Pages

Rabu, 30 Januari 2013

Cendekiawan fizik Ukraine masuk Islam



Demitri Bolykov, sorang ahli fizik yang sangat meminati kajian serta research-research ilmiah, mengatakan bahawa pintu masuk ke Islamannya adalah fizik. Sungguh suatu yang sangat ilmiah, bagaimanakah fizik boleh mendorong Demitri Bolyakov masuk Islam? Demitri mengatakan bahawa dia turut serta dalam sebuah kajian ilmiah yang dipimpin oleh Prof. Nicolai Kosinikov, salah seorang pakar dalam bidang fizik.

Mereka sedang dalam kajian terhadap sebuah sampel yang diuji di makmal untuk mempelajari sebuah teori moden yang menjelaskan tentang putaran bumi dan paksinya. Mereka berjaya menetapkan teori tersebut. Akan tetapi Dimetri mengetahui bahawa diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk inti akidah mereka yang menguatkan keharusan teori tersebut ada, sesuai dengan hasil yang dicapainya. Demitri merasa yakin bahawa pengetahuan seperti ini, yang umurnya lebih dari 1,400 tahun yang lalu sebagai sumber satu-satunya yang mungkin hanyalah pencipta alam semesta ini.

Teori yang ditemui oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dan paling berani dalam menafsirkan fenomena putaran bumi pada paksinya. Kumpulan saintis ini merancang sebuah sampel berupa bola yang diisi penuh dengan papan tipis dari logam yang dilelehkan , diletakkan pada badan bermagnet yang terbentuk dari elektrod yang berlawanan arus.

Ketika arus elektrik berjalan pada dua elektrod tersebut maka menimbulkan gaya magnet dan bola yang dipenuhi papan tipis dari logam tersebut mulai berputar pada paksinya fenomena ini dinamakan “Gerak Integral Elektro Magno-Dinamik”. Gerakan ini menjadi aktiviti putaran bumi pada paksinya.

Pada tingkat realiti di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang boleh melahirkan area magnet yang boleh mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini dalam cepat atau lambatnya seiring dengan daya intensiti daya matahari. Atas dasar ini pula posisi dan arah kutub utara bergantung.

Telah diadakan kajian bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun. Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak.

Ini bererti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. ertinya bahawa “gerakan” putaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat !!!

Ilmu pengetahuan dan informasi seperti ini tidak didapati oleh Demitri dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi dia memperolehi kesimpulan tersebut dari hasil research dan percubaan serta kajian.

Ketika dia mmenelaah kitab-kitab Samawi , dia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada informasi tersebut selain dari Islam. Dia mendapati informasi tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huarirah,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda,
”Siapayang bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, maka Allah akan menerima Taubatnya.”
(dari kitab Islam wa Qishshah).

100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah


The 100 merupakan buku karya Michael H. Hart yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini memuat 100 tokoh yang dia rasa memiliki pengaruh terkuat dalam sejarah manusia.


Michael H. Hart (lahir 28 April 1932) telah bekerja pada NASA dan guru besar astronomi dan fizik perguruan tinggi di Maryland, AS.Dia ialah sarjana fizik , astronomi, dan hukum dan pengarang buku laris, 100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah, yang telah diterjemahkan dalam sejumlah bahasa, termasuk bahasa Cina.

Menurut Michael Hart, Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling berpengaruh di antara billion penduduk dunia, kerana Nabi Muhammad SAW dianggap olehnya sebagai satu-satunya manusia yang berjaya secara luar biasa baik dalam kegiatan keagamaan dan pemerintahan kerajaan.

Antara ranking 10 Manusia Berpengaruh menurut buku tersebut

1 Muhammad Penyebar agama Islam.
2 Isaac Newton Fisikawan, pencetus Teori Graviti umum, Hukum gerak
3 Yesus Pembawa agama Kristian
4 Siddhartha Gautama Pendiri agama Buddha
5 Kong Hu Cu Pendiri agama Kong Hu Cu
6 Santo Paulus Penyebar agama Kristian
7 Ts’ai Lun Penemu kertas
8 Johann Gutenberg Mengembangkan mesin cetak
9 Christopher Columbus Penjelajah, memimpin orang-orang Eropah ke Amerika
10 Albert Einstein , saintis



Walau bagaimana pun, sebenarnya manusia-manusia di atas adalah sangat jauh bagai langit dan bumi berbanding kemuliaan Rasulullah SAW.

