, Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya.... "Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu: "Bukan." "Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?" Dia menjawab: "Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi.....
"Kamu hamba atau merdeka?" "Hamba milik seorang Bani Asim." Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja.

Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata: "Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata.....
"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."
Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya: "Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata:
"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, namun aku kedekut kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain"

-Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-

Mengapa kurma dibenci jin dan setan?

MENGAPA KURMA DI BENCI JIN DAN SETAN DAN MENGAPA NABI SAW.  MEMAKANNYA DALAM HITUNGAN GANJIL?

*INI JAWABAN NYA..!!!*

    *Sepercik Hikmah*

Mengapa kurma dibenci jin dan setan?

Serta mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, mengonsumsi dalam hitungan ganjil 3. 5. 7 dan dikonsumsi makan pada pagi hari?

Dan yang paling baik makan tujuh kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penjelasan atas pertanya an ini yaitu ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh ma nusia dan membuat perisai pelindung untuk tubuh manusia.

Amer bin Saad dari ayahnya – berkata : Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
*Lakukanlah ihtiar perlindungan dari sihir dengan makan 7 kurma*

Penelitian sudah tunjukkan kalau buah kurma miliki manfaat utama.

*1.PERTAMA*
Kurangi tingkat kolesterol dalam darah dan men cegah aterosklerosis.

*2.KEDUA*
Mencegah kanser usus besar serta mencegah penyakit, wasir dan kurangi bentuk batu kepa hitan dan memfasilitasi tahap kehamilan serta persalinan, lantaran mengandungi serat serta ma kanan yang baik pencernaan dan gula.

*3-KETIGA*
Mencegah kerusakan gigi karena mengandung fluor.

*4.KEEMPAT*
Mencegah racun karena mengandung natrium, kalium dan vitamin c.

*5.KELIMA*
Penyembuhan anemia karena mengandungi zat besi, tembaga, vitamin B-2.

*6.KEENAM*
Obat untuk rakhitis dan osteomalacia karena me ngandung kalsium, fos for, vitamin A

*7.KETUJUH*
Penyembuhan untuk ano reksia dan kurangnya konsentrasi karena me ngandungi kalium.

*8.KEDELAPAN*
Untuk pengubatan umum kekurangan dan jantung berdebar karena mengandung magnesium, tembaga

*9.KESEMBILAN*
Obat kanser rematik dan otak karena mengandungi boron.

*10.KESEPULUH*
Anti-kanker karena me ngandung selenium sudah dilihat kalau warga tidak paham kanker oasis.

*11.KESEBELAS*p
Pengobatan disfungsi ereksi karena mengandung boron, vitamin A.

*12.KEDUABELAS*
Perawatan untuk kulit kering dan penyakit kornea kering serta kebutaan malam karena mengandung vitamin A.

*13.KETIGABELAS*
Obat untuk penyakit saluran pencernaan saraf karena mengandung vitamin B1.

*14.KEEMPATBELAS*
Perawatan untuk rambut rontok dan stres mata serta peradangan pada selaput lendir rongga mulut serta radang bibir karena mengandung vitamin B-2.

*15.KELIMABELAS* Perawatan kulit inflama si karena mengandung vitamin niacin.

*16.KEENAMBELAS*
Obat untuk penyakit kudis, melemahnya umum tubuh dan jantung berdebar, sesak napas dan kontraksi pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit serta kekurangan dalam tulang dan gigi, karena mengandung Vitamin C, atau asam askorbat 2.

*17.KETUJUHBELAS* Pengobatan keasaman di perut karena mengandung klorin, natrium dan kalium.

*18.KEDELAPANBELAS* Pengobatan penyakit gusi dan kekurangan pembuluh darah kapiler, kekurangan otot dan tulang riskan karena mengandungi vitamin c.

*Semoga Bermanfaat*
*SEBARLUASKAN KEPADA KERABAT DAN SAHABAT. SEMOGA ADA MANFAATNYA*

