Pages

Sabtu, 18 Februari 2017

MEMAHAMKAN ERTI QADHA & QADHAR

MEMAHAMKAN ERTI QADHA & QADHAR

Para ilmuwan, sering berbeda pendapat di dalam memberi definasi sebenar akan maksud perkataan Qadha Qadhar.

Ini kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang hampir sama dan saling menjelaskan.

Dalam ilmu Nahwu (tatabahasa) Arab,  perkataan Qadha Qadhar itu adalah satu perkataan yang tidak terpisah dan saling kait mengait di antara satu dengan lainnya.

Apabila ianya disebut secara bersendirian, Qadha atau Qadhar, ia masih membawa maksud yang serupa tetapi jika ia disebut secara bersama (Qadha Qadhar) ia membawa maksud yang berbeda.

Ibarat perkataan Kaca Cermin atau Cermin Kaca. Jika perkataan itu dipisahkan, maka kaca dan cermin masih merujuk kepada maksud yang serupa tetapi bila disatukan sebutannya, ia merujuk kepada maksud yang lain.

Perkataan Qadha Qadar juga tergolong dalam pengertian ilmu 'Nahwu' sebegini.

MAKSUD

Jika dipisahkan, Qadha itu maknanya TETAP (Ketetapan)

Qadar itu maknanya TENTU (Ketentuan).

Tetapi jika Qadha Qadhar itu disatukan, maka ia membawa maksud TAKDIR.


DALIL

QADHA : TETAP

(Jibril) berkata, demikianlah telah berfirman Tuhanmu hal itu, bagiKu sangatlah mudah, dan kami hendak jadikan ia bukti bagi manusia dan dari kami dan (penciptaannya) adalah perkara yang telah DITETAPKAN 

He said, "Thus [it will be]; your Lord says, 'It is easy for Me, and We will make him a sign to the people and a mercy from Us. And it is a matter [already] decreed.'  (al-quran 19:21)


QADHAR : TENTU

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan KETENTUAN
Indeed, all things We created with predestination  (al-quran 54:49)

APA YANG DIKATAKAN TETAP?

Qadha itu Tetap.

Apa yang tetap?

Allah itu menetapkan setiap sesuatu itu berlaku dalam hukum FayakunNya. Bila Allah 'KUN' (Jadi) segala sesuatu, maka Fayakun (Terjadilah) segala sesuatu itu mengikut undang-undangNya. Undang2 inilah yang dikatakan Sunatullah.

Makanya setiap segala sesuatu yang berlaku itu adalah keteTETAPan atau Qadha Allah yang telah mengikut Sunnahtullah (Peraturan) Allah.

Peraturan atau Undang2 ini adalah undang2 yang TETAP dan tidak akan berubah yang telah diFayakunkan Allah di Loh Mahfuz.

KE-TETAP-AN yang tidak berubah ini dikenali juga dengan nama TAKDIR MUBRAM (Takdir yang tidak boleh berubah)

Contoh Sunatullah (undang2/hukum/peraturan) ini ialah Mati. Setiap sesuatu yang hidup pasti akan Mati. Mati inilah yang dikatakan keTETAPan atau QADHA Allah yang telah diFayakunNya mengikut KehendakNya sendiri.

Contoh lain seperti; api sifatnya panas, jasad sifatnya binasa, angin tidak bisa dilihat, matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat, hanya wanita yang bisa melahirkan, mata untuk melihat dan banyak lagi.

APA YANG DIKATAKAN TENTU?

QADHAR pula bermaksud TENTU.

Apa yang tentu?

Allah menentukan bahawa setiap yang TETAP itu adalah tertakluk kepada keTENTUan-Nya atau Qadar-Nya berdasarkan HUKUM SEBAB dan AKIBAT dan di atas KEHENDAK NYA sendiri, seperti yang telah diFayakunkan dalam Loh Mahfuz.

KE-TENTU-AN yang berdasarkan Hukum Sebab dan Akibat ini dikenali juga dengan nama TAKDIR MUALAAQ (Takdir yang boleh berubah)

Contoh:

Orang bunuh diri dalam api kebakaran.

Jika seseorang ingin membunuh diri dan dia masuk ke dalam rumah yang terbakar, kemudian dia mati, maka apakah ini dikatakan takdir Allah? Jika ini dikatakan takdir Allah, apakah ini bermakna Allah itu kejam?

Jika seseorang itu mati terbakar dalam kebakaran, apakah takdir Allah yang membunuh mereka?

Jika kita miskin, apakah takdir Allah yang memiskinkan kita? Jika kita bercerai dengan isteri atau suami, apakah dituduh Allah yang menceraikan kita?

Jika seseorang itu dilahirkan dalam agama selain Islam, apakah itu kehendak mereka? Jika Allah itu yang melakukannya, apakah itu menunjukkan bahawa Allah itu zalim?