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino’ yang disambut pada hari kekasih daripada mengingati tarikh lahir Rasulullah SAW yang membawa cahaya kepada umat manusia

Lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)
BIODATA RASULULLAH SAW
* Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
* Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)
* Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
* Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
* Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf
* Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
* Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
* Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
-· Datuknya, ‘ Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
-· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
-· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
-· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
- · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
-· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
-· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
-· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
-· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
-· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
-· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ‘ abah.
-· Pembinaan semula Ka ‘ abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
-· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
=· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam ‘ ah
- Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin  ; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza

3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ‘ berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas RA)

Tukang Gunting Yang Tidak Percaya Tuhan



Seorang pelanggan datang ke tempat tukang gunting untuk memotong rambut.Tukang gunting mula memotong rambut pelanggannya dan mula berbual untuk menghilangkan rasa bosan.
Mereka berbual banyak perkara dan akhirnya topik perbicaraan beralih tentang TUHAN.
Tukang gunting berkata: Saya tidak percaya TUHAN itu ada.
Kenapa kamu berkata begitu tanya pelanggan.
Begini, cuba kamu perhatikan di depan sana, di tepi jalan ada seorang kanak-kanak yang miskin dan sakit meminta ehsan orang ramai.
Katakan kepadaku, jika TUHAN itu ada. Kenapa ada kanak-kanak miskin, kenapa ada kanak-kanak sakit, kenapa ada kanak-kanak yang hidupnya susah .
Jika TUHAN ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan.
Saya tidak dapat membayangkan TUHAN Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi.
Pelanggan diam untuk berfikir sejenak, tapi tidak merespon apa yang dikatakan tukang gunting tadi, kerana dia tidak ingin terlibat berbalah pendapat.
Tukang gunting menyelesaikan kerjanya dan pelanggan pergi meninggalkan tempat tukang gunting.
Beberapa saat setelah dia meninggalkan kedai gunting itu dia melihat ada orang di jalan dengan rambut yang panjang, kotor dan tidak pernah dicukur. Orang itu kelihatan kotor dan kusut masai.
Pelanggan pergi semula ke kedai gunting tadi dan berkata :
Kamu tahu, sebenarnya di dunia ini TIDAK ADA tukang gunting..!
Tukang gunting tidak terima, dia bertanya : Kenapa anda berkata begitu. Saya tukang gunting dan saya ada di sini. Dan baru sahaja menggunting rambut anda!
Tidak! Balas pelanggan.
Tukang gunting itu TIDAK ADA! Sebab jika tukang gunting itu ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang yang kotor dan comot seperti orang yang di luar sana, pelanggan menambah.
Ah tidak, tapi tukang gunting itu tetap ada!, sanggah tukang gunting.
Apa yang kamu lihat itu adalah SALAH MEREKA SENDIRI, mengapa mereka tidak datang kepada saya untuk bergunting, mencukur dan merapikan rambutnya, jawab tukang gunting membela diri.
SAYA SETUJU, SAYA SETUJU..! kata pelanggan.
Itulah point utamanya!.. Sama dengan TUHAN.
Maksud kamu bagaimana? tanya tukang gunting tidak mengerti.
Sebenarnya TUHAN ITU ADA ! Tapi apa yang terjadi sekarang ini.
Mengapa orang-orang TIDAK MAHU DATANG kepadaNYA, dan TIDAK MAHU mencariNYA..
Oleh kerana itu banyak yang sakit dan sudah ditimpa kesusahan di dunia ini.
Tukang gunting terdiam!!!! Dalam hati dia berkata : Benar juga apa katanya..mengapa aku tidak mahu datang kepada TUHANKU, untuk beribadah dan berdoa, memohon agar dihindarkan dari segala kesusahan dalam hidup ini..

Selasa, 29 Januari 2013

MADZHAB PARA HABAIB & AKAR TRADISINYA

MADZHAB PARA HABAIB & AKAR TRADISINYA

Para Habaib/Alawiyyin tetap konsisten dan konsekwen pada madzhab warisan leluhurnya. Sehingga kesamaan Madzhab Alawiyyin di nusantara dengan praktek fiqih yang ada di hadhramaut, adalah karena akar fiqih itu sendiri telah dibawa sejak lama oleh para habaib dari Hadramaut yang berdakwah di Indonesia.

Buku ini melacak sekilas akar fiqih dan tradisi keagamaan yang dianut dan disebarluaskan oleh para Alawiyyin Hadhramaut ke Nusantara.


ANAK KUNCI UNTUK MENGENAL اَللّهُ SUBHANAHUWATA'ALA..

ANAK KUNCI UNTUK MENGENAL اَللّهُ SUBHANAHUWATA'ALA.. 

Mengenal diri itu adalah “Anak Kunci” untuk Mengenal Alloh. Hadis ada mengatakan : 

MAN ‘ARAFA NAFSAHU FAQAD ‘ARAFA RABBAHU 

(Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Alloh) 

Firman Alloh Taala : 

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu? (QS. 41:53)

Tidak ada hal yang melebihi diri sendiri. Jika anda tidak kenal diri sendiri, bagaimana anda hendak tahu hal-hal yang lain? Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda, tubuh, muka, kaki, tangan dan lain-lain anggota anda itu. karena mengenal semua hal itu tidak akan membawa kita mengenal Alloh. Dan bukan pula mengenal perilaku dalam diri anda yaitu bila anda lapar anda makan, bila dahaga anda minum, bila marah anda memukul dan sebagainya. Jika anda bermaksud demikian, maka binatang itu sama juga dengan anda. Yang dimaksudkan sebenarnya mengenal diri itu ialah:

Apakah yang ada dalam diri anda itu?