Kisah ibu yang ingin meminjam dari anak

Seorang ibu ingin meminjam duit kepada anaknya yang telah berkeluarga. Dengan suara rendah disertai rasa malu ibu berkata:
.
"Nak, bolehkah ibu pinjam duit 100 ringgit? Ibu nak beli beras.."
.
Anaknya tidak langsung menjawab, dengan raut muka masam berkerut dia berkata: "ok ibu, nanti saya tanya isteri saya dulu", seakan berat untuk mengiyakan, kerana tidak pasti si isteri memberikan kebenaran...
.
Ketika si anak masuk ke dalam rumah dia melihat botol susu anaknya yang hampir kosong dan setiap sebotol itu berharga  beberapa ringgit, kemudian dia termenung.
.
Jika 1 sebotol habis 1 hari x 1 tin x 30 hari x 2 tahun = ??? Ibunya tadi pula meminta duit yang dia susah cari ketika kerja.... Dia berfikir, waktu bayi dia hanya diberikan susu badan oleh ibunya, harganya tak terhingga, diberikan dengan penuh kasih sayang....
.
Jika susu itu diberikan kepada seorang anak selama 2 tahun berapa yang harus anak bayar??
.
Kemudian dia berpaling dan menatap wajah ibunya yang sayu walau ibunya  telah dimakan usia.
.
"Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa sebarang rungutan, dan semua itu kuterima dengan percuma.. Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..," ujarnya sambil menangis.
.
Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi duit sebanyak rm1000 sambil menangis dia berkata: "Ibu, jangan kata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do'akan anakmu ini agar selalu dapat berbakti kepadamu".
.
Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata si ibu dia berkata: "Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo'a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di Syurga nanti dalam bahagia.."
.
Jangan biarkan bacaan bermakna ini sia-sia tak berguna, jadikan ladang pahala dengan memberikan ke orang lain.. bagi PARA ISTERI ingatlah bahwa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.
.
Semoga yg komen Aamiin mampu membahagiakan ibunya Aamiin...

KISAH KHALID AL WALID PANGLIMA PERANG YANG DI PECAT KARENA TAK PERNAH BERBUAT KESALAHAN

KISAH PANGLIMA PERANG YANG DI PECAT KARENA TAK PERNAH BERBUAT KESALAHAN

Pada zaman pemerintahan Khalifah Syaidina Umar bin Khatab, ada seorang panglima perang yang disegani lawan dan dicintai kawan. Panglima perang yang tak pernah kalah sepanjang karirnya memimpin tentara di medan perang. Baik pada saat beliau masih menjadi panglima Quraish, maupun setelah beliau masuk Islam dan menjadi panglima perang umat muslim. Beliau adalah Jenderal Khalid bin Walid.

Namanya harum dimana-mana. Semua orang memujinya dan mengelu-elukannya. Kemana beliau pergi selalu disambut dengan teriakan, "Hidup Khalid, hidup Jenderal, hidup Panglima Perang, hidup Pedang Allah yang Terhunus." Ya! beliau mendapat gelar langsung dari Rasulullah SAW yang menyebutnya sebagai Pedang Allah yang Terhunus.

Dalam suatu peperangan beliau pernah mengalahkan pasukan tentara Byzantium dengan jumlah pasukan 240.000. Padahal pasukan muslim yang dipimpinnya saat itu hanya berjumlah 46.000 orang. Dengan kejeliannya mengatur strategi, pertempuran itu bisa dimenangkannya dengan mudah. Pasukan musuh lari terbirit-birit.

Itulah Khalid bin Walid, beliau bahkan tak gentar sedikitpun menghadapi lawan yang jauh lebih banyak.

Ada satu kisah menarik dari Khalid bin Walid. Dia memang sangat sempurna di bidangnya; ahli siasat perang, mahir segala senjata, piawai dalam berkuda, dan karismatik di tengah prajuritnya. Dia juga tidak sombong dan lapang dada walaupun dia berada dalam puncak popularitas.

Pada suatu ketika, di saat beliau sedang berada di garis depan, memimpin peperangan, tiba-tiba datang seorang utusan dari Amirul mukminin, Syaidina Umar bin Khatab, yang mengantarkan sebuah surat. Di dalam surat tersebut tertulis pesan singkat, "Dengan ini saya nyatakan Jenderal Khalid bin Walid di pecat sebagai panglima perang. Segera menghadap!"

Menerima khabar tersebut tentu saja sang jenderal sangat gusar hingga tak bisa tidur. Beliau terus-menerus memikirkan alasan pemecatannya. Kesalahan apa yang telah saya lakukan? Kira-kira begitulah yang berkecamuk di dalam pikiran beliau kala itu.

Sebagai prajurit yang baik, taat pada atasan, beliaupun segera bersiap menghadap Khalifah Umar Bin Khatab. Sebelum berangkat beliau menyerahkan komando perang kepada penggantinya.

Sesampai di depan Umar beliau memberikan salam, "Assalamualaikum ya Amirul mukminin! Langsung saja! Saya menerima surat pemecatan. Apa betul saya di pecat?"
"Walaikumsalam warahmatullah! Betul Khalid!" Jawab Khalifah.
"Kalau masalah dipecat itu hak Anda sebagai pemimpin. Tapi, kalau boleh tahu, kesalahan saya apa?"

"Kamu tidak punya kesalahan."

"Kalu tidak punya kesalahan kenapa saya dipecat? Apa saya tak mampu menjadi panglima?"