Allah itu Maha Pengasih lagi Penyanyang kepada seluruh makhluk yang dijadikanNya, tidak kira bangsa dan agama! Itulah KE-TETAP-AN Nya (Qadha).

Allah tidak memusnahkan makhluk, tetapi Allah telah mencipta KEMUSNAHAN mengikut HUKUM SEBAB dan AKIBAT yang telah 'ditulis' di dalam Loh Mahfuz. Hukum Sebab dan Akibat inilah KE-TENTU-AN NYA (Qadhar).

Jika Allah itu hanya redha kepada penganut agama Islam, kenapa Allah menjadikan penganut agama lain? Apakah ada 'Allah' lain yang menjadikan mereka? Inilah KE-TETAP-AN Allah!

Penganut Agama lain mengenal Tuhan dengan menggunakan pertimbangan rohani dan jasmani yang berbeza. Inilah KE-TENTU-AN Allah. 

Berbalik kepada contoh orang yang membunuh diri di dalam kebakaran. Maka yang bagaimana dikatakan Qadha Qadar Allah?


Qadha Allah ialah Mati.

Maksudnya, Allah telah TETAP kan bahawa setiap makhluk atau setiap segala sesuatu yang hidup akan mati. Mati inilah Qadha atau Tetap yang tidak berubah yang telah diFayakunkan Allah!

Mati TETAP akan berlaku sejak dari zaman Adam hingga sekarang dan setiap orang akan menghadapinya dan setiap makhluk tidak akan terlepas mati !

Qadar Nya?

Mati itu TETAP tetapi belum TENTU bila waktunya akan berlaku !

Waktu bila dan di mana berlakunya mati itu telah Allah TENTUkan di Loh Mahfuz berdasarkan kepada HUKUM SEBAB dan AKIBAT.

Bermakna setiap kematian pasti TETAP akan berlaku tetapi waktu berlakunya kematian itu telah diTENTUkan mengikut HUKUM SEBAB dan AKIBAT.

Contoh:

Orang itu membunuh diri dan mati dalam kebakaran.

Dimana QadhaNya? (KetetapanNya) ialah :

1. Setiap makhluk akan Mati

2. Manusia ada akal

3. Api sifatnya panas dan membakar

4. Jasad sifatnya binasa

Empat perkara di atas TETAP akan berlaku dan tidak boleh diubah (Takdir Mubram).

Namun....

KeTENTUan tentang bila akan berlakunya kematian, tentang bila api akan membakar, tentang bila jasad akan binasa dan tentang bila akal akan berfikir adalah mengikut HUKUM SEBAB dan AKIBAT.

Apa Hukum Sebab dan Akibat Yang Menyebabkan Orang itu Mati?

1.     SEBAB orang itu tidak berfikir menggunakan waras akalnya, maka dia ingin membunuh diri di dalam api kebakaran.Kenapa orang itu tidak befikir?

Mungkin dia stress. Mungkin dia sakit. Mungkin dia banyak hutang. Mungkin dia ingin mencuba ilmu kebalnya. Mungkin dia dipaksa atau banyak lagi sebab.

2.     SEBAB orang itu stress, AKIBATnya, dia tidak dapat berfikir menggunakan akal yang waras.

3.     SEBAB dia tidak menggunakan akal yang waras, AKIBATnya dia buat keputusan masuk ke dalam api.

4.     SEBAB dia masuk ke dalam api, AKIBATnya, jasadnya binasa terbakar.

5.     SEBAB jasadnya binasa terbakar, AKIBATnya dia mati !

6.     Mati itu Qadha dan Sebab Akibat kematiannya itulah Qadhar !

Maka yang manakah dikatakan TAKDIR Tuhan ?

Qadha dan Qadar itulah TAKDIR Tuhan !

Takdir itu adalah mengikut 'KehendakNya' sendiri seperti yang tertulis di Loh Mahfuz.

Api itu tidak akan membakar dan jasad itu tidak akan binasa jika Dia menginginkan begitu.

Orang itu tidak akan membunuh diri jika DIA  berkehendakkan begitu.

Jasad makhluk tidak akan binasa jika DIA berkehendakkan begitu.

Api tidak akan membakar jika DIA berkehendakan begitu.

Orang itu boleh saja berfikir samada dia ingin menggunakan akalnya atau tidak jika DIA berkehendakan begitu.

Contohnya, Nabi Ibrahim tidak terbakar dan jasadnya tidak binasa meskipun dicampak ke dalam api kerana DIA berkehendakkan begitu !


KESIMPULAN

Tuhan itu Maha MENETAPKAN segala sesuatu yang langsung tidak boleh diubah oleh makhluk walau apa cara sekalipun.

Tuhan itu Maha MENENTUKAN kejadian segala sesuatu dan boleh berubah mengikut Hukum Sebab dan Akibat dan KehendakNya Sendiri !

Inilah TAKDIR Tuhan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.