Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

PANDUAN dari BAPAK ...BATINKU

PANDUAN dari BAPAK ...BATINKU m.s 36

Bawaannya titik-titik ialah gerak dan kalau engkau mahu menurutkannya, gerak itu akan dapat pula engkau temui, yang bagi badan dirimu sendiri adalah gerak itu bergerak dengan sendirinya (datang dengan sendirinya).

Maka adalah menjadi kewajipanmu menjaga dalam menurutkan gerak yang bergerak dengan sendirinya itu (akan rasa yang terasa itu tak boleh hilang begi...tu) dan begitu sehingga engkau dapat pula merasakan hendaknya bahawa penyebab dari gerak itu datangnya dari dalam badan dirimu sendiri dan bukan luar dari badan dirimu.

Bergerak dengan lupa kepada rasa yang terasa bererti lupa akan diri sendiri, dan kalau tak hatihati, bisa saja terjadi yang tak diinginkan bagi badan diri sendiri.

Berjalan bersertanya bererti mengikut jalannya atau sejalan dengannya, yang mana apa yang dibuat dan yang dilakukannya adalah di luar pengetahuan kita, dan hasilnya ialah di luar dari dugaan kita pula.

Kita harus belajar padanya dengan berjalan bersertanya dan dengan menurutkan jalannya. Dan yang amat penting sekali, mengenalnya sedalam-dalamnya dengan rahsia yang terkandung padanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.