Pages

Rabu, 31 Ogos 2016

KEKASIH ALLAH DARI KALANGAN ORANG BERDOSA

Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa ‘alaihissalam yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah Subhanahu Wa Taala kemudiannya memberikan wahyu kepada Nabi Musa ‘alaihissalam.

Allah berfirman: “Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orang telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih (wali) daripada kekasih-Ku, mereka tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka pergilah engkau uruskan jenazahnya.”

Kemudian Nabi Musa ‘alaihissalam pun berangkat ke tempat tersebut. Nabi Musa ‘alaihissalam bertanya kepada orang-orang: “Beritahulah aku tempatnya.” Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika Nabi Musa ‘alaihissalam melihat mayatnya, orang-orang pun bercerita tentang kefasikannya. Lalu Nabi Musa ‘alaihissalam berbisik kepada Tuhan-Nya dengan berkata: “Ya Allah, Engkau memerintahkan aku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan orang-orang telah menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada mereka.”

Kemudian Allah berfirman: “Wahai Musa, benarlah kata-kata kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup. Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon dengannya, pasti Aku akan mengampuninya dirinya demi Allah, Zat yang Maha Mengasihani.” Tanya Nabi Musa: “Ya Allah, apakah tiga perkara itu?”
Allah berfirman: “Ketika dia di ambang kematiannya,

1) Dia Benci Kemaksiatan Dalam Hati
Dia berkata: “Ya Tuhanku, Engkau tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu, hawa nafsuku, teman yang jahat dan Iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan, sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah aku.”

2) Mencintai Orang Soleh
Dia berkata: “Ya Allah, Engkau tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik, tetapi aku amat mengasihi orang-orang yang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada bersama orang fasik. Aku benci kefasikan walau aku adalah ahli fasik.”

3) Mengharap Rahmat Allah Dan Tidak Berputus Asa
Dia berkata: “Ya Allah, jika dengan meminta untuk dimasukkan ke dalam syurga itu akan mengurangkan kerajaan-Mu, sudah pasti aku tidak akan memintanya, jika bukan Engkau yang mengasihaniku maka siapakah yag akan mengasihaniku?”

Lelaki itu kemudian berkata lagi: “Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasih-Mu, Nabi-Nabi-Mu, manakala syaitan dan Iblis akan merasa susah. Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku, maka syaitan dan Iblis akan bersorak kegembiraan dan para Nabi-Mu dan kekasih-Mu akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam, sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan.”

Maka, Allah pun berfirman: “Lantas Aku mengasihaninya dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di hadapan-Ku. Hamba ini telah mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya.”

(Riwayat Wahhab bin Munabbih, Kitab Tawwabin susunan Imam Ibnu Qudamah)

————–
Kisah ini menunjukkan kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari rahmat Allah yang amat luas walau apa jua sekali pun. Firman Allah: “Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu” (Surah Al-A’raf : 156).
Dan benarlah sabdaan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Janganlah kalian merasa kagum dengan seseorang hingga kalian dapat melihat akhir dari amalnya. Sesungguhnya ada seseorang selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal kebaikan, yang sekiranya dia meninggal pada saat itu, dia akan masuk ke dalam syurga, namun dia berubah dan beramal dengan amal keburukan.

Dan sungguh, ada seorang hamba selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal keburukan, yang sekiranya dia meninggal pada saat itu, dia akan masuk neraka, namun dia berubah dan beramal dengan amal kebaikan.

Jika Allah menginginkan kebaikan atas seorang hamba maka Dia akan membuatnya beramal sebelum kematiannya.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana Allah membuatnya beramal?” Beliau bersabda: “Memberinya taufik untuk beramal kebaikan, setelah itu Dia mewafatkannya.” (Musnad Ahmad, no. 11768)ml

Wallahu a’lam bissawab

Al Habib Tuan Syed Padzil Barakbah

Al Habib Tuan Syed Padzil Barakbah

Selasa, 30 Ogos 2016

30 Wasiat Imam Ghazali

30 Wasiat Imam Ghazali

Imam al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujjah. Beliau digelari “Hujjatul Islam” kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam.

Beliau berjaya mengusai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Di antara kitab beliau yang paling terkenal adalah “Ihya Ulumuddin” (Menghidupkan Ilmu Agama) yang menjadi rujukan utama umat Islam di seluruh dunia.

Wasiat 1:
Berbakti kepada dua ibu bapa wajib kerana hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka. Dan perbuatan derhaka satu dosa besar.

Wasiat 2:
Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah s.a.w. juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat.

Wasiat 3:
Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita.

Wasiat 4:
Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dan kewajipan kita sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua kita sendiri yang wajib kita hormati dan muliakan.

Wasiat 5:
Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitive dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa.

Wasiat 6:
Banyak pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya termasuk aspek kebersihaan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan. Kerana di dalam tubuh yang sihat itu terdapat kelazatan dalam beribadat.

Wasiat 7:
Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskan dosa kita.

Wasiat 8:
Menghormati jiran adalah merupakan tugas dan kewajipan setiap Muslim. Kita dituntut untuk bersikap memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yang paling terdekat dengan kita.

Wasiat 9:
Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan akal untuk memecahkan rahsia hidup ini. Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita.

Wasiat 10:
Al-Quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadian alam, manusia dan ilmu pengetahuan didedahkan secara terus terang, yang membuat manusia yakin akan kebenaran adanya Allah.

Wasiat 11:
Mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu adalah tanda kecerdasan dan disukai Allah. Barangsiapa yang keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu, nescaya dilindungi Allah dan sampai ia kembali.

Wasiat 12:
Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian dan kekejian itu menuntun ke dalam api neraka. Tidak henti-hentinya seseorang berdusta dan membiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.

Wasiat 13:
Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksi palsu adalah di antara penyakit lidah dan hati yang amat merbahaya. Ianya menjadi punca kepada rosaknya iman dan seterusnya boleh membawanya ke neraka jahannam.

Wasiat 14:
Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zina, tetapi termasuk juga sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan kea rah menghampiri zina.

Wasiat 15:
Minuman yang memabukkan seperti arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti menjauhi arak kerana ia merosakkan akal, menimbulkan penyakit dan dimurkai Allah.

Wasiat 16:
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum dengan penuh keadilan, dan apabila berkata dengan penuh kebenaran, tidak menyakiti hati orang, dan jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

Wasiat 17:
Mujahidin atau pejuang-pejuang Islam yang berjuang di jalan Allah adalah mereka yang merentasi ceruk bumi ini dengan satu mesej, iaitu menegakkan kebenaran Islam dan menghancurkan kebatilan.

Wasiat 18:
Ahlul Itsar iaitu orang-orang yang gemar melakukan kebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain, menolong dan membantu orang yang memerlukan bantuannya. Mereka adalah orang yang paling bermanfaat dan disayangi oleh orang lain.

Wasiat 19:
Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah, maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang diperintahkan oleh agama.

Wasiat 20:
Ahlul Najat iaitu orang-orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Wasiat 21:
Menjadi manusia yang paling bahagia adalah idaman setiap insan. Oleh itu raihlah hari-hari bahagia bersama Allah dan Rasul-Nya.

Wasiat 22:
Malu adalah perhiasan Mukmin sejati. Ianya merupakan akhlak para Nabi dan Rasul yang harus dimiliki setiap orang yang mengaku umat Muhammad.

Wasiat 23:
Syaitan adalah musuh yang nyata ke atas manusia. Oleh itu jadikan ia sebagai musuh, bukan sebagai kawan.

Wasiat 24:
Silaturahim adalah amalan mulia para Nabi dan Rasul, sehinggakan orang yang memutuskan silaturahim dianggap telah melakukan dosa besar.

Wasiat 25:
Mengingat mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber-Tuhan dan taqarrub kepada Allah.

Wasiat 26:
Orng yang menghafal al-Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allah. Oleh itu perbanyakkanlah menghafal al-Quran kerana ia cahaya di dalam kubur.

Wasiat 27:
Solat tahajjud ataupun qiamul lail adalah solatnya para Nabi dan Rasul. Bangunlah pad malam yang akhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu nescaya akan segera ditunaikan Allah.

Wasiat 28:
Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah satu kemestian dalam kehidupan soerang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.

Wasiat 29:
Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata mukmin dan pembuka pintu rezeki.

Wasiat 30:
Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah. Latihlah kekhusyukan di dalam solat supaya beroleh kemenangan di syurga.

Sumber:
Abu Ahmad Yasin.
30 Wasiat Imam Ghazali.