"Pada zaman ini kamu adalah panglima terbaik."

"Lalu kenapa saya dipecat?" tanya Jenderal Khalid yang tak bisa menahan rasa penasarannya.

Dengan tenang Khalifah Umar bin Khatab menjawab, "Khalid, Anda itu jenderal terbaik, panglima perang terhebat. Ratusan peperangan telah Anda pimpin, dan tak pernah satu kalipun Anda kalah. Setiap hari Masyarakat dan prajurit selalu menyanjung Anda. Tak pernah saya mendengar orang menjelek-jelekkan Anda. Tapi, ingat Khalid, Anda juga adalah manusia biasa. Terlalu banyak orang yang memuji bukan tidak mungkin akan timbul rasa sombong dalam hatimu. Sedangkan Allah sangat membenci orang yang memiliki rasa sombong. Seberat debu rasa sombong di dalam hati maka neraka jahanamlah tempatmu. Karena itu, maafkan aku wahai saudaraku, untuk menjagamu terpaksa saat ini Anda saya pecat. Supaya Anda tahu, jangankan di hadapan Allah, di depan Umar saja Anda tak bisa berbuat apa-apa!"

Mendengar jawaban itu, Jenderal Khalid tertegun, bergetar, dan goyah. Dan dengan segenap kekuatan yang Ada beliau langsung mendekap Khalifah Umar. Sambil menangis belaiu berbisik, "Terima kasih ya Khalifah. Engkau saudaraku!"
Bayangkan Sahabat…. jenderal mana yang berlaku mulia seperti itu? Mengucapkan terima kasih setelah dipecat. Padahal beliau tak berbuat kesalahan apapun. Adakah jenderal yang mampu berlaku mulia seperti itu saat ini?

Hebatnya lagi, setelah dipecat beliau balik lagi ke medan perang. Tapi, tidak lagi sebagai panglima perang. Beliau bertempur sebagai prajurit biasa, sebagai bawahan, dipimpin oleh mantan bawahannya kemarin.

Beberapa orang prajurit terheran-heran melihat mantan panglima yang gagah berani tersebut masih mau ikut ambil bagian dalam peperangan. Padahal sudah dipecat. Lalu, ada diantara mereka yang bertanya, "Ya Jenderal, mengapa Anda masih mau berperang? Padahal Anda sudah dipecat."

Dengan tenang Khalid bin Walin menjawab, "Saya berperang bukan karena jabatan, popularitas, bukan juga karena Khalifah Umar. Saya berperang semata-mata karena mencari keridhaan Allah."

BERJUANGLAH KERANA ALLAH TAALA.
Wallahua'alam.

Selasa, 14 Jun 2016

ALLAH MENUNJUKKAN CAHAYANYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

ALLAH MENUNJUKKAN CAHAYANYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

Jika diteliti Ayat 35 Surah An-Nur ini kalimah kalimah diatas bukanlah sebahagian dari perumpamaan Allah. Kalimah kalimah itu merupakan petunjuk untuk memahami perumpamaan Allah itu.

Cahaya Allah selalunya disebut sebagai NURULLAH atau Cahaya Zat Allah. Nurallah jika kita mahu boleh diertikan sebagai salah satu Sifat Allah.

Tetapi bolehkah Zat dan Sifat itu dipisahkan menjadi dua. Bahkan kalimah Zat & Sifat pada hakikatnya tidk wujud melainkan wujud sebagai istilah manusia untuk cuba menerangkan akan Allah itu.

Pada penulis Zat , Sifat, Asma & Af'al Allah ialah Allah sendiri kerana ketiga-tiga perkataan iaitu Sifat / Asma' & Af'al wujud untuk menceritakan tentang Zat.

RUMUSAN

Yang diceritakan oleh Allah melalui perumpamaan itu ialah hal Allah meliputi diri sekalian manusia yang oleh Allah dijelaskan melalui Hadith Qudsi yang bermaksud : manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya….

Juga melalui ayat Al-Quran berkaitan Amanah yang tidak mampu dikandung oleh selain manusia. Itulah yang disebut sebagai Diri Rahsia atau Diri Yang Sebenarnya Diri.

Pada penulis maksud kalimah CAHAYA didalam perumpamaan Allah ini ialah RUHKU yang ditiupkan Allah kepada Nabi Adam dan seluruh keturunannya.

Pada kita Cahaya Allah itulah yang dikatakan sebagai NYAWA kita. Sumber Hakiki kehidupan yang mengaliri seluruh jasad kita berpusat dijantung.

Dialah yang menghidupkan kita dan menjalankan kehidupan kita. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Keesaan Nur Muhamad

Keesaan Nur Muhamad

Mengikut pandangan sufi semua yang ada di alam semesta ini adalah daripada Nur Muhamad. Sedangkan Nur  Muhamad ini pula berasal daripada Nur Allah yang berasal pula dari Dzat Allah.

