Pages

Khamis, 14 Februari 2013

Hidayah


Surah yang pertama mengikut susunan al-Quran adalah surah al-Fatihah. Membaca surah ini merupakan satu rukun di dalam solat yang wajib dibaca setiap kali umat Islam mengerjakan solat. Di dalam ayat yang terakhir kita sentiasa berdoa agar Allah menunjukkan kepada kita jalan yang lurus. ” Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus”.
Dalam surah yang kedua Allah menjawab maksudnya : ” Alif Laam Miim… Inilah al-Kitab yang tiada keraguan padanya menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa”.
 Adakah mereka yang meminta agar diberikan Allah kepadanya petunjuk benar-benar membuka al-Quran, membaca, merenung dan memahami petunjuk-petunjuk daripada Allah ini.
Apakah petunjuk itu hanya untuk orang-orang yang bertakwa sahaja, maka dia tidak perlu menjadikan al-Quran sebagai petunjuk jalan kehidupannya.
Atau : ” Sama sahaja kepada mereka sama ada kamu beri peringatan kepada mereka atau tidak, mereka tidak akan percaya”..
Samakah watak umat Islam hari ini dengan sikap salaf terhadap al-Quran? Apakah mereka merasa selesa dengan sikap mereka? Bagaimanakah mereka ingin melalui siratul mustaqim di akhirat jika mereka di dunia ini tidak pernah berniat menjadikan al-Quran sebagai sumber kehidupannya dan jalan hidupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.