Pages

Selasa, 29 Oktober 2013

HIDUPKU DENGAN TAUHID

 لااله الأالله محمد رسول الله
HIDUPKU DENGAN TAUHID

Hidupku lain dari orang.. Orang NORMAL aku ABNORMAL.
Orang lain hidup, bekerja mencari rezeki dan sebagainya dengan menggunakan tenaga otak dan tenaga anggota badannya. Ramai yang berjaya, ramai juga yang tidak.
Aku juga hidup dan bekerja tetapi aku hidup dan bekerja dengan TENAGA DIRI BATINKU yaitu Allah. Maka jadilah aku ini

 a. Aku hidup dengan HAYAT Diri Batinku yang hidup dengan HAYYUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga hidup dengan HAYYUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.

b. Aku melihat dengan BASHAR Diri Batinku yang melihat dengan BASIRUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga melihat dengan BASIRUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.

 c. Aku berkata-kata dengan KALAM Diri Batinku yang berkata-kata dengan MUTAKALLIMUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga bercakap dengan MUTAKALLIMUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.

d. Aku berkuasa dengan QUDRAT Diri Batinku yang berkuasa dengan QADIRUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga berkuasa dengan QADIRUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.

e. Aku mengetahui dengan ILMU Diri Batinku yang mengetahui dengan ALIMUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga mengetahui dengan ALIMUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.

 f. Aku mendengar dengan SAMA’ Diri Batinku yang mendengar dengan SAMIUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga mendengar dengan SAMIUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.

g. Aku berkehendak dengan IRADAT Diri Batinku yang berkehendak dengan MURIDUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga berkehendak dengan MURIDUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.

لااله الأالله محمد رسول الله

ل ا ا ل ه ا ل ا ا ل ل ه م ح م د ر س و ل ا ل ل ه

Adapun kalimah tauhid ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang malam selama 24 jam ertinya hidup kita,mati kita,bangkit kita dihari kiamat nanti adalah dengan kalimah sahadat :

لااله الأالله محمد رسول الله

لااله نحي وعليها,وعليا نموت وعليها نبعث ان شاء الله كان من الامنين

ertinya:hidupku didalam dunia ini,matiku dan bangkitku dihari akhir nanti didalam kalimah (sahadat) dan insyallah aku menjadi orang yang amin.

disamping itu diingatkan bahawa didalam kalimah tauhid jiga mengandungi 24 huruf semuanya bagi menandakan kehidupan manusia dalam 24 jam dalam sehari semalam.kalimah sahadat itu adalah pada menyatakan perihal diri rohani dan jasmani kita.Kalimah ini adalah tersangat penting didalam penghidupan kita untuk menuju kepada Allah Subhanahu wataala.

Oleh itu janganlah dipisahkan manusia samasekali dua kalimah sahadat didalam kehidupan kita,jika ingin menjadi manusia yang diredhai di dunia dan diakhirat dan jangan sekali2 kita mati tanpa kalimah sahadat.

Sesungguhnya sahadat adalah merupakan rukun islam yang pertama dimana seseorng itu ingin menjadikan islam sebagai cara hidupnya haruslah terlebih dahulu mengucap dua kalimah sahadat iaitu:-
اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah sahadat maka selama itulah is tidak boleh di ikktiraf sebagai seorang islam.

Dalam pengertian syariat,dua kalimah sahadat itu ialah "aku menaik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku menaik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Sesungguhnya ramai diantara kita hanya pandai melafazkan ucapan dua kalimah sahadat itu tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji atau sekurang2nya menyoal diri sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuhnya sahadat itu sendiri,kita lihat ibu bapa kita melafazkan sahadat maka kita pun turut berbuat demikian,namun bergitu tak pernah bertanya kenapa kita harus melafazkannya.??
اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Dan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk penyaksian yang lain daripada dua kalimah sahadat.