Setiap yang ada,  sama ada yang  kelihatan atau tidak kelihatan, atau dalam  istilah lain, yang nyata dan yang ghaib,  adalah berasal daripada Nur Muhamad tersebut. Nur adalah dalam bahasa Arab, dalam bahasa kita ia bermaksud cahaya,  Al Nur adalah salah satu daripada nama-nama Allah.

Nur Muhamad mempunyai beberapa nama lain, seperti Hakikat Muhamad, ada pula  yang menamakannya al Ruh, al Qalam al A’la. Ada pula yang memanggilnya Luh Mahfuz, al  ‘Aqal Awwal dan  Hakikat bagi segala hakikat. Bahkan berbagai nama lain yang mengikut fungsi kegunaanya.

Maka dari hakikat  itulah (Nur Muhamad) terjadinya alam semesta ini  sama ada yang nyata kelihatan atau pun yang ghaib.

Nur Muhammad adalah manifestasi yang pertama, dan dari Nur Muhamad lah lahirnya segala yang lain. Dari Nur Muhamad yang esa itu, maka terzahirlah  banyak penzahiran sebagaimana yang dapat kita lihat di dunia ini.

Maka kerana itulah dikatakan Nur Muhamad (dzat) itu adalah esa, tetapi manifestasi  atau penzahirannya adalah banyak, bahkan tidak terkira.

Untuk memudahkan pemahaman, Nur Muhamad ini dapat digambarkan dalam analogi  sebegini, umpama air, air itu satu, tetapi tampat yang menakung  air itu sangatlah banyak,  hinggakan tidak terkira, contohnya air laut, air sungai, air tasik, air kolam, air paip, dan bermacam-macam lagi.

Satu lagi analogi, manis itu satu, tapi banyak jenis manis, manis gula, manis tebu, manis senyuman, manis budi bahasa, dan sebagainya.

Begitu pula masin, masin itu hanya satu, tapi terdapat pelbagai-bagai jenis masin, ante boleh fikirkan sendiri yang lain itu.

Begitulah banyak manifestasi Nur Muhamad yang terdapat di dalam alam semesta ini.Tetapi yang paling penting untuk diketahui dan untuk difahami adalah Nur Muhamad  yang terdapat di dalam diri setiap insan. Kerana Nur Muhamad di dalam diri itu adalah berfungsi sebagai rasul, sebagai  pemimpin, sebagai penunjuk jalan agar manusia dapat kembali kepada Yang Maha Pencipta.

Ada pendapat yang menyatakan Nur Muhamad dan RuhKu adalah sinonim, kerana di dalam diri manusia, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membimbing manusia kembali kepada Tuhannya.

Setiap manusia ada Nur Muhamad maka setiap manusia mempunyai pembimbingnya,  maka tidak ada alasan bagi sesorang cuba bersikap lepas tangan,  dan mengatakan tidak siapa pun yang membimbingnya.  Yang penting bagi anda, mempelajari bagaimana mahu berkomunikasi dengan pembimbing anda itu.

Apabila anda telah berjaya membuat hubungan dengan pembimbing anda itu, sudah pasti kehidupan anda diredai Allah, kerana Allah menyatakan;  siapa yang mencintai RasulKu,  samalah seperti mencintaiKU.

Oleh itu, kenalilah Nur Muhamad, kerana ia dapat membawa ante kembali kepada Yang Maha Pencipta. Sebagai  santapan jiwa,  ana lampirkan syair sufi terkenal  Jalaluddin Rumi, yang dipetik dari Mathnawi beliau yang terkenal itu:

Pelita banyak dan berbeza
Cahaya sama dan satu jua
Jika anda lihat lampu saja
Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza

Pandanglah pada cahaya
Anda akan lihat satu jua
Berbilang-bilang hanya bentuk jua
Boleh dibilang satu, dua dan tiga.
Begitu jua pendapat manusia
Berlain-lain dan berbeza-beza
Timbulah pelbagai mazhab agama
Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.

Jikalau kita ada Cahaya
Dapat memandang keseluruhan
Tidaklah lagi ada perbezaan
Lenyaplah segala perbalahan.

Semoga Bermanfaat.

Apakah sifat yang terkandung dalam nafsiah ?

SIFAT 20
oleh Adnan Dahlan

SIFAT NAFSIAH

Apakah sifat yang terkandung dalam nafsiah ?

Sifat yang terkandung didalam nafsiah itu, hanya satu iaitu sifat wujud.  Wujud yang membawa maksud ada.  Adanya Allah itu, meliputi segala yang zahir mahupun yang batin

Apakah maksud sifat nafsiah (menolak) ?

