ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU
Pendapat Tok Peramu tentang Makrifat adalah saperti berikut :-
Adapun Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH. Kesudahannya
putus ilmu itu yaitu Mati...............
Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara terbahagi
kepada 5 Bahagian.......
BAHAGIAN PERTAMA :-
Hendaklah diketahui 4 perkara yakni :-
Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ?
Kedua Muhammad sebelum bernama Muhammad apa namanya ?
Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ?
Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ?
BAHAGIAN KEDUA
Hendaklah juga kamu ketahui 4 perkara lagi.
Pertama 40 hari hendak mati
Kedua 7 hari hendak mati
Ketiga 3 harihendak mati
Keempat 24 jam sebelum mati.
BAHAGIAN KETIGA
Lagi 4 perkara yang perlu kamu ketahui
Pertama hendaklah KENAL DIRI kamu
Kedua hendaklah kenal NYAWA kamu
Ketiga hendaklah kenal PENGHULU kamu
Keempat hendaklah kenal TUHAN kamu
BAHAGIAN KEEMPAT
Hendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN NYAWA kepada Allah . Ada 4
perkara juga.
Pertama Serahkan dengan ZIKIR AF’AL yakni La Ilaha Illallah
Kedua serahkan dengan ZIKIR ASMA’ yakni Allah Allah Allah
Ketiga serahkan dengan ZIKIR SIFAT yakni Hu Hu Hu
Keempat serahkan dengan ZIKIR ZAT yakni Ah Ah Ah
BAHAGIAN KELIMA
Hendaklah ketahui berkenaan RUH juga 4 perkara
Pertama RUH JASMANI yaitu TUBUH kita yakni DIRI TERJALLI
Kedua RUH RUHANI yaitu HATI kita yakni DIRI TERPERI
Ketiga RUH IDHAFI yaitu NYAWA kita yakni DIRI YANG TERPERI
Keempat RUH AL-QUDDUS yaitu RAHSIA kita yakni DIRI YANG WUJUD.
MUHAMMAD..............
Adapun nama MUHAMMAD itu jadi TUBUH pada kita.
Tubuh kepada Muhammad jadi NYAWA pada kita
Hati kepada Muhammad jadi NYAWA kepada kita
Nyawa kepada Muhammad jadi RAHSIA kepada kita.
TUBUH.................
Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang daripada
HATI.
Perbuatan Hati datang daripada Nyawa
Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia
Perbuatan Rahsia datang daripada AF’AL ALLAH.
FUAD................
Adapun yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang
melihat itu tempatnya pada MATA HATI pada JANTUNG.
Didalam jantung ada FUAD
Didalam Fuan ada CAHAYA
Didalam Cahaya ada RAHSIA
Didalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang berbunyi :-
Al Insanu Sirri...Wa Ana Sirruhu
Insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya.
KENAPA NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad )
Adapun sebab Nabi Muhammad itu bernama Muhammad kerana Kehendak
Allah.
Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana Muhammad
saperti dinyatakan didalam Hadith Qudsi :-
Sekalian jadi daripadamu Ya Muhammad dan engkau jadi daripada AKU
Sabda Baginda Rasul :-
Aku jadi kerana Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.
RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )
KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD ( MIM AWAL )
Pertama menunjukkan ZAT hambanya berdiri solat
Kedua Tempat Makrifat tatkala Qiam
Ketiga Zikir Bagi Zat yaitu ZIKIR RAHSIA
Keempat tatkala itu Tuhan bernama AHDIAH
Kelima semasa itu Tuhan Semata-mata . Belim ada terjadi apa apa akan
masa itu bernama AH...( Alif Ha )
KETERANGAN HURUM HA MUHAMMAD ( HA )
Artinya SIFAT HAMBA yakni RUKUK dalam solat
Tempat HAKIKAT yaitu Rukuk
Zikir bagi Sifat yakni Nyawa
Tatkala itu Tuhan bernama WAHDAH
KETERANGAN HURUM MIM KEDUA MUHAMMAD ( MIM KEDUA )
Artinya ASMA’ HAMBA yaitu SUJUD dalam solat
Tempat TARIQAT tatkala Sujud
Tatkala itu Tuhan bernama WAHADIAH
Tatkala itu Tuhan TAJALLI sabenar-benarnya meliputi NUR MUHAMMAD.
