Pages

Rabu, 2 Januari 2013

Belajar Mengenal Allah Melalui Ikan Laut!

Apakah pelajaran yang dapat kita kutib melalui kiasan ikan dilautan masin?.

Cuba tuan-tuan perhatikan baik-baik ikan didalam lautan masin, kenapa ikannya tidak masin, biarpun bertahun-tahun berendam dalam lautan masin?. Untuk menjadikan ikan itu masin, hendaklah “dimatikannya” terlebih dahulu. Setelah ikan itu mati, barulah ikan itu masin dan barulah masin itu dapat meresap kedalam tubuhnya!

 
Begitu juga dengan diri kita, untuk menyatakan Allah itu nyata, hendaklah kita matikan terlebih dahulu akan diri kita!. Setelah diri kita mati, barulah Allah (masin) itu nyata atas diri kita!
 
Makhluk, selagi bernama makhluk dan selagi bersifat makhluk, kita tidak akan dapat sama sekali untuk menyatakan Allah!. Sebagaimana ikan tidak dapat untuk menyatakan masin, selagi ikannya belum mati, sebegitu juga diri kita!. Setelah ikan itu mati, barulah masin dapat menyatakan dirinya!. Selagi ikan tidak mati, biarpun bertahun ikan berendam dalam lautan masin, masin tetap tidak akan dapat menghadirkan dirinya!. Manakala setelah ikan itu mati, barulah masin boleh megambil tempat!

Begitu juga dengan diri kita, Selagi kita tidak matikan diri kita sebelum kita mati, sesungguhnya kita tidak akan dapat sama sekali untuk nyatakan Allah, biarpun Allah itu sudah sedia nyata sedari sediakala!. Untuk menyatakan Allah itu, hendaklah terlebih dahulu, kita matikan diri kita sebagaimana perumpamaan ikan dilautan masin!. Hidup tidak boleh untuk menyataka masin!, hanya mati sahaja yang dapat menyatakan masinnya ikan!

Untuk menyatakan Allah, hendaklah diri kita itu, dimatikan terlebih dahulu. Setelah diri kita dimatikan, disitulah baru dikatakan hidup yang akan tidak ada mati-matinya lagi!. Yang tiada mati itu, adalah merujuk kepada hanya Allah, setelah kita nyata kepada diri yang tidak mati (iaitu Allah), maka itulah tandanya ikan sudah berjumpa masin!. Tandanya makhluk sudah berjumpa Allah!

Selagi bersifat dan selagi bernama makhluk, kita sama sekali tidak boleh dan tidak layak untuk menyatakan Allah. Setelah kita mati (mati sebelum mati), barulah Allah itu nyata senyata-nyatanya!. Setelah kita tidak lagi bersifat makhluk (tidak lagi bersifat ikan), barulah masin dan barulah Allah itu dapat dinyatakan……………Untuk itu, mari kita sama-sama matikan diri sebelum mati, sebagaimana ikan menyatakan masin!. Hanya mati sahaja yang boleh menyatakan Allah…………………….. Selagi tidak mati diri, selagi itulah Allah tidak akan dapat untuk dinyatakan!

Selagi kita boleh menyatakan diri kita itu, masih ada dan masih sidup, selagi itulah kita tidak akan sekali-kali dapat untuk menyatakan Allah. Untuk menyatakan Allah, hendaklah kita tidak lagi menyatakan diri!. Setelah tidak lagi nyata akan diri sendiri, barulah Allah itu dapat kita nyatakan senyata-nyatanya!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Sebenar-benarnya, jika kita belajar ilmu makrifat dengan lebih dalam, mendalam dan belajar makrifat dengan lebih tinggi, kita sama sekali tidak boleh lagi dan sudah tidak layak lagi sama sekali untuk “menyata atau untuk menzahirkan Allah”. Allah itu, tidak perlu dan tidak boleh lagi untuk dinyata-nyatakan. Kerana apa kita tidak perlu untuk menyata dan tidak perlu untuk menzahirkan Allah?. Kerana Allah itu, sememangnya sudah sedia nyata dan sudah sedia terzahir!

Siapa kita untuk menyatakan Allah. Jika kita boleh menyatakan Allah dan boleh menzahirkan Allah, bererti kita lebih besar dari Allah!. Untuk menyatakan diri sendiripun tidak mampu, apa lagi untuk menyata, menghadir atau menzahirkan Allah!. Sesungguhnya Allah itu sudah sedia terzahir dan sudah sedia ternyata, bilamana kita mati sebelum mati!.
 Jika kita berhajat untuk menyata atau untuk memperzahirkan Allah, bererti ikan belum mati dan bererti diri belum mati!. Jika ikan belum mati, bagaimana masin boleh nyatakan sifat masinnya ketubuh ikan?. !. Masin boleh nyata setelah ikan mati. Jadi berbalik kepada diri kita, setelah kita mati barulah Allah itu nyata. Selagi kita hidup, Allah tidak akan dapat kita nyatakan. Setelah kita mati, barulah Allah itu hidup dengan nyata!

Bilamana kita mati, kita tidak lagi berhajat kepada nyata!. Kerana nyata itu sememannya sudah nyata!. Nyatanya Allah itu, bilamana kita hidup, setelah kita mati, kita tidak lagi perlu kepada nyata, kerana nyatanya Allah itu, sudah sememenngnya nyata!. Setelah mati, apalagi yang hendak dinyatakan lagi, kerana segalanya sudah sedia nyata sebelum mati!
Untuk menyatakan yang sedia nyata itu, hendaklah terlebih dahulu mati!. Setelah mati, barulah yang nyata itu benar-benar nyata!. Yang tidak perlu lagi kepada keyataan. Kita tidak perlu lagi kepada dalil untuk menyatakan Allah!. Allah telah nyatakan diriNya sendiri!. Allahh tidak perlu kepada makhluk manusia untuk menyatakan diriNya!

Siapa kita untuk meyatakan Allah?. Kita tidak berkuasa untuk menyatakan Allah. Allah menyatakan diriNya sendiri, setelah tidak adanya diri kita. Yang bersifat ada itu, pastinya Allah, maka Allahlah yang berdaya untuk mengada dan untuk menyatakan diriNya sendiri. Kita sama sekali tidak boleh untuk menzahir atau untuk menyatakan Allah, kerana diri kita sudah tidak ada. Setelah diri kita tidak ada, itulah yang dikatakan yang benar-benar bersifat ada itu, adalah hanya Allah Taala!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.