Pages

Rabu, 16 Oktober 2013

PENTINGNYA DUA KALIMAH SYAHADAH...

Pentingnya dua kalimah syahadah ini boleh digambarkan dalam satu analogi.

Analogi tersebut:

Ia adalah asas ajaran Islam. Seperti batu asas untuk pembinaan rumah. Tanpa asas yang kukuh, rumah akan roboh. Realiti pembinaan rumah ialah dari bawah ke atas. Bukan seperti cara kita lukis rumah sejak dari tadika dulu; lukis atap (atas), baru lukis tapak rumah (bawah). Sebabnya, asas yang kukuh menyumbang kepada pembentukan keseluruhan binaan yang sempurna. Termasuklah pembinaan manusia.

Antara sebab syahadatain itu penting, termasuklah:

Pertama – Pintu Masuk Islam

Syahadatain ialah pintu masuk Islam. Dengan mengucap dua kalimah syahadah, barulah amal manusia dikira ibadah. Lantas, jika orang kafir yang begitu baik akhlaknya, sering melakukan kebajikan, tetapi amalnya tidak diterima. Sebabnya, orang bukan Islam tak akan dijamin syurga walau sebanyak mana pun amalannya.
Dalil ayat Al-Quran lain berkenaan isi ini boleh rujuk (49:15, 37:35, 3:18)

Kedua – Intisari Ajaran Islam

Intisari atau asas dalam ajaran Islam berpaksikan dua kalimah syahadah. Kalimah ‘Laa ilaha illallah’ bermakna setiap amalan dalam Islam itu tidaklah dilakukan melainkan hanya kerana Allah manakala kalimat ‘Muhammadur rasulullah’ bermaksud amalan-amalan tersebut haruslah mengikut kepada apa yang dicontohkan rasulullah. Ini kerana Allah telah meletakkan Rasulullah sebagai standard bagi seorang hamba di dalam surah Al-Israa’ iaitu:

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ketiga – Titik Tolak Perubahan

Dengan dua kalimah syahadah lah seorang yang jahat menjadi baik. Seorang yang amat bengis, garang dan tegas menentang Islam, menjadi seorang yang sangat cintakan Islam, sanggup berkorban nyawa untuk Allah dan Rasul-Nya. Sikap ini ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah SAW seperti Saidina Umar Al-Khattab.

Analoginya ialah seperti steering kereta. Dengan hanya satu objek bulat yang kecil, dapat memandu pergerakan kereta, sama ada ke kiri atau ke kanan. Begitu jugalah syahadatain. Dengan hanya dua kalimah ini, dapat memandu hidup manusia ke jalan yang benar.

Keempat – Hakikat Dakwah Para Rasul

Sejak dari Nabi Adam AS, manusia diajak untuk mengesakan Allah. Isu Aqidah tidak berubah mengikut perubahan zaman. Apa yang diajar dulu, sentiasa sama hingga sekarang dan akan datang. Allah SWT tetaplah hanya Tuhan yang layak disembah dulu, kini dan selamanya.

Hakikat dakwah para Rasul ini diakhiri dan dilengkapi oleh Nabi Muahammad SAW sebagai penutup para nabi. Rasulullah SAW itu tetaplah manusia biasa, namun yang membezakannya dengan manusia lain ialah wahyu yang diberikan.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi, ayat 110:

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa.” Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.”

Kelima – Keutamaan Yang Besar

Banyak juga hadith tentang keutamaan syahadatain ini.
Antaranya:

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu di hari Kiamat?” Rasulullah saw. bersabda, “Aku telah mengira, ya Abu Hurairah, bahwa tidak ada seorang pun yang tanya tentang hadits ini yang lebih dahulu daripada kamu, karena aku melihatmu sangat antusias terhadap hadits. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari Kiamat adalah yang mengatakan la ilaha illallah secara ikhlas dari hatinya atau jiwanya.” (Bukhari).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.