Pages

Sabtu, 30 Mac 2013

Beriman Itu, Bukan Sahaja Hanya Di Bibir!

Beriman Itu, Bukan Sahaja Hanya Di Bibir!
Beriman itu senang tetapi cara untuk menghidupkan iman itu, adalah teramat payah. Semua orang bercakap tentang iman, tetapi teramat susah untuk beriman!. Iman itu, bibir tetapi beriman itu qalbu!. Bibir dengan qalbu dan iman dengan beriman itu, adalah suatu perkara yang jauh berbeza.
Istilah iman adalah isyarat tafsiran syariaat manakala beriman itu, adalah isyarat tafsiran makrifat!. Contohnya seumpama rukun iman yang pertama iaitu, percaya kepada Allah. Perkara percaya kepada Allah itu, semua orang boleh mengaku percaya! Tetapi untuk mempercayainya adalah suatu perkara yang teramat payah. Perkara percaya dan perkara mempercayai itu, adalah suatu yang berbeza. Begitujuga seumpama perkataan selam dengan perkataan menyelam, perkataan baca dan perkataan membaca itu, adalah juga suatu perkataan atau perkara yang berbeza. Dalam permasalahan iman dengan perkara beriaman itu, adalah suatu yang berbeza!. Mari kita belajar cara-cara beriman.
Beriman itu, ada tiga tahap;
1) Beriman pada tahap taklid (tanpa dalil)
2) Beriman pada tahap mutakalimin (dengan dalil)
3) Beriman pada tahap nurul yakin (dengan rasa)
Kebimbangan atau permasalahan besar yang dihadapi oleh masyarakat anak muda-mudi kita sekarang ini, adalah dalam permasalahan kegoncangan kepercayaan. Permasalah anak muda mudi zaman sekarang ini, adalah dalam soal kepercayaan hati, iaitu hati yang dalam berkeadaan tidak basah dengan keyakinan (iaitu hati yang berkeadaan kering dari beriman Allah). Kering dari beriman (percaya) kepada Allah Taala.
Kegoncangan hati itu, adalah warisan yang diwarisi oleh turun temurun sedari datuk nenek kita lagi, yang membawa kepada zaman kita sekarang ini. Kegoncangan percaya atau beriman kepada Allah itu, suatu perkara yang bukan baru!. Ianya bermula dari zaman para Nabi-Nabi terdahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.