Pages

Jumaat, 25 November 2016

PEMIMPIN AKHIR ZAMAN DARI KETURUNAN KELUARGA RASULULLAH SAW

PEMIMPIN AKHIR ZAMAN DARI KETURUNAN KELUARGA RASULULLAH SAW

sungguh hadits ini sangat tepat mengenaimu wahai amirul mu'minin.. .

Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa, “Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluardengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya.

Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah Al-Hasan dan Al-Husain RA.

Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, 

“Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah panji-panji Hitam dari Timur.

Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pasa masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji.

Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah.

Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan
nama bapanya seperti nama bapaku.

Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim,Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

maha suci Allah yg telah menganugerahkan kepada kami seorang khalifah.. .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.