Pertanyaan Arab Badwi kepada Nabi Muhammad saw

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas kita seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah...

Syukran Jazilan.
Wassalam, wallahualam.

Isnin, 29 Ogos 2016

6 Petanda Bermula 100 Hari Sebelum Tibanya Sakaratul Maut

6 Petanda Bermula 100 Hari Sebelum Tibanya Sakaratul Maut

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam

*100 Hari Sebelum Hari Kematian*

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

*40 Hari Sebelum Hari Kematian*

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

*7 Hari Sebelum Hari Kematian*

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

*3 Hari Sebelum Hari Kematian*

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

*1 Hari Sebelum Hari Kematian*

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

*Tanda akhir*

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Bersiap siaplah, hari itu pasti akan datang! Sudah siapkah bekal kita?

Wallahu a’lam

orang yang menyebarkan ini Insya Allah diberi ganjaran pahala bagi setiap orang yang membacanya, *In Shaa Allah*…ْ
*ﺁﻣﻴﻦ

Selasa, 23 Ogos 2016

PESANAN IMAM SHAFIEE SEBELUM MENINGGAL DUNIA

*PESANAN IMAM SHAFIEE SEBELUM MENINGGAL DUNIA*

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia,
beliau sempat mengajak sahabat-
sahabatnya agar membuat perubahan
jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa
yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka lakukanlah 10
perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan
mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu
menqada’kan segala kewajipan yang
tertinggal, iaitu dengan memohon maaf
daripada orang yang dizalimi, membuat
persiapan untuk mati dan merasa cinta
kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang
tabiat suka menabur fitnah, jangan
suka kencing merata,
memperbanyakkan solat tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan
Nakir, iaitu jangan berkata dusta,
sering berkata benar, meninggalkan
maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan
kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas
dalam amalan dan sanggup
menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang
tabiat suka mengumpat, wara’, bantu
orang beriman dan hidup dalam
suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu
menangis lantaran takutkan kepada
ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah,
membuat kebaikan kepada ibubapa dan
memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan,
penjaga syurga, iaitu redha kepada
qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima
bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu
dengan sering bersalawat kepada
baginda, berpegang kepada sunnahnya
dan bersaing mencari kelebihan dalam
beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak
manusia kepada kebaikan, mencegah
manusia daripada melakukan
kemungkaran, bencikan kepada
sebarang maksiat dan tidak melakukan
kejahatan.

*Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.* *Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.*

*Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."* ~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Isnin, 22 Ogos 2016

Mimpi doa seekor kucing

*Mimpi doa seekor kucing*
*Ibu seorang pemuda dirawat di hospital*

وأدخلت للعناية المركزه
*Ibunya dirawat di ICU*

وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء
*Beberapa hari kemudian doktor berterus terang*

بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق
*Keadaan ibumu tiada harapan semboh dan boleh meninggal dunia bila2 masa*

وخرج من عند أمه هائما على وجهه
*Pemuda itu meninggalkan hospital dengan hati yg sedih mengenang sakit ibunya*

وفي طريق عودته لزيارة والدته
*Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi*

وقف في محطة البنزين
*Pemuda itu berhenti di stesen minyak*

وهو ينتظر العامل ليضع البنزين
في سيارته
*Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak*

رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغارا
*Pemuda itu terpandang seekor kucing bersama anaknya berteduh dibawah kotak*

وهم لا يستطيعون المشي
*Kucing itu kelihatan tak boleh berjalan*

فتساءل!!!!!
*Dia termenung sejenak*...

من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه الحال؟
فدخل للبقالة
*Siapakah yg akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk semula ke kedai minyak*

واشترى تونة
*Dibelikannya setin tuna*

وفتح العلبة ووضعها للقطة
وانصرف للمستشفى
*Dibukannya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital*

وعندما قدم للعناية مكان تنويم أ
*Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU*

*لم يجدها على سريرها فوقع ما في* *يد*
*Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam*

فاسترجع وسأل الممرضة*
*Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas*

أين فلانة؟
*Di mana ibuku.?*

فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة
*Nurse itu berkata: Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa*

فذهب لها
*Pemuda itu terus mendapatkan ibunya*

فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها
*Yg ketika itu dalam keadaan ceria*

فسلم عليها وسألها
*Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi*

فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها
*Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil*

قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها
*Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera*

فتعجب الشاب
*Pemuda itu terharu mendengar apa yg diceritakan ibunya*
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
*Puji bagi mereka yg sentiasa kasih mengasihi*

سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
*Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah.*

(داووا مرضاكم بالصدقه)
*(Sembuhkan penyakitmu dengan melakukan sedekah)*

هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال:
*Itu hanya setin tuna. Rasulullah SAW bersabda: (Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar)*

( إتقوا النار ولو بشق تمره)
سبحان الله
*Subhana Allah Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah*

حتى لو مشغول إرسلها"
*Walaupun anda sibuk,sila forwardkan rencana ini kepada seramai rakan yg mungkin..!*

(لاإله إلا الله)
? "يارب فرج هم من ينشره"
*Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kepada sesiapa saja yg berkongsi kisah ini.*

Jumaat, 19 Ogos 2016

DULU..AKU NAMPAK JIN DAN MAKHLUK2 LAIN

DULU..AKU NAMPAK JIN DAN MAKHLUK2 LAIN..

Saya nak sharing sesuatu. Hanya Allah yang Maha Tahu. Saya hanya type semula apa yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu...

Masa umur saya dalam lingkungan 3-4 tahun, saya ada nampak banyak makhluk lain, bukan manusia. Ada makhluk besar, yang kecik, yang kurus, ada yang gemuk, yang buncit, yang tinggi, pendek, ada yang warna hijau, ada yang warna merah, warna biru, hitam, coklat, semuanya BERTANDUK, BEREKOR, MATA MERAH, ada urat hijau berselirat dalam biji mata mereka. Semuanya berkeliaran dalam rumah masa kami sekeluarga duduk di Kuarters Kesihatan Jasin, Melaka.

Masa tu saya kecik lagi, so saya tak tahu apa nama makluk tu. Ada jantan, ada betina. Saya beritahu arwah Mak saya. Mak pula yang takut. Tapi Mak percaya apa yang saya cakap. Iyelah, masa tu saya umo baru 3-4 tahun. Budak lagi. Takde dosa hehe!

Saya ingat lagi sampai sekarang rupa makluk makhluk tu. Mungkin mereka itu golongan jin. Banyak sangat. Ada anak jin jantan yg bermain-main dengan saya di tepi hujung katil. Saya pun seronok main dengan dia, sebab masa itu saya budak-budak lagi, saya tak tahulah itu jin dan memang sifat budak-budak suka bermain. Dia ajak main, saya pun mainlah. Kalau ditanya bagaimana saya berkomunikasi dengan jin, cakap bahasa apa... saya pun tak tahu. Sebab saya kecik lagi masa tu. Yang pasti saya faham pula bahasa dia. Masa main-main itulah Arwah Mak saya perasan yang saya macam sedang bercakap dengan seseorang, siap bergelak ketawa lagi. Mak saya risau.

Arwah Mak datang dekat saya. Mak tanya saya nampak apa? Cakap dengan siapa? Gelak-gelak dengan siapa? Saya tunjuklah sambil cakap : "Tuuu... Tuuuu.... Mak tak nampak ke?" kata saya sambil menunjuk semua makhluk-makhluk disekeliling saya.

Arwah Mak saya pun pandanglah apa yang saya tunjuk. Makhluk-makhluk tu semua buat bodoh je. Buat tak tahu. Ada yang tengah berjalan, ada yang nak masuk pintu rumah kami tapi tak muat sebab dia tinggi (nak tunduk pun dia tak reti. Hat ni saya ketawa sambil tunjuk kat Mak sebab kelakar sangat tengok makhluk tu tak reti nak tundukkan kepala nak masuk rumah kami), ada yang tengah bersembang-sembang sesama diorang, ada yang tengah korek hidung, ada yang tengah korek telinga, ada yang tengah bergayut kat kipas, ada yang tengah melekat dekat siling rumah, ada yang tengah makan, melompat-lompat atas meja makan, ada yang tengah minum, ada yang berlari-lari. Kelakuan makhluk-makhluk itulah yang buat saya ketawa kuat masa tu. Tapi rupanya saya seorang je yang ketawa. Famili saya semua dah takut haha!

