Pages

Jumaat, 22 November 2013

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir

RENUNGAN MAKRIFAT: Firman Allah didalam Al-Quran.....

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Dialah (Allah) yang zahir - Jasad atau jasmani pada kita - namanya Adam -Alirannya aliran jasmani. Didalam IP BBM dipanggil badanKu..

Dialah (Allah) yang batin - Roh atau rohani pada kita - Namanya Muhammad. Aliran rohani - Didalam IP BBM dipanggil diriku..

Sabda Nabi Muhammad saw " Ana abu ar-Ruh, Wa Adam abu basyar - Aku bapa atau asal kejadian segala roh dan Adam itu bapa atau asal kejadian segala jasad".

Dialah -(Allah) yang awal, Dialah (Allah), yang akhir - rahsia kepada kita - Namanya Hu Zat semata-mata ... Aliran diri - Didalam IP BBM dipanggil AKU..

20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.

AKU terkandung didalam diriku, Diriku terkandung didalam badanku. Rahsia terkandung didalam rohani, rohani terkandong didalam jasmani, Allah terkandung didalam Muhammad, Muhammad terkandung didalam Adam. Rahsia zat Allah terkandung didalam Roh, Roh terkandung didalam jasad..

Jasad mengandung roh, roh mengandung Rahsia zat Allah, Adam mengandung Muhammad, Muhammad mengandung Allah, Jasmani mengandung rohani, rohani mengandung Rahsia, Badanku mengandung diriku, diriku mengandung AKU...

Jasad nyata adanya, roh tidak nyata adanya, Allah disebalik tidak nyata adanya...

Allah wujud tetapi wujudnya disebalik tidak nyata, wujud Allah terzahir pada roh, tetapi masih lagi tidak nyata, wujud Allah yang terzahir pada roh tidak lagi dipanggil Allah tetapi diberi nama sebagai Muhammad. Apabila wujud Allah yang tidak nyata (Roh atau Muhammad) terzahir pada jasad, maka nyatalah wujud Allah yang disebalik tidak nyata tadi.. Nyatanya Allah pada jasad tidak lagi dipanggil Allah atau Muhammad tetapi dipanggil dengan nama Adam.

HAKIKATKU....
Bukan hidupku hakikatnya Hayatullah
Bukan ilmuku hakikatnya Ilmullah
Bukan kehendakku hakikatnya Irodhatullah
Bukan kuasaku hakikatnya Qudratullah
Bukan pendengaranku hakikatnya Sama’ allah
Bukan penglihatanku hakikatnya Basyarullah
Bukan ucapanku hakikatnya Kalamullah

Inilah perkara pokok bagi kefahaman ilmu hakikat bagi insan yang menuju maqom fana dan akan naik ke maqom baqobillah.

Aku yang datang dariNya atau dari Zat Yang Maha Agung merupakan salah satu rahsiaNya.

Kenapa ianya terjadi begitu? Nah!!! Inilah yang perlu kita fahami akan asal-usul atau asal dibalik asal kejadian Aku dan inilah Rahsia Tajalli Tuhan pada menyatakan kebesaranNya, maka dengan alasan inilah saya mengatakan setiap yang bergerak, berkata-kata atau apapun semuanya itu adalah yang terbit dari Sifat KamalatNya bagi menyatakan ke-akuanNya.

“WAMA ROMAITA IZ ROMAITA WALA KINNALLAHA ROMA”
(tidaklah aku yang melontar sebenarnya DIA lah(Allah) lah yang melontar)

Jasad terhubung kepada roh melalui nafas, roh terhubung kepada Allah melalui sirr atau rahsia, rahsia pula terkumpul didalam rasa...

Perhatikan kepada turun naiknya nafas kita, ianya bergerak sendiri tanpa boleh dikawal oleh kita,

Nafas kita adalah pekerjaan roh, roh sentiasa berhubung dengan jasad melalui nafas, bila terputus hubungan roh dengan jasad, nafas sudah tidak ada lagi, Apabila seseorang manusia sudah mati (bercerai roh dari jasad - roh tidak lagi berhubung dengan jasad), nafas sudah terhenti, manusia tidak lagi bernafas...

