Pages

Sabtu, 5 Januari 2013

MANUSKRIP TOK PERAMU

MANUSKRIP TOK PERAMU....

DALIL NAQLI – AYAT AL-QURAN

Telah ada Aku dalam dirimu – betapa tidak kamu lihat ?

SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH

A DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR
 ADAM = JASAD YANG KASAR

a. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa
 b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa
 c. BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa
 d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa
 e. MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa
 f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa
 g. BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa

B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN
 MUHAMMAD = NYAWA INSAN

a. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan
 b. TAHU Nyawa dengan ILMU Tuhan
 c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan
 d. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA’ Tuhan
 e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan
 f. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan
 g. BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan

PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK
 ZIKIRNYA HU ALLAH

Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan

Alam dengan limpah Sifat Sifat diatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT
YANG ESA.

DALIL DALIL AL-QURAN

WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN
 Adapun Allah itu MELIPUTI sekalian Alam

LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH
 Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah sekalian melainkan dengan

IZIn Allah
 WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH
 Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah

FA IN NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH
 Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu Wajah Allah

Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah

terhenti pandang kamu pada sekalian itu hingga sampai kepada yang
Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD

Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan

HAYAT Tuhanmu. Jika kamu pandang pengetahuanmu hendaklah kamu
pandang ILMU Allah. Apabila kamu pandang kuasamu hendaklah kamu
pandang KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya dengan pancaindera kamu
dan Sifat Sifat MAANI Allah yang lain.
 Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu

terhadap Tuhan kamu.

ALLAH AN - NIAT – AHDAH – WAHDAH – WAHIDIAH

ALLAH – Alif - Lam –Lam- Ha

ALIF itu AHDIAH ZAT

LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada

huruf dan tiada suara. Inilah USALLI SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya
NAFSI WUJUD

Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat

INSAN dan AHADIAH. Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni
dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT ertinya ESA pada pihak
TANZIL.

LAM AWAL = ALIF DIATAS

Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka

jadilah LAM AWAL maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH
yakni TA’AYUN AWAL ertinya NYATA YANG PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT
ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD – AIN SABITAH – WUJUD IDHAFI –
INSAN KAMIL pun ia juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal
FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT MAANI.

LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH

Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMA’NYA. Huruf Alif dibawah

menjadi LAM AKHIR maknanya ASMA’ mertabat WAHIDIAH yang bernama
ALLAH yakni TA’AYUn THANI ertinya NYATA YANG KEDUA maka Tajallilah
RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh
Adam daripada huruf Alif Di-Atas.
Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM AWAL
maknanya Sifat Alif dibawah. Maka jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA’
ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu empat Sifat
Alif Lam Lam Ha

ALLAH HU AKBAR

ALLAH – ( Alif – Lam – Lam – Ha ) – Empat Sifat

ALIF = ZAT
 LAM AWAL = SIFAT
 LAM AKHIR = ASMA’
 HA = AF’AL

AKBAR – ( Alif – Kaf – Ba – Ra )

ALIF = KAHAR
 KAF = JAMAL
 BA = JALAL
 RA = KAMAL

ALLAH = GHAIBUL GHUYUB

ALIF = LA TA’AYUN = MERTABAT ZAT
 LAM AWAL = TA’AYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH
 LAM AKHIR = TA’AYUN THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA
 HA = MERTABAT TUBUH = JASAD

ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT. Zikirnya AH

( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL YAKIN

SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU.

Ilmunya HAQ QUL YAKIN
ASMA’ DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya ALLAH
3 x . Ilmunya – ILMU YAKIN

AF’AL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA

HA ILLALLAH. Ilmunya – ILMU YAKIN.
 Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya.

Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya.
Lantas terzahir pulalah CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu
JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu sempurnalah sudah
sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.

DARI ... Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU -
ENTRI KEENAM BELAS ( 16 – TERAKHIR. )

HAKIKAT FATIHAH................
 Ia Menyatakan DIRI

BISMILLAH..............

Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua keadaan YA

RAHIM itu. Ya Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.

ALHAMDULULLAH.......

Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku.

Alhamdulillah itu Ya Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji
DiriKu sendiri.

RABBUL ALAMIN................

Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.

AR RAHMAN – AR – RAHIM...........

Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku

juga.

MALIKIYAU MID DIIN..............

Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah kerajaannya.

IYYA KANA’ BUDU................

Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..

WA IYYA KAA NAS TAA IIN....

Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada...

IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM...

Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku

SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM..

Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu kekasihKu.
 GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..

Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu kekasihKu

WA LAD DHAL LIN...

Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..

AMIN..

Ya Muhammad Rahsiamu itu Rahsia Aku.

Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan

Tuhanku. Maka apabila Solat ghaiblah didalamnya . Apabila ghaib ESA-lah
ia dengan Tuhannya.

Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa yang

solat amat rapat kepada Zat Yang Esa dengan kata ALLA HU AKBAR.

Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan Nyawa-

nya maka kekallah Sifat dengan Tuhannya – tiada mengesakan dirinya
dengan Tuhannya. Sabda Nabi saw :-

Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna melainkan

Wujud Mutlak semata-mata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.