Salam untuk semua. Ade nmpak kan gambar yang di atas tu ? Tu papan tande menunjuk kan jalan nak ke tapak -Peperangan Yarmouk-
Alhmdulillah terima kasih Tuhan,RSA,dan dengan keberkatan Bonda Wasilah di rezekikan untuk ke tapak Peperangan Yarmouk ni..bukan nye senang nk ke sini tau

Peperangan Yarmouk adalah peperang diantara kaum Muslimin Arab dan kerajaan Rome Byzantine pada tahun 636M. Pertempuran ini, telah diibaratkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai salah satu pertempuran yang penting dalam sejarah dunia, kerana ia adalah permulaan awal peperangan yang sangat besar penaklukan kaum Muslimin di luar jazirah Arabiah, dan cepat masuknya Islam ke bumi Palestine, Syria,dan Jordan. Pertempuran ini merupakan salah satu kemenangan bagi Sayyidina Khalid bin Walid yang paling gemilang dan menguatkan lagi reputasinya sebagai seorang panglima yang hebat.

Ini adalah tugu peringatan sayyidina khalid bin walid, yang dibena dengan berbentuk Pedang.
* Berlakunya Peperangan ini 4 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW .peperangan ini berlaku di zaman pemerintahan sayyidina umar al khattab r.a. Pada 633M tentera islam y dipipmpin sayyidina Khalid ibn walid r.a telah menyerang Syria. setelah berbagai2 peperangan dan pertempuran kecil dilalui,mereka berjaya menawan Damascus pada 635M. Kaisar Rome Timur y bernama Heraclius telah mengatur sebuah pasukan besar setelah mengetahui jatuhnya Damascus dan Emesa ke tangan org2 islam.Pergerakan pasukan Rome Timur ini menyebabkan tentera islam di bawah pimpinan Sayyidina Khalid ibn Walid meninggalkan kota-kota itu, dan mundur ke selatan menuju Sungai Yarmouk,yang kini mnjadi sempadan diantara jorden dan palestin.
Di bawah tu lah tapak Peperangan Yarmouk. Dah x gaye dah,orng-orang kawasan situ buat pertanian abes bercucuk tanam kt situ.. 
Pasukan romawi dengan peralatan perang yang lengkap dan memiliki tentera yang berjumlah besar sebanyak 240.00 orang,sedang pasukan muslimin yang dipimpin oleh sayyidina Khalid ibn walid r.a hanya 40.000 orang sahaja.
Peperengan ini memakan masa enam hari.Sejarah telah menyaksikan kehebatan seorang tokoh pejuang islam yang unggul serta diberi gelaran dr Tuhannya sebgai pedang Allah ini telah mengatur strategi untuk bertahan dan menyerang balas dengan menyusun pasukannya dalam barisan sepanjang 18km.maka berlalulah penahanan itu selama 4 hari,pd hari kelimanya tentera romawi cuba membuat gencatan senjata tetapi mereka gagal,tiba hari keenamnya sayyidina Khalid ibn Al Walid r.a telah mengarahkan tentera islam untuk menyerang habis habisan sehingga kemenangan pada peperangan ini berpihak pada islam.
Dan begitulah apabila Tuhan menghendekaki keatas kemenangan mereka itu,maka iman dan taqwalah sebagai ukurannya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.