Pages

Jumaat, 31 Mac 2017

SEBENAR-BENAR IKHLAS YANG MERUPAKAN TALI ALLAH

YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SEBENAR-BENAR IKHLAS YANG MERUPAKAN TALI ALLAH

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
‎قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
‎إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
‎قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
‎إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 65)
‎إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌۚ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَكِيلًا

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

38.Surah Şād (Verse 82)
‎قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38.Surah Şād (Verse 83)
‎إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".

FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK

29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 65)
‎فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

FIRMAN ALLAH DIATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK

31.Surah Luqmān (Verse 22)
‎وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰۗ وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

39.Surah Az-Zumar (Verse 2)
‎إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.

39.Surah Az-Zumar (Verse 3)
‎أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 103)
‎وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُواۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS MENUNJUKKAN BAHAWA IKHLAS SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA MEMBAWA MAKSUD KEPADA BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK IAITU BERPEGANG DENGAN IKTIQAD TAUHID. INILAH JUGA YANG MERUPAKAN TALI ALLAH

Malam Al-Qadar adalah harapan bagi kaum mukmin yang berharap mendapatkan perubahan jiwa dengan petunjuk dari Allah Yang Maha Mulia. Mengharapkan akan datangnya keberkahan pada jiwa atau hati atau ruh atau diri orang-orang yang meyakininya tidaklah sama dengan orang-orang yang tidak terlintas adanya harapan dengan banyak alasan kurangnya keyakinan!

Siapa pun pasti membenarkan ada-Nya Dia (Allah) sebagai Tuhan Yang Maha Bijaksana! Dengan membenarkan keberadaan-Nya sebagai Tuhan Yang Memiliki kemahabijaksanaan, sepatutnya kaum mukmin tidak mementahkan akan adanya keberkahan yang diturunkan pada malam-malam ramadhan, yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an pada malam kemuliaan (lailatul qadr)!

Jika Rasululullah saw yang agung mendapati wahyu ke dalam hati baginda, maka hati-hati umatnya yang senantiasa tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya, bukan mustahil juga akan dinugerahi pengajaran Al-Qur’an dan As-Sunah yang mendalam (Al-Hikmah)!

Apa yang telah diwahyukan oleh Allah melalui perantaraan Jibril a.s. kepada Rasulullah Saw tidak berarti akan diwahyukan lagi kepada umatnya! Bukan, bukan itu yang dimaksud diajarkan Al-Qur’an dan As-Sunah ke dalam hati kaum mukmin! Akan tetapi, petunjuk Allah Yang Maha Mulia akan dipancarkan ke dalam jiwa seseorang yang beriman untuk memahami dengan pasti setiap kandungan yang dimuat di dalam ayat-ayat-Nya atau perkataan Nabi-Nya Saw! Dengan begitu, dia (di antara kaum mukmin) tidak menemukan kegelapan ketika memaknai ayat-ayat-Nya atau hadits Nabi-Nya!

Allahu Akbar wa lillahil hamdu! Allah Maha Besar, segala puji patut hanya untuk diri-Nya! Kemahaluasan Ilmu Allah tak perlu diperdebatkan! Musykil Allah Azza wa Jalla diragukan! Hanya orang-orang yang tidak berimanlah yang menyangsikan-Nya.

Kepastian datangnya Al-Qadar tidak patut dipertanyakan. Al-Qur’an yang mulia sudah memperlihatkan kepastiannya! Malam itu adalah malam yang penuh kemuliaan, keberkahan, keutamaan melebihi malam-malam yang lain; sekiranya seribu bulan bercahaya, maka cahayanya tak akan dapat menyamai-Nya saat Al-Qur’an turun (kembali) di malam kemuliaan (Al-Qadar) tersebut! Bilakah itu dapat diketahui oleh kaum mukmin? Allah lah Yang Maha Mengetahui! Tak seorang pun dapat mengetahuinya kecuali karena Allah akan memberikannya....!

Al-Qadar tidaklah menghindar untuk hadir di alam dunia sekalipun banyak kaum mukmin yang tidak meyakininya! Al-Qur’an pun tetap “turun” ke dalam jiwa kaum mukmin yang meyakini, mengharapkan, memerlukan, merindukan, yang terlebih penting lagi iaitu tidak seketukan sesuatu dengan Allah dan tak pernah berhenti memohon dengan sepenuh jiwa kepada Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana!

Cahaya Al-Qur’an sangat terang benderang! Allah Swt menjelaskan keberadaan Al-Qur’an di dalam ayat-Nya sebagai berikut:

‎يا أيها الناس قد جاءكم برهان من ربكم وأنزلنا إليكم نورا مبينا

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an)” (Q.S. An-Nisaa : 174).

Oleh karena itu, pada malam Al-Qadar apabila orang mendapati hatinya merasa “terang benderang” (sangat bertambah kuat tingkat keyakinan akan kemahabesaran Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana), tidak ada lagi unsur syirik didalam dirinya, dia sesungguhnya mendapati “Malam Kemuliaan.”

Indahnya “Malam Kemuliaan” melemahkan setiap kesombongan otak yang merasa cerdas, jenius, brilian, cemerlang, pintar, fullbright, dan lain-lain sebutan untuk kehebatan otak.

Suasana hati demikian tenteram serasa sedang berada bersama berbagai keindahan surgawi, kesejukan jiwa yang menghanyutkan kegelisahan!

Tak ada suasana yang menjadikan hati, bingung, bimbang, ragu, tidak jelas, tak tahu arah, selalu merasa berdosa dan lain-lain suasana hati yang berpenyakit!

Dengan keyakinan, sekali lagi, hanya dengan keyakinan, kita dapat merasakan kehadiran “Malam Kemuliaan” itu. Bukan dengan hayal atau keragu-raguan, dan pasti tak akan dapat merasakan kehadirannya.

Mustahil bagi Allah memperlakukan kepada nya (orang yang tidak meyakininya) serta orang yang masih menyengutukan Allah dengan segala sesuatu kerana hakikat puasa sebenarnya ialah mengesakan zat Allah yang meliputi, diri manusia.

Apabila manusia dapat SE pada zat Allah maka akan zahir lah Afaal Allah yang tidak makan dan tidak minum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.