Pages

Sabtu, 5 Januari 2013

AWALUDDIN MAKRIFATULLAH

AWALUDDIN MAKRIFATULLAH

Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.

Firman allah :-

Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan

sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku

Allah juga Berfirman :-

Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan

engkau kerana Aku. Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.

Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan

RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan
pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita renungi
Firman Firman Allah saperti berikut :-

Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik...pengetahuanmu yang

banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan
serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan diudara ditiup
angin

Engkau itu Aku dan Aku itu engkau

Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah

dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu
DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan
Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.

Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu

kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara
yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT.
Perkara itu ialah :-

Pertama

Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang
terang dan jelas.

Kedua

sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.

Ketiga

sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan
terang.

Keempat

Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-
benarnya terang dengan bukti yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang
dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah mudah diperolehi
pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca
mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui
/ ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat
memberi petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.