Masa tu, kat rumah kami ada Ayat Kursi yang diukir dijadikan frame besar, gantung dekat dinding rumah. Makhluk-makhluk tu tak takut pun dengan ayat-ayat Quran. Lagi diorang duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu ada lah. Allah sendiri perlihatkan pada saya, ada makhluk kurus dan berperut buncit kepala botak warna hijau duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu. Kelakar wei rupa dia. Tak hensem pun. Kalau Allah perlihatkan dekat korang rupa diorang ni, mesti ramai yang terkejut, sebab diorang nampak hodoh, menyeramkan, rasa nak pengsan semua ada. Diorang ni macam tak tahu apa-apa. Takde perasaan.

Abah dan arwah Mak lah yang bersusah-payah cari penawar untuk saya supaya saya tak nampak benda-benda macam tu lagi haha! Sifat orang tua ni memang macam tu. Diorang punya risau tahap dewa hehe! Diorang bawa saya pergi berubat sampai ke Johor. Tak ingat Johor tu dekat mana sebab masa tu saya kecik lagi. Sifat budak-budak ni dia tak tahu nama tempat, tapi dia mudah ingat peristiwa. So sejak itu, saya dah tak nampak apa-apa makhluk dengan izin Allah.

Allah Maha Tahu.
Allah tahu kot kalau saya nampak lagi makhluk-makhluk tu, saya pengsan agaknya.

Anyway... Apa yang saya nak sharing disini bukan cerita bagaimana rupa makhluk Allah ini semata-mata cuma ketahuilah bahawa :

1) bukan kita saja yang duduk dalam dunia ini tapi ada makhluk lain. Mereka di alam lain tapi nampak macam duduk dalam dunia kita. Sebab tu diorang suka hati je nak bergayut atas kipas ke, bertenggek atas Ayat Quran ke, pijak-pijak makanan atas meja makanan kita ke... sebab bagi diorang dunia ki
ta ini adalah permainan bagi diorang. Allah pun cakap dalam Quran "Innamal hayatud dunya la'ibuw" kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan...

2. Kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita. Sebab itulah kita wajib baca doa sebelum makan dan minum. Kalau tak baca doa makan, diorang pun makan sekali dengan kita. Sebelum kita baca doa makan lagi diorang dah duduk bertenggek pada pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan minuman yang kita nak suakan ke mulut kita. Bayangkan sekecil-kecil sudu garfu itu pun diorang boleh duduk bertenggek nak tumpang makan dengan kita, apatah lagi pada pinggan nasi korang? Bukan seekor dua pula tu yang menunggu nak makan sekali dengan kita tapi berpuluh-puluh ekor! So, wajib baca doa sebelum dan selepas makan.

3. Islam suruh kita tutup makanan yang terdedah dan makanan yang terbiar sebab makhluk lain boleh makan makanan kita yang terdedah dan terbiar tu. Cara mereka makan makanan yang terbiar dan terdedah adalah dengan menghidu makanan tersebut. Sebab itulah makanan yang terdedah itu cepat rosak dan basi. Makhluk ini tak tahu apa itu meja tempat letak makanan. Mereka hanya tahu makanan sahaja. Sebab itulah mereka pijak-pijak & melompat-lompat atas meja makan. Paling sadis, makhluk ini main langkah-langkah dan mencangkung pada makanan yang terdedah & terbiar itu. Paling hardcore... tak mustahil makhluk-makhluk ni boleh berak, kencing pada makanan yang terdedah dan terbiar tu.

4. Kita tak nampak makhluk lain, jangan ingat mereka takde disekeliling kita. Sebab itulah Islam suruh kita mandi jangan tanpa seurat benang sekalipun. Paling kurang pun, mandilah pakai seluar dalam. Awak tahu kenapa saya cakap macam ni? Sebab bila kita mandi tak pakai apa-apa, dia pun main air dengan kita sambil ketawa-ketawa tengok badan kita. Scary wei kalau tiba-tiba kita dah besar ni nampak ada makhluk lain muncul depan kita main air dalam toilet dengan kita... Dah lah bilik air tu rumah syaitan. Haaa ini pengalaman saya masa kecik-kecik dulu dok main dengan anak jin sampai time mandi bersama2 mereka!

5. Makhluk-makhluk ni sentiasa ada disekeliling kita cuma kita yang tak nampak. So kalau tidur tu, kalau boleh jangan tidur bogel. Tak kisahlah awak tu lelaki ke perempuan sebab diorang ni makhluk yang bernafsu jugak macam manusia. Malam-malam kita tidur bogel, tak mustahil makhluk-makhluk ini yang akan belai-belai setiap inci badan kita, cuma kita je yang tak sedar, tak rasa. So sebelum tidur, jangan lupa ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, amalkan surah-surah lazim. Insya'Allah Allah jaga kita.

6. Jangan mensyirikkan Allah. Jangan percayai ayat-ayat suci yang dijadikan frame sebagai alat untuk menghalau jin atau kuasa jahat. Frame ayat suci itu hanya makhluk. Makhluk tiada kuasa melainkan Allah yang Maha Berkuasa. Kita wajib percaya pada Allah, wajib beriman pada Allah. Ayat Al-Quran itu hanya asbab, bukan untuk disyirikkan dengan percaya ia dapat menghalang kuasa jahat.

7. Sebab kita tak nampak makhluk-makhluk ini, maka suami isteri kena berjaga-jaga.  Tak ramai pasangan Islam yang ambil berat. So perbanyakkan ilmu agama, belajar tambah ilmu. Islam ini agama yang sangat menjaga kita.

Alhamdulillah. Terima kasih, Allah. Kalau Allah tak bagi saya peluang nampak benda-benda macam ni masa kecik-kecik dulu, tak ada lah penyampaian ini. Sesungguhnya Allah jadikan sesuatu kejadian itu bukanlah dengan sia-sia, tapi untuk kita belajar, tahu, kenal dan diambil pengajaran.

Sha Ramson Abdullah

Anjakkan paradigma rohani

Anjakkan paradigma rohani.

Melakukan perubahan yg seiring dgn kehendak Tuhan yakni dari keadaan zahiriah sampai kpd keadaan rohaniah.

Dari perbuatan yg tdk elok kpd perbuatan yg elok dan benar sisi Allah dan rasul. Tanda2 org yg telah mendapat bimbingan tuhanNya adalah:

1-duluNya ia lalai skrg ia khusyuk
2-dulu hatinya kasar kini hatinya lembut.
3-duluNya ia tdk mengikut aturan agama (syariat) skrg dia patuh.
4-duluNya ia tdk mengenal skrg ia mengenal.
5-duluNya ia tdk taat skrg ia taat.
6-sentiasa ia mengikuti perintah tuhanNya tanpa membantah
7-sentiasa pasrah dgn kedudukkanNya.
8-sentiasa ia membetuli kesalahanNya.

Jika hal ini tdk terjadi malah menurun darjatnya maka sedarlah bhw tuhanmu sedang membelakangimu walaupun engkau ingat kpdNya.

Al Habib Syed Padzil Barakbah

Suci Bersihkan Niat, Matlamat, Maksud Dan Tujuan

Suci Bersihkan Niat, Matlamat, Maksud Dan Tujuan

SABDA RASULULLAH SAW :
 
“BARANGSIAPA YANG HIJRAHNYA KEPADA ALLAH DAN RASUL MAKA HIJRAHNYA ADALAH KEPADA ALLAH DAN RASUL. BARANGSIAPA YANG HIJRAHNYA KEPADA DUNIA UNTUK MENDAPATKANNYA ATAU WANITA UNTUK MENGAHWININYA, MAKA HIJRAHNYA TERHENTI PADA TUJUAN HIJRAHNYA ITU”.

FAHAMILAH SABDA RASULULLAH SAW TERSEBUT DAN PERHATIKAN PERSOALANNYA JIKA KAMU BOLEH MEMAHAMINYA. DAN, KESELAMATANLAH ATAS KAMU.

Keluar dari satu hal kepada hal yang lain adalah hijrah juga namanya. Apa yang didapati dari hijrah ialah apa yang dituju atau dimaksudkan dengan hijrah itu.

Orang yang keluar dari penjara hawa nafsu dan dunia kerana inginkan syurga, maka pencariannya akan terhenti pada syurga.

Orang yang keluar dari penjara akhirat kerana menginginkan kekeramatan akan berhenti bila berjaya memperolehi kekeramatan.

Orang yang keluar dari semua penjara alam kerana bermaksud mencapai Ilmu Allah akan berhenti pada ilmu.

Orang yang keluar dari kurungan ilmu kerana mahu mendapatkan makrifat akan berhenti pada makrifat.

Semua maksud dan tujuan yang telah dinyatakan tadi menghalang seseorang dari masuk ke Hadrat Allah s.w.t.