Adanya jasad, berkuasanya jasad, berkehendaknya jasad, tahunya jasad, hidupnya jasad, melihatnya jasad, mendengarnya jasad, berkata-katanya jasad kerana adanya, berkuasanya, berkehendaknya, tahunya, hidupnya, melihatnya, mendengarnya dan berkata-katanya roh...

Adanya roh, berkuasanya roh, berkehendaknya roh,, tahunya roh, hidupnya roh, melihatnya roh,, mendengarnya roh, berkata-katanya roh kerana ada,nya, berkuasanya, berkehendaknya, tahunya, hidupnya, melihatnya, mendengarnya dan berkata-katanya Allah...

Didalam praktikal untuk menghapuskan jasad kepada roh dan seterusnya menghapuskan roh kepada Allah, peranan nafas amatlah penting...

Kita telah tahu bahawa bergeraknya jasad kerana digerakkan oleh roh, bergeraknya roh kerana digerakkan oleh Allah, (Ini hanya berada didalam pengetahuan kita)..

Bagaimana kita nak merasai sendiri sepertimana yang kita sudah tahu..

Kita tahu Allah yang menggerakkan roh, roh menggerakkan jasad, membawa makna Allah yang menggerakkan roh dan juga jasad..

Cuba kita rasa sendiri apabila sesuatu pergerakkan terjadi kepada jasad kita, (didalam kesedaran kita) kita rasa siapa yang bergerak sebenarnya, adakah kita rasa kita yang bergerak atau kita rasa Allah yang sedang bergerak.. ?..

Jika kita rasa kita sendiri yang bergerak, bagaimanakah kita nak menerapkan rasa Allah yang sedang bergerak dan menggerakkan pergerakkan yang berlaku pada badan kita itu... ?

Kita sudah tahu tidak bergerak sesuatu zarah sekalipun tanpa izin Allah.. Pada ilmu kita telah terzahir pengetahuan tersebut.... Kita telah tahu jika Allah tidak menggerakkan, Sesuatu itu tidak bergerak... Hakikat sebenarnya ialah setiap gerak yang berlaku ialah gerak Allah sendiri,

Didalam kehidupan harian kita, semasa terjadi sebarang gerak, cuba kita perhatikan kepada kesedaran kita ( semasa berlakunya sebarang gerak, apakah kesadaran kita sedar, maksudnya semasa berlakunya sebarang gerak pada badan diri kita, lihat dan perhatilah pada rasa dan kesadaran dibadan diri kita itu, didalam kesedaran kita itu, kita sedar atau kita rasa kita yang bergerak atau Allah yang bergerak..

Diawal perjalanan, kita akan rasa kita yang bergerak ( didalam pengetahuan kita, kita tahu gerak itu adalah gerak Dari Allah sendiri),

Jadi untuk merasakan gerak itu gerak Allah, hendaklah kita terapkan pengetahuan kita kedalam kehidupan harian kita dengan mengadakan pengakuan bahawa gerak yang sedang bergerak pada badan diri yang sedang dirasai itu adalah gerak Allah,

Semasa kita rasa segala pergerakkan yang berlaku pada badan diri kita, didalam masa yang sama kita mengakulah bahawa segala gerak yang berlaku itu adalah gerak Allah sehingga betul-betul dirasai bahawa gerak yang sedang berlaku itu adalah gerak Allah sehingga tidak ada lagi rasa kita yang bergerak..

Kalau tadi kita rasa yang bergerak itu adalah badan diri kita, setelah kita mengaku yang gerak pada badan diri kita itu adalah gerak Allah, rasa yang dirasai sekarang adalah segala gerak yang berlaku pada badan diri itu adalah gerak Allah, tidak ada lagi rasa badan diri kita, yang sedang dirasai adalah gerak Allah sendiri, Yang disadari didalam kesadaran ialah Allah yang sedang bergerak dan sedang menggerakkan pergerakkan yang sedang berlaku...

Inilah sebenarnya rahsia yang terhimpun didalam IP BBM...

Semasa merasai rasa-rasa yang terasa pada hujunghujung jari kita, kita kenalah membuat pengakuan pada badan diri kita sendiri bahawa rasa-rasa yang sedang dirasai itu adalah sebenarnya wujud Allah sehingga hilang rasa kita kepada ujud badan diri kita sendiri dan ujud selain dari Allah..

