Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

Pergerakkan itu adalah suatu jalan dari Allah

PERGERAKAN ( MEMAHAMI apa YG DIKATAKAN *GERAK * )

Pergerakan yang kita dapati selepas kita membaca password nya itu adalah ia terjadi daripada proses semula jadi dari rahsia hidup yang berada didalam dada kita apabila dihubungi.
...

Pergerakkan itu adalah suatu jalan dari Allah kepada kita dan hakikatnya ia membawa kita berjalan mengikut kehendakNya mengikut hajat yang kita serahkan kepadaNya maka Allah akan mengatur urusan itu mengikut caraNya bagi jalan BBM iaitu GERAK.
Sebagaimana Firman Allah yg berbunyi....wallahu ghoolibun ala amrih (dan Allah lah yang mengatur sekelian urusan makhlukNya.).........

Oleh itu kalau kita tahu akan keadaan gerak itu pasti kita tidak akan puas dengan peramalan itu kerana ia adalah dalil bagi kita yang mana Allah lah yang membawa kita bergerak atau berjalan kepada KehadhiratNya.

Terkadang ada orang bertanya mengapa orang lain beramal tidak bergerak seperti jalan BBM? Atau kita sendiri pun pernah membaca ayat2 lainnya kenapa tidak bergerak.? Maka inilah rahsia jalan BBM. sebenarnya gerak itu tergantung kepada NIAT dan kefahaman jika kita melakukan gerak dengan tiada kefahaman maka ia digelar atau dikategorikan dalam gerak kosong

Akan tetapi ada juga gerak yang bercampur. Ini adalah kerana kelakuan abadi masih lagi bercampur dengan kelakuan zahir. Ianya terjadi akibat dari ketidak-fahaman didalam hal pemisahan. Orang kata mereka ini tidak dapat lagi nak membezakan antara mana gerak abadi dan mana gerak lahiriah. Kalau gerak lahiriah ia terjadi dari tindakan akal.

Akan tetapi gerak abadi itu hasil dari tindakan AKU atau QUDRAT Ilahiah.
Gunakanlah gerak yang ada padamu itu untuk membawa segala apa yang ada padamu samada tangan, kaki, hati, fikiran dan juga lainnya agar kita mendapat Rahmat dari Nya. Gunakanlah daya kekuatan yang ada itu untuk melenyapkan segala ajakan dan pengaruh2 jahat yg sentiasa mendampingi kita sejak dari lahir.

Pisahkanlah akal fikiranmu dan jiwamu dari sifat pergantungan kepada hal yang bersifat mati, dan gunakanlah tenaga ghaib itu untuk melakukan pemecahan2 yang mendatangkan manfaat kepadamu, dirimu dan badanmu. Dan sesungguhnya gerak yang kita dapati itu adalah suatu hal yang ajaib dari Allah. Makanya kita perlu mengambil manfaat dari gerak itu sendiri,

Kalau Nabi Muhammad dibawa oleh Allah dalam sejarah Israk dan Mikraj suatu perjalanan luar biasa bagi manusia dan Nabi di angkat ke langit tingkat ke 7 dan sampai Kehadirat Allah,,,,,,,,maka dengan ini jalan yang kita dapati dari BBM ini adalah satu hal yang sama akan tetapi berlainan pada keadaannya.

Oleh itu lakukanlah itu dengan terbaik. Marilah kita sama2 bantu membantu untuk mencapai Redha Allah di dunia dan juga akhirat,

Lakukanlah pengakuan dan penyaksian kepada Tuhan pada setiap masa dengan ucapan Kalimah Syahadah. Jalan ini Jalan Hidup dan hidup itu akan mendatangkan gerak. Maka jalan lain itu adalah jalan mati itulah keadaan nya.

Rahsia hidup iaitu AKU maka kedudukan nya didalam dada seperti yang kita ketahui kedudukan dada itu berada ditengah2 antara kanan dan kiri. Jadi rahsia itulah berada disitu.

AKU itu adalah (rahsia hidup) yang mendatangkan energy2 kepada kita iaitu badan diri ini. Kalau dikaji balik sememangnya kedudukan hidup itu terletak pada dalam dada, kerana dada itu adalah rumah bagi hidup.....ada kata ulama terdahulu mengatakan sesungguhnya AKU (Allah) mentajallikan RahsiaKu kedalam dada mu..

Ketahuilah bahawa DIRIKU dan AKU adalah satu jua dan antara AKU dan ALLAH satu jua kerana pokok dari segala yang ada (ujud) itu adalah Allah jua.

Makanya diriku itu adalah ia umpama cahaya yang memancar dari sebuah pelita minyak tanah, yang mana pelita itu akan menyala dan memancarkan cahayanya dan ia pula menerangi setiap ruangan yang ada.

Maka cahaya itulah DIRI-KU dan api pelita itulah AKU ,dan apabila sudah terzahirnya cahaya (diri) maka pelita tadi akan menjadi rahsia yangg tersembunyi didalam cahaya ( DIRI )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.