Hanya satu sahaja tujuan yang benar-benar suci lagi murni, iaitu berhijrah kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

Rasulullah s.a.w menyebutkan berhijrah kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya, bukan berhijrah kepada Allah s.w.t semata-mata.

Hijrah zahir adalah berpindah dari Makkah pergi ke Madinah.

Hijrah hati adalah meninggalkan sifat-sifat yang keji dan pergi kepada sifat-sifat yang terpuji.

Hijrah rohani adalah meninggalkan segala yang maujud dan pergi kepada Rasul Allah kerana hanya Rasul Allah yang boleh membimbing kepada Allah s.w.t, sesuai dengan penyaksian:

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.

Ketuhanan Allah s.w.t dan kerasulan Muhammad s.a.w tidak dipisahkan. Rasul Allah adalah umpama jambatan yang menghubungkan segala sesuatu dengan Allah s.w.t.

Bagaimana mahu sampai kepada Allah s.w.t jika tidak melalui jambatan-Nya. Apa juga usaha dan jalan yang diambil untuk pergi kepada Allah s.w.t, tidak akan berhasil jika tidak diikuti jalan Rasul Allah Saw.

Bahkan bolehlah dikatakan Allah s.w.t tidak mungkin ditemui jika Rasul-Nya tidak ditemui. Muhammad s.a.w adalah Rasul Allah.

Semua nabi-nabi sejak Nabi Adam a.s menyaksikan bahawa Muhammad s.a.w adalah Rasul Allah. Tidak ada kenabian tanpa nur Kenabian Muhammad s.a.w. Tiada syuhud (penyaksian)  tanpa syuhud terhadap nur Kebenaran Muhammad s.a.w.

Tidak akan sampai kepada Hakikat Allah s.w.t tanpa fana di dalam Hakikat Muhammad s.a.w. Tiada makrifatullah tanpa makrifat Muhammad s.a.w.

Begitulah hukum hakikat dan makrifat. Penyaksian ketuhanan Allah s.w.t dan penyaksian kerasulan Muhammad s.a.w tidak boleh bercerai tanggal.

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi yang bermaksud:
Wahai Muhammad! Kamu melihat mereka melihat kamu, dan meskipun mereka melihat kamu namun, mereka tidak mengenal kepada kamu.

Orang yang paling hampir dengan Rasulullah s.a.w adalah Saidina Abu Bakar as-Siddik r.a. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah. Engkau tidak terpisah daripadaku meskipun aku berada di dalam bilik kakus (tempat membuang air) "

Kelebihan Abu Bakar r.a dari sekalian manusia adalah lantaran Sir yang ada pada dirinya. Sir (Rahsia) adalah perkaitan atau jambatan antara  roh dengan Allah s.w.t. Sir yang tersembunyi dalam rahsia hati berkekuatan melebihi kekuatan langit dan bumi.

Sir dapat memandang tanpa biji mata dan mendengar tanpa telinga. Sir tidak menetap di satu tempat dan tidak pula mengembara. Sir tidak makan dan tidak minum.

Akal tidak ada pengetahuan tentang Sir. Sir tidak ada hubungan dengan hukum sebab musabab.

Sir hidup dalam abad demi abad, sedangkan jasad hidup dalam waktu tertentu. Bila seseorang yakin tentang sirnya maka dia bukan lagi dirinya. Dia adalah daripada Allah s.w.t, sedangkan sekalian yang maujud datang kemudian daripadanya.

Tidak ada satu pun yang datang kemudian daripadanya dapat mengalahkannya, asalkan dia mengenal kedudukannya dan membiasakan duduk di dalam makamnya, maka dengan demikian dia lebih kuat dari  bumi dan langit, lebih kuat dari syurga dan neraka, lebih kuat dari huruf dan asma’, lebih kuat dari apa yang nyata di dalam dunia dan akhirat.

Bagaimana hubungan hati seseorang dengan Rasulullah s.a.w menentukan kedudukan sirnya. Hati yang menerima pancaran cahaya nur Rasulullah s.a.w dikatakan hati yang ada perkaitan dengan Sir.

Hijrah rohani melalui berbagai-bagai peringkat sebelum sampai kepada Allah s.w.t. Seseorang salik atau murid yang melakukan hijrah rohani kepada Allah s.w.t tidak akan berhasil mencapai maksudnya jika dia tidak ‘bersama’ Muhammad s.a.w kerana semua pintu langit, semua pintu syurga, semua pintu hijab dan pintu masuk ke Hadrat Allah s.w.t hanya dibuka kepada Muhammad s.a.w dan yang menyertai Muhammad s.a.w. Berhijrah kepada Allah s.w.t tetapi yang lari dari Muhammad s.a.w adalah kejahilan.

Salik yang benar pada hijrahnya, mula-mula dikurniakan cahaya yang menerangi hatinya, membuatnya merasakan hampir dengan Allah s.w.t, dan hatinya merasakan Allah s.w.t berbicara dengannya.

Apa sahaja yang sampai kepada hatinya adalah juru bicara Allah s.w.t. Kemudian dia dibawa kepada makam makrifat iaitu saling kenal mengenal. Jadilah dia seorang yang mengenal Allah s.w.t. Makam ini adalah permulaan makam kesudahan. Ahli tasauf sering mengucapkan:

Permulaan agama ialah mengenal Allah s.w.t. Hijrah bersama-sama Rasulullah s.a.w meletakkan makrifat sebagai permulaan, sedangkan hijrah tanpa Rasulullah s.a.w menjadikan makrifat sebagai kesudahan jalan.

Sebab itu orang yang berhijrah tanpa Rasulullah s.a.w, setelah memperolehi makrifat mereka beragama dengan cara lain dari cara Rasulullah s.a.w beragama. Mereka tidak lagi berpegang kepada Sunah Rasulullah s.a.w. Sebenarnya mereka baharu berada di ambang pintu agama, belum lagi masuk ke dalam gerbang agama yang benar, yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.

Setelah mencapai makrifat, orang arif menanggalkan segala-galanya. Dia tidak lagi bersandar kepada amal, ilmu, makrifat, aulia yang agung, malaikat dan semua yang selain Allah s.w.t. Dia mengikhlaskan hati pada semua perbuatannya dan niatnya hanya tertuju kepada Allah s.w.t.

Dia membenamkan dirinya ke dalam sabar menghadapi apa juga ujian dan fitnah. Kuatlah dia berserah diri dan tawakal kepada Allah s.w.t. Kemudian dia naik kepada redha dengan segala hukum dan takdir Allah s.w.t. Seterusnya dia masuk ke dalam makam syuhud, iaitu menyaksikan-Nya dengan mata hati. Masuklah dia ke dalam makam keteguhan. Pada peringkat ini dia sudah melepasi makam kalbu, kerana kalbu adalah keadaan yang berbalik-balik, berubah-ubah, tidak tetap dan tidak teguh.

Bila dia sudah berada dalam keteguhan maka dihulurkan kepadanya perjanjian kewalian. Kewalian bukanlah kekeramatan. Sikap menghubungkan kewalian dengan kekeramatan adalah kesilapan yang besar. Sikap beginilah yang membuat orang tertipu dengan keramat khadam dan jin. Ada pula yang tertipu dengan sihir yang dilakukan oleh syaitan.

Kewalian sebenarnya menggambarkan tentang nama Allah s.w.t, al-Waliyyu, yang bermaksud Yang Menjaga, Yang Melindungi dan Yang Memelihara. Orang yang dijadikan-Nya wali adalah orang yang dibawa masuk ke dalam wilayah-Nya atau penjagaan, perlindungan dan pemeliharaan-Nya, dari berbalik mata hatinya kepada selain Allah s.w.t.

Seorang wali ialah orang yang tetap penglihatan mata hatinya kepada Allah s.w.t walau dia di dalam kesibukan sekalipun.

Semua sahabat Rasulullah s.a.w adalah wali-wali tetapi jarang kedengaran mereka mempamerkan kekeramatan. Rasulullah s.a.w sendiri bersama-sama sahabat termulia, Abu Bakar as-Siddik r.a, berhijrah dari Makkah ke Madinah dengan berjalan kaki dan menaiki unta, bukan terbang di udara dan sampai di Madinah dalam sekelip mata.

Aulia Allah yang agung mengatakan kekeramatan adalah permainan kanak-kanak yang diperlukan seseorang untuk meneguhkan iman, sedangkan orang yang sudah teguh imannya tidak memerlukan kepada keramat.

