ASAL USUL MALAIKAT JIBRAIL ASBAB KEPADA KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD MENGAMALKAN SOLAT SUNAT 2 RAKAAT DALAM GHAFLAH
Imam Ahmad Dalam Musnadnya Meriwayatkan Dari... Abdullah Bin Mas’ud R.A. Bahwa Ia Berkata, “Rasulullah SAW Pernah Melihat Malaikat Jibril Dalam Bentuknya Yang Asal. Ia Mempunyai 600 Sayap; Masing-Masing Sayap Menutup Cakrawala. Dan Setiap Sayapnya Keluar Berwarna-Warni Mutiara Dan Yaqut (Batu Mulia).“
Ibnu Katsir Mengatakan Bahwa Isnad Hadits Ini Jayid (Bagus). Dalam Sunan Tirmidzi Disebutkan Hadi Dengan Isnad Shahih Bahawa Rasulullah SAW Berkata Mengenai Malaikat Jibril, “Aku Melihatnya Turun Dari Langit Dan Besarnya Penciptaan Jibril Menutupi Ruang Antara Langit Dan Bumi”
Ketika Menerangkan Tentang Jibril Ini, Allah Berfirman “Sesungguhnya (Al-Quran) Itu Adalah Firman Allah Yang (Dibawa) Utusan Yang Mulia, Yang Mempunyai Kekuatan Di Sisi Yang Mempunyai Arsy Yang Tinggi Derajat, Dipatuhi Lagi Dipercaya (At-Takwir: 19-21).
Yang Dimaksud Dengan “Utusan Mulia” Disini Adalah Malaikat Jibril, Sedangkan “Pemilik Singgahsana” Adalah Rabul’izzah (Allah SWT). Telah Bersabda Rasulullah SAW Bahawa, “Sesungguhnya Allah SWT Telah Menciptakan Malaikat Jibrail Dengan Bentuk Yang Sangat Elok. Jibril Mempunyai 600 Sayap Dan Di Antara Sayap-Sayap Itu Terdapat Dua Sayap Yang Berwarna Hijau Seperti Sayap Burung Merak, Sayap Itu Antara Timur Dan Barat. Jika Jibrail Menebarkan Hanya Satu Daripada Beberapa Sayap Yang Dimilikinya, Maka Ia Sudah Cukup Untuk Menutup Dunia Ini”.
Setelah Memandang Dirinya Yang Tampak Begitu Indah Dan Sempurna, Maka Malaikat Jibrail Pun Berkata Kepada Allah, “Wahai Rabbku, Apakah Engkau Menciptakan Makhluk Lain Yang Lebih Baik Daripada Aku ?” Kemudian Allah Pun Menjawab Pertanyaan Malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar Jawapan Allah, Maka, Malaikat Jibrail Pun Berdiri Dan Melakukan Solat Dua Rakaat Untuk Bersyukur Kepada Allah.
Pada Setiap Rakaat Solat Yang Dikerjakan Oleh Malaikat Jibrail, Dia Menghabiskan Masa Selama 20,000 Tahun Lamanya. Setelah Malaikat Jibril Selesai Melaksanakan Solatnya, Kemudian Allah SWT Pun Berfirman Kepadanya, “Wahai Jibril, Kamu Telah Menyembah Aku Dengan Ibadah Yang Bersungguh-Sungguh Dan Tidak Ada Seorang Pun Yang Menyembahku Seperti Ibadah Yang Kamu Lakukan.
Akan Tetapi Di Akhir Zaman Nanti Akan Datang Seorang Nabi Yang Mulia, Yang Paling Aku Cintai Bernama Muhammad. Dia Mempunyai Umat Yang Lemah Dan Sentiasa Berdosa. Seandainya Mereka Mengerjakan Solat Dua Rakaat Walau Hanya Sebentar Dan Dalam Keadaan Lupa Serta Serba Kurang, Dengan Fikiran Yang Melayang-Layang Dan Dosa Mereka Pun Besar. Maka Demi Kemuliaan Ku Dan Ketinggian Ku, Sesungguhnya Solat Mereka Itu Lebih Aku Sukai Daripada Solatmu.
