Pages

Khamis, 31 Oktober 2013

Tiada daya dan kekuatan hanya Allah

  • Tiada daya dan kekuatan hanya Allah. Tiada kuasa dan usaha hanya Allah. Allah itu "Ahad". Allah Hu Ahad. Ada Nya Allah tidak sama dengan adanya kita. Ingatlah tiada lain yang ada hanya Allah. Marilah kita mengenal Allah dan menghayati hidup ini dengan tiada lain hanya Allah. Marilah kita mensyukuri segala-gala nikmat Allah itu tidak kira apa-apa pun kerana semuanya tetap nikmat Allah. Susah dan senang itu nikmat Allah. Tahu dan tak tahu itu nikmat Allah. Kaya dan miskin itu nikmat Allah. Pandai dan tak pandai itu nikmat Allah. Kenal dan tak kenal itu juga nikmat Allah.

    Jika selama ini kita perasan kita dan sering melihat kita dalam segala perkara marilah kita UBAH (ini pun masih dalam ketentuan Allah) kepada jangan lah lihat pada kita lagi ..jangan terpandang pada diri lagi dalam segala perkara ... marilah kita latih untuk memandang dan melihat segalanya hanya Allah. Memang macam pelik bunyinya tapi niatkan lah untuk mengenal Allah dengan izin Allah akan di berikan faham dan kefahaman akan mengenal Allah. Mana mungkin tak kenal Allah walhal yang melihat itu Allah jua, yang tahu itu Allah jua, yang faham itu Allah jua, yang rasa itu Allah jua, Maha suci Allah dari segala apa-apa yang kita sangka-sangkakan. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

    Laa haulawala quwata illa billah... Apa pun amalan yang hendak dilakukan hendaklah tidak disertai dengan sedikitpun SYIRIK iaitu sifat KEAKUAN diri kita, contoh kita merasai kita yang sedang melakukan sesuatu ibadat itu dengan maksud kita yang berkuasa, kita yang sedang berusaha untuk melakukan amal ibadat itu... Ini juga adalah termasuk didalam syirik khofi dan yang lebih halus lagi syirik khofi bil khofi kerana masih memandang dan merasai ada kita disamping wujud Allah...
  • Walau apa pun, sebagaimana pun, kita wajib kembali kepada awaluddin makrifatullah, inilah yang paling utama dan wajib keatas setiap diri kita, Setelah mengenal akan Allah kita wajib mengesakan Allah kepada segala perbuatan, pada segala nama, pada segala sifat dan pada segala zaratul ujud... Maksudnya kita mesti sentiasa didalam keadaan fana' diri ( kita tidak merasa akan ujud diri kita dan selain dari Allah ), kita yang bukan kita lagi yang sedang menyedari dan merasai akan kuwujudan Allah..
  • Dalam apa pun amal ibadat kita, didalam keadaan beginilah hendaknya, untuk itu kita mesti mencari jalan dan kefahaman kepada badan diri kita sendiri bagaimanakah kita nak mengesakan Allah pada segala, nama, sifat dan pada segala ujud itu...Setelah mendapat fahaman dan pengetahuan tentang bagaimana nak dilakukan, maka lakukanlah disetiap detik dan saat, setelah dari mula bangun tidur sehinggalah kita tidur semula...Tidur itu saudaranya mati, tidur itu sebenarnya mengajar kita bagaimana kita berserah diri kepada Allah secara total.....Mudah-mudahan memberi taufik oleh Allah kepada kita semua...
  • InsyaAllah kalau kita nak membicarakan hal ini terlalu banyak pecahan-pecahan yang perlu kita bincangkan kerana kita semua adalah terdiri dari kepelbagaian didikan dan jurusan kefahaman yang berbeza.. Sebenarnya tidak ada perbezaan pun cumanya cara penyampaian dan pandangan yang diolah yang menampakkan perbezaan itu sedangkan tujuan kita semua sama iaitu untuk mengesakan Allah..Menyeru setiap diri kita supaya kembali kepada mengesakan Allah. Kita jangan lah memilih untuk menyusahkan diri kita sendiri dengan mengadakan andaian-andaian diantara kita semua disini...
  • Bagi saya eloklah kita selalu bawa berbincang tentang bagaimana untuk berpegang dengan ilmu yang masing-masing telah pelajari dengan kata lain bagaimana kita nak mengamalkan ilmu yang telah diperdapatkan itu..Beramal untuk mengesakan Allah adalah amat berbeza dengan ritual yang terdapat didalam rukun-rukun islam dan selalunya memerlukan kekuatan rohani...Saya suka nak mengambil satu contoh:-Kita selalu menyebut tiada daya kita untuk melakukan kebaikan dan tiada upaya kita nak menjauhkan segala kejahatan melainkan daya dan upaya Allah sahaja...
  • Kita telah pun faham dan kita tahu akan maksudnya.. Iaitu kita tidak ada daya untuk mengerjakan kebaikan, sedangkan sekarang ini didalam kehidupan harian yang kita sedang jalani ini, kita selalu berbuat kebaikkan, bila kita sedang berbuat kebaikkan kenapa kita dikatakan tidak berdaya?
  • Kerana;Kembalilah kepada pengetahuan kita kepada awal ugama mengenal Allah, dalam perjalanan kita untuk mengenal Allah, Allah telah memberitahu bahawa Allah telah menunjukkan zat, sifat nama dan perbuatannya kepada kita didalam bentuk ayat-ayat atau tanda-tanda kewujudan zat sifat nama dan perbuatannya kepada setiap diri kita sebagai pengenalan untuk memperkenalkan zat sifat nama dan perbuatannya.
  • Untuk itu menjadi tugas atau kewajipan kepada kita untuk aplykan didalam setiap gerak dan diam kita..Didalam hal daya kita untuk mengerjakan kebaikan, setelah kita melihat, merasai yang diri kita sedang melakukan kebaikan hendaklah kita timbulkan kesedaran kita kepada yang daya yang sedang kita lakukan itu adalah daya Allah yang sedang ditunjukkan kepada kita sebagai daya Allah sendiri, setelah menyedari bahawa daya itu adalah daya Allah maka menjadi tugas kita untuk memberitahu kepada badan diri kita sendiri ( dengan cara memaksa diri kita mengakui bahawa daya itu adalah daya Allah sendiri)..
  • Kita sedar dan kita mengaku kepada diri kita sendiri bahawa daya yang kita lakukan untuk mengerjakan kebaikan itu adalah daya Allah sendiri,Begitu lah juga berhubung dengan sambungan dari ungkapan tadi iaitu tidak ada upaya kita nak menjauhkan kejatan melainkan dengan upaya Allah sendiri...Kita wajib memaksa badan diri kita supaya mengakui upaya kita yang sedang berusaha untuk menjauhkan kejahatan itu adalah daya dan upaya Allah... Sehingga mencapai kepada yang sedang merasai tiada daya dan upaya itu Ialah kita yang bukan kita lagi...AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.