Sifat nafsiah itu, bermaksud menafikan keujudan yang lain selain Allah.  Hanya Allah sahaja yang ada dan hanya Allah sahaja yang wujud.

Wujudnya Allah itu, adalah ujud yang disertai sekali dengan zat, sifat, afa'al dan asma'Nya.  Zat Allah itu merupakan sifatNya dan sifat Allah itu adalah juga merupakan zatNya.  Zat dengan sifat Allah itu adalah ujud yang terpisah, berpisah, bercerai dan ujud yang tidak berasingan.

Keujudan zat dengan keujudan sifat Allah itu, adalah esa (satu juga pada hakikatnya).  Seumpama sifat ilmu dengan sifat kalam Allah.  Apabila sifatnya bersifat mendengar (sama'), bererti zatnya juga, bersifat berpendengaran (sami'un). 

Apabila Allah bersifat melihat (basor), bererti zatNya bersifat berpenglihatan (basirun).  Apabila Allah bersifat kuasa (kudrat), bererti zatNya bersifat kekuasaan (kodirun).  Begitulah seterusnya dengan sifat-sifatnya yang lain.

Sifat Allah itu seumpama sifat angin dengan sifat bergoyang (bertiup).  Apabila kita melihat pokok bergoyang, itu menandakan adanya angin. 

Bergoyangnya pokok, adalah bagi menandakan bergoyangnya angin.  Sifat bergoyang itu sebenarnya bukan sifat pokok, yang bergoyang itu sebenarnya adalah sifat angin. 

Walau bagaimana pun sifat angin dan sifat bergoyangnya pokok itu, adalah satu sifat yang sama.  Jika tidak ada angin, masakan pokok bergoyang.  Pokok tidak boleh bergoyang dengan sendiri, jika bukan kerana digoyang dan ditiup oleh angin.  Begitulah juga sifat Allah dengan ZatNya, tidak boleh bercerai.

Begitulah juga kaedahnya kita mentafsir sifat 20.  Apabila ianya dirujuk kepada diri.  Barulah kita dapat melihat dan mengenal Allah melaluinya.  Seandainya sifat 20 itu, tidak dirujuk kepada diri, selama itulah kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah. 

Dalam memahami sifat nafsiah (nafi) iaitu sifat menafikan, menidakkan, atau sifat menolak.  Kita dikehendaki menidakkan sifat-sifat yang lain selain Allah.  Kita dikehendaki menidakkan kewujudan sifat alam dan sifat diri kita sendiri. 

Menidakkan sifat diri kita, supaya ianya menjadi tidak ada dan tidak wujud (binasa).  Cara untuk menidakkan sifat diri kita dan untuk mewujudkan sifat Allah itu, adalah dengan cara, menyerah atau membinasakan diri kepada Allah.

Bilamana sifat telinga telah dipulangkan, ianya akan disambut dengan sifat pendengaran Allah.  Bilamana sifat mata telah binasa, akan disambut dengan sifat penglihatan Allah. 

Sifat berfikir, akan disambut dengan ilmu Allah. Selagi sifat mata menjadi sebahagian daripada sifat kita, sudah pasti kita tidak akan dapat melihat Allah melalui pandangan dan penglihatanNya.

Setelah sifat mata kita itu dipulangkan kepada Allah, akan bertukar menjadi sifat basor Allah, barulah sifat penglihatan basirun Allah itu, boleh melalui sifat mata kita. 

Bermaknanya disini bahawa, sifat mata yang ada pada kita sekarang ini, tidak boleh dan tidak layak menerima penglihatan Allah melaluinya, melainkan sifat mata makhlok telah binasa dan bertukar kepada sifat wajah Allah.

Maka kita tidak layak untuk menanggung atau menerima sifat penglihatan Allah yang maha tinggi. 

Sifat makhlok tidak layak untuk menanggong sifat Allah, melainkan sifat kita itu ditukar milik, supaya menjadi milik Allah, setelah melalui proses penyerahan diri (penyerahan tugas dan penyerahan hak milik) kepada Allah. 

Apabila sudah menjadi milik Allah, barulah mata kita itu, dapat melihat melalui penglihatan Allah.  Apabila mata kita itu telah menjadi milik Allah, barulah sifat basirun (penglihatan) Allah itu dapat terpancar melalui mata kita.

Apabila penglihatan Allah sudah menembusi mata kita, dengan sendirinya sifat mata akan binasa.  Mata makhlok akan hangus terbakar,  binasa dan lenyap lantaran dipenuhi oleh cahaya Allah.  Cahaya penglihatan Allah itu sendiri, yang membinasakan sifat mata kita.

