Matahari sebagai petunjuk
25.Surah Al-Furqān (Verse 45)
أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا
...
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan
bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)!
Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;
Yang dimaksudkan dengan matahari adalah merujuk kepada cahaya. Nyatanya matahari itu, adalah disebabkan nyatanya cahaya (bayang). Kiranya tidak ada cahaya (bayang), matahari itu sendiripun tidak akan dapat terzahir!.
Perkara cahaya pula adalah merujuk kepada bayang. Manakala perkara bayang pula adalah merujuk kepada diri kita. Dijadikan matahari sebagai contoh kerana, matahari itu merupakan sifat yang boleh mengeluarkan cahaya, manakala cahayanya pula akan menerbitkan bayang. Perkara bayang pula merujuk kepada kejadian makhlok (diri kita sendiri) sebagai iktibar.
Allah jadikan sifat matahari sebagai perumpamaan, adalah untuk dijadikan jatuhnya iktibar utu kepada diri kita dan untuk memperingatkan kita tentang hubungan diri kita dengan Allah. Bila kita melihat cahaya jangan hendaknya pula kita lupa kepada matahari. Seumpama bila kita lihat makhlok alam dan diri sendiri, janganlah pula hendaknya sampai kita lupa kepada Allah, sebagai tuan yang empunya badan.
Apabila kita lihat cahaya secara tidak langsung mengungatkan kita kepada matahari. Manakala kita lihat diri kita sendiri dan lihat alam, jangan pula sampai lupa untuk ingat kepada Allah. Itulah perbandingan yang hendak disampaikan oleh Allah, berkaitan dengan iktibar matahari sebagai dalil.
Sebagaimana keadaannya matahari dengan cahayanya, sedemikian jugalah keadaannya hubungan Allah dengan diri kita. Diri kita dengan Allah adalah seumpama matahari dengan bayangnya.
Allah tidak boleh diperbandingkan atau dibuat perumpamaan, adapun semua kiasan dan perumpamaan itu adalah semata-mata sekadar kaedah bagi mempermudahkan kefahaman semata. Allah itu laisa kamislihi syaiun ( bersalahan dengan yang baru dan bersalahan dengan contoh atau perumpamaan)
Diketika siang matahari terbit dengan terang benderang lagi gemilang cahayanya, seolah-olah sudah mengerti tujuannya, iaitu bagi menyuluh hati-hati kita yang sedang dalam kegelapan mencari jalan menuju Allah.
Sifat matahari dan cahayanya adalah satu sifat yang amat berlainan. Matahari berbentuk bulat dan merah, yang mengeluarkan cahaya, manakala cahaya pula tiada berbentuk dan tiada bersifat. Apa yang ada pada cahaya itu, bukannya sifat cahaya, sifat yang ada pada cahaya itu sebenarnya adalah sifat matahari.
Cahaya adalah sekadar menjadi alat dan selaku alat kepada matahari. Cahaya adalah selaku alat bagi menunjukkan sifat matahari itu sendiri. Sifat cahaya sekadar sabit dari sifat matahari. Seumpama wap yang zahir pada air panas dan seumpama suara yang keluar dari halkum.
Jika tidak ada cahaya, bagaimana matahari hendak memperkenalkan sifat dirinya!, jika tidak ada suara bagaimana halkum mahu memperkenalkan sifatnya dan jika tidak ada wap bagaimana untuk mengganbarkan air itu panas!
Jika tidak ada ombak, bagaimana lautan hendak menzahirkan dirinya! Itulah sebabnya nyata matahari itu pada cahayanya, nyatanya garam pada sifat masinnya, dan nyata Allah itu pada makhloknya ( diri kita ).
Cahaya adalah suatu benda yang tidak boleh zahir dan tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa benda lain yang mengadakannya. Sedemikian jugalah sifat diri kita, bila ianya dibanding dan diumpamakan dengan sifat Allah Ta'ala. Sebagaimana perumpamaan sifat matahari dengan sifat cahayanya, sebegitulah perbandingannya sifat diri kita dengan Allah Ta'ala.
Cahaya bukan apa-apa, melainkan cahaya itu sebenarnya merupakan sifat kepada matahari. Walaupun cahaya menerbitkan berbagai-bagai warna yang menampakkan kita kepada bermacam-macam bentuk rupa makhlok. Cahaya juga mewarnai panorama alam, dengan berbagai-bagai keadaan. Bagi mereka yang buta matahatinya, pandangannya cuma nampak sifat cahaya, tanpa melihat sifat matahari bersertanya.
Bagi mereka yang berakal dan yang berpandangan dalam, mereka tidak lagi nampak cahaya dan tidak lagi lihat kewujudan makhlok, yang mereka nampak dan yang mereka pabdang itu, semuanya merupakan wajah-wajah tuan yang empunya bayang itu Allah, yang tidak ada lain lagi selain Allah pada pandangan mata hatinya.
Cahaya tidak mempunyai bentuk sendiri, cahaya tidak mempunyai sifat yang khusus. Sifat cahaya, bentuk cahaya dan keadaan cahaya sebenarnya tidak ada. Yang bercahaya, berkilau dan bewarna itu, sebenarnya adalah sifat matahari, bukannya sifat cahaya. Yang menyebabkan kelihatannya berbagai-bagai makhlok alam, itu adalah juga sifat dari matahari, bukannya dari sifat cahaya.
Kebanyakkan dari kita menyangkakan bahawa cahayalah yang menerangi alam. Sedang pada hakikat sebenar, yang menerangi, memenuhi dan meliputi alam ini, adalah matahari bukannya cahaya. Cahaya itu umpama bayang, cahaya itu cuma satu usul, misalan, perumpamaan atau contoh sahaja, yang tidak memberi apa-apa bekas dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap apapun.