Dari mana anda datang? Kemana anda pergi? Apakah tujuan anda berada dalam dunia fana ini? Apakah sebenarnya bagian dan apakah sebenarnya derita?

Sebagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan. Sebagian pula bersifat Iblis dan sebagian pula bersifat Malaikat. Anda hendaklah tahu sifat yang mana perlu ada, dan yang tidak perlu. Jika anda tidak tahu, maka tidaklah anda tahu di mana letaknya kebahagiaan anda itu.

Kerja binatang ialah makan, tidur dan berkelahi. Jika anda hendak jadi binatang, buatlah itu saja. Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia, pandai menipu dan berpura-pura. Kalau anda hendak menurut mereka itu, lakukan sebagaimana kerja-kerja mereka itu. Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan Ilahi. Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan.

Jika anda ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan, maka berusahalah menuju asal anda itu agar dapat anda mengenali dan menuju pada Alloh Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu. Sebaiknya hendaklah anda tahu kenapa anda dilengkapi dengan sifat-sifat kebintangan itu.

A dakah sifat-sifat kebinatangan itu akan menaklukkan anda atau adakah anda menakluki mereka?. Dan dalam perjalanan anda ke atas martabat yang tinggi itu, anda akan gunakan mereka sebagai tunggangan dan sebagai senjata.

Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal bahwa anda itu terdiri dari bentuk yang zhohir, yaitu tubuh ; dan hal yang batin yaitu hati atau Ruh . Yang dimaksudkan dengan “HATI” itu bukanlah daging yang terletak dalam sebelah kiri tubuh.

Yang dimaksudkan dengan “HATI” itu ialah satu hal yang dapat menggunakan semua kekuatan, yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kaki tangannya saja. Pada hakikat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib. Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya. Mengenal hal seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi “Anak Kunci” untuk mengenal Alloh.

Sedikit ide tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan mata dan melupakan segala hal yang lain kecuali diri sendiri. Dengan cara ini, dia akan dapat melihat tabiat atau keadaan “diri yang tidak terbatas itu”. Meninjau lebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum. Dalam Al-Quran ada diterang,

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”. (Bani Israil:85)

Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah mutiara yang tidak bisa dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam “Alam Amar/perintah”. Ia bukanlah tanpa permulaan. Ia ada permulaan dan diciptakan oleh Alloh. Pengetahuan falsafah yang tepat mengenai Ruh ini bukanlah permulaan yang harus ada dalam perjalanan Agama, tetapi adalah hasil dari disiplin diri dan berpegang teguh dalam jalan itu, seperti tersebut di dalam Al-Quran :

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-Ankabut:69)

Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini, bagi upaya pengenalan kepada diri dan Tuhan, maka

Tubuh itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan,

Ruh itu ibarat Raja.

Pelbagai indera (senses) dan daya (fakulti) itu ibarat satu pasukan tentara.

Aqal itu bisa diibaratkan sebagai Perdana Menteri.

Perasaan itu ibarat Pemungut pajak, perasaan itu terus ingin merampas dan merampok.

Marah itu ibarat Pegawai Polisi,

marah sentiasa cenderung kepada kekasaran dan kekerasan.

Perasaan dan marah ini perlu ditundukkan di bawah perintah Raja. Bukan dibunuh atau dimusnahkan karena mereka ada tugas yang perlu mereka jalankan, tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal, maka tentulah Ruh akan hancur.

Ruh yang membiarkan kekuatan bawah menguasai kekuatan atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan malaikat kepada kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan orang Kafir yang zalim. Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau binatang atau Malaikat akan menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan dengannya yaitu iblis atau binatang atau Malaikat itu. Dan semua sifat-sifat atau ciri-ciri ini akan nampak dengan bentuk-bentuk yang jelas di Hari Pengadilan.

Orang yang menurut hawa nafsu nampak seperti babi,

Orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala,

Orang yang suci seperti Malaikat.

Tujuan disiplin akhlak (moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa nafsu dan amarah, sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan memantulkan Cahaya Alloh Subhanahuwa Taala.

Mungkin ada orang bertanya,

“Jika seorang itu telah dijadikan dengan mempunyai sifat-sifat binatang, Iblis dan juga Malaikat, bagaimanakah kita hendak tahu yang sifat-sifat Malaikat itu adalah sifatnya yang hakiki dan yang lain-lain itu hanya sementara dan bukan sengaja?”