Disamping itu tidak kurang pula dikalangan kita bertanya kenapa LA ILA HA IL LAALLAH itu boleh membawa pengertian "tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah" sedangkan di dalam kalimah tersebut tidak pernah terdapat perkataan tuhan (RABB) dan tidak pula terdapat perkataan sembah (PAK BUDUU HU) tetapi di dalam pentafsiran erti baik bahasa oleh para ulama syariat ada perkataan "tuhan" dan "sembah" dan kenapa pula sahadat tersebut tidak boleh dikatakan begini..
لاربي فاعبدوني الا الله

yang mungkin lebih sesuai untuk diberi erti "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah" tetapi islam tetap mengunakan lafaz sahadat dengan.. لااله الاالله
yang membawa pengertian kepada tiada yang nyata hanya Allah.

لا اله الا الله
TIADA NYATA HANYA ALLAH

Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa pengertian yang dibuat oleh para alim ulama syariat adalah jauh,tidak menepti daripada matlamat sebanar yang hendak dinyatakan oleh shadt itu sendiri dismping itu soalnya apakah perkataan Allah di dalam sahadat itu boleh di samakan kepada tuhan dan apakah sebenarnya bergitu..??
Bergitu juga apabila kita melafazkan ..محمدارسول الله

itu apakah benar membawa satu pengertian kepada "Nabi Muhammad itu persuruh Allah" jika benar bergitu kenapa Nabi Adam Alaihimusallam bapa sekalian manusia juga mengucap sahadatnya dengan menghabarkan sahadatnya itu dengan lafaz Muhammad Rasulullah dan seterusnya Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan rasul2,wali2 Allah sebelum zahir Nabi Muhammad saw mengucap dengan ucapan yang sama atau dalam hal yang lain ada dikalangan kita akan berkata nabi2 sebelum zahirnya Nabi Muhammad mengucap dengan cara lain, jika benar bergitu apakah mereka difahamkan bahawa islam itu hanya baru ujud pada zaman Muhammad saw dan benarkah islam tidak pernah ujud sebelumnya,dan jika benar ucapan Muhammad RasuluLlah itu fahaman kepada Nabi Muhammad,kenapa pula Nabi Muhammad juga mengucap seperti kita mengucap sekarang,dan kenapa pula RasuluLlah tidak mengucap begini...
واشهدن لاربى فاعبدوني الا الله واشهدانا رسول الله

yang lebih sesuai membawa kepada pengertian "aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa akulah pesuruh Allah"
Pendek kata banyaklah lagi persoalan2 yang harus ditanya oleh kita apabila kita melangkah dan berusaha mencari dan menggali pengertian sahadat yang benar,justeru itu marilah kita fahamkan bersama2 akan hakikat sahadat mengikut pandangan hakikat dan makrifat dan marilah kita sama2 menggali makna hujung jatuh sahadat itu sendiri agar kita sama2 dapat memahaminya dengan mendalam dan dapat pula berpegang dengan pemahaman kita itu.
Adapun kalimah sahadat itu adalah:-
اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

dan sesungguhnya اشهدان لااله الاالله
adalah dinamakan sahadat tauhid dan..
واشهدان محمدارسول الله

adalah pula sahadat rasul.
Sebab kalimah..LAILAHAILLALLAH.. dinamakan sahadat tauhid adalah didalam kalimah tersebut kita bersaksi dengan penuh rasa bahawa tiada yang lain hanya Allah semata2 tiada bersekutu baginya dalam segala2 hal dan tiada sesuatu pun yang bercampur aduk denganya kecuali DIA sendiri,oleh itu kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yang nyata pada kita hanya Allah semata2,kita nafi tubuh kita dan kita isbatkanya kepada Allah semata2 (diri batin kita)

Adapun kalimah واشهدان محمدارسول الله
itu dinamakan sahadat rasul,sebab pada kalimah ini kita melafazkan bersaksi bahawa yang menyampaikan dan menanggung diri rahsia Allah adalah Muhammad iaitu diri zahir kita,dan dengan melafazkan kalimah tersebut maka berikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri bahawa diri zahir kita tetap akan menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya buat selama2nya.

Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (ruhani),
dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (jasmani)

Diri batin adalah sebenar2 diri yang menyatakan rahsia tuhan dan untuk menyatakan diri rahsia Allah tersebut adalah diri zahir kita...jadi diri zahir kitalah yang menyatakan rahsia ketuhanan Allah Taala,oleh yang demikian diri zahir kita digelar HAKIKAT RASUL.


APABILA KITA MELAFAZKAN:-
لا اله الا الله

TIADA NYATA HANYA ALLAH
MAKNYA: tiada nyata hanya Allah....dari sini jelaslah kalimah LAILAHALILLAH itu sudah terang diri batin kita,bila saja kita melafazkan kalimah tersebut dengan jelas kita memperakui dengan sesungguhnya bahawasanya tiada nyata hanya DIAlah Allah yang dikandung oleh tubuh zahir kita.

ADAPUN KALIMAH: MUHAMMAD RASUL ALLAH pula menyatakan diri kasar kita kerana hakikat bentuk manusia itu berhakikat dengan huruf
M U H A M M A D ,

justru itu menakala kita melafazkan kalimah..
اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Maka kalimah yang telah dilafazkan itu adalah meliputi pada menyatakandiri batin dan diri zahir kita (ruhani dan jasmani) iaitu kita menyaksikan bahawa yang dikandung oleh diri kasar ini adalah diri rahsia Allah Taala dan diri kasar inilah merupakan sarung,seperti firman Allah yang bermakna :MANUSIA ITU ADALAH RAHSIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA"
Allah Taala telah mengurniakan manusia untuk memegang dan bertangungjawab terhadap rahsia yang ditanggung oleh manusia itulah Allah Taala memberi satu penghormatan besar terhadap kejadian manusia...seperti firmanya....
لقدخلقنا الانسان في احسن تقويم

sesungguhnya Aku kurniakan akan manusia itu satu kejadian yang sebaik2nya.
Kejadian manusia adalah satu2 kejadian yang paling rapi,elok tersusun pada zahir dan batin,duduknya kemuliaan manusia adalah kerana manusia sahajalah kejadian Allah yang sanggup memegang rahsianya,sedangkan sebelumnya Allah sendiri pernah menawarkan rahsia ini kepada langit,bulan,bukit untuk menanggungnya tetapi semuanya makhluk kejadian tersebut tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggungnya:- seperti firman Allah yang bermaksud:" sesungguhnya rahsia aku ini pernah aku taruhkan kepada langit,bumi,gunungganang tetapi mereka engan menerimanya kerana takut mengabaikannya,tetapi yang sanggup menerima adalah manusia.Daritu apabila kita mengucap akan kalimah
اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

maka bererti kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata2 dan tubuh zahir kita ini adalah tukang penyata rahsia Allah semata2.
Adapun sembahyang itu adalah berdiri menyaksikan diri kita sendiri,kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menangung rahsia Allah Taala dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata2,tiada satu jua pun yang kita punya kecuali hak Allah semata2,jika diibaratkan kita ini hanya sebagai sebuah kotak radio yang hidup dengan mengharapkan siaran dari stastion besar semata2,dan perlu di ingat bahawa berfungsinya radio tersebut kerana dapat menerima gelombang siaran dari stastion besar,yang demikian jika habislah siaran atau rosaknya penerimaan siaran maka sudah tentu kotak radio tersebut akan dibuang menjadi sampah,maka bergitulah kita.

Kita akan berguna di sisi Allah jika kita dapat menanggung amanah rahsia itu serta dapat berfungsi dan bertindak mengenal diri kit sendiri,kerana apabila kita berjaya dapat mengenal diri kita,maka dengan itulah pula kita dapat mengenal diri Allah itu sendiri...firman Allah dalam hadis kudsi.....
من عرف نفسه فقد عرف ربه

ertinya,barangsiapa mengenal dirinya maka kenalah tuhanya.
Oleh itu jika kita tidak mengenal diri kita,maka kita adalah lebih hina daripada sampah di sisi Allah...