Kesedaran yang disedari sekarang adalah kesadaran wujud Allah, bila sedar saja pada rasarasa yang dirasai, kesadaran tadi sudah sedar kepada wujud Allah..

Penumpuan sepenuhnya diberikan kepada wujud Allah ( rasa-rasa yang dirasai pada hujung-hujung jari).. Apabila pemerhatian penumpuan kesadaran tertumpu kepada rasa-rasa yang terasa dihujunghujunh jari ( kita tahu sebagai tanda wujud Allah), akan berlakulah pergerakan secara automatik..

Oleh kerana kesadaran yang disedari pada rasa-rasa yang dirasai itu adalah kesadaran wujud Allah, maka kesadaran itu akan beralih kepada gerak yang sedang dirasai dan yang sedang berlaku itu adalah gerak Allah yang sedang menggerakkan gerak Allah...

Penumpuan kesadaran hendaklah diberikan kepada wujud Allah dan gerak Allah, jika penumpuan belum lagi dapat ditumpukan sebagai wujud dan gerak Allah, paksalah badan diri kita mengaku yang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu adalah wujud Allah, dan gerak yang sedang bergerak itu adalah gerak Allah sehingga kita tidak lagi sedar kepada ujud kita, sehingga kita tidak lagi sedar kepada gerak kita,

Rasa yang sedang dirasai adalah rasa wujud Allah, rasa gerak Allah, rasa Allah yang bergerak dan menggerakkan gerak Allah...

Latihan sambil mengadakan pengakuan seperti ini perlu dilakukan secara berterusan sehingga hilang rasa ujud badan diri kita, hilang rasa gerak kita, sehingga sedar akan wujud Allah dan sedar akan gerak Allah sahaja.

Kebanyakkan dari kita selalu memperkatakan kenyataan dari ilmu, tetapi yang paling penting bagi setiap badan diri kita ialah bagaimanakah cara untuk kita nak mempraktikkan, apakah perlakuan yang perlu dilakukan untuk dapat duduk seperti yang diperkatakan didalam kenyataan ilmu itu...

Tanpa memprilakukan ilmu kedalam kehidupan seharian kita, tidak mungkin kita dapat duduk didalam kenyataan ilmu seperti yang diperkatakan...

Yang paling penting bagi kita untuk menuju kepada makrifatullah, apakah amalan yang perlu kita lakukan?

Bagaimanakah caranya untuk mengamalkan amalan itu?, saya berharap sangat supaya setiap dari kita dapat membincangkan cara-cara untuk menuju kepada makrifatullah itu.

Caranya (melalui IP BBM) adalah seperti yang telah diperjelaskan diatas iaiti:-

Kita sudah tahu tidak bergerak sesuatu zarah sekalipun tanpa izin Allah.. Pada ilmu kita telah terzahir pengetahuan tersebut.... Kita telah tahu jika Allah tidak menggerakkan, Sesuatu itu tidak bergerak... Hakikat sebenarnya ialah setiap gerak yang berlaku ialah gerak Allah sendiri,

Didalam kehidupan harian kita, semasa terjadi sebarang gerak, cuba kita perhatikan kepada kesedaran kita ( semasa berlakunya sebarang gerak, apakah kesadaran kita sedar, maksudnya semasa berlakunya sebarang gerak pada badan diri kita, lihat dan perhatilah pada rasa dan kesadaran dibadan diri kita itu, didalam kesedaran kita itu, kita sedar atau kita rasa kita yang bergerak atau Allah yang bergerak..

Diawal perjalanan, kita akan rasa kita yang bergerak ( didalam pengetahuan kita, kita tahu gerak itu adalah gerak Dari Allah sendiri),

Jadi untuk merasakan gerak itu gerak Allah, hendaklah kita terapkan pengetahuan kita kedalam kehidupan harian kita dengan mengadakan pengakuan bahawa gerak yang sedang bergerak pada badan diri yang sedang dirasai itu adalah gerak Allah,

Semasa kita rasa segala pergerakkan yang berlaku pada badan diri kita, didalam masa yang sama kita mengakulah bahawa segala gerak yang berlaku itu adalah gerak Allah sehingga betul-betul dirasai bahawa gerak yang sedang berlaku itu adalah gerak Allah sehingga tidak ada lagi rasa kita yang bergerak..

