Pages

Khamis, 14 Februari 2013

Ayat al-Quran yang paling menakutkan

Imam Abu Hanifah berkata bahawa inilah ayat dalam al-Quran yang paling menakutkan. 

Imam Malik bin Anas pula berkata: 
Maksudnya; "Telahku buka lembaran-lembaran kitab Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W. dan tidakku dapati (dosa) yang lebih buruk daripada RIBA, kerana Allah telah mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" 

Berkata Imam Qatadah : 
"Allah menjanjikan ahli riba dengan hukuman BUNUH, dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada." 

Ibn Abbas berkata : 
Maksudnya; "Tidak diterima daripada pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihatnya dan persaudaraannya." 

Tercatat didalam al-Quran: 
Maksudnya; "Allah menghancurkan 'keberkatan' kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah." (Surah al-Baqarah : 276) 

Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur). 
(Sabda?: 13) 

Allah SWT berfirman; 
?Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.? (Ibrahim: 7).......Wanauzubullah'himindaliq 

Allah berfirman; 
"Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berILMU". [Al 'Ankabut : 43] 


Firman Allah SWT; 
"Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh AKAL YANG SIHAT". [Al A'la:8] 


Telah berkata Saidina Abdullah Bin Umar RA: 
Jika kamu terus bersembahyang hingga tulang belakangmu menjadi bongkok dan kamu berpuasa pula hingga badanmu menjadi seperti lidi, tetap tidak akan diterima semua itu melainkan dengan warak yang tebal (menjaga halal haram). 

"Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah". 
[Saiyidina Umar Al-Khattab] 


Kata Umar al-Khattab r.a maksudnya : 
" Kami biasa mengelakkan sembilan persepuluh dari rezeki yang halal kerana ingin berjaga-jaga dari terlibat dengan yg haram" 

( Riwayat Ab razzaq dlm Musannafnya ) 
Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimka n sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah UJIAN. Dalam hadits Qudsi Allah berfirman: 

"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai fitnah/ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah) 

Alllah SWT berfirman: 
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih HATI, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi, jika kamu orang-orang yang BERIMAN?. (Ali Imraan : 139) 

Allah SWT berfirman: 
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir?. (Yusuf : 87) 

Firman Allah SWT; 
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang BERTAQWA. Maka tidakkah kamu memahaminya?? [Al-An?aam : 32] 

Allah SWT berfirman: 
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi AMALAN-AMALAN yang kekal lagi salih adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." [Al-Kahfi:46] 

Firman Allah SWT; 
"Orang-orang yang sangat mencintai kehidupan dunia ini, ganti kehidupan dunia kemudian. Mereka menyimpang dari jalan Allah, dan mengusahakan jalan bengkok. Itulah orang-orang yang jauh tersesat." 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.