ALAM-ALAM YANG AKU LALUI SEBELUM KELUAR DARI PERUT IBU KU
1.Ahadah -Alam Lahut -Martabat Zat
2.Wahdah-Alam Jabarut - Martabat Sifat
3.Wahdiah-Alam Wahdiah - Martabat Asma
4.Alam Roh-Alam Malakut -Martabat Afaal
5.Alam Misal - Alam Bapa
6.Alam Ijsan- Alam Ibu
7.Alam Insan - Alam Nyata

1.1 ALAM AHDAH
Pada memperkatakan Alam Qaibull-Quyyub iaitu pada martabat Ahdah di mana belum ada sifat, belum ada ada asma’,belum ada afaal dan belum ada apa-apa lagi iaitu pada Martabat LA TAKYIN, Zat UlHaki telas menegaskan untuk memperkenalkan DiriNya dan untuk diberi tanggungjawab ini kepada manusia dan di tajallikanNya DiriNya dari satu peringkat ke peringkat sampai zahirnya manusia berbadan rohani dan jasmani.

 Adapun Martabat Ahdah ini terkandung ia di dalam Al-Ikhlas pada ayat pertama iaitu{QulhuwallahuAhad), iaitu Sa pada Zat semata-mata dan inilah dinamakan Martabat Zat. Pada martabat ini diri Empunya Diri (Zat Ulhaki)Tuhan RabbulJalal adalah dengan dia semata-mata iaitu di namakan juga Diri Sendiri. Tidak ada permulaan dan tiada akhirnya iaitu Wujud Hakiki Lagi Khodim

 Pada masa ini tida sifat,tida Asma dan tida Afa’al dan tiada apa-apa pun kecuali Zat Mutlak semata-mata maka berdirilah Zat itu dengan Dia semata-mata dai dalam keadaan ini dinamakan AINUL KAFFUR dan diri zat dinamakan Ahdah jua atau di namakan KUNNAH ZAT.

 1.2 ALAM WADAH
Alam Wahdah merupakan peringkat kedua dalam proses pentajalliannya diri Empunya Diri telah mentajallikan diri ke suatu martabat sifat iaitu “La Tak Yin Sani” - sabit nyata yang pertama atau disebut juga martabat noktah mutlak iaitu ada permulaannyan.

Martabat ini di namakan martabat noktah mutlak atau dipanggil juga Sifat Muhammadiah. Juga pada menyatakan martabat ini dinamakan martabat ini Martabat Wahdah yang terkandung ia pada ayat “Allahus Shomad” iaitu tempatnya Zat Allah tiada terselindung sedikit pun meliputi 7 petala langit dan 7 bumi.

 Pada peringkat ini Zat Allah Taala mulai bersifat. SifatNya itu adalah sifat batin jauh dari Nyata dan boleh di umpamakan sepohon pokok besar yang subur yang masih di dalam dalam biji , tetapi ia telah wujud,tdadak nyata, tetapi nyata sebab itulah ia di namakan Sabit Nyata Pertama martabat La Takyin Awwal iaitu keadaan nyata tetapi tidak nyata(wujud pada Allah) tetapi tidak zahir

 Maka pada peringkat ini tuan Empunya Diri tidak lagi Beras’ma dan di peringkat ini terkumpul Zat Mutlak dan Sifat Batin. Maka di saat ini tidaklah berbau, belum ada rasa, belum nyata di dalam nyata iaitu di dalam keadaan apa yang di kenali ROH-ADDHAFI.Pada peringkat ni sebenarnya pada Hakiki Sifat.(Kesempurnaan Sifat) Zat Al Haq yang di tajallikannya itu telah sempurna cukup lengkap segala-gala. Ianya terhimpunan dan tersembunyi di samping telah zahir pada hakikinya.

 1.3 ALAM WAHDIAH
Pada peringkat ketiga setelah tajalli akan dirinya pada peringkat “La takyin Awal”, maka Empunya Diri kepada Diri rahsia manusia ini, mentajallikan pula diriNya ke satu martabat As’ma yak ini pada martabat segala Nama dan dinamakan martabat (Muhammad Munfasal) iaitu keadaan terhimpun lagi bercerai - cerai atau di namakan “Hakikat Insan.”