Begitulah kaedah perbandingannya wujud kita dengan wujud Allah. Wujud kita ini tidak ubah seumpama wujudnya cahaya matahari. Jika kita faham konsep cahaya matahari, sudah tentu kita faham tentang konsep keberadaan diri kita dengan Allah. Sebagaimana cahaya, sebegitulah diri kita.
Wujud kita tidak lebih dari sekadar wujudnya cahaya, sesungguhnya wujud Allah itulah, yang dikatakan wujud hakiki. Kebanyakkan dari kita sekarang ini, sudah tidak nampak lagi perumpamaan ini, itulah yang menyebabkan kita lupa untuk mengenal kepada diri sendiri dan itulah menyebabkan kita lupa dan tidak ingat kepada Allah.
Hakikat matahari sebenarnya telah terlindung atau telah terhijab oleh cahayanya manakala hakikat Allah pula, telah terlindung dan terhijab oleh diri kita sendiri. Untuk mengenal Allah, hilang dan binasakanlah sifat diri, barulah sifat dan wajah Allah dapat dilihat dan dapat di pandang.
Kita mengaku kita kuat, sebenarnya kuat itu hanya sekadar cahaya Allah. Kita mengaku kita cantik, sebenarnya cantik itu hanya cahaya Allah. Kita mengaku kita wujud, sebenarnya yang wujud itu adalah cahaya Allah. Kita mengaku wajah dan rupa itu adalah wajah dan rupa kita, sebenarnya wajah dan rupa kita itu adalah wajah dan rupa Allah ( bayang Allah )
Begitulah seterusnya bila cerita bayang dan cerita matahari itu diibarat, dikias, dibalik, dipadan, dan dirujuk kepada diri kita sendiri, lambat laun kita akan dapat kenal siapa diri kita yang sebenar-benar kenal. Dengannya juga akan membawa pula dapat mengenal Allah dengan nyata.
Seumpama siapakah yang membentuk, menzahir dan menerbitkan cahaya, jika tidak dari sifat matahari. Tiada apa pada cahaya jika tidak kerana matahari. Cahaya tidak berfungsi apa-apa dan tidak boleh berbuat apa-apa tanpa matahari. Begitu jugalah perbandingan antara kedudukan diri kita dengan Allah Ta'ala. Kita ini umpama cahaya dan Allah itu, seumpama matahari. Jika tidak kerana Allah, siapa dan apalah kita in. Jika tidak ada Allah, kita pun tidak terzahir begini.
Perkara matahari adalah satu perkara yang berupa objektif, sedabgkan cahaya adalah berbentuk subjektif, atau bukan suatu benda yang dapat menzahirkan apa-apa. Yang terzahir, ternyata, terpandang dan terlihat itu sebenarnya bukan cahaya, tetapi yang terpandang, terpancar sinarnya dan yang terlihat cahayanya itu sebenarnya adalah matahari. Begitu juga hubungan kita dengan Allah, yang kita buat, kita pandang, kita lihat, kita pegang, kita nampak, dan yang kita rasa ini bukannya kita dan bukannya makhlok.
Kita itu bukan dia, tetapi tidak lain dari dia. Camkan baik-baik perumpamaan sifat cahaya dengan sifat matahari dan tafsirkannya keatas diri kita, baru kita nampak siapa diri kita ini yang sebenarnya.
Demikianlah cara dan kaedahnya, kiasan matahari itu boleh dijadikan sebagai satu jalan, kaedah atau cara menuju ilmu mengenal Allah. Bagi yang berhajat untuk mengenal diri dan mengenal Allah, ambillah contoh matahari sebagai perumpamaan (sebagaimana firman Allah duatas)
Allah dengan bayang wajahnya, seumpama cahaya dengan matahari, apabila ianya dikiaskan kepada diri sendiri.
Sebagaimana keadaannya matahari dengan cahaya, sedemikian jugalah hubungannya antara diri dengan Allah. Apabila kita sudah dapat mengerti akan maksud kiasan Allah itu, maka akan fana' dan leburlah diri kita dalam wajah Allah. Bilamana kita telah lebur dan fana', dalam wajah Allah, maka sifat makhlok dan sifat jeberadaan diri kita itu, dengan sendirinya akan binasa
Firman Allah :-
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 81)
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah
perkara yang salah/batil, sesungguhnya yang salah itu
sememangnya satu perkara yang tetap lenyap/binasa."
Lagi firman Allah :-
55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 26)
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 27)
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Demikianlah sebabnya Allah jadikan matahari sebagai contoh, iktibar, tamsil, perumpamaan dan dijadikan sebagai kiasan untuk memberi faham kepada sekalian hamba, makhloknya yang berakal dan kepada hamba-hambanya yang mahu berfikir.
Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil iktibar diatas kiasan cahaya dan matahari dan bandingkan dengan sifat kita. Mudah-mudahan bagi yang terabg hatinya, akan dapat mengenal diri dan mengenal Allah melaluinya. Angfaplah yang kita ini, tidak punya apa-apa, hanya semata-mata menumpang sifat Allah, sebagaimana cahaya menumpang sifat matahari.
Demikianlah perjalanan ilmu makrifat dalam memberi faham tentang hakikat ilmu Allah melalui firmanNya untuk dibuat perbandingan dan perbandingan itu dibawa dan diterjemahkan pula pada diri kita sendiri. Dari situ menampakkan barang yang selama ini kita cari-cari itu, adalah merupakan diri kita sendiri.
Firman Allah yang bermaksud "Didalam diri kamu, tidak kamu melihat."
Az-Zariyat : 21

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.