Pages

Isnin, 28 Oktober 2013

RAHSIA DAN FADHILAT ZIKIR

Ketahuilah olehmu! Wahai orang yang sedang berjalan (salik) menuju kepada Allah,
Tuhan pencipta sekalian alam. Bahawasanya Zikrullah ialah makanan para nabi dan simbol kewalian dan jalan yang terdekat menuju kepada fana. Dan fana ialah kunci perbendaharaan sirr rububiyyah (rahsia ketuhanan)

 Maka akan terhasillah ilmu laduni yang terus menerus daripada Allah Taala tanpa hijab, ialah tempat segala tajjali dan tempat segala hakikat dan tempat menerima kurniaan akan kalam qadim dan dinamakan hakkul-yakin, aku kenal akan Tuhanku dengan Tuhanku iaitu Tuhan yang mengaku Dialah Tuhan (Aku Allah) dan Tuhan mengaku engkaulah hambaNya pada sirr akal orang yang telah sampai kepadanya pengakuan Tuhan di azali iaitu martabat Ahadiyyah dan dinamakan martabat tujuh dan bernamalah ia Al-Insan Kamil iaitu insan yang telah sempurna perjalanannya dan telah sampai ia kepada Allah Azzawajalla.

Dan bahawasanya mengenal Allah Taala itu sekali-kali tiada boleh dengan usaha dan
ikhtiar daripada hamba melainkan semata-mata anugerah dan kurnia Allah kepada
hamba yang dikehendakiNya. Maka inilah hasil Perbendaharaan Makrifatullah dengan
Kaifiat Zikrullah pada masa yang sedikit dan waktu yang singkat, dengan izin dan
kehendak Allah.

Maka wajib atas orang yang rindu ia bagi kedatangan sirr akalnya itu akan lazat
musyahadah bagi Tuhannya itu talkin ia zikir dengan syeikh mursyid dan mengekali
zikrullah pada hatinya, Wallahu-A’lam. Dan segala kebaikan itu terdapat pada zikrullah
kerana firman Allah yang maha tinggi:
يَٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۟ا كَثِیرً۟ا ( ٤١ ) وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةً۟ وَأَصِیلاً ( ٤٢ ) ھُوَ ٱلَّذِى
يُصَلِّى عَلَیۡكُمۡ وَمَلَ ٓٮ
٤٣)
(Al-Ahzab: 41-43)
44
Firman Allah Ta’ala:
فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُم ١٥٢
(Al-Baqarah: 152)
Artinya maka sebutlah kamu akan Daku nescaya Aku sebut akan kamu.
Firman Allah Ta’ala:
وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۟ا وَخِیفَةً۟ وَدُونَ ٱلۡجَھۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ
ٱلۡغَٰفِلِینَ ( ٢٠٥ (Al-Araf: 205)
Artinya dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhan dalam hati dengan merendah diri serta
takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan
janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Firman Allah Ta’ala:
قُلِ ٱللَّهُ ثُمَّ ذَرۡھُمۡ فِى خَوۡضِہِمۡ يَلۡعَبُونَ ( ٩١
(Al-An’aam:91
Artinya katakanlah Allah, kemudian biarkanlah mereka sibuk bermain-main dalam
kesesatan mereka.
Firman Allah Ta’ala:
نُّ ٱلۡقُلُوبُ ( ٢٨ ◌ِ◌ٕ نُّ قُلُوبُھُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ ٮ ◌ِ◌ٕ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَ ٮ
(Al-Rad: 28)
Artinya orang-orang yang beriman itu, hati mereka menjadi tenteram kerana berzikir
(mengingati) kepada Tuhan, Ingatlah bahawa dengan berzikir kepada Tuhan hati akan
menjadi tenteram. Sabda Nabi s.a.w. Artinya zikir yang utama ialah lailahaillallah, tiada
Tuhan melainkan Allah. At-Tarmizi)
Sabda Nabi s.a.w.:
45
Artinya bagi tiap-tiap sesuatu ada penggilapnya, bahawasanya penggilap bagi hati
adalah zikrullah Azza Wajalla. (Al-Baihaqi)
Sabda Nabi s.a.w.:
Artinya perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang tiada berzikir
kepadanya seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati, ataupun seumpama
pohon yang berdaun hijau dengan pohon yang kering tiada berdaun. Dan orang berzikir
kepada Allah ditengah-tengah orang yang lalai, seperti orang yang berperang ditengahtengah
orang yang lari dari medan perang. (Al-Bukhari)
Sabda Nabi s.a.w.:
Artinya “Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sebaik-baik amalanmu dan sebersihbersihnya
disisi Tuhanmu, dan setinggi-tingginya darjat, yang mana ia lebih baik
daripada membelanjakan emas dan perak, dan lebih utama daripada kamu bertempur
dengan musuh kamu, lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka memenggal
leher kamu?” Para sahabat menjawab: “Tentu mahu”. Jawab baginda: “Berzikir kepada
Allah Taala”. (At-Tarmizi)
Firman Allah Taala dalam hadis-qudsi:
Artinya Aku teman sekedudukan bagi orang yang mengingati (menyebut Aku) dan Aku
besertanya ketika ia mengingati Aku.
Firman Allah Taala dalam hadis-qudsi:
Artinya barangsiapa sibuk dirinya dengan berzikir kepadaKu daripada berdoa, nescaya
Aku berikan kepadanya lebih utama daripada yang Aku berikan kepada orang-orang
yang berdoa (meminta). Dan firman Allah Ta’ala:
كَ فِى ضَلَٰلٍ۟ مُّبِینٍ ٢٢ ◌ِ◌ٕ فَوَيۡلٌ۟ لِّلۡقَٰسِیَةِ قُلُوبُہُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِ أُوْلَ ٓٮ
(Az-Zumar: 22)
Artinya maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya
daripada mengingati Allah, mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan
yang nyata.
Dan kata Maula Al-Arabi Ad-Daqawi r.a.
kami memperhatikan (tetapi Allah lebih mengetahui), bahawa fana ini berlaku secepat
mungkin melalui satu kaifiat berzikir dengan menyebut Ismu-Jalalah Allah! Allah! Aku
temui kaifiat ini dalam sebuah kitab karangan Syeikh Abu Hassan Asy-Syazili r.a.
46
Memadailah semua itu untuk membuktikan fadhilat zikrullah dan tercelanya ghaflah
iaitu lupa dan lalai dari mengingati Allah Taala, dan sekiranya kalam Allah dan hadis
nabi yang kami sebutkan itu tidak memadai untuk kita, maka tiada sesuatu apapun
yang memadai dan tiada akan dapat kebajikan di dalam diri kita.
Firman Allah Ta’ala:
٣٥)
(Al-Ahzab: 35)
Artinya orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orangorang
perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak Allah telah menyediakan
bagi mereka semua keampunan dan pahala yang besar.
Allah Taala menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang mengingati Allah, maka
sesungguhnya kita tiada berhajat kepada sesuatu apapun lagi selain daripada zikrullah,
hanyasanya yang perlu bagi kita ialah melawan hawa nafsu kita, kerana dengan jalan
inilah kita akan memperolehi ilmu laduni dan dengan ilmu laduni inilah akan
menumbuhkan keyakinan yang besar yang akan melepaskan kita daripada segala
keraguan dan segala waham dan syak dan membawa kita sampai kepada hadrat Allah Azza Wajalla, maha suci Ia, tiada Tuhan melainkan Dia.
WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL ‘ADZIM. Wallahu-a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.