 Martabat ini terkandung ia didalam “Lam yalidd” iaitu Sifat Khodim lagi Baqa, tatkala menilik wujud Allah. Pada martabat ini keadaan tubuh diri rahsia pada masa ini telah terhimpun pada hakikinya Zat, Sifat Batin dan Asma Batin. Apa yang dikatakan berhimpun lagi bercerai-cerai kerana pada peringkat ini sudah dapat di tentukan bangsa masing - masing tetapi pada masa ini ianya belum zahir lagi di dalam Ilmu Allah Iaitu dalam keadaan “Ainul Sabithaah”. Ertinya sesuatu keadaan yang tetap dalam rahsia Allah, belum terzahir, malah untuk mencium baunya pun belum dapat lagi. Dinamakan juga martabat ini wujud Ardhofi dan martabat wujud Am kerana wujud di dalam sekelian bangsa dan wujudnya bersandarkan Zat Allah Dan Ilmu Allah.

Pada peringkat ini juga telah terbentuk diri rahsia Allah dalam hakiki dalam batin iaitu bolehlah dikatakan juga roh di dalam roh iaitu pada menyatakan Nyata tetapi Tetap Tidak Nyata.

 1.4 ALAM ROH
Pada peringkat ke empat di dalam Empunya Diri, Dia menyatakan, mengolahkan diriNya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamaka roh. Jadi pada peringkat ini dinamakan Martabat Roh pada Alam Roh.Tubuh ini merupakan tubuh batin hakiki manusia dimana batin ini sudah nyata Zatnya, Sifatnya dan Afa’alnya.Ianya menjadi sempurna, cukup lengkap seluruh anggota - anggota batinnya, tida cacat, tiada cela dan keadaan ini dinamakan (Alam Khorijah) iaitu Nyata lagi zahir pada hakiki daripada Ilmu Allah. Tubuh ini dinamakan ia “Jisim Latiff” iaitu satu batang tubuh yang liut lagi halus. Ianya tidak akan mengalami cacat cela dan tidak mengalami suka, duka, sakit, menangis,asyik dan hancur binasa dan inilah yang dinamakan “KholidTullah.”

Pada martabat ini terkandung ia di dalam “Walam Yalidd”. Dan berdirilah ia dengan diri tajalli Allah dan hiduplah ia buat selama-lamanya. Inilah yang dinamakan keadaan Tubuh Hakikat Insan yang mempunyai awal tiada kesudahannya, dialah yang sebenarnyanya dinamakan Diri Nyata Hakiki Rahsia Allah dalam Diri Manusia.

 1.5 ALAM MISAL
Alam Misal adalah peringkat ke lima dalam proses pentajallian Empunya Diri dalam menyatakan rahsia diriNya untuk di tanggung oleh manusia. Untuk menyatakan dirinya Allah S.W.T., terus menyatakan diriNya melalui diri rahsiaNya dengan lebih nyata dengan membawa diri rahsiaNya untuk di kandung pula oleh bapa iaitu dinamakan Alam Misal.
Untuk menjelaskan lagi Alam Misal ini adalah dimana unsur rohani iaitu diri rahsia Allah belum bercamtum dengan badan kebendaan. Alam misal jenis ini berada di Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada alam Arwah (alam Roh) menuju ke alam Nasut maka itu dinamakan ia Alam Misal di mana proses peryataan ini ,pengujudan Allah pada martabat ini belum zahir, tetapi Nyata dalam tidak Nyata.

 Diri rahsia Allah pada martabat Wujud Allah ini mulai di tajallikan kepada ubun - ubun bapa, iaitu permidahan dari alam roh ke alam Bapa (misal).