Jawabannya ialah mutiara atau inti sesuatu makhluk itu ialah dalam sifat-sifat yang paling tinggi yang ada padanya dan khusus baginya. Misalnya keledai dan kuda adalah dua jenis binatang pembawa barang-barang, tetapi kuda itu dianggap lebih tinggi darjatnya dari keledai karena kuda itu digunakan untuk peperangan. Jika ia tidak boleh digunakan dalam peperangan, maka turunlah ke bawah derajatnya kepada derajat binatang pembawa barang-barang. saja.

Begitu juga dengan manusia; daya yang paling tinggi padanya ialah ia bisa berfikir yaitu Aqal. Dengan pikiran itu dia bisa memikirkan hal-hal Ketuhanan. Jika daya berfikir ini yang meliputi dirinya, maka bila ia mati (bercerai nyawa dari tubuh) , ia akan meninggalkan di belakang semua kecenderungan pada hawa nafsu dan marah, dan layak duduk bersama dengan Malaikat. Jika berkenaan dengan sifat-sifat Kebinatangan, maka manusia itu lebih rendah tarafnya dari binatang, tetapi Aqal menjadikan manusia itu lebih tinggi tarafnya, karena Al-Quran ada menerangkan bahwa,

Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan. (Luqman:20)

Jika sifat-sifat yang rendah itu menguasai manusia, maka setelah mati, ia akan memandang terhadap keduniaan dan merindukan keindahan di dunia saja.

Ruh manusia yang berakal itu penuh dengan kekuasaan dan pengetahuan yang sangat menakjubkan.

Dengan Ruh Yang Berakal itu manusia dapat menguasai segala cabang ilmu dan Sains.

Dapat mengembara dari bumi ke langit dan balik semula ke bumi dalam sekejap mata.

Dapat memetakan langit dan mengukur jarak antara bintang-bintang.

Dengan Ruh itu juga manusia dapat menangkap ikan ikan dari laut dan burung-burung dari udara.

Menundukkan binatang-binatang untuk tunduk kepadanya seperti gajah, unta dan kuda.

Lima indera (pancaindera) manusia itu adalah ibarat lima buah pintu terbuka menghadap ke Alam Nyata (Alam Syahadah) ini.

Lebih ajaib dari itu lagi ialah Hati. Hatinya itu adalah sebuah pintu yang terbuka menghadap ke Alam Arwah (Ruh-ruh) yang ghaib.

Dalam keadaan tidur, apabila pintu-pintu dunia tertutup, pintu Hati ini terbuka dan manusia menerima berita atau kesan-kesan dari Alam Ghaib dan kadang-kadang membayangkan hal-hal yang akan datang. Maka hatinya adalah ibarat cermin yang memantulkan (bayangan) apa yang tergambar di Luh Mahfuz. Tetapi meskipun dalam tidur, pikiran tentang hal-hal keduniaan akan menggelapkan cermin ini. maka gambaran yang diterimanya tidaklah terang. Setelah lepasnya nyawa dengan tubuh (mati), Pikiran-pikiran tersebut hilang sirna dan segala sesuatu terlihatlah dalam keadaan yang sebenarnya.

Firman Alloh dalam Al-Quran :

Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam. (Qaaf:22).

Terjemahan Kitab Kimyatusy- Sya’adah - KIMIA KEBAHAGIAAN - Karya : Imam Al-Ghazali

Tanda tanda hati yang mati

Tanda tanda hati yang mati!

Iri hati pada semua yang diberkati allah swt, 
khianat pada sesama islam, 
dengki pada sesuatu takdir kebaikan pada seseorang, 
fitnah untuk menjatuhkan seseorang, 
cemburu dengan kejayaan seseorang,
Sombong dengan apa yang telah allah swt limpahkan,
Tidak pernah tenang dalam kehidupan

Khamis, 24 Januari 2013

Hakikat JODOH

Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama….

Telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam Kitab Lauhful Mahfudz maka….

Sejauh apapun mereka…sebanyak apapun rintangan yang menghalangi…sebesar apapun dugaan yg mnghalang,lari sejauh manapun.kalo dh trtulis jodoh itu pasti ade inshaAllah..ingat jnji Allah pasti.kekuatan doa...

Keagungan Rasulullah SAW

Manusia adalah makhluk “terunik” yang diturunkan Allah ke muka bumi. Dibandingkan dengan hewan, tumbuhan, jin, bahkan malaikat, manusia adalah ciptaan Allah yang paling dinamis (QS Al-Insaan [76]: 3), paling sempurna (QS At-Tiin [95]: 4) dan tentunya paling pintar (QS Al-Baqarah [2]: 31). Manusia adalah master of piece Allah SWT. Tak heran bila tugas kekhalifahan tidak Allah SWT berikan kepada makhluk lain selain manusia (QS Al-Baqarah [2]: 30).
 
