Pages

Isnin, 28 Oktober 2013

Mimpi bertemu Rasulullah

Di suatu tempat terdapat seorang pemuda. Beliau sering melihat dan berjumpa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di dalam mimpinya.

Pada suatu petang ketika dia sedang menonton berita, yang pada kebiasaannya pemberita itu menutup aurat tetapi pada hari itu pemberitanya diganti dengan pemberita yang tidak menutup aurat. Maka dia pun teruskan menonton.

Pada malam itu, dia tidak dapat mimpikan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dia berasa hairan. Malam kedua dan ketiga juga dia tidak dapat berjumpa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

Lalu dia menangis teresak-esak, datang seseorang menemuinya lalu bertanya, “Kenapa engkau menangis?” Dia menjawab, “Sudah tiga malam Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak muncul di dalam mimpiku.” Lalu orang itu pun pergi.

Pada malam tersebut, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam datang menemuinya di dalam mimpi. 
Lalu dia bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa sudah 3 hari aku tidak dapat mimpikan mu?”

Baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT tidak membenarkan wajahku dilihat oleh mata yang melihat perkara maksiat.”

Mata yang melihat perkara-perkara maksiat tidak akan dapat melihat wajah mulia Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran buat kita semua.

Wallahu'alam

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وبارك وسلمDi suatu tempat terdapat seorang pemuda. Beliau sering melihat dan berjumpa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di dalam mimpinya. Pada suatu petang ketika dia s...edang menonton berita, yang pada kebiasaannya pemberita itu menutup aurat tetapi pada hari itu pemberitanya diganti dengan pemberita yang tidak menutup aurat. Maka dia pun teruskan menonton. Pada malam itu, dia tidak dapat mimpikan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dia berasa hairan. Malam kedua dan ketiga juga dia tidak dapat berjumpa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
Lalu dia menangis teresak-esak, datang seseorang menemuinya lalu bertanya, “Kenapa engkau menangis?” Dia menjawab, “Sudah tiga malam Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak muncul di dalam mimpiku.” Lalu orang itu pun pergi. Pada malam tersebut, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam datang menemuinya di dalam mimpi.
Lalu dia bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa sudah 3 hari aku tidak dapat mimpikan mu?”Baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT tidak membenarkan wajahku dilihat oleh mata yang melihat perkara maksiat.”Mata yang melihat perkara-perkara maksiat tidak akan dapat melihat wajah mulia Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran buat kita semua. Wallahu'alam
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.