Seorang wali Allah s.w.t mengatakan orang yang keramat bukanlah orang yang dapat mengeluarkan wang dari poketnya yang kosong atau menukar daun kayu menjadi wang kertas.

Seorang yang keramat ialah orang yang poketnya penuh dengan wang, tetapi bila dia cuba mengambil wang di dalam poketnya itu didapatinya semua wang itu tidak ada, walaupun begitu hatinya tidak berkocak sedikit pun oleh hal tersebut, dia tidak berasa apa-apa.

Jadi, kewalian adalah istiqamah iaitu keteguhan bersama-sama Allah s.w.t, bukan kekeramatan. Andainya Allah s.w.t melahirkan kekeramatan melalui wali-Nya itu adalah kerana hikmah yang Dia sendiri mengaturnya kerana tujuan yang hanya Dia mengetahuinya.

Orang yang berada di dalam wilayah-Nya akan dibawa pula kepada makam pilihan. Setelah dipilih-Nya diserahkan amanat dan disingkapkan kepadanya khazanah Rahsia-rahsia-Nya. Orang yang berada pada peringkat ini sudah dapat menyimpan Rahsia-rahsia Allah s.w.t, tidak membeberkannya sebagai barang murahan yang boleh menyebabkan berlaku fitnah kepada orang ramai.

Setelah itu semua dilalui, jadilah dia seorang khalil atau sahabat setia. Seorang khalil dapat mencapai makam al-mahabbah (makam cinta). Makam cinta ini dinamakan makam as-Sir iaitu makam Hakikat Muhammad s.a.w. Kefanaan di dalam makam Mahabbah ini membakar segala tutupan dan hijab lalu tersingkaplah kemutlakan.

Lalu si hamba masuk ke Hadrat Allah s.w.t dengan didorong oleh tarikan yang kuat oleh cahaya nur yang pada sisi-Nya. Selamatlah si hamba itu sampai ke Hadrat Tuhannya. Allah s.w.t yang memulakan ciptaan-Nya dan mengulanginya.

Permulaan segala sesuatu ialah Allah s.w.t dan akhirnya juga adalah Allah s.w.t. Dia Yang Awal dan Yang Akhir. Kami datang dari Allah s.w.t dan kepada Allah s.w.t kami kembali.

Al Habib Syed Padzil Barakbah

Selasa, 16 Ogos 2016

Talkin/Bai'ah/Akad Dua Kalimah Syahadah.

Salamun Qadirun Ya Allah hu Ya Basirun Ya Makrifatullah!

Assalamualaikum wahai sahabat!

Marilah kita bersama merenung dan berfikir sejenak akan hal Talkin/Bai'ah/Akad Dua Kalimah Syahadah.

Salah seorang daripada 6 orang Imam Hadith, iaitu Abu Daud As-Sajistani. Beliau menghafal 500,000 hadis sahih. Beliau memampatkan (compress) hadis yang sebanyak itu menjadi 4,800 hadis.

Katanya: memadailah dengan 4 hadis untuk kamu faham / reti akan agama Islam. yang pertamanya: “innamal a’ma lu binniyyat” mafhumnya:‘bermula segala amal itu dengan niat’.

Jadi niat itu amat mustahak ! Jadi hendaklah kita ambil faham. Niat fardu yang paling utama sebelum datang niat2 yang lain? Kita solat dah, kita puasa dah, kita keluar zakat dah, kita tunai haji dah... apa lagi fardhu yang kita tak buat ? apa hukum dia ?

contoh: kita ada duit, kita berkira2 dengan barang yang kita nak beli. Nak beli peti ais, perabut, TV dll tetapi rumah tak ada lagi.

Hadis dari At-Tabroni dan Ibnu Majah :
“man ma ta walaisa fi ‘uluqihi bai’atun ma ta mi tatan jahiliyyati”

Mafhumnya: barang siapa diatas pundaknya tidak pernah menerima baiah (yakni menerima syahadah dengan niat memfardhu agama ke atas diri) maka matinya seperti mati jahiliyyah.

Jadi terimalah talqin syahadah dengan niat menfardhukan agama ke atas diri barulah jatuh taklif syarak ke atas diri. Bukan semua orang boleh beri agama, yang boleh mengajar hal agama Islam ramai. Tetapi yang boleh memberi agama sangat sedikit.

Agama Islam ini ada pewarisnya yang berhak. Pewaris yang menerima pusaka secara berhak dan beramal dengan barang yang dipusakai itu sajalah yang berhak memberi agama / memberi talqin syahadah.

Barulah sempurna menunaikan fardhu – fardhu yang lain kerana kita sudah ada rumah. Syahadah itu adalah rumah untuk simpan amalan – amalan kita. Bila dah ada rumah barulah sesuai kita menghias dia dengan apa – apa isi yang sesuai selari dengan buat apa yang disuruh oleh Allah Tala dan tinggal apa yang dilarangNya. Buat yang fardhu dan yang sunat menjadi tetamu kepada yang wajib.

Apabila ditanyakan kepada kebanyakan orang, “Bilakah kamu mengucap Dua Kalimah Syahadah?”. Ramai akan menjawab “semasa solat lima waktu (iaitu semasa tahiyyat).

Sedarkah kita bahawa jawapan berkenaan ada di dalam ‘Rukun yang Kedua’. Kerana jika ‘Mengucap Dua Kalimah itu bersatu dengan solat lima waktu’, maka Rukun Islam telah tinggal Empat dan bukannya Lima.

Kenapa disatukan antara Rukun Pertama dan Rukun Kedua? Kalau ditanyakan kepada seorang mualaf, beliau dapat menjawab dengan tepat mengenai waktu, tarikh, tempat, penalkin / pembaiah Dua Kalimah Syahadah serta saksi – saksinya sekali.

Tetapi kita ?? Tanyalah Ilmu dan Iman kita ! Jadi bilakah kita bersyahadah ? Islam baka kah (Taqlid / ikutan) kita, atau Islam Pusaka (Pegangan / anutan)?

Ada orang menjawab kita bersyahadah semasa kita dilahirkan menerusi azan dan iqamah. Apakah kita semasa bayi (secara adatnya) memahami apa yang telah dilakukan kepada kita?

Ada pula yang berkata “semasa kita berada di alam ruh” (sebelum turun kealam missal, ijsam dan insan. Apakah kita masih ingat perjanjian berkenaan ataukah nanti orang yang akan mengingatkan semasa kita lahir dan dewasa serta tua di dunia ini?

Ada yang bersyahadah sendiri... tanpa saksi? tanpa Pengesahan Pembaiah /Penalkin?

Ada yang berkata semasa hendak meninggal. Jika kita ditakdirkan, jika kita tidak sempat mengucap? Talkin orang yang hendak mati disunatkan mengajar“La ilaha illalLah” tetapi talkin orang hidup atau mukallaf ialah “Asy haduan la ilaha illallah, wa asy haduan anna Muhammadar Rasulullah”.

Kenapakah Rasulullah SAW membai’ah syahadah kepada para sahabat (yang sama) lebih daripada satu kali?
Bagaimana kita dapat menyempurnakan perkara yang fardhu sebelum melaksanakan fardhu – fardhu yang lain?

Bukankah tiada sah sempurna pekerjaan ibadat yang ada di dalam Rukun Islam melainkan terlebih dahulu diselesaikan hal syahadah ini?

Fikir dan renungkan se dlm2nya dan carilah jawapannya di lubuk hati yg paling dlm. JawapanNya ada di sana.

Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk menerima hidayahNya. Aamiin ya rabbul alamin.

Semua nya Terjadi adalah KEHENDAKNYA

Semua nya Terjadi adalah KEHENDAKNYA bukan Kehendak Mahkluk.

Tiada sifat marah bagi orang yang mengetahui semuanya dari Allah perancangan Allah ketentuan Allah Takdir Allah

Segalanya adalah Haq tiada Bathil kerana segalanya dari Allah mana mungkin Allah Bathil

Mengenal Allah Wajib Bersungguh-sungguh bukan hanya dengan fasih berkata-kata

Allah adalah Segalanya Semuanya adalah Allah. Hatta sebutir debu pasir berterbangan pun atas kehendak Allah jua.

Segala ketentuan Allah adalah Yang Terbaik bagi Allah walaupun dari sudut pandangan Manusia ianya Buruk Hina dan Dina tetapi Disisi Allah itu lah yang Terbaik DariKu bagi kamu wahai Hamba.

Kenapa perlu dipertikaikan tentang Takdir Allah ? Kenapa jadi begini begitu begini ? Jauh sungguh perjalanan bila hati terdetik sebegitu.

