Pages

Sabtu, 5 Januari 2013

KEDUDUKAN NIAT

KEDUDUKAN NIAT

Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai
letaknya harus melaksanakan :-

QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan

TAKRID menentukan ZAT akan SISATNYA dan kepada yang disifatkan.

TA’AYUN sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID
Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat yang disifatkan.
Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan
lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam
rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada
UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan
atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata.

Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD
itu adalah Aku semata-mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas
Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu.
Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU
padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.
Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai
kemampuan untuk memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah
hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.