Pages

Sabtu, 26 November 2016

BADI !adakah ia gangguan atau tidak?

RAWATAN ISLAM DARUL MUALLIJ

☘BADI !adakah ia gangguan atau tidak?

🍂Menurut kepercayaan turun temurun, istilah BADI  ialah pengaruh gangguan di mana berpindahnya kejahatan makhluk halus dari seseorang yang telah meninggal dunia.

🍂Istilah BADI bagi binatang pula digunakan kepada seseorang yang bersifat seperti monyet akibat dari berburu, memukul atau menembak monyet di hutan.

🍂 Begitu juga maksud yang sama digunakan untuk istilah ::
👻Badi mayat
👻Badi monyet
👻Badi ular
👻Badi buaya
👻Badi jin
👻Dll

🍂Sebenarnya, gangguan badi mayat adalah kesan gangguan jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk yang berdamping dengan seseorang yang telah meninggal dunia atau tipu daya makhluk ghaib yang sedang berkeliaran di sekitar kawasan jenazah.

🍂Perlu di ingatkan bahawa di antara saat dan ketika jin mudah menganggu dan memasuki ke dalam tubuh manusia ialah ketika manusia terlalu sedih, terlalu gembira, terlalu marah, terperanjat atau terlalu takut.

🍂Justeru, istilah badi mayat digunakan bagi seseorang yang mendapat gangguan makhluk halus ketika berada dalam keadaan terlalu sedih, terperanjat atau takut apabila menziarahi seseorang yang baru meninggal dunia.

🍂Untuk pengetahuan ahli Forum/Grup ini, istilah-istilah BADI ini hanyalah sekadar pada “perkataan” atau “nama” yang diberikan oleh datuk nenek kita sejak zaman dahulu.

Hakikatnya, ia adalah penganiayaan dan tipu daya jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk yang mengambil kesempatan untuk menganggu & merosak aqidah umat manusia.

🍂Kesemua ciri-ciri gangguan jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk adalah sama sahaja. Selagi kita sentiasa mendirikan yang wajib, perbanyakkan yang sunat, bertasbih dan berzikir kepada Allah, jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk ini tidak akan dapat mendekati kita.

🍂Bagi seseorang yang mendapat gangguan badi tersebut, sila dapatkan rawatan dari pakar-pakar alternatif atau pakar yang arif tentang perubatan spiritual.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.