Tidak lah terjadi Sesuatu atas Muka Bumi kecuali atas Kehendak Allah . Bila Allah mahu Mahkluk itu berdosa itu yang Terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan dosanya akan menyedarkan dirinya Hina sentiasa Berdosa. Bila Allah mahu Mahkluk itu berpahala itu yang Terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan Pahala itu akan Membangkitkan semangat Istiqomahnya didalam Kebaikan

"Sedarlah Wahai Mahkluk engkau tidak akan sampai kepada Allah kecuali bila engkau telah Redha Atas SEMUA kehendak Allah"

Kebaikan untuk mu diSyukuri Keburukan untuk mu diPerbaki

Jika ini masih susah bagimu untuk difahami sedarilah bahawa kamu masih jauh terlalu jauh tersangat jauh dan jika kamu merasai kamu sudah mengenal Allah tetapi masih belum memahami perihal ini sedarlah wahai diri apa yang kamu kenal selama ini hanyalah sia-sia disisi Allah

Mana mungkin hamba yang Mengenal merasai adanya Baik dan Buruk sedang Rahmat Allah mendahului MurkaNya. Mana mungkin merasai Allah itu Buruk bagi yang mengenal.

Jadi mengapa masih menilai melihat keburukan jika sudah mengenal ?

"Kerana Manusia hari ini Mengenal Allah hanya Melalui Aqal tidak Melalui Hati"

Mukmin Seperti Lebah

Mukmin Seperti Lebah

عَن عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ....إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ أَكَلَتْ طَيِّبًا وَوَضَعَتْ طَيِّبًا وَوَقَعَتْ فَلَمْ تُكْسَرْ وَلَمْ تَفْسُدْ

Dari Abdullah bin Amru bin al-As, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda….:
"Sesungguhnya perumpamaan seorang mukmin adalah seperti lebah, ia makan yang baik-baik, mengeluarkan yang baik-baik, bila ia hinggap tidak membuat dahan patah dan rusak."
(HR Ahmad No: 6577)

*Pengajaran:*

1.  Seorang Mukmin perlu sentiasa melakukan amal kebaikan walau kepada siapapun dan dimana sahaja.

2.  Seorang Mukmin sepatutnya berperanan sebagai agen perubahan di mana sahaja dia berada.

3.  Jadilah kita seperti lebah yang berperanan secara semulajadi membantu proses pendebungaan bunga-bunga dan dalam masa yang sama menghasilkan madu. (Kita sentiasa memberi manfaat kepada orang lain)

4.  Jadilah kita seperti lebah, mendapat sesuatu dari sumber yang baik, menggunakan dan menyumbang kepada manusia lain juga yang baik dan bermanfaat. Dimana-mana kita berada, kita bukan beban tetapi asset kepada orang lain.

5.  JOM kita berusaha meninggalkan warisan yang unggul (legacy) di mana pun kita berada, berlumba untuk meninggalkan kebaikan seperti lebah yang meninggalkan legacy madu.

6.  Perlu diingat, kualiti madu yang dihasilkan oleh lebah bergantung pada sumber yang menghasilkan madu.

Kita haruslah memastikan ‘sumber-sumber'nya; guru yang mendidik, ilmu yang diperolehi, pentarbiyahan yang membentuk diri kita, rakan-rakan seperjuangan yang bersama kita, jamaah yang kita bergabung dengannya dan lain-lain.

Isnin, 15 Ogos 2016

PANDANGLAH DENGAN PANDANGAN YANG MULIA

Jika berjumpa dengan kanak-kanak anggaplah dia lebih mulia dari kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita...

Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat daripada kita...

Jika berjuampa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui...

Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui...

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia, kerana mungkin sautu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya...

- Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta'ala

Ahad, 14 Ogos 2016

33 TAHUN "HANYA" DAPAT 8 HAL

Suatu hari, Imam Syaqiq Al-Balkhi bertanya kepada muridnya yang bernama Hatim Al-Ashom :

■Imam Syaqiq : "Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu dariku?".

●"Sudah 33 tahun", jawab Hatim.

■"Apa yang telah kau pelajari, selama 33 th ini?", tanya Imam Syaqiq.

●"Hanya 8 hal ", jawab Hatim.

■" Inna lillahi wa inna ilaihi rooji'uun !
Kuhabiskan umurku untuk mendidikmu,
namun kau hanya mempelajari 8 hal dariku?", Ucap Imam Syaqiq hairan.

●"Benar Yaa Syeikh, aku hanya mempelajari 8 hal saja,
aku tidak mahu mendustai anda", jawab Hatim.

■"Cuba sebutkan 8 hal yang telah kau pelajari itu ! ". pinta Imam Syaqiq.

●Hatim Al-Ashom pun berkata :

♥Pertama :
"Kulihat setiap manusia memiliki seorang kekasih.
Ketika dia mati, kekasihnya ikut menghantarkannya hingga ke kubur, lalu meninggalkannya sendirian di sana.

○Maka,
Aku lebih memilih amal kebajikan sebagai kekasihku,
Sehingga ketika nanti Aku masuk liang kubur, amalku akan ikut bersamaku".

♥Kedua :
"Aku merenungkan Wahyu Allah SWT :
"Dan Adapun orang2 yang takut kepada Kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka surga lah yang akan menjadi tempat tinggalnya".
(QS. An Naazi'aat,79:40-41).

○Aku sadar,
Bahwa Firman Allah pastilah benar,
Maka Aku pun berjuang untuk melawan keinginan nafsuku, hingga nafsuku tunduk kepada Allah SWT ".

♥Ketiga :
"Aku perhatikan manusia selalu memuliakan dan menyimpan harta benda berharga yang mereka miliki, lalu Kupelajari Firman Allah swt :
"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah akan kekal". (QS. An Nahl,16:96).

○Maka setiap kali Aku memperolehi sesuatu yang berharga,
Aku pun sedekahkannya di jalan Allah swt, agar hartaku selalu tetap terjaga di sisi-Nya".

♥Keempat :
"Aku melihat setiap manusia mengejar harta, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan nasab.
Namun setelah aku mempelajarinya, ternyata semua itu tidak ada apa-apa, saat Aku membaca Wahyu Allah swt :
"Sesungguhnya, orang yg paling mulia di sisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa (kepada Allah) di antara kalian".
(QS. Al Hujurat,49:13).

○Kerena itulah,
Aku pun beramal utk mewujudkan Taqwa, agar Aku memperoleh kedudukan yang Mulia di sisi Allah SWT.

♥Kelima :
"Aku melihat manusia saling mencela dan melaknat, dan sumber semua itu adalah hasad (kedengkian). Lalu aku mempelajari Wahyu Allah SWT :
"Kami telah membahagikan untuk penghidupan mereka di alam dunia".
(QS. Az Zukhruf,43:32).

○Akupun sedar,
Bahwa semuanya telah di bahagi oleh Allah swt.
Maka aku tinggalkan sifat Hasad (dengki), aku jauhi manusia, dan aku tidak bermusuhan dengan seorang pun".

♥Keenam :
"Aku melihat manusia saling menganiaya dan saling membunuh, padahal Allah SWT berfirman :
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh(mu)".
(QS. Al Fathir,35:6).

○Oleh sebab itu,
Aku tinggalkan permusuhan dengan manusia dan aku menjadikan syaitan sebagai satu-satunya musuhku.
Aku selalu mewaspadainya dengan sekuat tenaga, sebab Allah swt sendiri yg telah menjadikan Syaitan sebagai musuhku".

♥Ketujuh :
"Aku melihat setiap orang hanya demi sepotong roti (harta), mereka rela menghinakan diri mereka sendiri dengan melakukan hal-hal yang di haramkan oleh Allah swt. Lalu kuperhatikan Firman Allah SWT :
"Dan tiada satu pun binatang melata di bumi, melainkan Allah telah menanggung rezekinya".
(QS. Hud,11:6).

○Aku sedar,
Bahawa diriku adalah salah satu dari yang melata itu, dan Allah swt telah menjamin Rezekiku.
Oleh kerana itu, aku sibukkan diriku untuk menunaikan kewajiban yang telah di berikan oleh Allah swt dan aku tidak pernah risau sesuatu yang telah di jamin oleh Allah swt untukku".

♥Kedelapan :
"Aku melihat semua orang bergantung kepada Makhluk Allah swt.
Ada yang bergantung kepada ladangnya,
bergantung kepada perniagaannya,
bergantung kepada pekerjaannya, dan
bergantung kepada kesihatan jasmaninya.
Akupun kembali kepada Firman Allah :
"Dan barang siapa yg bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (segala keperluan) nya".
(QS. Ath Thalaaq,65:3).