Masa itu Tuhan bernama ALLAH SWT
KETERANGAN HURUM DAL MUHAMMAD ( DAL )
AF’AL HAMBA yaitu DUDUK dalam solat
Tempat SYARIAT yaitu tatkala dalam Duduk
Zikir bagi Af’al yaitu TUBUH La Ilaha Illallah
Tatkala itu Tuhan ibarat LA ( Lam Alif )
Tatkala itu bercampur RAHSIA dengan NYAWA dan ANASIR ADAM ( Alif
Dal Mim )
KEJADIAN DIRI
Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4
bahagian yaitu ( ada 16 shj dicatitkan – fakir )
Bahagian Pertama
1 Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus
2 Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi
Alam Jabarut
3 Jenis ASMA’ Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh Ruhani
Tubuh halus
4 Jenis AF’AL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir
Bahagian Kedua
1 Wujud Wujud mutlak – Wujud Hakiki – Wujud Idhafi Wujud Tajalli
2 Ilmu Ilmu Hakiki – Ilmu Maklumat – Ilmu Fikir – Ilmu Ma’dom
Al-Asma’
3 Nur Nur AlHadi – Nurul quddus – Nur hadi – Nur Al-bayan
4 Suhud Suhud Al-Ain – Suhud Khadafi – Khaliq Al-Asmat
Suhud Taufil
Bahagian Ketiga
1 Angin Angin Niat –Angin Padtar – Angin Sarsa – Angin Serul
2 Api Al-Hayat – Al-Muja – Sajin
3 Air Maal Hayat – Maal Kus – Maal Zam Zam – Maal Hain
4 Tanah Tanah Firdaus – Tanah Tiin – Arbail baasir – Tiin Siipaab
Bahagian Keempat
1 Di Jadi Ruh Masripah – Tubuh – Af’al
2 Wadi Jadi Tulang – Tariqat – Hati – Asma’
3 Mani Jadi urat – Haqiqat – Nyawa – Sifat
4 Ma’nikam Jadi Nyawa – Makrifat – Rahsia – Zat
Bahagian Kelima
1 LA ( Laf Alif )
Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi kepada Baitullah
2 ILAHA ( Alif Lam Ha )
Ucaoan bagi Hati penjaga daging dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur
3 ILLA ( Alif Lam Alif )
Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy
4 Allah ( Alif lam Lam Ha )
Ucapan kepada Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah
KEJADIAN BENIH
HU QALBI itu RABBI terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku dikandung
dalam Wujud Allah La Ilaha Illallah Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil
Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si A-Hu Il Mullah
Adapun asal kejadian BENIH manusia daripada MA’NIKAM daripada
Syurga, dirupakan Allah SWT turun kepada HU GHAIB rupa Allah jadi
Ma’nikam rupa gilang gemilang hingga tujuh petala langit dan tujuh petala
bumi
- kemudian manikam itu jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari
- kemudian manikam itu jatuh kejantung bapa 40 hari
- kemudian manikam itu jatuh ke Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari
- kemudian Manikam itu jatuh TA’AYUN HATI berupa air 3 hari
- kemudian manikam itu MERTABAT ZAT pada pinggang bapa 24 jam
- kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu dengan rupa huruf ALIF
- kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji . Itulah
sebab ia bernama Manikam
- kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini yang bernama
saperti Firman Allah : al insanu sirri wa ana sirruhu
- kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada dirinya bila
bercampur dengan darah ibunya. Maka hilanglah rupa itu dan bernama
pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian bila sampai janji,
keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka
menangis ia sebab suara inilah bernama ALAM INSAN.
BILA AKHIR HAYAT
Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta
kita mendengar ucapan :-
ALASTU BI RAB BIKUM – AH ( Alif Ha ) ANA MA – KAA NA BII MAA KAA NA
MASA KAA NA.
Maka jawablah :-
YA ANA LA ILA HA ILLALLAH – 3 kali
Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH – 3
kali
Kemudian kita nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU – 3 kali
Kemudian kita dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH
ANA....serta terus kita memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir
AH – AH- AH ( Alif Ha ).
Maka tamatlah riwayat kita. Ruh kembali ke Rahmatullah. Hasanul
Khatimah.
ALHAMDU ( Alif –Lam- Ha -Mim -Dal )
Saudara pembaca yang budiman,
Mengikut penceritaan kalimah ALHAMDU ialah kalimah pertama yang
disuarakan oleh manusia yakni Nabi Adam a.s yang bermaksud Segala Puji
Milik Allah.
Tidak ada satu pun manuskrip Ilmu Hakikat yang ada ditangan fakir yang
tidak membicarakan kalimah ALHAMDU ini. Masing masing memberi
tafsiran tersendiri secara panjang lebar.
Melalui ENTRI kali ini fakir sampaikan penjelasan penulis manuskrip ILMU
& MAKRIFAT TOK GURU PERAMU berkaitan kalimah ALHAMDU ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.