Pages

Isnin, 28 Oktober 2013

Tiada lain hanya Allah

Tiada lain hanya Allah. Allah Hu Ahad. Allah Hu Akbar. Allah yang Zahir. Allah Yang Batin. Allah Yang Awal, Allah Yang Akhir. Bila mana hanya Allah, maka tiada lagi yang menyembah dan tiada lagi yang di sembah. Bila mana hanya Allah, maka tiada lagi yang mengingat dan tiada lagi yang di ingat. Bila mana hanya Allah, maka tiada lagi yang mengenal dan tiada lagi yang di kenal. Maha Suci Allah dari segala sangkaan-sangkaan kita. Segalanya Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah.

Bagi mereka-mereka yang makrifatulah (mengenal Allah), sebenar dan sesungguhnya Allah itu, tidak ada hijab. Lagi kita adakan hijab, lagi ternampak Allah, lagi kita adakan dinding, lagi terpandang Allah dan lagi kita adakan penghadang, sesungguhnya lagi tertilik Allah!. Tidak ada alasan, tidak ada ruang, tidak ada sebab dan tidak ada penyebab untuk tidak tertilik Allah!. Kerana alasan itu Allah, ruang itulah Allah, sebab itulah Allah dan penyebab itulah Allah. Lebih tepat lagi, bolehlah disimpulkan bahawa “Allah itu adalah segala-galanya dan segala-galanya itu, adalah Allah”.

Allah itu, adalah Allah. Maka tidak ada ruang lain lagi untuk mengisi ruang, melainkan Allah. Allah menempatkan diriNya Allah, sehingga tidak ada ruang lagi untuk sifat-sifat lain memasuki dicelah-celah antara keduanya!. Sudah tidak ada ruang lagi untuk diisi oleh selain Allah!. Wujud, ujud dan maujudnya diri Allah itu, sehingga tidak ada tempat dan tidak ada ruang lain lagi untuk yang lain selain Allah. Melainkan engkaulah engkau, ya Allah. Tidak ada yang lain selain diri mu ya Allah. Allah Hu Akhbar. Allah Hu Ahad.

Allah itu tidak bersamaan dengan segala sesuatu. Allah itu tidak bersamaan dengan apa-apa pun yang kita mampu fikir dan tercapai akal. Jika kita mampu fikir dan mampu capai itu bukan Allah. Bahkan perkataan Allah atau huruf Allah itu cuma ISTILAH. Istilah agar kita mampu guna untuk berbicara atau mengenal. Kenalnya Allah bukan pada huruf, sifat, afaal atau zat. Jika bersifat, berhuruf, berafaal dan berzat maka itu sifat baharu dan sama dengan makhluk. Maha suci Allah dari segala sangkaan. Kita tidak mampu untuk melihat Allah hanya Allah boleh melihat Allah. Allah Hu Akhbar. Allah Hu Ahad.

Tiada lain hanya Allah. Allah yang Awal. Allah yang Akhir. Segalanya Allah. Bagaimana untuk mengakui, merasai dan menyatakan Allah itu segala-galanya dalam hidup kita ? Yang pertama-tama, niatkan dan benar-benar mahu dan ingin kenal Allah itu. Kerana bukan semuanya yang mahu kenal Allah kerana Allah. Ramai yang mahu kenal Allah bersandarkan selain Allah. Ada yang mahu kan kehebatan. Ada yang mahu keistimewaan. Ada yang mahu kelebihan. Ada yang mahu ganjaran. Sehingga Allah itu di katanya tuhan. Tiada tuhan hanya Allah. Allah itu Allah. Bahkan Allah itu juga masih pada istilah bagi yang faham.

Untuk merasai dan mengakui Allah, hendaklah kita setiap saat bila merasa, kita lafazkan dalam hati yang beri rasa dan merasa itu Allah. Yang bagi tahu dan faham itu Allah. Yang mengerakkan dan menjalankan itu Allah. Yang membuat segala-galanya itu Allah juga dan tiada apa dan siapa yang terlepas dari Allah kerana tiada lain hanya Allah. Kita ingat segala yang kita rasa dan buat itu tetap kerja Allah bukan gerak kerja kita.