Hanya Allah sahaja yang dapat menanggung sifat Allah.  Sifat mata kita tidak dapat untuk menanggung sifat penglihatan Allah.

Selagi mata masih bersifat makhlok atau masih menjadi sebahagian dari anggota diri kita, selagi itulah wajah Allah tidak boleh mengambil tempat.  Selagi sifat Allah tidak dapat mengambil tempat, selagi itulah, kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah melaluinya. 

Inilah konsep nafsiah, iaitu konsep menidakkan sifat makhlok supaya dapat menjadikan semuanya bersifat wajah Allah.  Setelah kita berjaya dalam menidakkan, fana' dan leburkan diri kita ke dalam cahaya Allah, maka jadilah telinga kita itu, merupakan pendengaran Allah, jadilah mata kita itu, penglihatan Allah dan sebagainya.

Mata kita tidak layak untuk menanggung penglihatan Allah.  Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain, ianya merupakan pakaian dan persalinan Allah. 

Sifat kita selaku makhlok, tidak layak untuk memakai yang menjadi persalinan Allah.  Seandainya kita terpakai persalinan Allah, cepat-cepatlah bertaubat.

Apabila Allah bersifat basor, Allah juga bersifat basirun. Apabila Allah bersifat qudrat, Allah juga bersifat Qodirun dan sebagainya.

Oleh yang demikian bagi yang telah sampi kepada mskam (tahap) makrifat, menjadikan yang dilihat itu, adalah juga yang melihat dan yang melihat itu, adalah juga yang dilihat, yang disembah itu, adalah yang menyembah dan yang menyembah itu, adalah juga yang disembah. 

Dengan syarat diri kita telah binasa, mati, lebur, dan karam dalam zuk cahaya wajah Allah.  Walaupun Allah itu bersifat dengan 20 sifat, namun semua 20 sifat itu, adalah esa (satu) juga dalam zatNya.  Walaupun sifat Allah itu banyak, tetapi ia satu dalam zatNya.

Yang menjadikan sifat Allah itu berbilang-bilang adalah dikeranakan khayalan fikiran dan lemahnya sangkaan akal manusia.  Sedangkan pada dasar dan pada hakikatnya, kesemua sifat Allah itu adaslah satu (esa), tidak berbilang-bilang.

Mempelajari, memahami serta mengetahui sifat nafsiah bertujuan memberi peringatan kepada kita bahawa, tidak ada yang berbentuk, melainkan yang berbentuk itu adalah bentuk bagi Allah dan tidak ada yang bersifat, melainkan yang bersifat itu hanya sifat bagi Allah. Tidak ada yang berupa melainkan yang berupa itu adalah rupa bagi Allah.

Di dalam memahami sifat nafsiah, kita dikehendaki menafikan, mematikan, melenyapkan, menghilangkan dan membinasakan semua sifat-sifat yang lain selain dari sifat Allah. 

Di peringkat pengajian ilmu sifat nafsiah, kita dikehendaki melihat bahawa hanya Allah sahaja yang ada, ujud, wujud dan maujud. 

Keujudan makhlok alam pada peringkat ini belum lagi boleh diletak dalam gambaran fikiran dan belum lagi boleh dibayangkan dalam ciptaan khayalan akal.  Yang ada dan yang ujud pada peringkat sifat nafsiah itu, hanyalah Allah semata-mata.

Sifat nafsiah adalah sifat bagi mengajar kits tentang kewujudan Allah secara mutlak dan secara "wujudiah".  (wujud yang meliputi), meliputi sekslian alam, meliputi sekalian makhlok dan meliputi sekalian diri kita. 

Sifat nafsiah dalam wujudiah itu adalah membawa makna keujudan Allah secara mutlak,  secara bersendirian, secara keesaanNya, tanpa adanya lagi yang lain selain Allah.  Seumpama bukan pokok yang bergoyang tetapi yang bergoyang itu adalah angin. 

Walaupun kita nampak yang bergoyang itu pokok, didalam kefahaman pengajian ilmu makrifah yang bergoyang itu bukan lagi pokok, sesungguhnya yang bergoyang itu adalah sifat angin. Inilah kedudukan sifat nafsiah dalam tafsiran makrifat.

Di dalam kita belajar sifat nafsiah dalam sifat 20 kita jangan lupa untuk menghubungkaitkan dengan kalimah syahadah.

Pelajaran sifat nafsiah dalam sifat 20, bukan sekadar bertujuan untuk dihafal.  Pelajara sifat nafsiah itu selain bertujuan untuk mengenal sifat Allah melalui sifat 20, ianya juga adalah bertujuan bagi mentafsir kalimah syahdah. 