Kalau tadi kita rasa yang bergerak itu adalah badan diri kita, setelah kita mengaku yang gerak pada badan diri kita itu adalah gerak Allah, rasa yang dirasai sekarang adalah segala gerak yang berlaku pada badan diri itu adalah gerak Allah, tidak ada lagi rasa badan diri kita, yang sedang dirasai adalah gerak Allah sendiri, Yang disadari didalam kesadaran ialah Allah yang sedang bergerak dan sedang menggerakkan pergerakkan yang sedang berlaku...

Inilah sebenarnya rahsia yang terhimpun didalam IP BBM...

Semasa merasai rasa-rasa yang terasa pada hujunghujung jari kita, kita kenalah membuat pengakuan pada badan diri kita sendiri bahawa easa-rasa yang sedang dirasai itu adalah sebenarnya wujud Allah sehingga hilang rasa kita kepada ujud badan diri kita sendiri dan ujud selain dari Allah..

Kesedaran yang disedari sekarang adalah kesadaran wujud Allah, bila sedar saja pada rasarasa yang dirasai, kesadaran tadi sudah sedar kepada wujud Allah..

Penumpuan sepenuhnya diberikan kepada wujud Allah ( rasa-rasa yang dirasai pada hujung-hujung jari).. Apabila pemerhatian penumpuan kesadaran tertumpu kepada rasa-rasa yang terasa dihujunghujunh jari ( kita tahu sebagai tanda wujud Allah), akan berlakulah perferakan secara automatik..

Oleh kerana kesadaran yang disedari pada rasa-rasa yang dirasai itu adalah kesadaran wujud Allah, maka kesadaran itu akan beralih kepada gerak yang sedang dirasai dan yang sedang berlaku itu adalah gerak Allah yang sedang menggerakkan gerak Allah...

Penumpuan kesadaran hendaklah diberikan kepada wujud Allah dan gerak Allah, jika penumpuan belum lagi dapat ditumpukan sebagai wujud dan gerak Allah, paksalah badan diri kita mengaku yang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu adalah wujud Allah, dan gerak yang sedang bergerak utu adalah gerak Allah sehingga kita tidak lagi sesar kepada ujud kita, sehingga kita tidak lagi sedar kepada gerak kita,

Rasa yang sedang dirasai adalah rasa wujud Allah, rasa gerak Allah, rasa Allah yang bergerak dan menggerakkan gerak Allah...

Latihan sambil mengadakan pengakuan seperti ini perlu dilakuan secara berterusan sehingga hilang rasa ujud badan diri kita, hilang rasa gerak kita, sehingga sedar akan wujud Allah dan sedar akan gerak Allah sahaja......

Saya sangat-sangat berharap semuga kita semua dapat bersatu didalam satu pegangan iaitu bagaimana kita nak menegakkan dua kalimah syahadah didalam kehidupan seharian kita......

Contohnya didalam kita mengamalkan wirid-wirid torikat masing-masing, kita mesti nak menghilangkan rasa ujud kita yang mengamalkan, tak kira dari torikat mana pun kita datang... Ini adalah perkara pokok yang hendak kita bicarakan iaitu bagaimana kita nak menghilangkan syirik khofi pada badan diri kita masing-masing dan selain dari Allah...

Cara untuk menghapuskan syirik khofi dan syirik jali adalah sama, tak kira dari torikat mana pun kita datang, cumanya cara penyampaian sahaja yang berbeza, kekadangnya istilah yang digunakan sahaja yang berbeza, tetapi mempunyai satu maksud yang sama...

Tidak ada jalan lain lagi untuk menghapuskan syirik khofi melainkan kita mesti menghapuskan keujudan badan diri dan selain dari Allah kepada wujud Allah...

Badan diri kita masing-masing dan selain dari Allah mesti fana' didalam baqo' Allah....

Tidak ada yang lain lagi didalam kesadaran kita, yang disedari hanyalah wujud Allah semata-mata.

>Jasad adalah badanku,, roh adalah diriku, AKU adalah Allah sendiri <

Sebelum kita mengenal seperti diatas melalui perlatihan-perlatihan dan pengalaman-pengalaman yang dilalui sendiri sehingga berada pada Makam AKU -Allah.

