Pages

Selasa, 5 Mei 2015

HAKIKAT PERJALANAN

HAKIKAT PERJALANAN

Soal:
Pada hakikat apakah makna La ilaha illallah?


Jawap:
Makna kalimah La ilaha illallah itu pada hakikatnya ialah:

Artinya:Tidak ada yang kaya daripada tiap-tiap yang lain tiap-tiap yang lain memerlukan-Nya (Allah Taala), melainkan Allah Taala yang kaya daripada tiap-tiap yang lain dan tiap-tiap yang lain memerlukan-Nya.

Soal:
Ada berapa martabat yang terdapat pada orang yang mengucap kalimah La ilaha illallah?


Jawap:
Orang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah itu ada tiga martabat, yaitu:

1) Martabat orang mubtadi (permulaan)-orang awam.
2) Martabat orang mutawasid (pertengahan)-para murid.
3) Martabat orang muntaha (perhentian)-orang arif.


Soal:
Apakah perbedaan ketiga-tiga orang itu?


JAWAP:

1) Orang mubtadi itu ialah orang yang memandang daripada dirinya kepada Allah Taala dan maknanya kepada dirinya yaitu La ma bud bihaqqin illallah artinya: tidak ada sesiapapun yang wajib disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Martabat ini syirik semata-mata.


2) Orang mutawasid ialah orang yang memandang daripada Allah Taala kepada dirinya dan maknanya pun kepada dirinya yaitu la matlub bihaqqiqin illallah artinya: tidak ada sesiapa pun yang boleh dituntut dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Martabat ini juga syirik tetapi syirik halus yang lebih halus daripada martabat mubtadi kerana ada wujud dirinya:

Sabda Nabi s.a.w:

Artinya: Wujudmu itu berdoa, tidak ada kias bagiNya untuk yang lain.

3) Orang muntaha ialah orang yang memandang daripada Allah Taala dan maknya pun kepada Allah Taala yaitu la maujud bihaqqin illallah artinya: tidak ada yang wujud di sekalian alam ini dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Taala. Martabat ini terlepas daripada syirik halus.

Soal:
Apakah perjanjian yang terkandung dalam kalimah La illaha illallah?


Jawap:
Perjanjian yang ada dalam kalimah La ilaha illallah ialah mengandungi nafi dan isbat yang tiada bercerai dan tidak bersekutu.


Soal:
Isyarat kalimah La ilaha itu kepada apa?
Isyarat kalimah illallah itu pula kepada apa?


Jawap:
Isyarat kalaimah La illaha itu kepada kewujudan makhluk.
Isyarat kalimah illallah itu pula kepada kewujudan yang qadim.


Soal:
Bagaimana hendak memasukan Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat ke dalam kalimah La illaha illallah?


Jawap:
Iman, Islam, Tauhid dan makrifat boleh dibahagikan kepada dua bahagian karna tidak sah Islam itu melainkan dengan iman,.Tidak sah iman melainkan dengan makrifat.
Kalimah La ilaha itu kalimah tauhid.
Kalimah illallah itu pula kalimah makrifat.


Soal:
Apakah yg dinafikan dgn kalimah la ilaha dan apakah diisbatkan dgn kalimah illallah? Ini kerana kita sudah yakin bahwa Allah Taala itu Esa, melalui dalil dan bukti bahwa sekalian alam ini tidak ada. 

Firman Allah Taala:
Artinya: "Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu esa."(Surah Al-Ikhlas: ayat 1)


Firman Allah Taala lagi:
Artinya: "Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa."(Surah Al-Baqarah ayat163) 

Jadi sekarang apa yang dinafikan dgn kalimah itu?


Jawap:
Nafi itu ada tiga martabat, yaitu:
a)Martabat nafi orang mubtadi (orang syariat).
b)Martabat nafi orang mutawasid (orang tarikat).
c)Martabat nafi orang muntaha (orang hakikat).


Soal:
Apakah perbezaan antara ketiga-tiga martabat itu?


Jawap:
a) Nafi bagi org yg bermartabat mubtadi ialah menafikan ada sifat Tuhan yg lain selain Allah Taala. Maka nafi ini ternyata batal karna menafikan sesuatu yg tiada ada, yg mustahil wujudnya. Sesuatu yg tiada memerlukan nafi karna sudah sedia nafi. Jadi kesimpulannya, tidak ada faedah nafi. Sesetengah ada mengatakan bahwa yg dinafikan itu ialah Tuhan yg difardukan yakni ditakdirkan, Nafi begini terbatal sama sekal, walaupun ia menggunakan akalnya seberat zarah sekalipun lantaran memahami bahwa takdir itu ada berdiri di tempat yg maujud. Padahal bagi maujud itu tidak memerlukan nafi. Sekiranya ada pada Tuhan itu takdir, niscaya tidak memerlukan nafi karna nafi itu sudah sedia ada.


Jadi, kesimpulannya, tiada faedahnya nafi dan tiada faedahnya mengatakan (melafazkan) kalimah musyrifah itu karna apa yg dimaksudkan ialah isinya, bukan kulitnya. Malahan apa yg difahamkan ialah nafi bercerai dgn isbat.