Tanamkan dalam hati setiap saat hanya Allah. Bila terasa aku nampak, cepat-cepat pulangkan yang beri nampak dan nampak itu Allah, bukan aku. Rasakan yang nampak itu Allah. Yang fikir aku nampak itu Allah. Yang merasakan keadaan nampak itu Allah. Pulangkan segala aku. Hanya bila tiada aku hanya itu dapat kenal Allah. Oleh itu selagi kita ada rasa kita, maka kita di hijab akan Allah.

Memang lah agak pelik dan janggal jika segalanya Allah tapi itulah hakikatnya mana mungkin ada tuhan lain selain Allah. Mana mungkin segalanya berlaku sendiri aje. Segalanya adalah Allah. Allah itu maha tahu dan lebih tahu dari kita yang perasan tahu ini. Bila kita pulangkan segala kepada Allah itu bermaksud kita AKUI dan BENAR-BENAR YAKIN bahawa Allah itu benar-benar BERKUASA dan memilik segala-galanya. Bukan cakap mulut atau tulis FB aje. Semua boleh cakpa dan tulis Allah tapi menyakini belum tentu.

Tidak lagi kita takut jatuh miskin kerana jatuh miskin juga kerja Allah. Tidak lagi kita takut syaitan dan hantu kerana itu juga masih kerja Allah. Tidak takut lagi akan syurga neraka kerana itu juga urusan Allah. Yang kita patut takut ialah kita mesyarikatkan Allah atau menyekutukan Allah dengan bersandar dan bergantung kepada selain Allah. Bukankah Allah it Maha Cukup dan Mencukupkan ? Apakah tak cukup Allah itu Allah. Apakah tak yakin lagi Allah itu Allah ? Mahu macam mana lagi ? Dari azali Allah itu Allah dan tiada lain hanya Allah. Tiada kita dan tiada aku. Ada kita itu pun hanya Allah. Maha suci Allah dari apa-apa yang kita sangka-sangkakan. Allah Hu Akhbar.

Ingatlah tiada lain hanya Allah. Segalanya telah tersedia dan telah berlaku terlebih dahulu di Luh Mahfuz. Apa-apa yang kita lihat, yang kita rasa, yang kita dengar, yang kita alami, yang kita lalui, yang kita ingat, yang kita perasan dan kesemuanya itu telah berlaku dan telah di tetapkan termasuk segala doa-doa dan segala ikthiar-ikthiar serta segala usaha. Maha sempurna Allah itu tiada bandingan langsung, dengan sekali KUN maka terjadilah segala sesuatu tanpa terkurang sikit pun dengan sempurna dan lengkap dengan segala jalan ceritanya masing-masing. Bila kita mahu mengenal Allah, maka akan di lorongkan dan di mudahkan untuk melihat di sebalik segala sesuatu itu dan di beri faham apakah yang berlaku sebenarnya. Belajarlah untuk mengenal Allah dan mudah-mudahan di beri hidayah untuk memahami segala kejadian itu tiada lain hanya Allah. Untuk memahami tiada kuasa atau daya lain hanya Allah. Untuk memahami tiada gerak dan mampu gerak hanya Allah. Tiada makhluk lain, tiada tuhan lain, tiada apa-apa pun yang berkuasa hanya Allah. Allah Hu Ahad. Allah Hu Akbar.

Tidak pernah daya kita dan tidak pernah usaha kita. Tiada kekuatan pun pada kita ini pada setiap masa, waktu dan saat. Kita cuma perasan kita berdaya, kita berusaha, dan merasa kuat dan merasa mampu walhal segalanya tetap Allah jua. Allah telah menetapkan dan menentukan segala-galanya dari awal hingga ke akhir cerita kita ini. Ingat tiada lain hanya Allah. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.