Sifat nafsiah itu, adalah satu kaedah kiasan sahaja.  Tujuan sebenar kiasan sifat nafsiah itu, adalah disasarkan kepada tafsiran dan pemahaman kalimah syahdah.

Sifat nafsiah apabila dikaitkan, diletak atau diterjemahkan pada tafsiran syahadah, ia berada pada kedudukan kalimah "LAA" (iaitu kalimah nafi).

Kalimah nafi adalah kalimah menolak yang lain selain Allah, membinasakan yang lain selain Allah. Kuwujudan sifat-sifat yang lain itu, seumpama bayang cahaya.  Apabila hilang cahaya maka hilanglah bayang.

Apabila kita dapat memahami dan menghayati pengertian isi ilmu nafsiah dalam sifat 20 dengan penuh penghayatan, ianya membuatkan ucapan syahdah kita, benar-benar diterima Allah.

Khamis, 9 Jun 2016

Azab Berbuka Sebelum Maghrib Tanpa Uzur Syarie

Azab Berbuka Sebelum Maghrib Tanpa Uzur Syarie

Saya ditanya tentang status hadis di dalam gambar ini. Saya katakan ia adalah ringkasan daripada hadis yang panjang riwayat al-Nasaie, al-Hakim, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah.

Hadis ini dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersejui oleh al-Zahabi, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban. Moga hadis ini menjadi peringatan kepada kita untuk memelihara ibadah puasa. Wallahua'lam.

Berikut merupakan potongan hadis tersebut:

Daripada Abu Umamah al-Bahili radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلاَنِ ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ ، فَأَتَيَا بِي جَبَلاً وَعْرًا ، فَقَالاَ : اصْعَدْ ، فَقُلْتُ : إِنِّي لاَ أُطِيقُهُ ،
Ketika aku sedang tidur. Datang dua orang lelaki kepada ku lalu mereka menarik lengan ku. Mereka membawa ku ke sebuah bukit yang gersang. Lalu mereka berkata kepada ku: Naiklah. Aku menjawab: Aku tidak mampu melakukannya.

فَقَالاَ : إِنَّا سَنُسَهِّلُهُ لَكَ ، فَصَعِدْتُ حَتَّى إِذَا كُنْتُ فِي سَوَاءِ الْجَبَلِ إِذَا بِأَصْوَاتٍ شَدِيدَةٍ ، قُلْتُ : مَا هَذِهِ الأَصْوَاتُ ؟
Mereka menjawab: Kami akan memudahkan hal ini untuk engkau. Lalu aku naik sehingga aku apabila tiba di puncaknya, aku mendengar bunyi-bunyi yang sangat kuat. Aku bertanya: Bunyi apakah itu?

قَالُوا : هَذَا عُوَاءُ أَهْلِ النَّارِ ، ثُمَّ انْطُلِقَ بِي ، فَإِذَا أَنَا بِقَوْمٍ مُعَلَّقِينَ بِعَرَاقِيبِهِمْ ، مُشَقَّقَةٍ أَشْدَاقُهُمْ ، تَسِيلُ أَشْدَاقُهُمْ دَمًا  :
Mereka menjawab: Ini adalah jeritan ahli neraka. Kemudian aku dibawa pergi sehingga aku tiba kepada satu kaum yang dirantai pada betis mereka. Mulut mereka dalam keadaan terkoyak, dan mengalirnya darah daripada mulut mereka.

قَالَ قُلْتُ : مَنْ هَؤُلاَءِ ؟ قَالَ : هَؤُلاَءِ الَّذِينَ يُفْطِرُونَ قَبْلَ تَحِلَّةِ صَوْمِهِمْ ،
Abu Umamah berkata: Aku bertanya: Siapakah mereka? Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Mereka adalah orang yang berbuka puasa sebelum tiba waktunya.
[Sahih Ibnu Khuzaimah, Kitab al-Sawm, hadis no: 1986]

Dr Rozaimi Ramle

Selasa, 7 Jun 2016

PUASA 1 BULAN RAMADHAN

PUASA 1 BULAN RAMADHAN

Puasa yang sebenarnya ialah mengesakan zat Allah yang meliputi, diri manusia. Apabila manusia dapat SE pada zat Allah maka akan zahir lah Afaal Allah.

Salah satu dari Afaal Allah ialah tidak makan dan minum, Nyatanya manusia yang sebenar-benar puasa itu adalah manusia yang kodim hakiki yang tuhan jadikan untuk menzahirkan Afaal Allah.

Inilah pengertian puasa yang haq yang menyatakan haq Allah dan melenyapkan haq manusia.  Dalam 12 bulan Allah minta manusia yang bertakwa dan beriman supaya MENZAHIRKAN AFA'ALNYA selama satu bulan diwaktu siang hari.

