Allah s.w.t dengan menanggalkan apa sahaja yang dianggapnya
boleh menyampaikannya kepada Allah s.w.t. Maka keluarlah dia dari apa sahaja
yang selain Allah s.w.t. Dibuangnya segala hijab-hijab yang menutupi mata
hatinya. Dia keluar dari ilmunya, amalnya, makrifatnya, sifatnya, namanya,
bahasa dan ibarat. Pelepasan yang menyeluruh ini adalah pintu masuk ke
Hadrat-Nya dan dia masuk dengan kekuatan Nurullah, iaitu tarikan yang langsung
dari Allah s.w.t.
Nur berlapis nur, Allah memimpin sesiapa yang di
kehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada nur hidayah-Nya
itu. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )
Makhluk tidak akan zahir jika tidak ada Nur-Nya. Makrifat
tidak mungkin dicapai tanpa suluhan Nur-Nya. Ilmu tidak mungkin diperolehi
tanpa penerangan Nur-Nya. Mata hati tidak mungkin boleh melihat tanpa pancaran
cahaya Nur-Nya. Allah s.w.t memimpin kepada Nur-Nya siapa yang Dia kehendaki.
Orang yang dipimpin kepada Nur-Nya adalah orang yang mampu keluar dari hijab
nafsu dan akal. Nafsu ditundukkan kepada yang hak sehingga tidak ada keinginan
dan cita-cita melainkan mahu bertemu dengan Allah s.w.t. Akal ditundukkan
kepada yang hak sehingga tidak ada yang difikir dan direnungi melainkan Wajah
Allah s.w.t jua yang menyata pada semua arah. Walau ke arah mana pun dihalakan
pandangan akal dan pandangan hati, Wajah Allah s.w.t jua yang kelihatan.
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana
sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah arah
yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat dan limpah
kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. ( Ayat 115 : Surah al-Baqarah )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.