TULISAN GURU SAYA...
Sebelum kita memulakan solat terlebih dahulu kita fahami akan PERATURAN & PEGANGAN dalam solat itu kerana ia amat PENTING bagi kita.
Tanpa pengertian ini, solat kita tidak akan diterima oleh Allah dan tidak diakui oleh Nabi Muhammad SAW.
Sabda Nabi :
Sollu kama roai tumuni usolli
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang
Perkara perkara itu adalah :-
1 AHDAH
Kita hendaklah mengerti bahawa ZAT YANG QODIM itulah DIRI BAGI MUHAMMAD
( ruh ) kerana AHDAH itulah MERTABAT ZAT atau MUHAMMAD AWAL ( Ta’ain Awal )
2. WAHDAH
Sesungguhnya SEGALA PERBUATAN dan KEJADIAN itu DARI NURMUHAMMAD…DIRI bagi ADAM ( Tubuh ) kerana ia adalah MERTABAT TA’AINTSANI ..SIFAT bagi ZAT.
3. WAHDIAH
PENGAKUAN kita pada Allah kerana MENERIMA JASAD, hakikatnya ialah KUDRAT& IRADAT Allah jua didalam sembahyang itu atau dengan kata lain YANGSEMBAHYANG ITU adalah RUH atau ZATUL BUKTI. Hilangkan perasaan kita padapebuatan kita. YAND ADA HANYA DIRINYA semata-mata.
La failun filsolati bihakikati illallah
Tidak ada perbuatan dalam solat itu melainkan Allah.
4. MIKRAJ
Semasa kita mengatakan ALLAH HU AKBAR maka yang naik atau MIKRAJ ialah
KUDRAT & IRADAT Allah jua beserta naiknya NAFAS kita . Maka hilanglah UJUD
kita pada UJUDNYA dibawa WAHDATUL AF’AL.
5. IHRAM – TERCENGANG
Hilang perasaan kita ketika mengatakan ALLAH HU AKBAR , fana’kan perasaan
kita sampai kepada LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHI ALIYYU ADZIM.
6. TUBADIL – TERGANTI
Gantikan pakaian zahir atau perbuatan zahir dengan perbuatanNYA. Jadi yang
sembahyang itu adalah DIA juga pada hakikatnya.
7. MUNAJAT – PERMOHONAN
Yang meminta itu adalah sebenarnya KUDRAT IRADATNYA jua…maknanya diri kita bermunajat dengan HAKIKATNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.