Untuk menzahirkan Afa'alnya maka Allah suruh tauhidkan dirinya.  Bila manusia dapat MENGESAKAN atau MENTAUHIDKAN diri ZAT maka terasalah kenyang, hati pun senang.

Nyatalah makanan itu sebagai alat atau barang yang melindungi zat dalam diri kerana manusia boleh hidup tanpa makan minum asalkan ianya SE pada ZAT dan Sifat Allah.

Peristiwa diturunkan Al-Qur’an juga terjadi pada malam ramadhan. (Al-Quran diturunkan kepada orang yang telah berpuasa) Allah Azza wa Jalla menurunkannya untuk menerangi kegelapan hati! Menelusuri arti Al-Qur’an dalam kehidupan umat manusia memerlukan petunjuk Allah Yang Maha Mengetahui. Untuk itulah, pada malam Al-Qadar diturunkan (pertama kali) Al-Qur’an, dan (secara berulang diturunkan setiap tahun) oleh Allah Azza wa Jalla, sebagai Hudan (Petunjuk) bagi manusia!

شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر ولتكملوا العدة
ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Q.S. Al-Baqarah : 185).

Pengetahuan kita mengenai Al-Qur’an diturunkan pada malam Al-Qadar (kemuliaan) sudah ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Qadr berikut:

إنا أنزلناه في ليلة القدر
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan” (Q.S. Al-Qadr : 1).

Sebagai petunjuk untuk menerangi kegelapan, Al-Qur’an sangat diperlukan oleh umat manusia! Pada saat diturunkan untuk pertama kali kepada Rasulullah saw yang mulia, Al-Qur’an diturunkan melalui Jibril a.s. ke dalam hati beliau. Sebelum diturunkan, hati Nabi Saw pun belum mengetahui apa dan bagaimana beliau seharusnya,

قل من كان عدوا لجبريل فإنه نزله على قلبك بإذن الله مصدقا لما بين يديه وهدى وبشرى للمؤمنين

“Katakanlah: Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Qur'an) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman” (Q.S. Al-Baqarah : 97).

يؤتي الحكمة من يشاء ومن يؤت الحكمة فقد أوتي خيرا كثيرا وما يذكر إلا أولوا الألباب

“Allah menganugrahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugrahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)” (Q.S. Al-Baqarah : 269).

Proses pengajaran pengetahuan Al-Qur’an ke dalam hati disebut sebagai karunia Allah yang diturunkan (ilham)! Indikasi yang menyebutkan adanya karunia yang diturunkan (ilham) adalah berbuat tidak atas dasar keinginan sendiri, melainkan berdasarkan kehendak-Nya! Jika akan berbuat sesuatu (ambil barang orang, misalnya), tiba-tiba tangan tidak dapat digerakkan oleh kendali akal, selain di dalam hatinya ada suara menjelaskan begini dan begitu!

Cahaya Al-Qur’an Pada Malam Al-Qadar

Keyakinan akan datangnya malam Al-Qadar yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an relatif tidak sama di antara para ulama mazhab! Kebanyakan kaum mukmin yang berharap turunnya keberkahan pada malam Al-Qadar, mereka sangat mengharapkan Allah menurunkannya ke dalam jiwanya kemuliaan, keberkahan dan kualiti keimanannya!

Bagi Allah, petunjuk yang menerangi kegelapan yang dipancarkan ke dalam jiwa kaum mukmin, bukanlah perkara yang sulit! Apa pun yang telah ditetapkan di dalam kehendak-Nya, maka tak akan ada yang dapat menghalangi-Nya!

Allah Azza wa Jalla telah menetapkan bahwa Al-Qadar adalah kemuliaan bagi diri-Nya untuk menurunkan Al-Qur’an yang penuh keberkahan dan cahaya-Nya. Maka, bagi kaum mukmin yang sangat mengharapkan dengan penuh keikhlasan dan keyakinan yang sangat kuat, tidak ada kata musykil akan dikaruniakan Al-Hikmah (kebijaksanaan Allah)!

TERUSKAN DENGAN MELAKSSNAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

DARI MULA BANGUN TIDUR SEHINGGA KE TIDUR SEMULA (SOLAT WUSTA - DITENGAH-TENGAH)...

Lakukanlah dari mula bangun tidur sehinggalah kepada tidur semula.

Diteruskan praktikal ini sehinggalah dibukakan hidayah dan petunjuk oleh Allah untuk memahami Al-Quran kedalam hati yang telah pun sentiasa bersih dari sebarang syirik...

Turunnya kefahaman Al-Quran kedalam hati inilah sebenarnya hakikat Ramadzan iaitu malam kemuliaan... Iaitu Lailatul Qadar.