Ternyata, di antara manusia terdapat orang-orang pilihan yang terlahir sebagai pembawa risalah agung dari Allah SWT. Mereka adalah para nabi dan rasul yang Allah turunkan ke bumi untuk membawa cahaya terang bagi manusia lainnya. Jumlahnya tak kurang dari 120 ribu orang. Sebanyak 313 dari mereka bergelar rasul. Dari jumlah itu, yang tersebut namanya dalam Alquran ada 25 orang, yaitu: Adam, Idris, Nuh, Hud, Shalih, Ibrahim, Luth, Yunus, Ismail, Ishaq, Ya’qub, Yusuf, Ayyub, Syu’aib, Musa, Harun, Yasa’, Dzulkifli, Daud, Sulaiman, Zakaria, Ilyas, Yahya, Isa, dan Muhammad SAW.
 
Islam mewajibkan setiap kita untuk mengimani semua utusan Allah itu beserta kebenaran risalah yang dibawanya. Allah SWT kemudian “memeras” keduapuluh lima nabi tersebut menjadi lima orang ulul-azmi minarrusul. Mereka adalah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, dan Muhammad. Allah SWT secara khusus menyebut nama mereka dalam ayat ketujuh Surat Al-Ahzab.
 
“Dan Ingatlah ketika kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu sendiri, dari Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa Putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh.”
 
Dengan kehendak-Nya, Allah SWT memilih dua orang dari lima manusia mulia tersebut sebagai “dua serangkai”. Mereka adalah Nabi Ibrahim AS dan Rasulullah SAW. Allah SWT memberikan gelar keistimewaan kepada Ibrahim dan Rasulullah SAW sebagai uswatun hasanah atau teladan yang baik bagi umat manusia.
 
Difirmankan dalam Alquran, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS Al-Ahzab [33]: 21).
 
Dalam ayat lain disebutkan pula, “Sesungguhnya telah ada teladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia” (QS Al-Mumtahanah [60]: 6).
 
“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” (QS An-Nahl [16]: 120-123).
 
Di antara keduanya, Allah SWT akhirnya memilih Rasulullah SAW sebagai manusia paling mulia. Puncak penghargaan Allah kepada beliau adalah dengan mengangkatnya menjadi nabi akhir zaman. Ajaran yang dibawanya menjadi ajaran paling sempurna dan menutup ajaran nabi-nabi sebelumnya.
 
Ajarannya pun tidak hanya berlaku bagi segolongan umat, tapi berlaku bagi umat-umat setelahnya. Karena itulah, Allah SWT menggelarinya sebagai Nabi Pembawa Rahmat bagi seluruh alam; Nabi yang rahmatan lil ‘alamin. “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam,” demikian Allah berfirman dalam QS Al-Anbiyaa [21] ayat 107.
 
Keagungan Rasulullah SAW
 
Gelar yang disandang Rasulullah SAW sebagai manusia, sebagai nabi, rasul, ulul azmi minarrasul, uswatun hasanah, dan pembawa rahmatan lil ‘alamin, tak pelak lagi menjadikan beliau sebagai makhluk paling mulia yang pernah diciptakan Allah SWT.
 
Karena posisinya yang sangat “strategis”, Allah SWT mendesain sekaligus memandu sejarah kehidupan beliau sedemikian rupa. Penampilan fisik, ucapan, perbuatan, hingga tahap-tahap kehidupan Rasulullah SAW, sejak dalam kandungan hingga wafat, sarat dengan hikmat yang layak dikaji dan diteladani semua orang. Tempat beliau dilahirkan, orang-orang yang berinteraksi dengan beliau, hingga zaman tatkala beliau hidup, sarat dengan dinamika pembelajaran.
 
Sebagai implikasi dari gelar uswatun hasanah dan rahmatan lil a’lamin, hampir semua aspek dan fungsi kehidupan manusia pernah pula beliau dijalani. Rasulullah SAW pernah menjadi suami, dan beliaulah suami yang paling baik terhadap istri dan anak-anaknya. Rasul pernah menjadi pedagang, dan beliaulah pedagang yang terkenal paling jujur. Rasul pernah pula menjadi kepala negara, dan beliau lah kepala negara yang paling cakap, bijak, dan paling berpengaruh. Rasul pun pernah menjadi panglima perang, pendidik, atau seorang anak.
 
Hebatnya, dalam setiap aspek beliau selalu tampil sebagai yang terbaik dan tersukses. Dari kenyataan ini, sangat beralasan bila setiap ucapan (al-hadits) dan gerak-gerik (as-sunnah) beliau terus diabadikan. Bahkan, keduanya juga dijadikan standar perilaku setiap Muslim hingga akhir zaman.
 
Tak terhitung pula tulisan sejarah yang mengangkat perjalanan hidup Beliau, entah itu dari para cendekiawan Muslim hingga para cendekiawan non-Muslim. Semuanya berkesimpulan: “Muhammad adalah manusia teragung dalam sejarah manusia”. Annie Besant mengatakan, “Mustahil bagi siapapun yang mempelajari kehidupan dan karakter Muhammad SAW hanya mempunyai perasaan hormat saja terhadap Nabi mulia itu. Ia akan melampauinya sehingga meyakini bahwa beliau adalah manusia terbesar yang diturunkan sang Pencipta”.
 
