PemecahanKu
Dalam perjalananku untuk mengenal diri
Aku melakukan pemecahan sendiri
Dengan tidak menghiraukan petang dan pagi...
Asal tercapai maksud di hati
Maksud hati hendak mencari diri
Diri yang berdiri sendiri
Yang amat erat hubungan dengan peribadi
Yang orang mengatakannya suci
Telah lama Aku berjalan
Pagi, petang, siang dan malam
Satu perjalanan yang kulakukan
Dengan gerak dan mengerakkan
Gerak datang dari Aku, yang menggerakkan Dia
Yang bergerak ialah saya
Suatu pemecahan satu jadi tiga
Yang menghasilkan pemisah antara Aku dan Dia
Aku dengan badanku nyata
Aku dengan diriku tidak nyata
Badan dapat diraba
Diri hanya dapat dirasa
Rahsia diri adalah rahsiaku
Peristiwa diri ialah peristiwa Aku
Badan, diri dan Aku
Bunyinya tiga, nyatanya satu
Nyatanya Aku satu
Aku badan dan diriku
Keluar bersatu padu
Ke dalam banyak orang belum tahu
Aku dengan badanku positif nyata
Aku dengan diriku negatif tidak nyata
Samakah Aku yang nyata
Dengan Aku yang tidak nyata?
Aku dengan kenyataanku jadi manusia
Aku dengan ketidaknyataanku berada di dalamnya
Di alam fikiran tempat Aku yang pertama
Di alam perasaan tempat Aku yang kedua
Ketahuilah olehmu wahai insan
Aku yang pertama ialah Aku yang dihidupkan
Aku yang kedua ialah Aku yang menghidupkan
Yang mana yang benar, cuba fikirkan!
Isilah badan dirimu dengan apa yang ada padamu dengan mempergunakan jalanku, dengan menyebut nama Allah.
Dengan jalan bertingkat, sambung-menyambung iaitu dari luar ke dalam; tingkat pertama badan (jasad), kedua otak, ketiga empedu, keempat limpa, kelima rabu (paru-paru), keenam hati, dan ketujuh jantung.
Dan dari dalam ke luar; dari jantung ke hati, dari hati ke rabu, dari rabu ke limpa, dari limpa ke empedu, dari empedu ke otak dan dari otak ke seluruh badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.