 Alam Misal ini terkandung ia di dalam “Walam yakullahu” dalam surah Al-Ikhlas iaitu dalam keadaan tidak boleh di bagaikan. Dan seterusnya menjadi “DI”, “Wadi”, “Mani” yang kemudiannya di salurkan ke satu tempat yang bersekutu di antara diri rahsia batin (roh) dengan diri kasar Hakiki di dalam tempat yang dinamakan rahim ibu.Maka terbentuklah apa yang di katakan “Maknikam” ketika berlakunya bersetubuhan diantara laki-laki dengan perempuan (Ibu dan Bapa)

 Perlu diingat tubuh rahsia pada masa ini tetap hidup sebagaimana awalnya tetapi di dalam keadaan rupa yang elok dan tidak binasa dan belum lagi zahir. Dan ia tetap hidup tidak mengenal ia akan mati.

 1.6 ALAM AJSAM
Pada peringkat ke enam, selepas sahaja rahsia diri Allah pada Alam Misal yang di kandung oleh bapa , maka berpindah pula diri rahsia ini melalui “Mani” Bapa ke dalam Rahim Ibu dan inilah dinamakan Alam Ijsan.

Pada martabat ini dinamakan ia pada martabat “InssanulKamil” iaitu batang diri rahsia Allah telahpun diKamilkan dengan kata diri manusia, dan akhirnya ia menjadi “KamilulKamil”. Iaitu menjadi satu pada zahirnya kedua-dua badan rohani dan jasmani. dan kemudian lahirlah seoarang insan melalui faraj ibu dan sesungguhnya martabat kanak - kanak yang baru dilahirkan itu adalah yang paling suci yang dinamakan “InnsanulKamil”. Pada martabat ini terkandung ia di dalam “Kuffuan” iaitu bersekutu dalam keadaan “KamilulKamil dan nyawa pun di masukkan dalam tubuh manusia.

Selepas cukup tempuhnya dan ketkanya maka diri rahsia Allah yang menjadi “KamilulKamil” itu di lahirkan dari perut ibunya, maka di saat ini sampailah ia Martabat Alam Insan.

 1.7 ALAM INSAN
Pada alam ke tujuh iaitu alam Insan ini terkandung ia di dalam “Ahad” iaitu sa (satu). Di dalam keadaan ini, maka berkumpullah seluruh proses pengujudan dan peryataan diri rahsia Allah S.W.T. di dalam tubuh badan Insan yang mulai bernafas dan di lahirkan ke Alam Maya yang Fana ini. Maka pada alam Insan ini dapatlah di katakan satu alam yang mengumpul seluruh proses pentajallian diri rahsia Allah dan pengumpulan seluruh alam-alam yang di tempuhi dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu martbat ke satu martabat.

Oleh kerana ia merupakan satu perkumpulan seluruh alam - alam lain, maka mulai alam maya yang fana ini, bermulalah tugas manusia untuk menggembalikan balik diri rahsia Allah itu kepada Tuan Empunya Diri dan proses penyerahan kembali rahsia Allah ini hendaklah bermulah dari alam Maya ini lantaran itu persiapan untuk balik kembali asalnya mula kembali mu semula hendaklah disegerakan tanpa berlengah - lengah lagi.


PROSES MENGEMBALIKAN DIRI KU

Sembahyang yang pernah diterangkan pada bab2 yang lalu bahawasanya sembahyang itu adalah merupakan satu cara istiadat bagi membolehkan kita sendiri menyaksikan diri kita sendiri,kita wajib mengerjakan istiadat lima kali sehari semalam dalam 24 jam .oleh itu adalah perlu bagi kita mengetahui satu cara hakiki untuk menunaikan sembahyang.

Rasulullah saw telah menerima istiadat atau cara sembahyang ini daripada tuhanya di dalam satu perstiwa israq dan mikraj,maka di dalam perstiwa itulah Rasulullah menerima sembahyang dan istiadat sembahyang tersebut.Maka jadilah sembahyang lima waktu itu tonggak dan tiang agung bagi hakiki hidup manusia itu sendiri..