Sebagai tambahan, Michael H Hart dalam buku Seratus Tokoh menempatkan Rasulullah SAW sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah. Thomas Carlyle dalam On Heroes, Hero, Worship & the Heroes in History menempatkan Rasul sebagai orang terpenting dari segi kepahlawanan. Marcus Dodds dalam Muhammad, Budha, & Christ menempatkan Rasul sebagai tokoh paling berani secara moral. Will Durant dalam The Story of Civilization in the World menempatkan Rasul sebagai orang pertama dilihat dari hasil karyanya.
 
Demikian pula dalam Muhammad al-Rasul wa al-Risalah, Nazame Luke menempatkan ajaran Rasul sebagai yang paling sempurna.Memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW ini, kita layak bertanya kepada diri, “Sudahkah kita memuliakan beliau, sebagaimana para sahabat dan salafus-shalih memuliakan dirinya? Pantaskan kita mengidolakan seorang tokoh selain Rasulullah SAW? Wallahu a’lam bish-shawab.

Kewajiban Terhadap Sesama Muslim

Dalam kehidupan kita mengenal beberapa sebab yang menjadikan seseorang bisa menjadi saudara satu sama lain. Di antara sebab yang paling indah dan kekal adalah saudara karena keimanan atau agama yang sama. Sebagai seorang mu’min atau muslim kita mempunyai saudara seiman atau seagama, yang tentunya akan mempunyai kewajiban untuk saling membantu, saling menolong, saling menopang, bagaikan sebuah bangunan yang saling menguatkan. Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya muslim satu dengan yang lain adalah umpama bangunan yang saling menopang satu sama lainnya.” Allah Swt telah mensyari’atkan pada kita semua agar saling menguatkan ikatan dengan rasa cinta dan kasih sayang serta menghindari perpecahan dan permusuhan.
 
Di samping itu Allah Swt melalui Rasulullah Saw mengajarkan kepada kita untuk saling memberi dan menjawab salam. Salam merupakan ungkapan rasa cinta, maka ketika sesama muslim saling bertemu ucapkanlah salam, karena yang terbaik dari kalian adalah orang yang pertama mengucapkan salam. Dan jika diantara saudara kita ada yang sakit maka kewajiban kita untuk menjenguk dan mendo’akannya, karena hal tersebut bisa menghibur yang menghasilkan kebahagiaan dan kedamaian bagi yang sakit. Di samping itu juga bisa mempererat persaudaraan yang telah terjalin dan pada akhirnya Allah Swt akan memberikan pahala yang besar. Maka barangsiapa menjenguk orang yang sedang sakit dan dia mendo’akan atas kesembuhannya maka itu adalah obat baginya. Rasulallah SAW bersabda, “Barang siapa menjenguk orang yang sedang sakit dan ia mendo’akannya maka ia selalu berada di Khorafatil jannah (Keindahan taman surga) sampai ia pulang. Barang siapa menjenguk orang sakit maka ia akan dimudahkan dalam berbagai masalah dan pintu taubatnya selalu terbuka lebar.”
 
Syariat Allah yang lain adalah agar kita selalu berbuat baik pada sesama muslim, Allah Swt berfirman, “Tiada kebaikan yang bisa menyelamatkan kalian, kecuali orang yang menyeru kepada shodaqoh dan berbuat baik antara sesama.” Termasuk berbuat baik kepada sesama muslim adalah ketika melihat saudara muslim kita berada dalam kerusakan maka kewajiban kita untuk memperbaikinya, ketika mereka menjauh maka dekatilah dan ketika melihat dua orang saling bermusuhan maka damaikanlah. Ketika seorang di antara kamu yang batuk ataupun bersin maka pujilah Allah dengan ucapan Alhamdulillah dan kewajiban yang mendengar untuk mengucapkan “Yarhamukallah“ dan diteruskan dengan ucapan, “Yahdikumullah Wayasluhu bainakum.” Jika dalam suatu kelompok ada perselisihan maka duduklah bersama sama lalu musyawarahlah, karena musyawarah berguna untuk mencapai kesepakatan yang paling benar untuk kemaslahatan bersama tanpa adanya seseorang yang merasa dirugikan. Rasulullah Saw mencegah suatu ucapan atau perkataan yang bisa membuat perpecahan atau permusuhan bahkan melaknat bagi siapa saja yang bermusuhan atau tidak saling menyapa sampai 3 hari lamanya. Sabda Rasulullah Saw, “Tidak halal (haram) hukumnya bagi dua orang Islam yang saling bermusuhan atau tidak saling tegur sapa selama 3 hari dan jika ia mati dalam keadaan tersebut maka ia akan masuk neraka.” Naudzubillah min dzalik. Rasulullah Saw melarang bagi siapa saja yang mengadu domba, dan beliau juga melarang membicarakan keburukan (aib) orang lain, karena hal tersebut bisa menimbulkan kerusakan dan pertikaian.
 