Dalam perjanjian, kalimah tersebut memang mengandung nafi dan isbat. Maka ketika itu, tidak dapat tidak nafi itu memerlukan (mengandungi) isbat, dan isbat itu memerlukan nafi yg tidak bercerai dan bersekutu. Sabda Nabi (saw): artinya: "Tidak bercerai antara nafi dan isbat dan sesiapa yg menceraikan antara kedua-duanya, maka orang itu kafir."

b) Nafi bagi org yg bermartabat mutawasid ialah menafikan perasaan syak dan waham (ragu-ragu) terhadap sifat ke Tuhanan yg ada berdiri kepada makhluk sebagaimana sangkaan org awam yg bahwa ada pada makhluk kuasa memerintah umpama raja-raja dan mereka menyangka bahwa makhluk itu boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Malahan ada yg memuji org membuat kebaikan kepadanya dan berasa benci terhadap yg melakukan kejahatan kepada dirinya.

Prasangka buruk inilah yg dinafikan karna perbuatan dan kelakuan makhluk itu, tidak boleh sama sekali mendatangkan kebaikan dan kejahatan. Yang boleh melakukannya hanya perbuatan dan kelakuan Allah Taala yg ada pada hamba. Sifat ketuhanan itulah yg wajib diisbatkan kepada Allah Taala agar hilang perasaan syak wasangka.

Inilah pengertian nafi yg mengandungi isbat, dan isbat pula memerlukan nafi yg tidak bercerai dan bersekutu pada kalimah La ilaha illallah. Itulah nafi yg dipegang oleh orang mutawasid.

C) Nafi bagi org yg bermartabat muntaha ialah menafikan kewujudan dirinya seperti ia mengatakan:

Artinya: "Pada hakikatnya tidak ada yg maujud, tidak ada yg hidup, tidak ada yg tahu, tidak ada yg berkuasa, tidak ada yg berkehendak, tidak ada yg mendengar, tidak ada yg melihat, tidak ada yg berkata-kata di dalam alam ini melainkan Allah Taala".

Hanya sifat saja yg zahir (nampak) pada makhluk (hamba) sebagai tempat kezahiran sifat Tuhan yg ada pada hamba. Kewujudan kita ini umpama bayang-bayang yg menunjukan wujud Allah Taala. Tidak masuk akal jika ada bayang-bayang dengan sendirinya (bisa berdiri dengan sendiri) tanpa wujud empunya bayang-bayang. Tidak masuk akal kalau bayang-bayang boleh bergerak sendiri tanpa bergerak empunya bayang-bayang. Contoh-contoh tersebut sebenarnya untuk mendapatkan fahaman yg lebih jelas, Maha Suci Allah Taala daripada segala misal dan tasybih (penyerupaan) sebgaimana yg diibaratkan kepada bayang-bayng yg zahir dari tempatnya yg benar.

Seperti firman Allah Taala yg bermaksud: "Aku menjadikan (menzahirkan) sesuatu karna mau mengenalkan engkau kepada-Ku yg ada pada tiap-tiap sesuatu yg Aku jadikan,"

Oleh itu fana'kan wujudmu wahai insan dalam kewujudan Allah. Fan'akan (binasakan) semua sifatmu dalam sifat Allah Taala, yg hidup dalam dirimu, yg tahu apa anda tahu, yg berkuasa dalam tulangmu, yg berkehendak menurut nafsumu, yg mendengar ditelingamu, yg melihat dimatamu dan yg berkata-kata dengan lidahmu. Ketika itu juga engkau terlepas daripada syirik.

Kita terhijab (terhalang) memandang Allah Taala karna sangkaan dan keraguan kita yg menyangka bahwa ikhtiar dan perbuatan yg kita lakukan itu, kita yg punya. Syak wasangka inilah yg perlu kita nafikan yaitu kalimah laailaha. Hal ini demikain karna kita langsung tidak mempunyai apa-apa perbuatan dan tidak memiliki apa-apa ikhtiar, hanya Allah Taalalah yg melakukannya ke atas hamba. 

Oleh sebab itulah Nabi (saw) bersabda:
Artinya: "Matilah kamu sebelum kamu mati yaitu matikan ikhtiar".

Soal:
Apakah perbedaan antara org mutawasid dangan orang muntaha?


Jawap:
a) Bagi orang mutawasid, syirik tetap ada tetapi syirik halus yaitu lebih halus daripada syirik orang mubtadi karna ada wujud dirinya.


b) Bagi orang muntaha pula, terlepas daripada syirik halus karna ia hanya memandang daripada Allah Taala kepada Allah Taala tanpa memandang dirinya yg beramal. Apabila ia beramal ia hanya nampak dalam hatinya bahwa amalannya itu-Daripada Allah, dengan Allah dan bagi Allah."

Ya tuhan ku...
Akulah pengambara
Menuju Cinta-Mu
Tanpa ragu dan jemu
Akan ku ketuk pintu Rahsia-Mu
Agar tenggelam diriku di lautan
Wajah Mu Yang Maha Indah

Hingga akhirnya sampai ke penghujung
Engkau adalah rahsiaku
Aku adalah rahsia-Mu
Engkau berada disebalikku
Hilang wujudku nyatalah wujud-Mu
Begitulah hakikat perjalananku


(Tuak ilahi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.