 DI dalam pertemuan rahsia dengan Allah Taala,baginda Rasulullah telah menerima cara2 sembahyang bagaimana cara2 sembahyang para malaikat,rasul2.aulia2 yang dizahirkan oleh Allah terlebih dahulu daripada baginda,Maka di terima oleh rasulAllah cara2 terteb sembahyang tersebut dan kemudiannya dikaribatkan oleh baginda didalam peraturan syariat islam dan ianya menjadi rukun islam yang kedua.

 Cara istiadat sembahyang itu hendaklah menjadi panduan dan ikutan kepada umat2nya hingga di dunia ini kiamat dan akhirat menjelang tiba..di dalam mensyeriatkan cara2 sembahyang ini rasulullah bersabda yg bermakna:- SEMBAHYANGLAH KAMU SEBAGAIMANA ENGKAU LIHAT AKU SEMBAHYANG.

 Di dalam menunaikan syariat solat ini,syariat Muhammad menetapkan hanya satu cara solat yang mutlak iaitu solat yang benar2 mengikut bagaimana cara2 yang diterima oleh Rasulullah saw dari tuhanya sahaja yang harus menjadi panduan amalan umatnya.Oleh itu yang demekian jika diamalkan lain daripada Rasulullah sembahyang maka sembahyang yang diamalkan itu adalah kosong dan sembahyang pak turut semata2..tengok orang takbir kita takbir,tengok orang sujud kita sujud,tengok orang baca tahyat,kita baca tahyat,walhal kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar sembahyang dan tidak pernah menyoal diri kita sendiri kenapa kita sembahyang,dan kenapa pula sembahyang dibuat bergitu rupa sekali..?? rukuk,sujud dan sebagainya.

Kebayakan daripada kita sembahyang,kita sudah disuruh sembahyang,lantas kita sembahyang sampai menjadi dewasa dan tua,kita tak pernah bertanya dimana ibu bapa kita mengenal cara sembahyang itu dan asal ikutan kerana jika satu cara sembahyang itu tak sampai persambungan dengan Rasulullah saw,jika sembahyang itu adalah sembahyang pak turut dan sia2...sembahyang yang dibuat tampa pemahaman guru yang mursid yang mengamalkan sembahyang yang mempunyai persambungan mata rantai daripada baginda Rasulullah,maka jadilah sembahyang itu sembahyang ikutan2 dari datuk nenek moyang kita dulu.

Dunia terus berpusing,matahari tetap memancar sinarnya,bani alim menjadi jahil,sijahil pula mendapat pertunjuk daripada tuhanya,makin hari makin ramai cerdek pandai islam dari universiti,dari pondok ini,tetapi lihatlah dimana sahaja pergi kebanyakan manusia sembahyang dengan cara mereka masing2,berbeza antara satu dengan lain,perbezaan antara sesorang alim dengan seorang alim yang lain,diantara orang jahil dengan jahil yang lain.

Satu contoh perbezaan cara mengangkat takbir sembahyang antara dua orang alim yang belajar disatu pusat pengajian yang mempunyai kitab2 dan hukum yang sama dan perbezaan kedudukan kaki,duduk antara dua sujud,yang seorang bergini,yang seorang bergitu,maka apabila dilihat perbezaan antara dua orang alim tersebut maka dimanakah pula kebenaran sabda Rasulullah saw yang mengesyaratkan supaya sembahyang bagaimana baginda sembahyang yang hanya satu cara serta diterima daripada tuhanya,oleh itu jika terdapat perbezaan amalan diantara dua orang ulama maka bagaimana halnya pula dengan si jahil yang tidak pernah mendapat tunjuk ajar daripada guru yang mursid.

Waha anak cucuku setelah hidupku suku abad ini,aku telah banyak menerima guru2 syariat untuk bertanya tentang cara2 sembahyang ini,aku bertanya kepada mereka cara sembahyang dan darimana mereka mengambil cara sembahyang dan bagaimana fatuanya untuk menghadirkan diri di dalam sembahyang dengan penuh khusuk dan tawaduk dan menghilangkan perasaan dan fikiran membuatkan teringat lembu dipadang atau kain di ampaian hari nak hujan,tiada daripada mereka yang dapat memberi fatua kepadaku tentang cara2 sembahyang Rasulullah dan cara2 hendak menghadirkan diri supaya khusuk dan tawaduk di dalam sembahyang,malah masing2 dengan fatua2 fikiran masing2 yang berbeza antara satu sama lain,oleh itu akupun mulai sangsi dengan cara2 sembahyang mereka dan aku ijhtihad bahawa aku sembahyang ikut2an sahaja.Aku berdoa kehadrat Allah supaya ditunjukan aku cara2 sembahyang seperti pernah diajar kepada Rasulullah ketika peristiwa israq mikraj dahulu.