Hal Tersebut Kerana Mereka Telah Mengerjakan Solat Itu Atas Perintahku Sedangkan Solat Kamu Bukan Atas Perintahku”.Setelah Mendengar Hal Tersebut, Malaikat Jibril Pun Kembali Bertanya Kepada Allah SWT, “Ya Rabbku, Apakah Yang Engkau Berikan Kepada Mereka Sebagai Ganjaran Atas Ibadah Mereka Kepadamu ?” Maka Allah Berfirman Yang Ertinya, “Ya Jibril, Akan Aku Berikan Syurga Ma’waa Sebagai Tempat Tinggal Mereka”. Malaikat Jibril Kemudian Meminta Izin Kepada Allah SWT Untuk Melihat Syurga Ma’waa Tersebut.
Setelah Allah SWT Memberikan Izin Kepadanya, Maka Malaikat Jibrail Pun Mengembangkan Sayapnya Dan Terbang Menuju Syurga Ma’waa. Satu Hayunan Sayap Malaikat Jibrail Adalah Sama Dengan Jarak Perjalanan Selama 3000 Tahun. Maka Terbanglah Malaikat Jibrail Selama Beberapa Lama Perjalanan, Malaikat Jibril Akhirnya Kepenatan Dan Turun Untuk Singgah Dan Berteduh Di Bawah Sebuah Pohon.
Di Sana Ia Bersujud Kepada Allah SWT Lalu Berkata, “Ya Rabbku, Apakah Aku Telah Menempuh Setengah Atau Sepertiga Atau Seperempat Dari Perjalanan Menuju Ke Syurga Ma’waa ?”Maka Allah SWT Pun Berfirman, “Wahai Jibrail, Meskipun Kamu Mampu Terbang Selama 3000 Tahun Dan Meskipun Aku Memberikan Kekuatan Kepadamu Seperti Kekuatan Yang Engkau Miliki, Lalu Kamu Terbang Seperti Yang Telah Kamu Lakukan. Nescaya Kamu Tidak Akan Sampai Kepada Sepersepuluh Dari Beberapa Puluhan Yang Telah Kuberikan Kepada Umat Muhammad Terhadap Imbalan Solat Dua Rakaat Yang Mereka Kerjakan”. ===============Sabda Rasulullah SAW, “Sebelah Kanan Sayap Malaikat Jibril Terdapat Gambar Syurga Berserta Dengan Segala Isinya Termasuk Bidadari-Bidadari, Istana, Pelayan Dan Sebagainya. Manakala Sayapnya Yang Sebelah Kiri Terdapat Gambar Neraka Dan Segala Isinya Yang Terdiri Daripada Beberapa Macam Ular Yang Cukup Bisa, Kala Jengking Dan Neraka Yang Bertingkat-Tingkat Serta Penjaganya Yang Terdiri Daripada Malaikat Yang Garang Dan Ganas Yakni Malaikat Zabaniyah“.Kata Rasulullah Lagi, “Apabila Telah Sampai Ajal Seseorang Itu, Maka Akan Masuklah Satu Kumpulan Malaikat Ke Dalam Lubang Kecil Pada Badan Manusia Kemudian Mereka Akan Menarik Rohnya Dari Kedua Telapak Kaki Hingga Lutut Dan Mereka Pun Keluar. Setelah Itu Datang Lagi Sekumpulan Malaikat Masuk Menarik Roh Dari Lutut Ke Perut. Begitulah Seterusnya Dari Perut Ke Dada Dan Dada Ke Kerongkongnya. Itu Saat Nazak Seseorang”.“Kalau Orang Yang Nazak Itu Orang Beriman, Maka Malaikat Jibrail Akan Menebarkan Sayapnya Yang Sebelah Kanan Sehingga Orang Itu Dapat Melihat Kedudukannya Di Syurga Sehingga Terlupa Orang-Orang Di Sekelilingnya. Jika Orang Yang Nazak Itu Orang Munafik, Maka Malaikat Jibril Akan Menebarkan Sayap Sebelah Kiri Untuk Menunjukkan Tempatnya Di Neraka Sehingga Ia Menjadi Sangat Takut Serta Lupa Kepada Keluarganya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.