Bersilaturrahim termasuk sesuatu yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah Saw. Dalam shaheh Bukhori Muslim diceritakan, “Datang seorang sahabat pada Nabi Saw, dan berkata, ‘Ya Rasulullah, kabarkan pada kami sesuatu yang bisa memasukkan kami pada surga dan menjauhkan kami pada neraka?’ Rasulullah Saw menjawab, ‘Sembahlah Allah Swt, dirikanlah sholat, dan sambunglah silatur rahim.” Dalam hadits lain, beliau bersabda, “Sambunglah rahimmu atau bersilaturrahimlah karena hal tersebut bisa memanjangkan umur dan meluaska rizqi,” “Sesungguhnya sanak saudaramu itu digantungkan dengan Arsy, maka barangsiapa yang menyambungnya maka ia bersambung dengan Allah Swt, dan barangsiapa yang memutusnya , maka ia telah putus dengan Allah Swt.” Begitu pentingnya silturrahim maka Allah akan melaknat orang-orang yang memutuskannya, sesuai dengan sabda Rasulullah Saw bahwa ada 4 golongan yang dilaknat oleh Allah ta’ala: 1.Orang yang membohongi Allah ta’ala, 2.Orang yang memutus silatur rahim, 3.Orang yang menyebarkan berita palsu atau fitnah 4.Orang yang merubah penerangan atau petunjuk jalan (munarul ardli).

Menggapai Surga Dengan Rahmat Allah

Di zaman Bani Israil, ada cerita tentang seseorang yang sejak kecil hingga akhir hidupnya, selalu dipenuhi dengan ibadah, waktunya tidak ada yang terbuang percuma, ia berkhalwat menjauhkan diri dari keramaian dunia semata mata untuk beribadah, maka bisa dibayangkan betapa banyak pahala yang dia peroleh. Ketika dia wafat, Allah pun memasukkannya ke Surga dengan rahmat-Nya. Setelah si Fulan ini tahu bahwa ia masuk surga bukan karena amalnya tetapi karena rahmat Allah semata, diapun “protes” kepada Allah. “Ya Allah, mengapa saya masuk surga karena rahmat-Mu, kenapa bukan karena amal saya. Bukankah saya telah menghabiskan umur hanya untuk beribadah dan seharusnya saya masuk surga karena pahala-pahala yang saya peroleh dari amal-amal saya ? Allah berfirman, “Rupanya kamu tidak puas dengan apa yang telah Aku berikan kepadamu ? Baiklah, sekarang Aku akan hitung amal-amal ibadah yang telah kamu lakukan.
 
Memang pahala yang kamu peroleh sangat besar bahkan lebih besar dari gunung, tetapi ada beberapa kewajiban yang belum kamu laksanakan diantaranya mensyukuri segala nikmat-nikmat-Ku. Pertama mulai kuhitung dari mata. Bukankah dengan rahmat-Ku berupa mata kamu bisa melihat dan membaca sehingga kamu memperoleh ilmu yang bisa kamu gunakan untuk ibadah. Dengan mata pula kamu bisa melihat-lihat kebesaran-Ku sehingga kamu memuji-Ku yang menyebabkan kamu mendapat limpahan pahala dari-Ku. Sekarang seberapa syukurmu atas nikmat-Ku yang berupa mata tadi. Bukankah pahala ibadahmu yang melebihi gunung tadi belum sebanding dengan nikmat yang Kuberikan ?,meski itu baru ditimbang hanya dengan nikmat mata saja ?, belum yang lain. Jika tumpuanmu ke surga-Ku adalah hanya amalmu, bukankah neraka lebih pantas menjadi tempatmu ? Orang itu kemudian memohon ampun kepada Allah seraya mengakui bahwa dia masuk surga hakekatnya adalah karena rahmat Allah Swt. semata, walaupun secara syariat adalah karena amal ibadah yang dilakukan dan dosa-dosa yang ditingalkan. Sebagaimana sabda Rasulallah Saw, dari Abi Hurairoh Ra berkata, Rasulallah Saw bersada, “Saling mendekatlah kalian kepada Allah Swt dan berjalanlah dengan lurus dan ketahuilah bahwa tidak ada seorangpun diantara kamu sekalian yang selamat karena amalnya. Para sahabat bertanya “Tidak juga tuan, ya Rasulallah ? Rasululah Saw. menjawab, “Tidak juga saya, kecuali jika Allah Swt melimpahkan rahmat dan karunianya”. (HR. Muslim).
 
