Pages

Selasa, 25 April 2017

Ingat mengingati dan nasihat menasihati.

Untuk renungan bersama.....

Eloklah sama2 kita ingat mengingati dan nasihat menasihati..

Ramai antara kita yang dah lama   pencen, baru pencen dan juga yg akan berpencen..

Boleh renung2 kan plan dibawah ni sebelum kita yang pencen atau yg akan berpencen tidak menderita hidup kita sebab tidak merancang!

Kalau derita sekadar didunia ini tidaklah mengapa tetapi yang kita semua takuti adalah derita dunia dan akhirat.

Justeru, dengan pengalaman kawan kawan senior saya dan juga nasihat dari para Tuk Tuk Guru, saya panjangkan planning saya ini untuk sahabat2 semua.

Diusia pencen ini tak usah lah sibuk nak bela kucing, atau cari Pokemon dan ralit main  facebook atau apa saja yang tak faedah.

Badan dah nak mati tu elok lah buat plan ibadah agar mati dalam akidah/ibadah yang betul.

Kalau di KL dan Selangor ni banyak majlis ilmu. Oleh itu mengajilah. Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak sekolah dulu.

Cadangan saya ;

1. Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid. Ini untuk memastikan aqidah kita benar dan betul sebab kalau aqidah kita salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan termasuk golongan neraka. Akidah lah kunci syurga.

Selain itu mantapkan ilmu feqah dan tasauf.

Jangan asyik nak belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar.

Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak der siapa nak dengar suara tua kita yang merdu tu. Yang penting banyak tadabbur quran dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. Banyakkan taubat. Taubat tak kira tempat. Dimana pun boleh taubat. Bukan dimekah saja. Kita ni banyak dosa. Oleh jangan abaikan taubat walau sehari.

3. Perbaiki ilmu solat agar betul. Jangan pulak masa terluang yang banyak tu kita asyik nak tengok drama bersiri dan drama cinta, Sayangku kapten mukhris atau hindustan dan yang lain lain pulak. Ingat, kita semua dah kerepot. Tak ada siapa nak main cinta dah!

4. Dapat duit pencen tu, jangan sibuk nak shopping bergaya macam orang kaya kaya. Itulah penyambung nyawa kita 10 ke 15 tahun lagi. Dan jangan pulak asyik belikan cucu cucu baju pulak. Sesekali tak apalah! Yang penting, guna duit tu untuk settle  fidyah puasa dan qodha puasa kita. Itu semua hutang kita pada Allah. Dan jangan lupa pulak hutang pada manusia yang belum kita bayar. Jangan nak lupakan pulak.

5. Kalau belum ke Mekah dan ada duit gratuiti tu, pergilah ke Mekah dan jangan sibuk nak renovate rumah. Duduk lah rumah yang ada tu seada nya. Kalau nak repair pun repair bumbung saja sebab takut kita kena hujan. Tentukan mengambil bahagian dalam ibadah Korban setiap tahun walaupun satu bahagian.

6. Banyakkan sedekah jariah dan juga wakaf. Bukan sedekah pada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah tu maksudnya sedekah pada orang nak buat masjid ke, pondok ngaji ke dan sebagainya. Sedekah jariah itu nanti akan mengalir pahala nya bila kita dah dikambus tanah nanti.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat senaman dan juga jangan lupa check up hospital selalu. Supaya kita tak sakit dan menyusahkan anak anak nak jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan mereka sendiri. Kesian dekat anak anak. Dan kalau tak sakit, mudah nak buat ibadat kita.

8. Jangan banyak tidur sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama.

9. Jangan jadi kuli anak waktu tua. Waktu inilah anak anak durhaka ini suka landingkan anak anak mereka pada kita untuk kesenangan mereka melaram pergi kenduri kawin dan shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dan hal2 penting sebagainya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. Jangan sesekali terlibat dengan bisnes dah! Cukup lah pencen dan simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni, sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner atau pak guard lah sampai mati.

11. Berhati hati bagi anak pinjam duit kita untuk perkara yang tidak penting bagi mereka. Kalau penting sangat tu boleh lah beri tapi pastikan mereka bayar balik. Itu duit hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sekali kita diperbodohkan.

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan keewangan seperti mana kita dulu yang sanggup ikat perut nak besarkan mereka. Terkadang anak dan menantu kita ni mereka hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa pikir masa depan anak anak mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal mahal. Kalau boleh perhatikan mereka dan nasihatkan mereka.

12. Berziarahlah kawan kawan dan sedara mara kita, sebab usia kita pun tak panjang. Apa lagi mungkin kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu ini lah masanya kita tebus segala dosa kita agar kita selesaikan semua urusan dengan manusia bila mati nanti.

13. Akhirnya, bersabarlah hidup dihari tua. Ujian macam kelkatu. Banyak ingat Allah dan baca quran. Agar kita selalu tenang hingga lah bertemu Allah.

Rasa2 macam plan ini boleh di menafaatkan... boleh teruskan. Tapi kalau  rasa macam tak mengikut citarasa sahabat2.. Abaikanlahh..

Waullahualam. 🙂 sama2 kita audit diri kita..masing2 ada level - kelebihan , kekuatan dan kelemahan serta kekurangan diri..yg penting terus perbaiki diri sediakan diri utk kembali kepadaNYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.