Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

Ilmu akidah berasaskan kepada ilmu sifat 20

Jika kita imbau sejarah yang terdahulu, bahawa ulamak terdahulu dan sekarang tentu banyak berbezaannya terutama dalam soal ijtihad dan beramal, ini mungkin kerana perkembangan arus tamadun kemanusiaan, ulamak terdahulu banyak membuat penumpuan berfikir tentang masalah akidah dan sekarang banyak membuat penumpuan masalah semasa agama yang menjurus dalam soal tanggungjawab tugas khalifah di bumi, ke...rana itulah yang awal tugas manusia yang di perintahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia, namun asanya adalah terletak kepada akidah, jika akidah tidak di fahami maka tugas khalifah akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna

Orang zaman dulu membuat penumpuan kepada ilmu akidah berasaskan kepada ilmu sifat 20, yang mana ilmu ini sudah tidak lagi di dengar di mana-mana kerana di katakan membawa kepada kesesatan dan menjurus kepada Jabariyah seratus peratus yang kesan akibatnya boleh menyebabkan manusia lupa kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang sebenar, kesannya akan membawa kepada bumi akan di penuhi oleh cara pentadbiran yang batil, ertinya bumi akan di tadbir oleh orang yang tidak mengambil akidah sebagai asasnya

Adapun ilmu sifat 20 itu di kaji dengan cara yang mendalam, maka kita akan dapat mengesan maksud yang terdapat di dalamnya berbagai-bagai istilah alam kehidupan yang membawa kepada akidah serta tamadun kepada seluruh alam ciptaan Tuhan, ertinya di dalam ilmu itu terkumpulnya asal usul makhluk yang ghaib dan nyata dan istilah perhubungan di antara manusia dan Allah serta alam yang lain kerana itu terdapat istilah Nafsiyah, Salbiyah,Maani dan Maanawiyah serta maksud-maksudnya

Di dalam ilmu ini juga terdapat bab yang menyatakan soal Rububiyah dan Uluhiyah, tidaklah semata-mata Rububiyah sahaja kerana perhubungan di antara Rububiyah dan Uluhiyah adalah dua perkara yang tidak akan berpisah-pisahkan di antara satu dengan yang lainnya, oleh yang demikian ujudlah istilah Istaghna dan Iftiqar, apabila ada istilah tersebut maka ujud pula istilah lazim melazimi, demikian juga dengan istilah kharij dan Zihin dan istilah-istilah yang lain yang membawa kepada puncak maksud kalimah LA ILAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADARRASULLULLAH yang membawa kefahaman kepada kita bahawa Allah dan Muhammad itu tidak mungkin bercerai.


Mengenal diri dan Allah ini jika dipelajari kepada konsef sifat 20 sebagaimana yang di perkenalkan oleh para ulamak terdahulu maka jika ada yang meminatinya maka bertanyalah kepada yang arif tentang ilmu ini, dan untuk panduan asas apabila telah berjumpa dengan orang yang faham maka kita hendaklah AWAS kerana ada yang tidak begitu arif akan tetapi mengaku sebagai orang yang arif, kita lihat dahulu... orang tersebut sama ada ia tidak melakukan sembahyang dan ibadat-ibadat yang lain maka jauhilah mereka itu

Di sini tidak di terangkan maksud sifat 20 itu dengan cara yang ditil, cuma di terangkan saja bab-bab dari ilmu ini dengan cara yang kasar sahaja. Adapun maksud Istaghna dan Iftiqar yang di perkenalkan oleh ulamak ialah

ISTAGHNA itu ialah sifat kaya Allah s.w.t yang mengandungi 11 sifat dan terbahagi pula kepada dua bahagian besar, satu di namakan sifat Jalal, sifat jalal ini mengandungi lima sifat iaitu Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis,dan Qiyamuhu binafsih, sifat Jalal ini menunjukkan adanya Tuhan dan adanya hujah-hujah sifat yang membezakan di antara Tuhan dan makhlukNya, ia di kenali juga sebagai sifat ke Agungan Tuhan, sementara sifat Jamal adalah menunjukkan sifat ke Elokkan atau sifat ke indahan Tuhan yang mengandungi sifat Sama'a Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun, sifat ini menunjukkan Dia memilikki sifat mendengar,melihat dan berkata-kata dan lazim kepada sifat tersbut pula yang bertaraf AsmakNya yang membawa kepada maksud Yang Maha Mendengar, Yang maha Melihat dan Yang maha Berkata-kata, sifat ini menunjukkan ujudnya peraturanNya yang di berikanNya kepada manusia

IFTIQAR yang membawa maksud berkehendakkan sekalian yang baharu kepadaNya, istilah ini menunjukkan semua makhluk ciptaanNya wajib mengadu dan memohon kepadaNya sahaja, ini menunjukkan ujud makhluk pada istilah ini, yang kemudiannya di kenali sebagai sifat QAHAR yang terdiri dari sifat kudrat,Iradat,Ilmu dan hayat dan ujud juga sifat Tuhan yang di namakan sifat KAMAL yang menunjukkan sifat Ketuhanan yang mengandungi Qadirun,Maridun,Alimun Hayyun dan Wahdaniyah, disinilah para ulamak menjelaskan bahawa jika mahu mengenal Allah maka kajilah sifat Istaghna dan jika mahu mengenal diri maka kajilah sifat Iftiqar, sesungguhnya semua istilah dan ilmu ini hendaklah di gurui dengan orang yang arif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.