ADAPUN RUKUN SEMBAHYANG ITU ADALAH 13 PEKARA:- Pertama adalah niat dan diakhiri dengan tertib,demekian syariat sembahyang mengikut hukumnya,bermula peraturan cara2 sembahyang boleh aku terangkan didalam catatan ini,ia adalah seperti berikut:-
1.Dirikan solat tersebut mengikut syarat rukunya,
2.menghilangkan diri,
3.Menilik diri rahsia yang dikandung oleh kita,
4.Membaca dan mendengar setiap angota kita,membaca pada setiap patah bacaan didalam solat tersebut,
5.Merasai nikmatnya sembahyang.

MENGHILANGKAN DIRI.
Adapun yang dimaksudkan menghilangkan diri adalah dengan cara kita menafikan diri yang zahir ini dan mengisbatkan kepada diri batin semata2 iaitu dengan merasai bahawa dengan sesungguhnya diri kita ini tidak mempunyai apa2,kita tidak berkuasa,tidak mengetahui,tidak mendengar,tidak nelihat dan tidak berkuasa,tidak berkehendak,tidak hidiup...pendek kata..tidak...tidak....no....no...segala2nya hanya DIA sahaja (Allah) bersifat bergitu.

Dengan beriktikad bergitu kita akan merasai diri kita kosong sepanjang kita mengerjakan sembahyang yang dimulai dari niat hingga sampai salam.Jika kita tidak merasai hilang diri,maka kita tidak dapat menyaksikan diri rahsia kita didalam sembahyang tersebut,maka se elok2nya kita melafazkan bacaan pengistiharan tersebut ketika hendak mulakan sembahyang:-

 INNI ANA ZAT TUL HAQ.
INNI ANA SIFAT TUL HAQ.
INNI ANA ASMAHUL HAQ.
INNI ANA AFAAL UL HAQ.
LA HAYUUN,LASAMIUN,LABASIRUN,LAKADIRUN,LAMURIDUN,LAMUTAKALLIMUN BIL HAQ.

Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan rahsia kepada Tuan Empunya Rahsia, maka manusia itu semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke peringkat asal kejadian rahsia Allah Taala.

Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui daripada Alam Insan pada nafsu amarah ke Martabat Zat iaitu nafsu Kamaliah iaitu makam “Izzatul-Ahdah”. Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal hakikat diri ini lalu balik untuk mengembalikan amanah Allah S.W.T. tersebut sebagaimana mula proses penerimaan amanahnya pada peringkat awalnya.

Sesungguhnya Allah dalam mengenalkan diriNya melalui lidah dan hati manusia,maka Dia telah mentajallikan DiriNya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan dalam hadis Qudsi;
“AL INSANUL SIRRUHU WA ANA SIRRUHU”
Maksudnya; “Manusia itu adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia manusia itu sendiri”.
Mengenai martabat pengujudan diri rahsia Allah S.W.t.atau di kenali juga Martabat Tujuh, itu terbahagi ia kepada 7 Alam;
Ke tujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung ia di dalam surah -Al Ikhlas
QulhuwallahuAhad - Ahdah
Allahushomad - Wahdah
Lamyalidd - Wahdiah
Walamyuladd - Alam Roh (Alam Malakut)
Walamyakullahu - Alam Misal (Alam Bapa)
Kuffuan - Alam Ijsan
Ahad - Alam Insan
Seperti FirmanNya lagi dalam Al- Quran

[33] Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
Surah Al-A’Rad Ayat:33

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.