Pada peringkat permulaan kita akan rasa keberadaan kita, semasa ini kesedaran kita sedar akan keberadaan badan atau jasad kita,

(Kita tahu Allah mengada dan menggerakkan roh, roh pula menggerakkan jasad atau badan),

Cuba kita perhatikan kepada jasad kita adakah jasad ini mempunyai sifat-sifat seperti kuasa, kehendak, hidup, tahu, mendengar, melihat atau berkata-kata... Diperingkat permulaan kita akan merasa jasad atau badan kita yang mempunyai sifat-sifat seperti yang disebutkan diatas, tetapi sebenarnya tidak, yang ada sifat-sifat itu sebenarnya adalah roh...

Sebagai buktinya lihatlah kepada mayat ( dimana roh telah terputus hubungan dengan jasad), mayat tidak lagi mempunyai sifat-sifat berkuasa dan lain-lain seperti diatas, Ini sebenarnya menerangkan jasad kita sememangnya sentiasa mati, tidak pernah hidup, sentiasa lemah tidak pernah berkuasa, dan lain-lain..

Kalaulah jasad itu ada sifat-sifat seperti tersebut diatas, apabila terputusnya hubungan dengan roh sudah tentu jasad itu masih lagi mempunyai sifat-sifat tersebut, tetapi berlaku disebaliknya apabila terputus saja perhubungan roh dengan jasad, jasad sudah tidak lagi berkuasa, tidak lagi berkehendak, tidak lagi berilmu, tidak lagi hidup, tidak lagi melihat, tidak lagi mendengar, tidak lagi berkata-kata..

Ini menunjukkan kepada kita bahawa selama ini yang berkuasa, yang berkehendak, yang berilmu, yang hidup, yanh melihat, yang mendengar, yang berkata-kata pada jasad kita itu adalah roh...

Sekarang sedarlah kita bahawa jasad kita tidak pernah ada, tidak pernah berkuasa, tidak pernah berkehendak, tidak pernah tahu, tidak pernah hidup, tidak pernah melihat, tidak pernah mendengar, tidak pernah berkata-kata, segala sifat yang terlihat kepada jasad kita itu adalah sifat roh yang terlahir pada jasad kita..

Jasad kita tetap bersifat mati seperti matinya semasa telah terputus hubungan dengan roh...

Sekarang kita sudah tahu dan sedar bahawa jasad kita mati dan hidup yang ternyata kepada jasad selama ini adalah hidup roh...

Pada masa ini kita sudah berkesedaran kepada roh..

Perjalanan wajib diteruskan sehingga sampai kepada mengenal Allah... Jangan terhenti disini ( pengenalan roh) sahaja, teruskan perjalanan sehingga mengenal Allah.

Apabila kita sudah berkesadaran pada roh, Adakah roh itu ujud sendiri atau diwujudkan oleh Allah?

Cuba kita lihat sifat-sifat yang berdiri kepada roh, seperti ( kudrat, irodat, ilmu, hayat, basor, samak dan berkata-kata), sebenarnya sifat-sifat ini sifat siapa ?

Adakah sifat kepunyaan roh sendiri atau kepunyaan Allah...

Didalam mempelajari sifat dua puluh, kita tahu kesemua sifat diatas adalah sifat yang wajib bagi Allah... Sifat yang wajib bagi Allah hanya layak untuk Allah sahaja...
Selain dari Allah tidak layak memiliki segala sifat yang wajib bagi Allah...

Apa yang kita sedar sekarang segala sifat yang wajib bagi Allah seperti yang disebutkan (kudrat, irodat, ilmu, hayat, basir, samak dan kalam) ternyata kepada roh, tetapi kita tahu bahawa segala sifat itu adalah sifat Allah..

Maka kembalikanlah segala sifat-sifat yang wajib bagi Allah dengan membuat pengakuan bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah itu adalah sifat Allah sendiri..

Apabila kita telah membuat pengakuan yang segala sifat yang wajib bagi Allah itu adalah sifat Allah sendiri secara automatik sifat itu ternafi kepada roh, ini mesti diamalkan secara istikomah sehingga hilang kesedaran kita kepada roh, timbul kesadaran kepada Allah...Allah...Allah....Allah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.