Alhamdulillahi Rabbil Alamin adalah sebuah kata pujian yang memang pada hakikatnya hanya pantas untuk Allah semata. Walapun secara syariat pujian itu terbagi menjadi empat bagian :
1- Allah memuji dzatnya sendiri seperti Subhanallah, Maha suci Allah. Karena memang Allahlah Dzat yang Maha Suci, sehingga Dia punya hak untuk dipuji dan memuji Dzatnya sendiri.
2- Pujian Allah kepada mahkluk seperti Allah memuji Rasulallah Saw. pada hakikatnya tetap Allah yang memiliki pujian tersebut karena Allah lah yang menciptakan dan menjadikan Rasulallah Saw. pantas dipuji.
3- Pujian Makhluk Kepada Allah, seperti seseorang yang mengucapkan Allahu Akbar, Allah Maha Besar. Karena memang semuanya selain Allah pada hakekatnya adalah kecil.
4- Pujian Mahkluk kepada makhluk lainnya. Seperti kita memuji teman yang rajin beribadah, dan berahlaqul karimah, pada hakekatnya kita memuji Allah, karena dia beribadah dan berakhalaqul karimah adalah karena rahmat Allah semata.
 
Oleh sebab itu sangatlah pantas apabila dalam mencari kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akherat tidak semata bergantung pada amal ibadah yang dilakukan melainkan bergantung pada rahmat Allah. Keterangan ini bukan bermaksud membuat seseorang pesimis atas amal-amalnya sehingga malas melakukan ibadah, akan tetapi justru mengajak manusia agar sadar bahwa sesungguhnya di dalam beramal haruslah ridlo dan ikhlas dengan mengharap rahmat Allah. Karena Ridlo dari Allah adalah segala-galanya. Semoga bermanfa’at amin

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijrah!

 

Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alam raya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijrah!

Selasa, 22 Januari 2013

Sifat-sifat Allah adalah sifat sempurna

Sifat-sifat Allah adalah sifat sempurna yang yang tidak terhingga bagi Allah. Sifat-sifat Allah wajib bagi setiap muslim mempercayai bahwa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah.

Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib.
Sifat wajib terbagi empat bagian yaitu nafsiah, salbiah, ma'ani atau ma'nawiah.

Dalil
Berikut adalah beberapa terjemahan dalil yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Hadits tentang sifat-sifat Allah:
"Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia" - (Q.S. Al-Baqarah : 163)
Sesungguhnya Allah itu Amat Berkuasa atas segala sesuatu" - (Q.S Al-Baqarah: 20)
"Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu" - (QS. Al-Baqarah : 29)
"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia" - (QS. Yasin : 82)
"... Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat" - (QS. Asy-Syura : 11)
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup, yang berdiri sendiri... " - (QS. Al-Baqarah : 255)
"Dialah Yang Awal (tidak berpemulaan) dan Yang Akhir (tidak berkesudahan)... " - (QS. Al-Hadid : 3)
Sifat kesempurnaan

Dua puluh sifat yang tertera di atas yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:

Istigna' ( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ )
Kaya Allah daripada sekalian yang lain daripada-Nya yaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak menghendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendak akan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak memerlukan dan tidak menghendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu.
Sifatnya: wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama', basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.

Iftiqar ( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )
Yang lain berkehendak akan sesuatu daripada Allah yaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu hayyan.

Sifat Mustahil Allah


Sifat Mustahil
Tulisan Arab
Maksud
Adam
ﻋﺪﻡ
Tiada
Huduts
ﺣﺪﻭﺙ
Baru
Fana
ﻓﻨﺎﺀ
Berubah-ubah (akan binasa)
Mumathalatuhu lilhawadith
ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Menyerupai sesuatu
Qiamuhu bighairih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ
Berdiri-Nya dengan yang lain
Ta'addud
ﺗﻌﺪﺩ
Lebih dari satu (berbilang)
Ajzun
ﻋﺟﺰ
Lemah
Karahah
ﻛﺮﺍﻫﻪ
Tidak berkemauan (terpaksa)
Jahlun
ﺟﻬﻞ
Bodoh
Al-Maut
ﺍﻟﻤﻮﺕ
Mati
Sami
ﺍﻟﺻمم
Tuli
Al-Umyu
ﺍﻟﻌﻤﻲ
Buta
Al-Bukmu
ﺍﻟﺑﻜﻢ
Bisu
Kaunuhu ajizan
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍ
Keadaan-Nya yang lemah
Kaunuhu mukrahan
ﻛﻮﻧﻪ مكرها
Keadaan-Nya yang tidak menentukan (terpaksa)
Kaunuhu jahilan
ﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼ
Keadaan-Nya yang bodoh
Kaunuhu mayitan
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ
Keadaan-Nya yang mati
Kaunuhu ashamma
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢ
Keadaan-Nya yang tuli
Kaunuhu a'maa
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰ
Keadaan-Nya yang buta
Kaunuhu abkam
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ
Keadaan-Nya yang bisu