○Oleh karena itulah,
Aku pun bertawakkal (bergantung) kepada Allah swt yang Maha Perkasa dan Maha Agung, dan Allah swt pun mencukupi semua keperluanku".

■Mendengar jawaban dari Hatim Al-Ashom,
Imam Syaqiq Al-Balkhi berkata :
"Wahai Hatim, semoga Allah memberimu Taufiq.
Aku telah mempelajari Zabur, Taurat, Injil dan Al Qur'an.
Dan aku menemui bahawa semua jenis kebaikan dan ajaran Agama, berkisar pada 8 hal yang tadi telah kau sampaikan.
Barang siapa mengamalkan 8 hal tersebut.
Maka bererti, dia telah mengamalkan isi dari 4 kitab suci".

LALU........
♡Berapa lama kita menuntut ilmu?
♡Apa yang kita dapatkan?
♡Adakah pelajaran penting yang meresap kedalam hati kita dan selalu kita amalkan?
♡Atau semua itu hanya sekedar penghibur telinga kita?

Semoga Allah SWT, memberi kita Taufiq dan Hidayah,
Sehingga kita dapat mengamalkan apa yang kita dengar, kita lihat dan kita baca.......
الله اكبر                                              
Aminn ya Rabbal 'Alamin         

Akhir zaman akan dikuasai oleh orang-orang bodoh dan zalim

Pada akhir zaman, akan dijumpai kekuasaan orang-orang bodoh dan zalim. Mereka mempunyai banyak penolong dalam kezaliman mereka, bahkan mencambuk manusia dan menghinakan mereka. Rasulullah SAW telah mnegumpamakan cambuk-cambuk tersebut dengan ekor sapi serta memperingatkan mereka dengan neraka dan azab Allah SWT.

Dari Abu Umamah r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda, _“Pada akhir zaman, akan ada orang yang membawa cambuk seperti ekor sapi. Mereka pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada sore hari dalam kemarahan Allah.”_  (HR. Al- Albani)

Dari Abu Hurairah r.a bahwa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, _“Jika engkau diberi kesempatan yang panjang, engkau akan melihat suatu kaum yang pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada sore hari dalam kemarahan Allah. Di tangan mereka ada semisal (cambuk) ekor sapi.”_ (HR. Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a bahwa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, _“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah kulihat sebelumnya, yaitu suatu kaum yang bersamanya cambuk seperti ekor sapi, yang dipukul untuk memukul manusia, dan para wanita yang berpakaian, tetapi telanjang, berjalan lenggak-lenggok, dan kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk surga, bahkan tidak akan mencium baunya. Padahal,baunya dapat tercium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian.”_ (HR Muslim)

Sebagian dari tanda itu telah terjadi dalam sejarah Islam dan akan muncul lebih hebat lagi sebelum terjadinya kiamat, yaitu ketika ilmu dicabut dan muncul kebodohan sehingga Islam tidak tersisa lagi, kecuali nama dan tulisannya saja.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Usul Dalam Zikir

Usul zikir adalah Syuhudiah (menyaksikan Allah yakni afaal, sifat, asmaNya) hingga lebur keakuan, nyata Dia.

lafaz, bilangan zikir yang pelbagai adalah bentuk (form) tapi intipatinya (Usul) ialah syuhudiah itu.

Ramai yang terlekat pada form hingga zikirnya banyak, lafaz pelbagai tapi lalai (ghaflah) malah ada yang semakin sombong.

Untuk mencapai Syuhudiah dan wujudiah, mesti dibawah bimbingan Guru mursyid. Nur ini di dapati dari dada2 mursyid dengan penuh adab,  faqir dan cinta.

Para sahabat telah mencedok cahaya ini dan rahsia2 Ilahiah dari dada Rasulullah saw.

bila Jasad Baginda sudah tiada, maka tempat ambilan dari pewaris Baginda saw. pewaris Baginda ada yang mewarisi Syariatnya dan ada yang mewarisi Hakikat Baginda saw.

Yang mewarisi batin Nabi, kita panggil Guru Mursyid yang mereka ambil dari Guru mereka, guru mereka ambil dari guru mereka hingga bersambung cahaya sanad itu kepada Rasulullah saw.

Al Habib Syed Padzil Barakbah

Kenapa Setelah berkahwin Isteri sudah kehilangan kecantikan Dibanding Wanita Lain?

Kenapa Setelah berkahwin Isteri sudah kehilangan kecantikan Dibanding Wanita Lain?

Seorang suami mengadukkan apa yang ia rasakan kepada seorang Syekh.
Dia berkata: "Ketika aku melihat kecantikkan bakal istriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak perempuan seperti dia.

Ketika aku sudah menikahinya aku lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada istriku."

Syekh berkata: "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat dari pada itu atau yang lebih pahit?" Laki-laki tadi nenjawab: "Iya, mahu."

Syekh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu daripada mereka semua." Laki-laki itu tersenyum masam, lalu ia berkata: "Kenapa tuan Syekh berkata demikian?"

Syekh: "Karena masalahnya bukan terletak  pada istrimu. Tapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan.

Rasulullah bersabda:
لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang boleh memenuhi mulutnya kecuali tanah.

Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mau bertaubat".
Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan istrimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia ini?"

Laki-laki menjawab: "Iya, pasti mahu sekali."
Syekh: "TUNDUKAN PANDANGAN MU"

(Semoga yang singkat ini bisa bermanfaat)

Isnin, 8 Ogos 2016

WASPADAI 7 PEMIMPIN AKHIR ZAMAN

WASPADAI 7 PEMIMPIN AKHIR ZAMAN!!!

1. Para pemimpin sesat:

Dari A'us yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«إِنِّي لاَ أَخَافُ عَلىَ أُمَّتيِ إِلاَّ الأَئِمَّةَ المُضَلِّينَ»

“Aku tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para pemimpin sesat.” (HR. Ibnu Hibban).

Sufyan as-Tsauri menggambarkan mereka dengan mengatakan: “Tidaklah kalian menjumpai para pemimpin sesat, kecuali kalian mengingkari mereka dengan hati, agar amal kalian tidak sia-sia.”

2. Para pemimpin bodoh:
Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ka’ab bin Ajzah:

«أَعَاذَكَ اللهَ مِنْ إمَارَةِ السُّفَهَاءِ »

“Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan orang-orang bodoh.” (HR. Ahmad).
Dalam hadis riwayat Ahmad dikatakan bahawa pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah SAW. Yakni pemimpin yang tidak menerapkan syariah Islam.

3. Para pemimpin penolak kebenaran, penyeru kemungkaran.
Dari Ubadah bin Samit berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَأْمُرُونَكُمْ بِمَا لاَ تَعْرِفُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا تُنْكِرُونَ فَلَيْسَ لاِؤلَئِكَ عَلَيْكُمْ طَاعَةٌ»

“Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kalian dengan hukum yang tidak kalian ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kalian engkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kalian untuk mentaatinya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah)

4. Para penguasa yang memerintah dengan mengancam kehidupan dan mata pencarian. Dari Abu Hisyam as-Silmi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أَئِمَّةٌ يَمْلِكُوْنَ رِقَابَكُمْ وَيُحَدِّثُوْنَكُمْ فَيَكْذِبُونَ، وَيَعْمَلُوْنَ فَيُسِيؤُونَ، لا يَرْضَوْنَ مِنْكُمْ حَتَّى تُحَسِّنُوا قَبِيْحَهُمْ وَتُصَدِّقُوْا كَذِبَهُمْ، اعْطُوْهُمُ الحَقَّ مَا رَضُوا بِهِ»

“Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kalian. Mereka berbicara (berjanji) kepada kalian, kemudian mereka mengengkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kalian hingga kalian menilai baik (memuji) keburukan mereka dan kalian membenarkan kebohongan mereka, serta kalian memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani).

5. Para pemimpin yang mengangkat pembantunya dari orang-orang jahat, dan mengakhirkan solat (mengabaikan syariah).

Dari Abu Hurairah ra yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

« يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَرَاءُ ظَلَمَةٌ، وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ، وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ، وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ ذَلِكَ الزَّمَنَ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ جَابِيًا وَلا عَرِيفًا وَلا شُرْطِيًّا»

“Akan ada di akhir zaman para penguasa sewenang-wenangnya, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta. Sehingga, siapa saja di antara kalian yang mendapati zaman itu, maka sungguh kalian jangan menjadi pengumpul cukai, pemimpin dan menjadi polis.” (HR. Thabrani).

