Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

Kunci ALIF LAM MIM

Hubunganku dengan Tuhan-ku yang selama ini terputus, dengan kebebasanku, Aku telah dapat langsung menghubungi-Nya kembali dan begitulah dalam perjalananku mencari-Nya dan hendak menemui-Nya seperti yang telah kuhuraikan di atas, aku telah mendapat tali peganganku dan ditambah dengan ‘Anak Kunci’ wasiat (yang kunamakan akan dia) yang telah berada di tanganku. Itulah dia tali peganganku yang tak aka...n kulepas-lepaskan lagi; tali pusat dari segala pusat yang mana telah kukaitkan dan hubungkan kembali dengan tali pusatku. Dan yang satu lagi, iaitu ‘Anak Kunci’ wasiat yang banyak mengandungi wasiat dan merupakan bentuk kalau digambarkan dalam huruf Alif-Lam-Miim yang banyak mengandungi rahsia.

Tali pusat dari segala pusat ialah nafas dari pernafasan perut (seperti yang berlaku kepada bayi iaitu semasa kita menarik nafas perut dan pusat kita mengembang, (BBM mengatakan Itulah dia tali peganganku yang tak akan kulepas-lepaskan lagi; tali pusat dari segala pusat yang mana telah kukaitkan dan hubungkan kembali dengan tali pusatku..

semasa menghembuskan nafas perut kita mengempes seolah-olah pusat kita bertemu dengan tulang belakang kita)..

Apa yang perlu kita lakukan ialah kita mula menarik nafas kita dengan menggunakan pernafasan perut,,

Tarik nafas perlahan-lahan, semasa perut kita mengembang, dubur kita akan turut menguncup (kemut), sehingga nafas itu terhenti sendiri.. ( pertemuan dua lautan iaitu lautan zahir (badan atau jasad) dengan lautan batin (diri arau roh).... Seperti yang diceritakan didalam Al-Quran iaitu pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Khidir diantara pertemuan dua lautan dan yang dikatakan oleh BBM, pertemuan diantara kiri dan kanan...

Setelah nafas itu terhenti dengan sendiri, tahanlah nafas itu seberapa lama yang boleh ( disinilah berlaku pertemuan diantara diri dengan yang empunya diri)...

Oleh kerana nafas atau nyawa tadi tidak dapat keluar melalui jalan biasa iaitu hidung dan mulut dia akan menembusi kulit dan bulu kita, maka akan hadzirlah rasa-rasa yang terasa... Diri telah dapat menembusi badan)

Setelah tidak tahan lagi, lepaslah nafas itu dengan kalimah "Laa khaulawala khuwatailla billah" - kalau pun kita tidak membacanya itulah maksudnya dengan melepaskan nafas secara perlahan-lalahan sehingga ianya terhenti sendiri...

Perlakuan melepaskan nafas secara perlahan-lahan ini telah dikiaskan oleh Allah didalam Al-Quran dimana Nabi Khidzir telah menebuk lubang pada perahu yang dinaiki oleh Nabi Musa dan Nabi Khidir..

Perbuatan berhenti nafas setelah tidak dapat menghembuskan keluar lagi diibaratkan dengan Nabi Khidzir membunuh seorang kanak-kanak.... Maksudnya kita hendaklah menghilangkan berkesedaran kepada jasad..

Inilah apa yang dikatakan oleh BBM didalam bukunya BatinKu

"Pintu telah terbuka bagiku dan ini dapat aku merasakannya. Alamku sendiri telah tembus dan Aku telah bebas, tetapi tak lepas (yang tadinya terkurung dan terkongkong). Tabir atau dinding yang membatasi Aku dengan alam di luar dari alamku sendiri selama ini telah tembus. Hubunganku yang selama ini terputus sejak Aku keluar dari rahim ibuku (sejak Aku dilahirkan dan dihadirkan ke dunia ini sebagai seorang manusia, sejak tali pusatku diputus), dengan telah aku temui itu kembali jalanku sendiri iaitu jalan kebebasanku (dengan telah tembusnya dinding atau tabir yang membatasi Aku dengan alam akbar), Aku telah dapat keluar dengan memancar."

Pada pertemuanku yang pertama dengannya, yang mana dengan perantaraan rasa yang terasa, kiranya Aku telah berada di muka pintu dan setelahnya Aku dalam perjalanan dari titik ke titik dan sampai pada titik pertemuan yang penghabisan (di mana tiada titik yang lain daripadanya itu lagi) dan setelahnya aku mengadakan perjalanan rekonstruksi dengan berulang-ulang dari luar ke dalam dan dari dalam ke luar, (keluar masuknya nafas),

maka dapatlah aku mengatakan bahawa perbuatanku itu sesuai dengan firman Tuhan, “Memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup.” (al-Quran: Surat Ali-Imran; Ayat 27.)

Zikir itu INGAT. Setiap aliran TAREQAT ada kaedah zikirnya yg diamalkan turun temurun. Jadi pd yang ikut tareqat ikutlah cara zikir yg diajar murshid. Allah merujuk DiriNya sbg HU ( DIA ) pada peringkat Ghaib Mutlak dan memperkenalkan DiriNya sbg Allah pada Peringkat TITIK AWAL atau Ketuhanan...pada org bukan dr aliran Tareqat ..cukuplah Ingat Allah atau HU ..boleh belaka ..pada amalan Zikir Nafas Allah Hu Rabbul Alamin Yang Meliputi Seluruh Alam itu adalah pada peringkat Ghaib Mutlak ..maka HU lah yang sesuai bagi Nafas MASUK manakala Zat Yg Meliputi Diri kita itu adalah Allah...rumusan yag mana dulu yg mana kemudian tak menjadi masaalah sebab bila diulang ulang ianya jadi Hu Allah dan Allah Hu juga.

Barangkali hanya anak anak BBM yg familiar dgn istilah KUNCI WASIAT yakni Kunci ALIF LAM MIM ...permulaan Surah Al-Baqarah....memang ramai ulamak memberi tafsiran masing masing tentang pengertian huruf huruf itu..mengikut bidang ilmu masing masing...saya belum berjumpa mana mana ulamak pun yg merujuk Alif Lam Mim itu sebagai KUNCI apatah lagi Kunci Pelbagai Rahsia. Hanya Bapak Bagindo Muchtar sahaja yg menyebut Alif Lam Mim sebagai KUNCI pelbagai Rahsia yakni kunci yg DIWASIATKAN...sape yg mengwasiatkan ? Tentulah Allah. Maka elok sangat bagi kita semua khasnya anak anak BBM memahami apa yg bapak maksudkan sbg KUNCI Wasiat itu .

sesungguhnya pertemuan aku dan dia tak terucap dgn kata2.. tak tergambar dgn apa jua lukisan... pertemuan dua lautan itu adalah di dada... perjalanan dia dari pusat ke dada.. perjalanan aku dari halkum ke dada... di padang mahsyar... berombak lautan d perut, berombak lautan d halkum.. bertemu pd satu titik d dada.. d kanan kiri... terhenti nafasku terhenti degupannya.. lantas yg ada, yg wujud, yg hidup, yg qidam dan yg baqa hnya Yg Maha Esa.. aku fana'billah... inilah hakikat tali yg di maksudkan.. tiada huruf tiada suara... Amin... mg kita d berkati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.