Berikut adalah 40 nasihat
Sayyidina Ali Ibn Abi Talib k.w.j sebagaimana yang terdapat di dalam kitab
Nahjul Balagh oleh Sayyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al-Bayan Wattabyeen
oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a.:
1. Pendapat seorang
tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
2. Menyokong
kesalahan adalah menindas kebenaran.
3. Kebesaran
seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping
daging.
4. Mereka yang
bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
5. Jagalah
ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.
6. Bakhil terhadap
apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.
7. Kekayaan seorang
bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih
terpencil daripada seseorang bakhil.
8. Seorang arif
adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari
kejahatan.
9. Ilmu adalah
lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu
menjaga kamu.
10. Jagalah harta
bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan
solat.
11. Sifat menahan
kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12. Mengajar adalah
belajar.
13. Berkhairatlah
mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi
kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka
yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah
yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua
dengan buta seperti kambing.
15. Insan tidak
akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu? dan lemah.
16. Janganlah kamu
takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17. Mereka yang
mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan
orang lain.
18. Harga diri
seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia
sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20. Jika kamu
mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu
tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
21. Allah SWT
merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
22. Sifat seseorang
itu tersembunyi di sebalik lidahnya.
23. Seseorang yang
membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
24. Insan tidur di
atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa
yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang
mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
27. Kegelisahan adalah
lebih sukar dari kesabaran.
28. Seorang yang
hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba
kepada hamba.
29. Orang yang
dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
30. Putus harapan
adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
31. Sangkaan
seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32. Seorang akan
mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
33. Taat kepada
perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan
kecelakaan yang memalukan.
35. Jika berharta,
berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu
lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
37. Tidak ada
percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
38. Tidak ada
pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39. Kebiasaan lisan
adalah apa yang telah dibiasakannya.
40. Jika kamu telah
menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada
kejayaan yang telah kamu perolehi.
Allahumma salli
'ala saiyidina Muhammad wa'ala alihi saiyidina Muhammad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.