6. Para pemimpin diktator (zalim).
Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّ شَرَّ الوُلاَةِ الحُطَمَةُ»

“Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (HR. Al-Bazzar).
Pemimpin al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan politik kuku besi terhadap rakyatnya.

Dari Abu Layla al-Asy’ari bahwa Rasulullah SAW bersabda:

«وسَيَلي أُمَرَاءُ إنْ اسْتُرْحِمُوا لَمْ يَرْحَمُوا، وإنْ سُئِلُوا الحَقَّ لَمْ يُعْطُوا، وإِنْ أُمِرُوا بالمَعْرُوفِ أَنْكَرُوا، وسَتَخَافُوْنَهُمْ وَيَتَفَرَّقَ مَلأُكُمْ حَتى لاَ يَحْمِلُوكُمْ عَلى شَيءٍ إِلاَّ احْتُمِلْتُمْ عَلَيْهِ طَوْعاً وَكَرْهاً، ادْنَى الحَقِّ أَنْ لاَ تٌّاخُذُوا لَهُمْ عَطَاءً ولا تَحْضُروا لَهُمْ في المًّلاَ»

“Dan berikutnya adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihani; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kalian dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kalian. Sehingga mereka tidak membebani kalian dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kalian dengan cara paksa, baik kalian suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kalian, adalah kalian tidak mengambil pemberian mereka, dan kalian tidak menghadiri pertemuan (perhimpunan) mereka.” (HR. Thabrani).

7. Para penguasa zindik (pura-pura beriman).

Dari Ma’qil bin Yasar bahwa Rasulullah Saw bersabda:

«صِنْفَانِ مِنْ أُمَّتِي لَنْ تَنَالَهُمَا شَفَاعَتِي: إِمَامٌ ظَلُومٌ، وَكُلُّ غَالٍ مَارِقٍ»

“Dua golongan umatku yang keduanya tidak akan pernah mendapatkan syafa’atku: pemimpin yang bertindak zalim dan orang yang berlebihan dalam beragama hingga sesat dari agama.” (HR. Thabrani).

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh pembohongan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah.” Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/mengurusi urusan umum/pablik.” (Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/pablik” dan “al-umara [pemerintah] fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/pablik”) (HR Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar).

Rasulullah SAW bersabda melalui sebuah hadis riwayat Muslim:

ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة

"Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga (amanah) rakyat di mana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya Syurga."

EMPAT JENIS MATI YANG WAJIB BAGI SALIK

EMPAT JENIS MATI YANG WAJIB BAGI SALIK

MATI TABI’I
Iaitu Mati Pancaindra Yang Lima. Seluruh Anggota Tubuhnya Secara Lahir Dan Batin Telah Membaca Allah ! Allah ! Dan Suara Alam Ini Seolah Berzikir Dan Terdengar Membaca Kalimat Allah ! Allah ! Berzikir Dengan Sendirinya Hingga Yang Tinggal Hanyalah Rasa Rindu Terhadap Allah.

Salik Yang Telah Merasakan Mati Tabi’i Itulah Orang Yang Telah Sampai Dengan Rahmat Allah Pada Maqam Tajalli Af’alullah (Nyata Perbuatan Allah Swt)

MATI MAKNAWI
Iaitu Merasakan Dirinya Zahir Dan Batin Telah Hilang Dan Seluruh Alam Ini Telah Lenyap Semuanya. Yang Ada Hanyalah Kalimat Allah ! Allah ! Semata-Mata Dimana Pun Ia Memandang. Kalimat Allah Yang Ditulis Dengan Nur Muhammad. Salik Yang Telah Merasakan Mati Maknawi Itulah Salik Yang Telah Sampai Dengan Rahmat Allah Pada Maqam Asma Allah SWT.

Atau Biasa Disebut Maqam Tajalli Asma (Nyata Nama Allah SWT). Nama Dengan Yang Punya Nama Tidak Terpisahkan Sedikitpun. ”Dengan Nama Allah SWT Yang Tidak Memberi Mudarat/Binasa Di Langit Dan Dibumi Dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui”.

MATI SURI
Iaitu Di Dalam Perasaan Salik Itu Telah Lenyap Segala Warna-Warni. Yang Ada Hanya Nur Semata-Mata : Yakni Nurullah, Nur Dzatullah, Nur Sifatullah, Nur Asma Allah, Nur Af’alullah, Nur Muhammad, Nur Baginda Rasulullah, Nur Samawi, Nur ‘Ala Nur. Inilah Salik Yang Telah Diberi Pelita Oleh Allah Untuk Meluruskan Jalannya.

Salik  Yang Telah Merasakan Mati Suri Itulah Salik Yang Telah Sampai Dengan Rahmat Allah Pada Makam Tajalli Sifatullah (Nyata Sifat Allah).

MATI HISI
Iaitu Dalam Perasaannya Telah Lenyap Kalimat Allah. Dan Telah Lenyap Pula Seluruh Alam Ini Secara Zahir Dan Batin.

Dan Telah Lenyap Pula Nur Yang Tadinya Terang Benderang, Yang Ada Dan Dirasakannya Adalah Dzat Allah SWT, Bahkan Dirinya Sendiripun Dirasakannya Hilang Musnah. Ia Telah “Dibunuh” Allah SWT Dan Dialah Sebagai Gantinya. 

Sebagaimana Firman Allah SWT Didalam Hadist Qudsi : “Bahwasanya Hamba-Ku, Apabila AKU Telah Kasihi, AKU Bunuh Ia, Lalu Apabila Telah AKU Bunuh, Maka Akulah Sebagai Gantinya.”

Maka Langkahnya Seolah-Olah Langkah Allah. Pendengarannya Seolah-Olah Pendengaran Allah. Penglihatannya Seolah-Olah Penglihatan Allah.

Geraknya Seolah-Olah Kehendak Allah. Perbuatannya Seolah-Olah Perbuatan Allah.

Salik Yang Telah Mendapat Mati Hisi, Ia Akan Melihat Allah SWT Dalam Perasaannya. Sepertimana Dalah Surah Al-Baqarah Ayat 115 “Timur Dan Barat Kepunyaan Allah SWT, Kemana Kamu Menghadap, Maka Disana Ada Wajah Allah.”

,Surah An-Nisa Ayat 126 : “Dialah Allah Yang Awal, Dan Dialah Yang Zahir Dan Dialah Allah Yang Batin.”

Salik Yang Telah Merasakan Mati Hisi, Itulah Salik Yang Telah Sampai Dengan Rahmat Allah SWT Pada Maqam Tajalli Zat.

Jumaat, 5 Ogos 2016

Pelajaran tauhid yg sangat bernilai.

Pelajaran tauhid  yg sangat bernilai.

Dahulu kala, ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi.. Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya.. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya..

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya..

Maka teman-temannya berkata : "Sungguh malang nasibmu, padahal kalau kemarin kamu jual, kamu kaya, sekarang kudamu sudah hilang.."
Si petani miskin hanya diam saja tanpa berbicara...

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali , bersama 5 ekor kuda liar lainnya..
Lalu teman-temannya berkata : "Wah..! Untung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keuntungan.."
Si petani  tetap hanya diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah..
Kawan2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa malang, lihat sekarang anakmu kakinya patah.."
Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian terjadi peperangan di wilayah itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani karena tidak boleh berjalan..

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung sekali nasibmu kerana anakmu tidak ikut berperang, kami harus kehilangan anak-anak kami.."

Si petani kemudian berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau malang..
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai...
Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini..
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok..
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok..
Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita...
Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini..

Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam```

Isnin, 1 Ogos 2016

Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur’an

Kisah Benar Jenazah Disolatkan Oleh 70 Ribu Malaikat

Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. : Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, suasana kelihatan begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.

Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.
Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril : “Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?”

“Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup karena terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya.” jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : “Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?”

“Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat.” jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : “Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?”

Kemudian Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah seorang umatmu.”

“Siapakah dia, wahai Jibril?” tanya Rasulullah SAW
“Dialah Muawiyah…!!!” jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : “Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?”

Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya
Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas.”

Malaikat Jibril melanjutkan bicaranya : “Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut.”

SubhanAllah ..
Walhamdulillah ..
Wala ilaha illallah ..
Wallahu akbar.

Rasulullah SAW bersabda : ”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur’an dalam semalam?”

Mereka menjawab, “Bagaimana mungkin kami bisa membaca sepertigai Al-Qur’an?”

Lalu Nabi SAW bersabda, “Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur’an.”
(H.R. Muslim no. 1922)

آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن